Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2
bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
Daripada
jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan
hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus
daripada keseluruhan hutang, manakala baki RM16.2 bilion atau 3.7
peratus merupakan hutang luar negara.
Dengan jawapan bertulis
Kementerian Kewangan kepada soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok
yang meminta Menteri Kewangan menyatakan hutang luar negara mengikut
negara yang memberi pinjaman kepada Malaysia.
Jawapan itu juga
memberitahu sumber hutang, pinjaman dalam negeri diperolehi melalui
terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK),
Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan
dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.
Pemegang
instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat
insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja dan SOCSO.
Dalam pada itu hutang luar negeri
Kerajaan Persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal
antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman
projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank
Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata
wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Eura, Dolar Kanada
serta Dinar.-Harakahdaily
Baca juga;
Malaysia bakal lewati had hutang , Anwar cabar Najib debat-M'inisder
Greek unions threaten anti-austerity strike-Aljazeera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan