Diemail kedalam blog ini tanpa edit;
KENYATAAN AKHBAR
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SELANGOR
27hb Oktober 2011
KEADILAN
Selangor merujuk kepada kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani, Dato Seri Noh Omar dalam maksud 'ketirisan' dan 'hutang' yang
disiarkan akhbar hari ini. Jelas ia adalah satu respon mentaliti rendah
dari seorang yang bergelar Menteri. Tiris dari segi maksud sudah
tentulah berlaku kebocoran, tak kira kecil atau besar jumlahnya. Apakah
bukan satu 'ketirisan' dalam pentadbiran Noh Omar apabila dengan nyata
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyegerakan untuk melaksana
sebanyak 135 projek kepada 1,746 sub projek (rujuk m/s 20 Laporan Ketua
Audit Negara) tetapi ‘berhutang’ pemberian insentif kepada petani kecil
dan miskin?
Kementerian ini menerima peruntukan sebanyak RM2.894 billion tetapi
perbelanjaan pula adalah sebanyak RM2.906 billion. Maka terlebih 'tiris'
oleh kementerian sebanyak RM11.94 juta. (Sumber: m/s 14 laporan Ketua
Audit Negara) Kalaupun saya dituduh tidak mengetahui makna tiris dan
hutang oleh Menteri terlibat, yang pasti saya mengetahui sedalamnya
derita beban yang ditanggung oleh petani kecil disebabkan kelemahan
pentadbiran Noh Omar yang lebih mementingkan pelaksanaan projek-projek
yang sudah tentu menguntungkan kroni tetapi daleh dengan seribu satu
alasan apabila melibatkan petani kecil.
Adakah ini halatuju baru kementerian yang cuba digarap oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani? Projek dahulu, Petani kemudian?
Sewajibnya
insentif kepada petani ini ‘didahulukan’ berbanding pelaksanaan projek
terpilih yang mana boleh dikaji keutamaannya. Unjuran oleh kementerian
juga telah berbeza besar yang bermaksud kementerian sendiri gagal
memberikan resional bajet pemberian insentif. Insentif kepada petani
yang susah, kepada orang miskin boleh berhutang, boleh di tangguh, boleh
di kurang tetapi projek kepada kroni jika perlu boleh pula di pohon
bajet tambahan tanpa perlu menunggu bajet baru. Rang Undang Undang yang
di tarik sebelah pagi, boleh pula diselitkan sebelah petang oleh rakan
Menteri Noh Omar kerana di sana ada banyak peluang 'ketirisan' untuk
terus merompak harta orang kampung. Inikah visi baru kerajaan BN dan kementerian Noh Omar? Jawaplah kepada Ketua Audit Negara dan rakyat, bukan kepada saya atau kepada KEADILAN Selangor!
KEADILAN
Selangor kembali bertanyakan soalan pokok kepada Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani berkaitan penggantungan tapak perniagaan di pasar
tani Shah Alam baru
baru ini. Jawapan balas beliau berhubung persoalan ini langsung tidak
di sentuh, bahkan menyimpang jauh dari topik isu. Kenapa tidak mahu
menjawap persoalan sebenar? Gentarkah dengan bukti nyata yang ada di
tangan KEADILAN Selangor?
Soalan yang dikemukakan amat mudah;
kenapa zalim sangat memberhentikan perniagaan ibu tunggal yang lemah dan
mempunyai tanggungan tiga anak ini? Sebagai seorang Menteri yang
berkuasa penuh pada agensi di bawah kementerian, seharusnya jawapan
Menteri adalah jujur, ikhlas dan membantu menyelesaikan sengsara yang
terpikul di bahu pengadu. Apa yang cuba dipesongkan oleh Noh Omar tidak
lebih sebagai alasan untuk lari dari tanggungjawap menjawap persoalan
pokok!
Saya tidak teruja dan tidak ‘terbakar dengan api provokasi‘ Noh Omar agar saya belajar semula kerana itu
tidak membantu peniaga ini mendapat semula hak niaganya. Saranan itu
tidak langsung mempercepatkan peniaga ini mencari rezeki semula bagi
menyara dirinya sekeluarga.
Saya dengan rendah dirinya
menyatakan tidak keberatan untuk berlajar lagi kerana menuntut ilmu
adalah wajib, bahkan belajar sehingga sampai ke liang lahad adalah
disarankan dalam agama dengan mencadangkan agar Noh Omar juga kembali ke
sekolah semula bagi belajar cara cara menjawap soalan. Soalan saya
mudah, kenapa begitu kejam tindakan pada seorang ibu tunggal yang
kebetulan tidak dapat hadir menyambut Menteri hingga perlu di tabur
pasir ke periuk nasinya? Kenapa lakukan kezaliman ini? Apakah ibu
tunggal ini orang kaya seperti Khir Toyo? Dan jika amat kaya seperti
ADUN Sementa sekalipun, perlukah di sekat rezekinya hanya semata mata tidak dapat hadir program Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani? Jawap soalan ini Dato Seri!
KEADILAN
Selangor ingin tegaskan, surat hitam putih dan tindakan ‘ala
penguatkuasa Tunisia’ ini benar benar berlaku di bawah seorang Menteri
bernama Noh Omar!
Cabaran KEADILAN Selangor kepada Noh Omar
adalah, jika benar Menteri mendahulukan rakyat, beri semula tempat niaga
pada ibu tunggal ini dalam tempoh 7 hari. Jika Menteri gagal selesaikan
aduan peniaga ini dengan menarik balik penggantungan yang di buat maka
adalah jelas, Noh Omar 'kepala mahazalim' yang mewakili UMNO BN adalah
kelompok orang sombong, kejam dan tidak berhati perut pada rakyat.
Rakyat seluruh negara wajar menolak kepimpinan mereka yang tidak
berperikemanusiaan seperti ini.
Untuk kesekian kalinya, KEADILAN
Selangor ingin sebutkan peniaga ini di gantung atas alasan tidak hadir
program perjumpaan bersama Noh Omar pada 19 september 2011
yang lalu. Apakah wajar anak anak peniaga ini di biar menjadi mangsa
kelaparan kerana tiada wang untuk berbelanja atas ketidakhadiran ibunya
berbaris menyambut Noh Omar? Kesalahan ini pun belum tentu dapat
dibuktikan tetapi hukuman telah dijalankan. Undang undang dan peraturan
manakah yang agensi di bawah kawalan kementerian guna pakai? Kita bukan
di negara Afrika
atau Timur Tengah yang perlu zalim pada rakyat sendiri seperti ini. Atau
apakah ilmu zionis ajaran APCO sudah meresap masuk dalam agensi
kementerian hingga tindakan melampau ini di buat? KEADILAN Selangor
mencabar Noh Omar menjawap dengan tepat isu ini dan memohon maaf kepada
semua peniaga terlibat. Usah berdolak dalik lagi dengan mengalih
perhatian pada perkara lain.
Sekali lagi KEADILAN Selangor
tegaskan, Noh Omar MESTI memastikan agensi di bawah kementeriannya yang
bernama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA memansuhkan
penggantungan kepada peniaga pasar tani pada 16, 23, 30 Oktober dan 6 November 2011
dengan segera. Peniaga ini memerlukan tapak niaganya semula kerana itu
sahaja punca pendapatannya. Kemana dia harus pergi jika tapak niaganya
di gantung? Apakah Noh Omar mahu membiayai semua keperluan peniaga ini
dan keluarganya? Noh Omar adalah orang yang bertanggungjawap jika
berlaku sesuatu pada keluarga ini kerana surat penggantungan ini pasti
di buat atas restu Menterinya.
KEADILAN Selangor menyeru rakyat
seluruh negara melihat tingkah laku Timbalan Pengerusi UMNO dan Barisan
Nasional Selangor yang bongkak dalam menunjukkan kekuasaannya. Inikah
sikap seorang pemimpin yang kononnya bakal menjadi Menteri Besar
Selangor?
Mari kita doakan bersama agar negeri ini tidak
mempunyai seorangpun pemimpin yang bersikap sedemikian tidak kira dari
Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat. Semoga kes ini membuka mata
rakyat agar tidak sewenang wenangnya memberi kuasa kepada 'Singa yang
menjadi pengawal kambing'. Lagak mereka tidak ubah seperti samseng
jalanan. Jika mereka di beri kuasa lagi pasti habis semua peniaga di
gantung jika tidak mengikut kemahuan mereka. Apakah ini yang rakyat
mahu? Jawapannya TIDAK pada UMNO BN! Ayuh, selamatkan Malaysia!
Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor /
Ahli Majlis Pimpinan Pusat /
ADUN Sri Muda
No 6, Tingkat 2,
Jln Anggerik Vanilla R31/R,
Kota Kemuning,
40460 Shah Alam
Tel: 51220050
Tiada ulasan:
Catat Ulasan