Ceramah Timbalan Presiden Pas Haji Muhammad Sabu di seksyen 16, Shah Alam malam tadi yang sepatutnya dibuat di luar Dewan Orang Ramai dalam kawasan padang terpaksa dialih ke dalam dewan kerana pihak polis tidak benarkan ceramah dibuat di luar Dewan Orang Ramai.Pihak polis memasang 'cross line' atau garisan polis di sekitar kawasan padang hadapan dewan yang tidak benarkan orangramai masuk dalam kawasan padang yang mengadap pentas ceramah.
Skrin dipasang di luar dewan yang penuh sesak untuk memudahkan orangramai ikuti ceramah yang turut dihadiri adun Sri Muda Shuhaimi Hj Shafie, Dr Rani PJ Pas Selangor dan juga Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam.
Berpuluh anggota polis yang hadir 'dengar' ceramah Mat Sabu dengan tak kurang daripada 8 kenderaan polis termasuk kenderaan jenis van yang tertera tulisan 'Balai Polis Bergerak'.
Pihak polis bekerja untuk siapa sebenarnya.Untuk rakyat atau untuk Umno-BN?Jangan sampai orang kata,"Guna duit rakyat untuk jaga kepentingan Umno-BN!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan