Sejak Haji Muhammad Sabu atau Mat Sabu jadi Timbalan Presiden Pas , Umno rasa tertekan, goyang dan kelam kabut untuk melawan hujah yang dibangkitkan Mat Sabu.Dulu semasa orang Pas lain yang jadi Timbalan Presiden Pas Umno tak rasa macam ni.Mungkin Tim Pres yang lama hanya ibarat 'original' bukan 'spicy' ha ha.Orang suka makan ayam goreng 'spicy', 'original' tak berapa sedap.
Umno jadi letih lawan Mat Sabu.Isu yang dibangkitkan Mat Sabu jadi bualan hangat dan bertambah hangat bilaUmno sendiri menghangatkan isu yang dibangkitkan Mat Sabu iaitu isu Mat Indera dalam peristiwa Bukit Kepong tahun 1950.
Mat Sabu jadi serangan pihak yang tak suka dengan cara Mat Sabu berhujah.Kini polis pencen jadi musuh Mat Sabu kerana depa sendiri pun bukan kaji sejarah cuma dengar dan lihat Utusan Meloya dan TV Umno sebagai bukti dalam isu Mat Indera.Polis pencen ni 99 peratus adalah penyokong Umno kalau benci Mat Sabu pun orang tak terkejut.Secara berseloroh Mat Sabu berkata , "Saya tak boleh dok di rumah sat lagi geng tua-tua dan polis pencen nak buat demo depan rumah saya."
Yang meluat dan benci Mat Sabu hanya golongan tua,peneroka Felda yang lanjut usia dan mak Cik Felda yang hanya jadikan TV Umno dan Utusan Meloya (Utusex) sebagai sumber maklumat.Tidak kepada golongan muda yang ada FB dan baca blog yang lawan Umno-Bn.Mat Sabu masuk kedai kopi orang muda terpa untuk salam dengan Mat Sabu.Mereka sikit pun tak ambik 'pot' dakyah media Umno yang kata Mat Sabu pengkhianat, Mat Sabu sokong komunis.Ini yang membimbangkan Umno!
Umno menyembur air liur nak jawab dan defend hujah yang diutarakan Mat Sabu.Oleh kerana Umno dah kering idea isu moral di,mainkan untuk matikan hujah Mat Sabu.Betullah apa yang dikatakan blogger Ariff Sabri (AK47 Sakmongkol) Umno terpaksa celakakan Mat Sabu! Umno buli otak Melayu.
Yang tak suka dengan Mat Sabu bukan hanya Umno bawahan tapi juga pemimpin Umno yang terkial-kial lidahnya nak lawan hujah Mat Sabu seperti Hishamuddin Hussein Menteri Dalam Negeri.Kata Hishamuddin Hussein 'jangan layan Mat Sabu'.
Aset Umno ialah Melayu luarbandar yang tak terdedah dengan dunia tanpa sempadan atau orang Melayu yang tak suka tengok internet.Depa hanya beli Utusan Meloya saja sebagai bahan maklumat.Kalau tembok ini dapat diburaikan, dipecahkan hanya satu saja kalimah untuk Umno , 'Good Bye'.
Baca juga;
'Sebelah tangan suap , sebelah lagi pukul'-Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan