Selasa, 2 April 2013

Duit Petronas bukan harta pusaka Umno


Najib gesa pekerja Petronas sokong BN, umum pemberian RM1,000

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini “tanda penghargaan” RM1,000 kepada semua pekerja syarikat minyak negara Petronas, menjelang pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.
Najib, yang juga Menteri Kewangan bertanggungjawab untuk menjaga Petronas, mengatakan pemberian tunai itu adalah tanda penghargaan Putrajaya diatas sumbangan syarikat tersebut kepada ekonomi.
“Ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan telah mencadangkan pemberian kecil untuk menggembirakan pekerja.
“Akhirnya, saya bercadang untuk menerima cadangan tersebut. Sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada semua pekerja sebagai tanda penghargaan jadi belanjakannya dengan bijak,” katanya dihadapan 4,000 pekerja Petronas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.-M'insider.
Bagi BR1M kena sokong BN,bagi tayar kat drebar Teksi kena sokong BN,bagi laptop kat anak Felda kena sokong BN,bagi duit Petronas kena sokong BN.Ingat harta negara harta pusaka Umno-BN?Royalti minyak untuk rakyat Kelantan awat tak berani bagi?
Nak menang pru kena merasuah dan beli undi.Agak-agak kalau Umno tak merasuah duit boleh ka Umno-Bn berkuasa lagi?

Najib pecah rekod dunia sebagai pemimpin yang suka tabur wang dan janji untuk menang pilihanraya.Perkara ini jika berlaku di Jepun,Korea Selatan,Amerika Syarikat sudah lama diheret ke penjara.

3 ulasan:

  1. Pilihan di tangan kita, nak terima rasuah atau jadikan macam pemberian biasa. Niat diorang memang beli undi, bagi duit untuk kita undi BN.

    Senang je, anda pemakan rasuah kalau ambik duit dan undi BN. Kalau undi PR baru bukan amalan makan rasuah.

    BalasPadam
  2. Memang nk cari mampus ler,kalau ade yg berani nk buat pendakwaan n jatuh hukum kt pm di msia ni,dh mcm2 kes yg melibatkan pm di paparkan,satu pun x sangkut,negara adik beradik,ape2 kes boleh di bawa berbincang,you tolong i,itolong you,you kasi i susah,i susahkan you,,,,hhmmmm

    BalasPadam
  3. hek eleehhh jib... setakat RM1,000 untuk orang2 O&G ciput je... loose change. diorang dapat bonus 8 - 12 bulan tuu... PETRONAS tak nak anytime Aramco nak bagi kerja....

    BalasPadam