Nik Aziz :Profesor tidur terlalu lama -Malaysiakini
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan
kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling sebagai "tidur terlalu lama" apabila mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
"Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
"Saya
katakan, orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan
berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus
penjajah begitu lama," katanya kepada pemberita sejurus tiba di
lapangan terbang Kota Baharu daripada Kuala Lumpur.
Walaupun
tidak menyebut secara langsung nama Zainal, kenyataan itu jelas merujuk
kepada kenyataan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
itu dalam sidang media di Putrajaya Jumaat lalu.
Pada 9 September lalu, Zainal (kiri) berkata, berdasarkan fakta sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Bercakap
dalam sidang media di Putrajaya, Zainal berkata, sejak Perjanjian
Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam
perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah.
Menulis di
laman Facebooknya, Nik Aziz juga berkata, beliau mahu mendengar
pandangan pemimpin Umno berhubung kenyataaan yang mengundang kritikan
hebat itu, terutamanya daripada pembangkang.
"Atau memilih untuk mendiamkan diri?" soal mursyidul am PAS itu.-M'kini
Tun Madey tak tidur dalam gua tapi Tun pun mamai jugak mungkin umur dah terlalu lanjut tumpang sekaki kata Malaya tak dijajah tapi penasihat British berkuasa penuh. Dua kali lima lima kali dua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan