Blogger Umno gelar Muhyiddin 'anak paria' -harakahdaily
"DI BAWAH pentadbiran Muhyiddin Yassin, Umno Wilayah (Persekutuan) sudah
jadi macam parti mak bapak dia..Dia buat apa dia suka..Kerana dia
penyamun besar yang berselindung atas nama nasionalisme Melayu dan
Islam..Maka dilantiknya jawatan kanan Umno bahagian bdr tun razak
semuanya banduan politik wang."
"Muhyiddin Yassin itu anak
paria," tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd
Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau.
Beliau
menulis lagi,"16 September 2011 bermula konspirasi hendak menjatuhkan
PM Najib oleh Muhyiddin Yassin, dgn perlantikan setiausaha dan bendahari
bekas banduan politik wang dan seorang yd diadukan melanggar
perlembagaan Umno, maka dengan sendiri Parlimen Bandar Tun Razak yg
dinamakan sempena bapa PM Najib dgn mudah akan dimenang oleh
pembangkang. Maka Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan
saperti yg pernah dia lakukan kpd Abdullah Hj Ahmad."
Apa yang
ditulis Zaharin menunjukkan politiking dalam Umno memang hebat. Sentiasa
panas dan bergolak. Selalunya kemelut dalaman Umno tidak diketahui
rakyat kerana ia dapat disembunyikan oleh media tali barut Umno. Bila
dibongkarkan satu-persatu mereka kata, ianya hanya ibarat 'ribut dalam
secawan kopi.'
Ribut dalam Umno kali ini memang hebat dan tidak
dapat dibendung. Ia diluahkan dan didedahkan secara terbuka oleh
bloger-bloger dan facebookers Umno. Laman sosial FB menjadi tempat
mereka melepaskan geram terhadap seteru politik dalam Umno.
Zaharin
begitu berani mengambil risiko menghentam dan mengecam Timbalan
Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Muhyiddin digelar sebagai anak paria, penyamun besar dan
perosak Umno. Lebih hodoh lagi, Zaharin yang juga Setiausaha Umno
Bahagian Bandar Tun Razak mendakwa beliau ada maklumat bahawa Muhyiddin
terbabit hendak menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun
Razak.
Dalam tulisannya di laman FB, Zaharin berkata, beliau akan mendedahkan hal tersebut tidak lama lagi.
Zaharin
melepaskan geramnya kepada Muhyiddin dipercayai kerana terdapat usaha
TPM selaku Pengerusi Umno untuk meletakkan 'orangnya' menggantikan
beliau sebagai Setiausaha Umno Bahagian.
Malah dalam laman FBnya,
Zaharin terus menyerang Muhyiddin kerana melantik orang-orang
bermasalah dan yang jelas terbabit dalam politik wang seperti Dato'
Mokhtar Samad dan Amil Salleh di bahagian tersebut.
Menulis
mengenai Zaharin bukan bermakna menyokong beliau. Sebab Zaharin memang
jenis out-spoken. Dalam posting beliau selalu menyerang PAS dan Pakatan
Rakyat. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Umum KeADILan,
Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi 'ulam' beliau.Baca semua di sini.
Ini realiti politik dalam Umno.Kalau dapat habuan besar mulut tutup rapat-rapat.Kalau tak dapat habuan dan projek kutuk rapat-rapat.Siapa tak kenal Mat Monggol dan Mat Sembab sila pergi tanya Hishamuddin Rais (tukar tiub).Mat Sembab nak jadi PM, puak Mat Monggol pulak nak halang Mat Sembab jadi PM.Yang jadi mangsa Mat Indera dan Mat Sabu ha ha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan