Rabu, 5 Oktober 2011

Cincin RM24 juta 'naik tikar terbang'

Kastam sahkan cincin RM24 juta wujud-Malaysiakini

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz  berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.


Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.-M'kini

Kastam kata cincin tu wujud, Datuk Nazri kata tiada sebarang urusniaga beli cincin.Mana satu betul?Macam mana cincin tu boleh sampai Malaysia dan dipulangkan semula ke tempat asalnya jika tiada sebarang urusniaga.?Ini macam nak tutup bangkai gajah dengan tudung saji.Bodek tak habis-habis walaupun semua dah jelas dan terbongkar.Kalau cincin tu wujud dan sampai ke Malaysia dan dipulangkan semula ke tempat asalnya di USA , siapa yang uruskan penghantaran pulang cincinRM 24 juta tu?Adakah cincin tu 'naik tikar terbang'?


Siapa nak bodohkan siapa?Cincin tu milik siapa dan kenapa dipulangkan semula dalam masa beberapa hari ke tempat asalnya?

Pembocor maklumat tak puas hati jawapan menteri-Malaysiakini

"Saya tidak puas hati dan jawapan (menteri) tidak menjawab misteri di sebalik cincin itu," kata bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (kiri).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya di parlimen hari ini berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin itu benar-benar wujud.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Nazri berkata tiada pembelian dibuat terhadapnya.

Dalam reaksi segeranya kepada Malaysiakini hari ini, Badrul Hisham berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap laporannya yang dibuat pada 13 Julai, termasuk terhadap pegawai syarikat kargo, membuktikan dokumen yang didedahkan sah.

"Lepas itu puak-puak blogger (penulis blog) Umno dan lain-lain jawab konon cincin itu masuk untuk pameran sulit dan sudah keluar semula. Dan ada yang siar borang cincin itu keluar.

"(Tetapi) borang itu banyak keraguan, antaranya ada pindaan tanpa pengesahan dan tandatangan pegawai kastam itu ialah pegawai kastam yang bertugas di bahagian latihan HQ (ibu pejabat) kastam," katanya.

25,000 risalah akan beredar
Bagaimanapun, Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhujah,barangan untuk pameran seharusnya melalui prosedur dan borang berbeza.

"Semakin mereka nafi semakin bercelaru. Sekarang rakyat kena hakimi," katanya lagi.

NONEDi sebalik kontroversi cincin mewah itu, Badrul Hisham hari ini turut membangkitkan tentang gelang bernilai RM1.65 juta yang juga didakwa dipakai Rosmah dan dikeluarkan syarikat sama.

Badrul Hisham juga berkata, SAMM pada minggu depan akan mula mengedarkan 25,000 naskhah risalah buku kecil mengenai cincin itu dan "pembaziran lain" kepada umum.

Kandungannya tidak didedahkan buat masa ini.

Badrul Julai lalu tampil mendedahkan kemasukan barang itu dan mendakwa rekod menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan - yang didakwa bukti menunjukkan pembabitannya.

Badrul Hisham melaporkannya kepada SPRM dan Rosmah kemudiannnya menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah selepas dua minggu ia ditimbulkan.-M'kini

Kalau  cincin ini kepunyaan Wan Azizah , kepunyaan isteri MB Kelantan, kepunyaan isteri Presiden Pas, bini Lim Guan Eng, bini MB Selangor sudah tentu kena siasat sampai jatuh bangunan.Tapi disebabkan ada kaitan dengam Bik Mama cincin boleh dipulangkan ke tempat asalnya begitu saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan