Rabu, 21 September 2011

Semua dah kantoi ! dulu kini dan selamanya

Wikileaks:SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu-Malaysiakini

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

abdul rashid abdul rahmanKabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

sabah illegal immigrant"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

mahathir pc 260608 05Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.

Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.-Gambar dan berita oleh malaysiakini

Dulu pendatang haram Filipina jadi warganegara kini Mat Bangla, Mat Indone dan Mat Mynmar pulak boleh jadi warganegara .Tun Madey boleh lah digelar sebagai  'Bapa IC' dengan apa yang dilakukannya.Kalau dulu bagi IC ni kerja Tun Madey , kini kerja bagi IC ni diteruskan dengan kepimpinan yang ada.Semakin banyak SPR nafi , JPN nafi semakin banyak rahsia kewarganegaraan ini terbongkar.

Rakyat Malaysia sendiri tak boleh dapat IC kalau pasangan ini berkahwin secara sah di Thailand.Kena naik mahkamah , angkat sumpah, bayar duit lawyer, jatuh hukum dan denda baru anak yang dilahirkan dapat IC.Anak orang India di ladang-ladang getah juga tak ada IC tapi rakyat warga asing sangat mudah dapat IC janji sokong BN.Celaka memang celaka .Kita rakyat Malaysia jadi anak tiri , warga asing jadi anak emas! 

Buatlah pilihanraya setahun 3 kali pun yang akan menang ialah Umno-Bn jika SPR, JPN dan Umno berpakat untuk menipu dalam pilihanraya.Ini macam kisah Ibrahim Pendek lambung buah dadu dan berkata,"Mari! mari! kita lihat siapa yang kena.".Pusing kot mana pun tukang lambung yang untung sebab buah dadu tu semua nombor sama.


Jika pilihanraya tidak menipu sudah lama Umno-Bn tumbang dan hilang kuasa.Jika orang Melayu cerdik dan tidak kena buli otak dengan Umno sejak 53 tahun dulu lagi Umno dah berkubur.

Baca juga;
170,818 pengundi guna kod negara misteri-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan