Klip Undilah tak disenangi orang ramai, kata Rais-M'insider
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais
Yatim berkata klip video Undilah tidak sesuai ditayangkan kerana ia
mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.
“Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang
mengelirukan beberapa pihak,” katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Program Merakyatkan Seni bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di
sini hari ini.
Dipetik Bernama Online, Rais berkata, penarikan semula penyiaran klip
video Undilah sebelum ini dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan
Lembaga Penapisan Filem.
“LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya
sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan
menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh
ditayangkan atau tidak,”katanya.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan
klip video Undilah belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh
itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.
Sabtu lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
berkata klip video itu belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan
oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen sehingga ia
telah mendapat kelulusan.
Agensi itu berkata, hasil pemantauan pematuhan secara rutin dibuat
menunjukkan pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete
Teo belum mendapat kelulusan daripada LPF. SKMM menambah, di bawah Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998, semua penyiar mesti menghentikan
penyiaran klip video berkenaan.
Bagaimanapun katanya, arahan itu tidak melibatkan kandungan klip berkenaan tetapi hanya berkaitan pematuhan oleh pihak penyiar.
“Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan pengumuman khidmat awam tersebut,” kata SKMM.
Kenyataan SKMM berkata, adalah menjadi amalan biasa untuk pihaknya
mengarahkan penarikan kandungan yang belum diberi kelulusan oleh LPF
untuk ditayangkan.
Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan penerbitan klip itu
mengkritik tindakan SKMM yang melarang stesen penyiaran lokal daripada
menyiarkan bahan itu.
Misalnya, pertubuhan Bersih 2.0 menyifatkan tindakan kerajaan
mengharamkan siaran klip video Undilah, yang bertujan menggalakkan orang
mengundi ketika pilihan raya, bercanggah dengan pendirian pembaharuan
politik yang diwar-warkan oleh pentadbiran Najib.
Justeru kepimpinan Bersih 2.0 menggesa SKMM membenarkan agar klip itu
— satu bentuk pemakluman awam — terus disiarkan oleh stesen siaran
tempatan kerana ia tidak membawa sebarang ancaman kepada negara.-M'insider
Umno yang tak suka atau rakyat yang tak suka?Antara sedutan dalam klip video Undilah ialah kata-kata Ku Li yang kata "Negara kita memang banyak masalah..tak perlu lah saya sebutkan...undilah...we are the boss".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan