Khamis, 15 September 2011

Penyakit Sumpah Datuk T dah berjangkit kepada Jamil Khir Baharom

Masih ingat dengan sumpah Tiga Datuk T di Masjid dalam isu video lucah yang ditayangkan di pawagam Carcosa Sri Negara awal tahun ini?Kini kes tersebut senyap tanpa berita.Kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom (jaga Hal Ehwal Agama Islam) pula sanggup bersumpah mengatakan rumah yang macam istana yang dibinanya tak guna duit zakat.Siapa yang kata rumah Jamil dibina guna duit zakat?Atau Jamil sendiri terkejut beruk bila rumah mewah beliau dibongkar oleh media.?Jadi macam Umno terkejut macam kera terloncat-loncat kerana Mat Sabu bakar mercun dalam isu Mat Indera? Ha Ha

Rumah di atas bukan rumah Tok Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan yang jadi MB sejak tahun 1990, tapi rumah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom.Buat apa- sampai nak sumpah-sumpah macam Datuk Ti wahai Bro Jamil.? Apa yang tak kenanya?Perangai Umno yang kini suka sangat bersumpah dah jadi penyakit berjangkit kalau kena atas batang hidung sendiri.Jangan jadi sesumpah sudah la.

Bila timbul kes rumah Jamil ni teringat juga kisah bekas MB Selangor Khir Toyo yang kata ada tiga menteri mau masukkan beliau dalam penjara atau pagar besi supaya Umno dapat kembali tawan Selangor.Khir Toyo kini sedang dibicarakan di mahkamah kerana kes rasuah atas pemilikan dua lot tanah rumah bungalow di seksyen 7 Shah Alam.Harga asal tanah tersebut ialah RM 6.5 juta tapi dijual kepada Khir Toyo pada harga RM3.5 juta sahaja.Harga tanah makin mahal bukan makin turun lain la kalau jual beli kereta terpakai makin lama makin turun harga!

Dalam dunia ni kata orang dua perkara saja tak boleh percaya .Pertama betina.Kedua duit. Ha Ha.Macam-macam boleh jadi.Manusia jadi rosak kerana dua perkara ni kalau tak tahan diuji.Hentam la labu tumpang boleh enjoy ni.Tapi jangan la dok suruh rakyat berjimat cermat rumah menteri makin lama makin besar dan mewah.Mulut cakap lain hati ingat nak mewah ja.


Jamil Khir :Saya guna duit sendiri ubah suai rumah , bukan wang zakat-M'insider

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersedia untuk bersumpah bagi membuktikan yang beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya di Kampung Batu Muda, Batu Caves, dekat sini.

Jelas Jamil Khir, rumah itu telah dihuni bersama keluarganya sejak 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian dibuat menggunakan wang sendiri. “Wallahi, saya tak ambil duit zakat, boleh semak zakat Wilayah Persekutuan dapat audit bersih.
“Saya berani bersumpah kalau mereka berani,” kata beliau pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Semalam, portal Malaysia Today telah menyiarkan gambar rumah milik Jamil Khir yang mana didakwa dianggarkan mencecah jutaan ringgit.
Dalam laporan itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin mendesak Jamil Khir menjelaskan tentang rumah mewah itu.
Menurut Khairul Anuar, keraguan timbul apabila Jamil Khir yang dilantik sebagai menteri tiga tahun lalu dan hanya memperoleh gaji tidak menjangkau RM15,000 sebulan, namun mampu memiliki kediaman mewah dalam tempoh yang singkat.
“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya.
Jelas Jamil Khir, tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu disifatkan sebagai “politik terdesak” untuk memburukkan imejnya.
“Jawapan mudah, saya duduk rumah di Kampung Batu Muda sejak 1994, sudah 17 tahun saya duduk dan saya tidak tahu mengapa dibangkitkan . . . ia hanya penambahbaikan rumah dan tuduhan adalah politik terdesak.
“Saya tidak mahu panjangkan perkara ini, saya dulu bukan penganggur . . . saya dulu tentera dan jawatan terakhir saya Mejar Jeneral, malah saya juga tentera yang berpencen dan ada ganjaran, RM1 juta tiadalah tapi adalah,” katanya.
Jelas beliau, rumah itu dibesarkan untuk menampung bilangan ahli keluarga yang semakin membesar.
“Rumah ini pun hutang dengan kerajaan sejak 1994, kami keluarga besar . . . mak dan ayah duduk sekali, anak enam orang jadi ramai lagi pun anak-anak saya bekerja,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan