Inkuiri Suhakam;Polis tendang budak lelaki , tolak pemberita wanita-M'inisder
Anggota polis antirusuhan didakwa menolak seorang pemberita bertudung di kawasan Brickfields manakala yang lain menendang seorang budak lelaki di Pudu ketika meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 awal Julai lalu, demikian siasatan awam Suhakam dimaklumkan hari ini. Kenneth Steven Chan Wen Chin memberitahu, dia ada melihat seorang pemberita wanita dari TV Selangor ditolak sehingga jatuh di Jalan Tun Sambathan di sini.
“Kami sedang menuju ke Jalan Tun Sambanthan di mana anggota polis menjerit ‘Tangkap! Tangkap!’ Kami nampak seorang budak perempuan yang bertudung, polis menarik dan menolak dia dengan kasar,” kata Chan (gambar).
Dia memberitahu, teman wanitanya yang juga seorang pemberita turut berada di kawasan itu ketika kejadian dan mereka mengambil gambar.
Chan juga mendakwa dia nampak beberapa anggota polis menendang seorang budak lelaki di Jalan Pudu dan mereka juga mengambil gambar kejadian itu.
“Polis memberi amaran agar kami tidak mengambil gambar, dan berkata mereka akan memecahkan kamera kami,” kata Chan yang merupakan saksi pertama dalam siasatan awam Suhakam yang bermula hari ini.
Suhakam mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunanan kekerasan melampau ketika perhimpunan Bersih 2.0.
Siasatan berlangsung di pejabat Suhakam dan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi suruhanjaya Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
“Suruhanjaya telah memutuskan untuk mengadakan siasatan awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011,” kata Suhakam dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.
Majlis Peguam diwakili oleh Roger Chan dan Richard Wee manakala polis diwakili oleh ASP N Rajagopal dan ASP Lim Chee Wah.
Teman wanita Chan, Rita Lee yang bekerja dengan msn.com merupakan saksi kedua.
Lee berkata kameranya ditolak ke arah mukanya oleh seorang anggota polis ketika sedang mengambil gambar polis bertindak kasar ke atas pemberita TV Selangor.
Lee memberitahu inkuiri bahawa seorang lelaki yang mengenakan kemeja-T Bersih ditahan polis meskipun dia tidak membantah dan tidak bertindak ganas.
“Empat hingga lima anggota polis menahan dia. Saya tidak melihat apa-apa sebab mengapa mereka perlu begitu ramai anggota polis menahan seorang yang tidak menunjukkan tentangan,” katanya sambil menambah kejadian berlaku di Jalan Pudu.
“Saya juga ada melihat anggota polis menolak lelaki itu dengan kepalanya menghala ke arah jalan, menyebabkan mukanya menjadi merah (dengan kecederaan), sebagaimana anda boleh lihat pada rakaman.
“Saya juga diberi amaran oleh polis yang cuba menahan saya daripada mengambil gambar kejadian ini, tetapi saya terus mengambil gambar,” katanya.
Siasatan disambung 15 November.
Berita sebelumnya pihak polis kata hanya seorang saja anggota polis terlibat tembak gas pemedih mata di Hospital Tung Shin dalam demo Bersih 2.0 , 9 Julai.Boleh percaya ka hanya seorang saja anggota polis terlibat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan