Setiap yang bernyawa pasti mati.Tak kiralah binatang atau manusia semua akan mati.Begitu juga dengan pemerintah yang berkuasa.Tak selamanya mereka pegang tampuk kuasa hingga hari kiamat.Kalau tak lama boleh jadi cepat.Hanya tunggu masa saja.Umno -Bn dah lama sangat pegang kuasa sebagai pemerintah di negara ini .53 tahun dah ...Kalau carum KWSP lagi dua tahun da dapat semua.
Mula-mula memang liat BN nak jatuh, tapi selepas tsunami pru 12 nyawa BN dah nampak semakin uzur.Kalau orang kaya dia dah buat wasiat dah kepada anak-anak dia faraid harta kepada anak-anak.Kalau ada penyakit 3 serangkai, kencing manis, jantung dan buah pinggang nyawa memang tak panjang.Kini nyawa BN dah tak panjang hanya tinggal orang Melayu saja sebagai teras penyambung nyawa BN.Tak percaya?Kalau tak percaya sila hantuk kepala ke dinding hihi.
Bila baca laporan Pemuda MCA tak mahu jawatan kerajaan jika kalah teruk PRU ini menunjukkan MCA sedar nyawa MCA dah tak panjang .MCA akan jadi miskin dan mungkin juga berkubur dalam pru akan datang.Atau adakah MCA sekadar buat rayuan , minta sedekah, ugut agar orang Cina kembali sokong kepada parti kaum Cina itu dalam pru akan datang?MCA sama macam parti Gerakan yang lumpuh di Pulau Pinang dalam pru 12 yang lalu.Depa hanya jadi Mat Jenin nak ambik balik Pulau Pinang.Bila nyawa dah sampai dikerongkong minta tolong pun dah tak boleh dilayan.
Dunia sekarang hanya golongan veteran sokong parti pemerintah.Anak muda yang berpuluh ribu sanggup turun dijalanraya tuntut perubahan tapi si pemerintah tua pekakkan telinga daripada dengar suara anak muda.Anak muda Melayu, Cina dan India dah bersatu untuk tumbangkan BN dalam pru akan datang cuma si tua bangka Umno-BN lupa apa kehendak rakyat.Dunia anak muda ada facebook, ada twitter, ada blog .FB inilah yang jatuhkan kerajaan diktator Hosni Mubarak di Mesir.Tak percaya?
Semasa demo Bersih 2.0 ,7Julai lalu FB main peranan besar dan berita isu Bersih 2.0 tersebar luas ke seluruh dunia dalam sekelip mata.Dunia sekarang bukan lagi zaman pelita minyak tanah dan tv hitam putih.
Ketua Polis Negara juga bimbang BN akan kalah pru 13 .Ayuh anak muda kita jadikan hajat MCA dan Ketua Polis Negara jadi kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan