Isnin, 19 September 2011

'Elok sangat la Kamaruddin Kacha berkawan dengan Braheng Ali'

Ahmad Lutfi Editor Harakah edisi cetak ketika menulis mengenai Sejarah merdeka dan"Mat Sabu direbus hidup-hidup' berkata ;

Elok juga kita menilai kritikan yang dihalakan kepada Mat Sabu, terutama oleh mereka yang berbangga dikenali sebagai pemikir Melayu. Salah seorang daripadanya adalah Kamaruddin Kachar, bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel).

Dalam satu forum anjuran Perkasa di Kg Baru, beliau berkata: "Saya minta semua menentang habis-habisan Mat Sabu, komunis bukan sahaja menyerang tapi mereka seksa, tebuk perut dan mahu kita iktiraf komunis.

"Mat Sabu mari sini saya mahu tempeleng dia, jangan main-main dengan kita... Mat Sabu hingus belum kering, biadap dan kurang ajar, kita rebus dia hidup-hidup dan jangan perlekeh Islam dan Melayu," katanya.

Jelas beliau, sekiranya berlaku pertumpahan darah ekoran kenyataan kontroversi itu Mohamad dan PAS perlu bertanggungjawab.

Seorang rakan menelefon saya: "Dah baca kenyataan Kamaruddin Kachar? Dia nak rebus hidup-hidup Mat Sabu, macam perangai firaun yang rebus Mashitah, orang gajinya yang dicampak dalam kawah panas."

Segera saya teringat Kamaruddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra (dahulu Pertanian) Malaysia, semasa saya mengetuai gerakan mahasiswa di UTM pada 1985-86 dahulu.

Beliau yang kemudiannya menjadi Ketua Pengarah Biro Tata Negara memang dikenali sebagai orang yang cukup kuat menekan gerakan pelajar Islam di UPM. Rasanya Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KeADILan, yang ketika itu Presiden PMUPM kenal benar gelagat Kamaruddin.

Justeru, saya langsung tidak terkejut dengan "perangai hodohnya" itu, apatah lagi tidak malu-malu mengaku orang yang begitu sensitif dengan "usaha memperlekeh Islam".

Elok sangatlah dia berkawan dengan Ibrahim Ali
.Baca semua di sini.

Ibrahim Ali Presiden Perkasa bagi amaran kepada kaum Cina sebelum demo Bersih 2.0 9 Julai berkata “Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.
“Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

1 ulasan:

  1. adakah dengan pangkat ia melambangkan stu kebijksanaan mereka..tapi sayng spe yng mltak kepala di lutut

    BalasPadam