Presiden Perkasa Ibrahim Ali diberi gelaran 'Tuan Guru' oleh mantan PM Tun Madey.Sebelum ni Tun Madey jenamakan BN sebagai 'Parti Setan Yang Dikenali'.Tun Madey memang pakar bab bagi gelaran kepada apa saja yang beliau suka.Bagi Tun orang yang boleh jilat dan telan air liur Tun orang itu boleh rapat dan mesra dengan Tun.
Sebenarnya Tun Madey pun dah tak ada kawan.Dulu kawan baik Tun ialah Musa Hitam.Allahyarham Tun Ghafar Baba,Tun Abdullah dan juga Anwar Ibrahim.Yang berani lawan Tun ialah Pak Lah dan Anwar.Sebab tu lah walapun Pak Lah masih Umno Tun benci kepada Pak Lah sebab Pak Lah tak dengar cakap Tun Madey.Masa Pak Lah jadi PM Pak Lah tak tunaikan hajat Tun Madey buat Jambatan Bengkok yang menyaksikan Datuk T (Eskay ) dapat untung komisen RM20 juta atas angin walaupun Jambatan Bengkok dibatalkan di zaman Pak Lah jadi PM.
Anwar kena terajang sampai lebam biji mata gara-gara mahu buat reformasi dalam Umno.Itulah habuan yang Anwar dapat hingga kini dibenci Tun Madey.Baguih jugak jadi lagu tu baru Anwar sedar itulah Umno parti yang hanya Yes Man.
Kenapa Tun Madey anggap Braheng Ali sebagai 'tuan guru'?Adakah kerana Braheng Ali pakar huru-hara jadi beliau diangkat ke martabat tuan guru?Puak mana yang baling kasut ke dalam masjid?Anda sendiri ada jawapannya!
Ke hulu dan ke hilir Braheng Ali dan Tun Madey buat road show bersama untuk selamatkan bahtera Umno yang dah hampir karam itu.Tun Madey semua orang tau kalau PR menang pru 13 beliau tidak lagi mampu untuk selamatkan anak beranak beliau yang kaut segala kekayaan negara.Braheng Ali pulak sudah tentu mahu jadi ahli parlimen lagi.Dia nak bergantung kata sapa kalau bukan kat Tun Madey dan BN.
syg betul madey dgn katak ni. heran aku.
BalasPadamadmin BANkami