Cuba baca-baca betul berita di bawah.Ini tak ada kena mengena dengan Mat Indera yang Umno kata pengganas dalam kes Rumah Pasung Bukit Kepong yang diserang Mat Indera dalam tahun 1950.
Kepada polis pencen dan askar pencen termasuk yang jadi talibarut British zaman penjajah yang termakan hasutan Umno, hang pa patut keluar ramai-ramai demo dapatkan hak hang pa yang diabaikan pemerintah.bukan tumpang kalut dan jadi pak turut kepada Umno.Malu la dah tua-tua tapi otak sendiri ada tak mau guna pikir dalam-dalam apa yang Umno dok hasut tu betul ka tidak.
Woit! polis pencen semua yang mau Mat Sabu Timbalan Presiden Pas dibuang kerakyatannya hanya kata Mat Indera pejuang kerana berani bunuh tentera British , Ghurka dan talibarut British , apa perasaan hang pa bila Mat Bangla, Mat Indone dan Mat Myanmar senang-senang saja dapat jadi warganegara dan terus didaftar sebagai pengundi?Ini lagi teruk daripada isu Mat Indera yang hang pa kalut sangat.Ni dah kira jual negara, jual maruah negara dengan begitu murah bila senang-senang warga asing senang-senang dapat kerakyatan Malaysia dan terus boleh jadi pengundi.
5000 warga Mynmar jadi pengundi di Terengganu-harakahdaily
Ribuan warganegara asing dengan 5,006 orang daripadanya dikenalpasti
warganegara Myanmar telah disenaraikan sebagai pengundi oleh SPR untuk
mengundi di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti.
Daripada angka itu,
seramai 2,272 orang akan mengundi dalam Parlimen Kemaman, manakala
1,979 orang akan mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal
yang diwakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi pihak
BN.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut
menjelaskan, data tersebut telah dikesan oleh pihaknya sepanjang tahun
ini dan ia membuktikan betapa kotornya permainan politik para pemimpin
Umno BN.
Menurut beliau, dengan angka tersebut, Parlimen Kemaman
dan Dun Kijal sudah boleh dimenangi oleh BN dengan mudah dalam Pilihan
Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dengan hanya menjadikan warga Myanmar sahaja
sebagai pengundi.
Katanya, dengan itu, kemenangan yang
diperolehi oleh BN dalam PRU itu khususnya bagi kerusi Parlimen Kemaman
dan Dun Kijal adalah kerana warganegara asing dari Myanmar.
"Sebenarnya
PAS Terengganu juga telah dapat mengesan kemenangan BN bagi Parlimen
Kemaman dan Ahmad Said di Dun Kijal dalam PRU Ke-13 pada tahun 2008 lalu
adalah juga kerana pengundi warganegara Myanmar.
"Proses untuk
membolehkan warganegara Myanmar itu menjadi pengundi dilakukan di
Langkawi, tetapi mereka mengundi di Terengganu. Kini cara yang sama juga
turut dilakukan oleh Umno BN bagi menghadapi PRU Ke-13 nanti," katanya
pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.
Selain
warganegara Myanmar, menurut beliau,Umno BN turut menjadikan
warganegara lain bagi mengundi di pihak mereka di Terengganu dalam PRU
Ke-13 nanti.
Katanya, jumlah warganegara asing yang akan
dijadikan pengundi di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti cukup besar
sehingga ribuan orang.
"Pengalaman kami di Terengganu dalam
berhadapan dengan pengundi-pengundi hantu, pada tahun 2004 kenaikan
pengundi sebanyak 17 peratus iaitu hampir 170,000 pengundi baru dari
Pahang dan Selangor.
"Pihak PAS telah pun membuat bantahan
mengenai kemasukan pengundi-pengundi hantu itu kepada SPR dalam PRU
tahun 2004 lalu tapi tidak dipedulikan oleh SPR," katanya yang juga Ahli
Parlimen Kuala Terengganu.
Kini, tindakan tidak bertanggungjawab
itu, tegasnya, semakin menjadi-jadi yang membabitkan sindiket pakatan
SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sehingga turut diajadikan
penduduk sementara pula sebagai pengundi hantu atau pengundi bertindih.
Katanya,
44 kes pengundi bertindih telah dilaporkan oleh beliau kepada SPR
baru-baru ini yang melibatkan pengundi yang mempunyai dua kad pengenalan
berwarna hijau pula yang sama tetapi berbeza angka bagi dua digit
terakhir.
"Laporan kami mengenai seorang pengundi mempunyai dua
kad pengenalan itu diterima dan turut diakui oleh SPR dan SPR berjanji
akan mengatasi masalah seorang pengundi mempunyai dua kad pengenalan,"
katanya.
Bagaimanapun, janji SPR itu seperti mempunyai muslihat
tertentu kerana perkara asas yang ditekankan oleh PAS bukan seorang
pengundi mempunyai dua kad pengenalan, tetapi salah satu kad pengenalan
tersebut berbeza dua digit terakhirnya dengan kad pengenalan individu
terbabit yang satu lagi.
"Permainan politik kotor BN dengan
sindiket SPR dan JPN itu tidak akan dibiarkan oleh PAS. PAS tetap akan
terus membuat bantahan dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan masalah
ini," tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan