Ini laporan tentu gusarkan , lemahkan wakil rakyat BN yang 'berkubu' di Selangor.Tengah berkubu Ketua Polis Negara dilaporkan Themalaysian insider berkata;
IGP :BN boleh kalah pru jika gagal urus isu ISA
Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis
Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN)
boleh kalah dalam pilihan rayau mum jika tidak menangani isu berkaitan
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.
Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia
yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA
minggu lalu.
Menurut Ismail , isu ISA iaitu undang-undang
yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang
hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih
simpati dan sokongan pengundi.
Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata,
walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya
dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah
itu.
Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka.
“Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua
mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan
mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih
simpati dan sokongan pengundi,” kata beliau.
Justeru katanya, “jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan
baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan
datang.”
Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk “Keamanan dan
Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju” dalam buku berjudul “1
Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020”.
Yooo laaa 2 bang Mail oooiii..ko pun antu BM UmNo..
BalasPadamKata Khalid Tim KPN , Saiful = Sabu. kah kah kah.
BalasPadamParti hangpa ni nak negari bkebajikan ka nak hudud orang parti hangpa.
Pemimpin2 hangpa tu yg dah makan elaun MP tu d negeri orang balik la ke kampong halaman d Johor tu. Larat ke nak makan elaun negeri orang oi.
Jenis NATO.