Pintu pagar rumah Haji Mohammad Sabu Timbalan Presiden Pas di Seksyen 19 , Shah Alam telah dibakar malam tadi kira-kira jam 12.30 malam.Kejadian yang disedari jiran sebelah rumah Mat Sabu yang ketika itu mahu menunaikan solat.Jiran Mat Sabu yang berada di tingkat atas rumah memberitahu, beliau ketika itu sudah memakai telekong dan nampak api sedang membakar pintu pagar rumah Mat Sabu dan terdengar bunyi yang kuat di luar rumah.Beliau turun ke bawah untuk memadam api yang sedang membakar pintu pagar rumah Mat Sabu.
Ketika beliau sampai di hadapan rumah Mat Sabu ,jiran hadapan rumah Mat Sabu yang nampak api sedang bakar pintu pagar rumah Mat Sabu telah bertindak pantas memadam api kebakaran.Ketika kejadian Mat Sabu dan isterinya tidak ada di rumah .Hanya anak perempuan Mat Sabu sahaja ada di rumah .
Anak perempuan Mat Sabu, Huda menceritakan polis datang 10 minit selepas mendapat panggilan telefon siap dengan jabatan forensik sekali.Polis mengambil tong minyak yang berwarna kuning yang dipercayai diisi minyak tanah sebagai bahan bukti.Huda rasa terkilan dengan sikap seorang anggota polis yang berpangkat koperal yang berkata, "Jangan kecik hati kalau kes ditutup kerana tiada suspek dikesan.".Huda juga berkata nasib baik kereta Myvi yang ada dalam pagar rumah tidak disambar api kerana jiran depan rumahnya sempat padamkan kebakaran
Gambar 1- Kesan habuk terbakar yang melekat di pintu pagar rumah Mat sabu
Gambar 2-3-Kesan terbakar pada lantai dan pintu pagar
Gambar 4- Kesan terbakar pada suis loceng rumah.
Sebelum kejadian pintu rumah Mat Sabu dibakar, Mat Sabu telah terima sms berbaur ugutan terhadap keluarganya.yang berbunyi ;
"Awak memang
patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut celupar.
Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke
atas isteri dan anak perempuan awak.
"Batalkan segala debat. Sejarah adalah fakta bukan untuk didebat. Yang pasti awak putar alam."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan