Jumaat, 27 Ogos 2010

Brahim Ali kata Khairy elok keluar Umno, dulu besar kepala zaman Pak Lah

'Pertarungan' Brahim Ali Presiden Perkasa dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin melarat-larat hingga cabar mencabar antara kedua pihak.Brahim Ali suruh Khairy keluar Umno sementara Khairy pulak kata jika ahli Umno pilih Perkasa daripada beliau akan keluar Umno.Brahim kata elok la Khairy keluar Umno sebab dulu 'ex' sangat semasa Pak Lah jadi PM.

Pergaduhan abang -adik itu hanya sekadar carik-carik bulu ayam. Bila time pilihanraya gerombolan ini akan bersatu macam tak dak apa pun yag berlaku.Lapor Malaysian Insider Ibrahim Ali :Ahli Umno akan gembira jika Khairy keluar;

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata ramai ahli Umno akan gembira jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu atas alasan ‘tidak gembira’ dengan Perkasa.

“Saya rasa ramai ahli Umno gembira kalau dia letak jawatan atau tinggalkan Umno kerana semasa bapa mertuanya jadi perdana menteri, menyebabkan antara punca BN dan Umno kalah teruk pilihan raya umum ke-12,” kata beliau.

Kata Ibrahim, sekiranya majoriti ahli Umno menyokong Perkasa ia adalah satu tanggapan melucukan.

“Apa penyakit KJ?... mungkin tidak dilantik sebagai timbalan menteri, maka kecewanya sudah klimaks dan jadi Perkasa sebagai alasan,” katanya.

“Pada saya, tanpanya mungkin rakyat lagi senang hati pada Umno... apa pun kesian dia.

“Dulu besar kepala... sekarang bila bapa mertua tak jadi PM, maka taring dah hilang, merapu tak tentu pasal,” kata Ibrahim mengulas kenyataan terbaru Khairy terhadap Perkasa kelmarin.Baca semua klik tajuk.

2 ulasan:

  1. salam...
    UMNO ni do canang bt roadshow gelombang selamatkan Selangor...depa xtau depa yg dok pelingkup Selangor dlu sampai rakyat beralih arah kpd Pakatan Rakyat...duit pasir dlu dok simpan kat poket sdiri...pimpinan Pakatan Rakyat skrg hasilnye dberi kpd rakyat smula...wallahua'lam

    BalasPadam
  2. Apa-apa hal pun, politik Khairi jauh lebih bijak dan jauh lebih kaya dari Ibrahim. Begitulah alang-alang nak jadi sekular... bukan hanya merayu nak menang PRU dengan menumpang parti lawan, lepas menang....gigit keting parti tersebut dan kini menyalak untuk diterima kembali oleh parti yg menyingkirkannya dahulu. Maruah melayu apa ni? Melayu yang otak 0.1mg aje yang begitu tertawan dengan makhluk sebegini.

    BalasPadam