Rabu, 25 Ogos 2010

Liatnya Umno nak bayar hutang

Hutang pilihanraya umum 2004 Umno kepada pembekal bahan pilihanraya masih tak berbayar dan kini syarikat pembekal untuk Umno telah gagal dalam rayuan samannya terhadap Umno yang berjumlah RM 218 juta. Malaysiakini melaporkan Saman Umno :Elegant Advisory gagal dapat rayuan;

Syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegent Advisory hari ini gagal memperoleh kebenaran merayu dari Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan membatalkan saman RM218 juta terhadap Umno.

Syarikat itu mengemukakan tuntutan saman tersebut kerana Umno didakwa gagal menjelaskan bayaran dan perkhidmatan semasa pilihan raya Umum Ke-11 pada 2004.

Peguam yang mewakili Umno Mohd Hafarizam Harun (kiri) memberitahu mahkamah Umno tidak berhubungan dengan orang tengah bagi mendapatkan bekalan barangan pilihan raya.

“Kita (Umno) tidak berhubungan dengan orang tengah. Kita berhubung secara langsung dengan sub-kontraktor yang mencetak poster dan membekalkan barangan pilihan raya,” katanya.

Katanya, jika Elegant Advisory menuntut bayaran, ia harus dimohon bersama sub-kontraktor yang lain.

Peguam Yusfarizal Yusof, yang mewakili Elegant Advisory, berkata sebelum ini, Umno pernah cuba menyelesaikan perkara itu dan mengadakan beberapa mesyuarat tetapi tidak berhasil.

"ini menunjukkan bahawa wujudnya satu bentuk kontrak, sekalipun lisan tetapi Umno harus bayar,” katanya.Pada September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman RM218 juta oleh pembekal bahan kempen pilihanraya, Elegant Advisory Sdn Bhd terhadap Umno.

Pesuruhjaya kehakiman Anantham Kasinater berkata, beliau berpuas hati bahawa permohonan itu tidak mempunyai asas dan tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Mahkamah, katanya, berpuas hati bahawa ia tidak memenuhi Seksyen 71 Akta tersebut.

Oleh itu, katanya, mahkamah berpuas hati bahawa tidak ada kaitan kontrak antara Elegant Advisory dan Umno.-Malaysiakini.

Betulkah Umno tidak berhubungan dengan orang tengah ?

1 ulasan:

  1. Salam...
    bila depa ada kuasa perkara yg wujud pun mereka blh sahihkan...manusia mereka blh tipu, undang2 mereka blh beli tpi hukum Allah stiasa mnanti mereka..wallahua'lam

    BalasPadam