Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yaasin kata “Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya.
“Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang
memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah,” kata beliau di Dewan
Rakyat hari ini.
Tambah beliau, “kalau kita kaji sejarah, kita tahu bahawa kita sambut
kemerdekaan setiap tahun, takkanlah sia-sia... tapi kerana kita tahu
kita dijajah. (Selama) 54 tahun kita menyambut perayaan ini mestilah ada
signifikannya.”
Jelas Muhyiddin , penasihat British pada
waktu itu sebenarnya memberikan nasihat kepada Raja-raja Melayu, dalam
konteks itu, nasihat yang diberi harus diikut.
“Ia tidak bebas dan terpaksa mengikut apa yang dinasihat,” jelas
beliau ketika menjawab soalan tambahan Azmin Ali (PKR-Gombak) pada sesi
soal jawab lisan hari ini.-Themalaysian insider Muhyiddin Yaasin sahkan Malaysia pernah dijajah.
Sebelumnya Profesor Dr Zainal Kling kata"Fakta
sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).
Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru,
ahli politik atau pentafsir politik," katanya.
Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874,
tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah,
sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
"Dinaungi
tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan
tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak
mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan
perspektif sejarah (itu) perlu diubah.
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.Baca di sini.
Ha ha sekarang terbukti bahawa golongan akademik kaki bodek ini hanya merapu dan kaki putar belit sejarah.Muhyiddin sedar jika turut jadi kaki merapu macam profesor kangkong tentang fakta sejarah ni beliau akan dilihat bertambah tak cerdik.Lebih baik bangun melawan baru ada peluang jadi PM..ha ha
Sekarang bagaimana dengan dakwaan terhadap Timbalan Presiden Pas Haji Muhammad Sabu di mahkamah yang didakwa kerana isu Mat Indera?Mana ada dalam dunia ni cakap pasal sejarah kena dakwa di mahkamah kecuali Malaysia.Kalau macam tu profesor kangkong ni yang kata Malaysia tak pernah dijajah patut didakwa sama! Mat Sabu bukan takat didakwa di mahkamah tapi ada profesor kangkong mau rebus Mat Sabu hidup-hidup hanya kerana isu Mat Indera.
Cakap bohong dah jadi satu tabiat di Malaysia.lagi banyak cakap bohong lagi cepat naik pangkat dan darjat.Yang syoknya kita orang Melayu ada yang percaya bulat-bulat hanya kerana depa ada gelaran profesor!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan