Polis Sepang nafi sindiket IC Desa Pinggiran-Malaysiakini
Polis menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki
sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka
mengundi.
Ketua
Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi
semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin,
lapor Sinar Harian.
Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.
“Maklumat
yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa
Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.
“Mereka
(warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh
pihak terbabit,” katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu.-M'kini
Siapa mau percaya warga asing ni hadiri kursus keusahawanan?Kat Chow Kit banyak pendatang haram berniaga sudah lama tak pernah dengar hadiri kursus keusahawanan.Hi hi.Ni datang dari Johor ni kursus apa ni?Kursus dapat IC la!
Ramai rakyat ketawa bila polis kata hanya seorang saja anggota polis berpangkat koperal didapati bersalah tembak gas pemedih mata di hadapan Hospital Tung Shin dalam demo Bersih 2.0 pada 9 Julai.Hi hi...kini bila warga asing disyakki dapat IC depa kata warga asing tu hadir kursus keusahawanan ...ada ka patut?Patut-patut la bro nak tembak pun ha ha ha.
Syoknya jadi warga asing dari JB ni dapat ronda kat Putrajaya naik bas express lepas tu boleh duduk kat resort.Orang Melayu meniaga ayaq tebu tepi jalan, meniaga buah jambu batu tepi jalan awat gomen tak kutip bawa pi kursus keusahawanan?
Baca ;
Sindiket MYKad:5 soalan untuk KDN-Harakahdaily
saya niaga dah tahun lebih gormen x pernah panggil pi kursus pun, bila pi tekun nak minta pinjaman depa kata kena tunggu 6 bulan baru dapat pinjaman, ni warga asing senang-senang dapat kursus keusahawanan betoi ka ni?
BalasPadam