Saya hanya ketawa melihat Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mau cabar Mat Sabu Timbalan Presiden Pas yang semakin top dan glamour berdebat hanya bila Mat Sabu kata Mat Indera pahlawan Melayu terbilang, gemilang dan cemerlang lawan orang putih British yang jajah Tanah Melayu (dulu la Tanah Melayu lani Malaysia).Khairy Jamaluddin sekarang ambik kesempatan isu Mat Indera untuk buat roadshow seluruh Malaysia dalam masa yang sama mau jadi popular macam Mat Sabu , macam Mat Indera ha ha ha .
Khairy kata Mat Sabu bacul dan penakut sebab tak mau debat dengan Khairy isu Mat Indera ha ha.Adakah Mat Sabu takut sangat-sangat dengan Khairy macam orang Melayu takut bila dengar nama Mat Indera tu dianggap pejuang Melayu oleh Mat Sabu ha ha ha! Adakah Mat Sabu takut dan nak terkencing bila Khairy ajak beliau berdebat macam orang Melayu takut dengar nama Mat Indera yang berani bunuh dan tembak orang putih British dan Gurkha pada tahun 1950 dulu?
Timbul persoalan ..kenapa Umno takut dengan nama Mat Indera?Kenapa Umno takut bila Mat Sabu kata Mat Indera pejuang Melayu? Ha Ha ini rahsia dah terburai ..diburaikan oleh Mat Sabu .Siapa Mat Indera sekarang ini sejarahnya sedang dikaji balik.Kalau betul Mat Indera tu bukan pengganas Umno akan berkubur ..dikuburkan oleh Melayu yang cerdik yang tak percaya dengan tipudaya Umno untuk terus menerus perintah negara ini.
Khair Jamaluddin Ketua Pemuda Umno patut cabar Tun Mahathir yang benci dan meluat sangat-sangat dengan beliau.ajak Tun debat kenapa Tun benci Khairy menantu Pak Lah ha ha.Khairy juga patut debat kenapa Mukhriz yang kalah di tangan beliau rebut jawatan Ketua Pemuda Umno dapat jadi Timbalan Menteri sedangkan Khairy yang menang ditolak- mentah-mentah sebarang jawatan kabinet.Ini perkara pelik bin ajib dalam Umno! Ha ha tak percaya cuba tanya Tun Mahathir ha ha.
Dulu orang kata Hang Tuah tu hero sekarang ni orang kata Hang Jebat tu hero ha ha ha .Ini fakta bukan auta.Dunia dah berubah yang tak berubah fikiran hanya Melayu yang mudah ditipu oleh Umno.Kalau takut bini jangan debat buat peluh dahi saja.
Umno Gali Kuburnya Sendiri-Mat Sabu (harakahdaily)
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan Umno menggali
kubur mereka sendiri apabila mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat
Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.
Beliau
kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol
"Pengukir Nama Johor" yang penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk
Seri Abdul Ghani Othman sendiri yang menamakan Mat Indera sebagai salah
seorang hero Johor.
(Mohamad Sabu menunjukkan buku Pengukir Nama Johor yang
memaparkan Mat Indera sebagai salah seorang hero dan gambarnya diletak
di muka depannya)
Ghani juga turut memberikan kata-kata aluan dalam buku yang diterbitkan pada tahun 2004 itu.
Mohamad
dijangka akan membuat satu sidang media segera bagi menunjukkan bukti
ke atas kenyataan beliau sebelum ini bahawa Mat Indera adalah salah
seorang hero dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Umno
melalui medianya Utusan Malaysia dan lain-lain media kawalannya
menyerang Mohamad dengan dakwaan menyokong komunis apabila menyifatkan
Mat Indera adalah hero kerana melawan British.
Selain media, Umno juga menggerakkan ahli-ahlinya agar membuat laporan polis dan demonstrasi membantah ucapan Mohamad Sabu.
Buku
Pengukir Nama Johor diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun
2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama
Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.
Yayasan
Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan
Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah
foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.
Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi
Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah
menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat
Dato' Onn.
Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu
Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti
Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.
Prakata
buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul
Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan
Johor.
Menarik;
Pengalaman dengan Mat Indera-Tukartiub
Debat :Mat Sabu hanya mahu jumpa Muhyiddin , Khairy bidas bacul-m'insider
hehehe!!!
BalasPadamKami teringin sangat tengok PAS macam dulu, ada matlamat perjuangan Islam! tapi la PAS dah jadi caca-marba...buang perjuangan Islam ambik pulak negara Kebajikan dah tu promote perjuangan Komunis...katanya(Kal Marxt Sabu) sealiran dengan perjuangan Islam!...apa ni? betui la kata orang DAP ganti PAS!
BalasPadamRamai yang mengharapkan PAS ganti UMNO....tapi kini kecewa! Laa PAS tak berani sebut pasai Hudud atau pun Perjanjian Madinah masa ceramah atau tazkirah macam dulu-dulu....takut kat DAP!
PAS dah ada kuasa di Kelantan, Kedah, Selangor dan PPinang...kenapa tak cuba ubah perlembagaan negeri ikut perlembagaan Islam yang dilaung-laungkan dulu? Kalau kat ceramah bukan main lagi kata kita akan gantikan perlembagaan kafir(Lord Reid kata Ali Setan) dengan perlembagaan Islam!
Inilah masanya untuk PAS membuktikan yang ianya layak menggantikan UMNO yang dikatakan Sekular, Rasuah, Perkauman dan sebagainya.
Buktikan PAS itu lebih baik dari UMNO.