Tiga ahli perniagaan mendakwa pekerja-pekerja mereka telah dikasari oleh sekumpulan lelaki, yang dipercayai ahli Pemuda Umno yang cuba menuntut wang perlindungan.
Bagaimanapun, seorang ahli Pemuda Umno yang secara tiba-tiba muncul pada sidang akhbar yang dianjurkan oleh ahli perniagaan berkenaan, semalam menafikan dakwaan itu dan berkata ia "tuduhan yang tidak berasas".

Ketika merancang pembukaan kedai ketiga mereka - CCH Hardware di tapak itu yang dibeli mereka pada harga RM8.25 juta semasa lelongan Jun lalu, mereka didatangi oleh sekumpulan lelaki yang diketuai oleh ahli jawatankuasa Umno bahagian Titiwangsa, Zulkeflie Mat.
"Empat hingga lima orang yang datang dan mereka memperkenalkan diri mereka sebagai wakil-wakil daripada penjaja di sana. Salah seorang daripada mereka adalah Zulkeflie. Dia beri saya kad perniagaannya dan minta kami membenarkan sedikit masa untuk gerai-gerai kecil di koridor dikosongkan," kata Lee.
Bagaimanapun, tidak ada perkara lain yang dibincangkan semasa pertemuan itu, kata Lee kerana terdapat kehadiran anggota polis ketika itu.
"Kami sebenarnya telah menunggu sejak Jun untuk penjaja mengosongkan kedai kami," katanya.

"Kami tidak melayan mereka dan meneruskan kerja-kerja kami."
Diserang
Langkah seterusnya langsung tidak dijangka, kata Lee. Beberapa orang muncul pada di premis itu pada hari berikutnya (Jumaat lalu). Mereka bersenjata batang kayu dan menyerang seorang daripada pekerjanya dan memecahkan cermin lori pekerja berkenaan.
"Seorang daripada mereka mendakwa tempat ini adalah kawasan mereka ... dan menuntut agar bayaran dibuat. Tiada seorang pun daripada kami (pemilik) berada sekitar, jadi mereka menghalau pekerja dan juga memukul seorang daripada pekerja kami," kata Lee.

Md Shahin (kiri) membuat laporan di balai polis daerah Dang Wang berhubung pada hari yang sama dan Lee mendakwa setakat ini tiada tindakan yang diambil.
Berikutan itu, kedua-dua, Lee dan Cheng membuat laporan berasingan - satu di Pandan Indah dan satu lagi di Dang Wangi - bahawa Zulkeflie dan seorang lagi lelaki yang hanya dikenali sebagai AD, telah enggan mengosongkan premis milik mereka dan "menegaskan bahawa kawasan itu di bawah jagaan Umno".
Bimbang dengan keselamatan mereka, Lee dan Cheng mengadakan sidang akhbar di City Hotel Villa yang terletak bersebelahan, semalam dan juga meminta pihak polis memberi perlindungan kepada mereka.
Mereka juga membawa media melawat premis yang kosong itu.-Gambar dan berita oleh Malaysiakini
Dulu ada gengster Hai San dan Ghee Hin berebut lombong bijih timah.Tapi kini anak beranak depa . cucu cicit depa dah kaya , dah jadi tawkey.Macam mana boleh jadi tawkey?Sendiri mau ingat.Tawkey -tawkey ni bela hantu raya.Hantu raya ni pulak kalau tak jamu memang dia buat kacau tuan dia!Kalau jamu cukup , duit cukup hantu raya ni tak akan kacau siap tolong jaga lagi.
Mungkin hantu raya ni juga geram kat Mat Bangla sebab senang-senang dapat IC free ha ha.Lama-lama boleh ambik alih kawasan hantu raya.
Hantu raya ni hanya pandai paw tawkey , mau jadi freeloader macam RajaGopal.Mau hidup senang tak payah keluar peluh setitik.Makan tanggung berak free.Hantu raya ni jugak tak dikacau dan diganggu gugat DBKL bila paw pengguna jalanraya yang parking kereta tepi jalan untuk makan tengahari dan jamu selera malam-malam di KL.Agaknya DBKL pun bela hantu raya ni jugak?
Ni baru hantu raya bawahan buat keraja macam ni.Bapak Hantu raya buat kerja cara halus ..komisen masuk dari kapal selam dan semua tender.Bapa hantu raya hidup kaya anak hantu raya kena main kasar kena paw tawkey baru ada duit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan