Bukit Kepong:18 badan bekas polis , tentera terus kecam Mat Sabu-M'inisder
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang sebelum ini dikritik hebat
dan dikenakan tuduhan bulan lalu berhubung kenyataan menyentuh peristiwa
Bukit Kepong, terus berhadapan dengan kecaman 18 persatuan dan kelab
bekas anggota tentera dan polis.
Dalam iklan bertemakan “Tegakkan kebenaran, wira Malaysia tidak akan dilupai”, disiarkan dalam Berita Minggu dan Mingguan Malaysia,
akhbar milik Umno hari ini, pemimpin persatuan dan kelab mewakili
pegawai dan anggota tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata,
mereka membantah sekeras-kerasnya kenyataan Mohamad.
“Kami rakan seperjuangan yang terdiri daripada bekas-bekas pegawai
dan anggota Tentera Diraja Malaysia membantah sekeras-kerasnya kenyataan
Mohamad Sabu yang mengiktiraf Mat Indera, ketua pengganas komunis yang
menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sebagai pejuang
kemerdekaan.
“Kenyataan beliau ini menghina perajurit dan keluarga yang terkorban
semasa menentang komunis dan boleh mengancam kedaulatan negara, agama
dan perpaduan bangsa,” kata mesej 15 persatuan dan kelab anggota
tentera.
Mohamad (gambar)
yang turut mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” dihadapkan di mahkamah
susulan siri laporan polis ke atas beliau sejak akhir Ogos lalu.
Sementara mesej di muka bersebelahan, yang dibawa oleh tiga persatuan
bekas pegawai dan anggota PDRM pula berkata, “kami rakan seperjuangan
yang terdiri daripada bekas-bekas pegawai dan anggota PDRM yang taat
setia kepada raja dan negara serta mencintai keamanan berasa amat marah
dan kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Mohamad Sabu, yang
menghina pengorbanan anggota polis dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong
pada 23 Februari 1950, sambil memuji pengganas komunis sebagai wira.”
Mesej itu juga berkata, kenyataan tersebut adalah dangkal dan tidak berperikemanusiaan.
“Ia telah memperlekek, menghina, mencerca, menjatuhkan maruah dan
martabat warga polis yang telah terkorban atau cedera dalam
mempertahankan kedaulatan negara dan institusi kepolisan,” kata presiden
Persatuan Bekas Polis Malaysia, Persatuan Pesara Pegawai Kanan Polis
dan Persatuan VAT69 dalam mesej mereka.
Mohamad telah dihadapkan di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 21
September lalu berhubung tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik
anggota polis dan keluarga mereka pada ceramahnya di Padang Menora,
Tasek Gelugor.
Mohamad, 57, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu.
Beliau didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka
yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Bukit
Kepong dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan
nama baik anggota polis dan keluarga mereka pada 21 Ogos lalu.-M'inisder
Woit! patut polis pencen dan askar pencen ni berterimakasih sikit la bukan terus bantai dan serang Mat Sabu yang bangkitkan isu Bukit Kepong.Dah dapat seorang RM3000 dalam bajet 2012 apa yang tak puas hati lagi!?Patut hang pa semua pakat jumpa jumpa Mat Sabu belanja kopi 0 la seorang secawan dapat elaun lebih.
Ni yang kata bagi betis nak telan peha.Jangan anggap duit RM 3000 tu duit Umno tapi duit rakyat, bukan upah nak bantai Mat Sabu.Dia dah kena naik court bukan dapat apa pun ha ha
Kalau nak tibai dan serang Mat Sabu hang pa pi la serang sama Ghani Othman MB Johor dan semua profesor yang tulis buku pasal Mat Indera tu kata pejuang negeri Johor.Ada otak guna la jangan simpan di kepala lutut. Tulis semula buku di bawah kalau rasa Mat Indera tu pengkhianat.Otak lembu boleh goreng otak manusia takkan nak kena goreng juga ha ha.
Tambahan 4.57 ptg;
Jangan silap wahai polis pencen, askar pencen kes ini sedang berjalan di mahkamah.Kamu bukan hakim nak jatuh hukum.Kamu semua boleh didakwa hina mahkamah kerana mendahului mahkamah jatuh hukum terhadap Mat Sabu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan