Lagi kisah laporan audit negara 2010.Ada sapa-sapa ambik kisah yang teramat sangat dengan laporan audit negara ni?Mungkin kita kena paksa macam dalam filem P.Ramlee 'Nujum Pak Belalang' baru kita nak kata betapa jahatnya si pemerintah yang kaut duit rakyat masuk dalam kantong kroni!
Kalau di negara luar rakyat yang jadi pembayar cukai kepada si pemerintah tak kiralah cukai jalan, cukai pendapatan, cukai mentekerdarah makanan segera, cukai simkad prabayar cukai telefon rumah, depa dah mengamok sakan sebab duit depa disalahguna sebab bagi kroni kaya raya.Kerajaan yang berkuasa akan tumbang dalam pilihanraya atau dijalanraya.
Kita , apa yang kita buat?Kita tengok tv, makan , tidur, bangun pagi pi kerja , malam minggu tengok bola tiket harga bolasepak cekik darah pun tak pa .Di negara luar depa pun macam kita juga berhibur dan bekerja tapi dalam masa yang sama jika 10 sen sahaja pemerintah salahguna duit rakyat depa bangun dengan begitu cepat lawan kerajaan yang berkuasa.Tambah-tambah kalau si pemerintah kaki pembohong lagi cepat jatuh.Negara kita pemimpin cakap bohong kepada rakyat lagi lambat nak jatuh!Lagi banyak pelingkup duit rakyat lagi lama duduk ditampuk kuasa.
Kita jadi rakyat jika terus menerus tak ambik kisah dengan si pemerintah yang semakin tamak dan haloba kaut duit rakyat masuk kantong kroni sampai kiamatlah BN akan terus berkuasa!
Berikut senarai terkini laporan Ketua Audit Negara 2010;
1- Air berkuman dibekalkan ke 10 sekolah.Anak-anak orang kampung jatuh sakit tak kisah janji anak menteri dan pemimpin selamat !
2-Tujuh staf Risda Plantation tak pulang RM1.6 juta ,Audit arah kes saman.Duit penoreh getah kena tibai pun tak pa sebab penoreh getah hanya syok harga mahal!
3-Laporan audit:Lebih belanja tak langgar peraturan, kata SPRM.Ya la bukan keluar duit poket sendiri tapi duit rakyat.Nak siasat sampai jatuh bangunan pun peduli apa.
4-Menteri:Selain bumbung , JKR juga diminta kaji struktur Stadium Nasional.Orang putih penjajah buat bangunan sampai hari ni tegap dan teguh tak runtuh-runtuh!
5-RM770,000 untuk bekalan elektrik kepada satu rumah.Lu pikirlah sendiri!
6-Projek komputer di Sabah gagal-Tersadai dimakan anai-anai!
7-Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak.Semua lingkup dulu beli kapal selam didakwa tak boleh selam kini buat bangunan tapi tak boleh guna.Menteri pertahanan tak payahlah berlagak dengan uniform tentera lebih baik letak jawatan.
8-Noh Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani diminta bertanggungjawab peruntukkan RM110 juta untuk petani yang didakwa berlaku ketirisan dalam laporan audit negara.baca di sini.
Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250 juta-Malayskini
Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot
Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umnoyang dikatakan
gagal walaupun menelan belanja besar.
"Kajian awal oleh PKR ini jelas menunjukkan bahawa projek ini telah
gagal walaupun menelan belanja jumlah wang rakyat yang besar dan
kurniaan tanah seluas 5,000 ekar.
"Malah, ada petani dan
penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan
walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan," kata Ketua Wanita PKR
Zuraida Kamaruddin (kanan).
Dakwanya, projek syarikat
National Feedlot Corporation Sdn Bhd itu dikendalikan keluarga menteri
itu, bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) untuk memenuhi sasaran 40
peratus (1,500 ekor sehari) permintaan dan pengeluaran daging lembu
untuk pasaran tempatan.
Sebaliknya, berdasarkan tinjauan PKR,
projek yang beroperasi di Gemas, Negeri Sembilan itu didakwa hanya
mengeluarkan sekitar 1,000 ekor lembu dipelihara dan sebanyak 20 ekor
lembu disembelih setiap hari.
Sehubungan itu, PKR berpendapat isu
itu perlu diberikan perhatian serius kerana ia salah contoh utama
bagaimana "penyelewengan" wang rakyat dan mempunyai kesan mendalam
kepada kenaikan harga barang.
"Rakyat memerlukan penjelasan segera mengenai kegagalan projek nasional yang menelan belanja besar ini," katanya.
Ahli
parlimen Ampang itu juga mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin - yang didakwa terlibat menganugerahkan projek itu -
tidak boleh terus berdiam diri.-Malaysiakini
Saya nak tanya kepada Ketua Wanita Umno Shahrizat yang juga jadi Menteri yang ada remoih (ada jambul) awat diam dan senyap dalam isu ini?Jawab la!
Apabila laporan audit negara ini dah selesai kita akan diwar-warkan dengan macam -macam projek baru untuk rakyat sebagai tambahan kepada bajet 2012 yang digula-gulakan kepada rakyat.Rakyat pun rasa syok dan terus tertipu dengan mainan politik BN yang membuai rakyat.Rakyat dah tak pikir lagi pasal laporan audit negara yang jelas menunjukkan penyelewengan wang rakyat yang masuk ke dalam kantung kroni BN.
Orang Melayu yang terus bergayut kepada Umno jika masih tak sedar-sedar lagi kata Umno yang bawah-bawah ni tak dapat apa pun teruslah sokong Umno yang bawa rebah ini.Sokonglah dan terus sokong.Jangan rasa menyesal dengan sikap Umno yang membaham wang rakyat macam harimau yang tunggu kandang kambing.Sehari seekor demi seekor kena baham lama-lama tinggal kandang saja!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan