Saya memang tergelak sakan bila pihak polis kata warga asing yang dibawa ke Putrajaya daripada Johor yang didakwa dapat IC sebenarnya dibawa untuk berkursus dalam bidang keusahawanan.Ishh nak sebut pun payah aiih!
Tapi nak habaq bagi kerajaan PR di Selangor yang kini sedang berbelanja RM100 untuk shooping warga emas 60 tahun ke atas bersama wakil rakyat Selangor di pasaraya, kena ingat dan bekerja keras melawan agenda Umno yang lebih kasar dan sanggup lakukan apa saja untuk tawan Selangor negeri paling kaya dalam Malaysia.
Ingat baik-baik PR di Selangor....Presiden Umno yang juga PM Malaysia Najib merangkap Ketua Umno Selangor pernah berkata mahu 'rampas Selangor dengan apa cara sekali pun'.Macam orang gila anak dara orang la, bini orang ka atau janda berhias ka mengorat-mengorat tak dapat , tangkap ayam hanya dapat taik, hati mula panas mula guna cara keras.Modal dah turun banyak dah tapi tak dapat-dapat juga .Lalu kata 'tak dapat cara baik cara jahat aku guna'!
Kalau warga asing dikursus jadi usahawan depa akan jadi lebih kaya lebih ramai akan datang Malaysia.Kita rakyat Malaysia nak jadi apa?Jadi tikus tengok besi, tak boleh buat apa dahhhh eeeee.Tak sedar-sedar lagi kita sedang kena main dengan BN.
Ingat PR jangan hanya buat kempen syok sendiri.Ini JB Mali maaa ada agenda mau kasi runtuh PR di Selangor.Lu ingat dia orang warga asing mau keja kebun ka, keja kilang ka kat Selangor.Mau jadi usahawan bisa buat PR jadi tak ketawan yang mana satu warga asing yang mana satu warga Malaysia.
Sindiket IC:Alasan 'kursus usahawan' tak munasabah-Harakahdaily
Kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman
bahawa ratusan warga asing yang ditemui di Istana Dugang Country Resort
kelmarin menghadiri kursus keusahawanan disifatkan sebagai tidak
munasabah.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan
Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, alasan itu sama sekali tidak
dapat diterima rakyat kerana tiada keperluan mereka mengikuti kursus
tersebut kerana mereka memang tidak dibenarkan berniaga di Malaysia.
"Apakah
seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit
pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pula
kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga
asing dibenarkan berniaga di negara kita? soalnya dalam kenyataan kepada
Harakahdaily.
Suhaizan turut membangkitkan beberapa persoalan
yang menimbulkan kecurigaan dan mengesahkan dakwaan pemuda PAS bahawa
warga Indonesia, bangladesh dan Kemboja itu dibawa ke resort tersebut
untuk mengambil MyKad.
Warga asing itu juga dipercayai akan didaftarkan sebagai pemilih dalam pilihan raya umum ke-13.
Katanya, layanan yang diterima mereka sangat istimewa sehingga diberikan perkhidmatan pengangkutan dan bas secara percuma.
"Tidak
munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri
kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan
kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?"
soalnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Apa yang lebih
melucukan katanya warga asing itu datang dari Johor ke Selangor
semata-mata untuk berkursus selama lima jam sahaja.
Ini kerana
jelasnya, menurut perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka
diperlukan sehingga jam 1 tengahari Rabu, sedangkan warga asing tersebut
tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama.
Tambahnya,
jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan, kenapa dalam waktu
yang singkat sahaja iaitu dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari.
"Jika
benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM,
pergi dan balik daripada Johor Baharu ke Putrajaya, mengapa mereka tidak
berkursus di Johor Baharu sahaja. Mengapa begitu istimewa warga asing
ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," katanya.
Sehubungan
itu, beliau mengingatkan pihak polis agar tidak bersubahat melindungi
penyelewengan yang melibatkan kedaulatan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan