BN anjur Program Sentuhan Rakyat dan Kenduri Nasi Daging di kerusi Anwar-M'insider
Lebih 3,000 orang menghadiri Program Sentuhan Rakyat dan Kenduri Nasi
Daging yang di adakan di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, Permatang Pauh
di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata
program yang bermula sejak semalam itu berjalan lancar dan sangat
meriah.
“Semalam saya difahamkan hampir 1,000 orang hadir menyaksikan
persembahan Wayang Kulit Seri Asun yang diadakan di padang sekolah,”
katanya ketika merasmikan program itu di sini hari ini.
Kerusi Parlimen Permatang disandang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata program
kenduri itu mampu menjadi platform semangat bekerjasama masyarakat dan
menjadi perantaraan untuk memulihara kesenian dan kebudayaan pelbagai
kaum.
“Program itu juga akan memberi ruang kepada pemimpin untuk mendekati
masyarakat bagi mengenal pasti masalah dan kekurangan yang dihadapi oleh
komuniti serta masyarakat setempat,” katanya dipetik Bernama Online.
Sementara itu, Ketua Umno Permatang Pauh datuk Abdul Jalil Abdul
Majid berkata Program Sentuhan Rakyat dan Kenduri Nasi Daging itu
merupakan sebahagian program yang telah diatur di bawah Program
Merakyatkan Seni (PMS) anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan.
Tak ada makan tak ada orang datang dengar celoteh Umno.Ada makan beribu datang.habis makan ingat semua undi BN ha ha.Kucing pun mau makan free.Dapat makan free harga minyak tak turun-turun.Ingat makan free boleh turun harga barang yang semakin melambung?
Sampai bila Umno nak layan orang Melayu dengan makan free, bas free?Tun Madey dah lama buat projek makan free dan nasi bungkus free semasa baru naik jadi PM dulu.Warga asing dibawa berkursus jadi usahawan di Putrajaya orang Melayu hanya dapat makan freeeee.Tu pun tak sedar-sedar lagi layanan kelas ketiga Umno kepada orang Melayu.Wahai Bani Melayu bila nak sedar kata Umno permainkan maruah Melayu dengan ajaran makan free?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan