365 peneroka Felda Pahang tuntut gantirugi RM200 juta-M'insider
Seramai 365 peneroka dari 19
Felda di Pahang memfailkan tuntuan di Mahkamah Temerloh hari ini
menuntut ganti rugi RM200 juta berhubung penipuan dalam urusan membeli
dan memproses sawit dan pemasaran.
Ia dilihat sebagai siri saman dibawa oleh peneroka ke atas pengurusan Felda sejak beberapa tahun lalu.
Peneroka yang mengemukakan saman ini terdiri daripada mereka yang
tinggal di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 3, Felda Jengka
4, Felda Jengka 5, Felda Jengka 6, Felda Jengka 7, Felda Jengka 10,
Felda Jengka 13, Felda Jengka 14, Felda Jengka 15, Felda Jengka 16,
Felda Jengka 17, Felda Jengka 18, Felda Jengka 19, Felda Jengka 23,
Felda Jengka 24, Felda Sungai Tekam Utara dan Felda Ulu Jempol.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, para peneroka terbabit menyenaraikan
enam bentuk penipuan iaitu defendan pertama – Felda telah menetapkan
bahawa segala buah sawit hanya boleh dijual kepada defendan kedua iaitu
kilang sawit Jengka 3, Bandar Jengka; pusat Pengumpulan BTS Jengka 3 D/A
Jengka 4, Maran; Kilang Kelapa Sawit Jengka 8; Kilang Kelapa Sawit
Jengka 1 dan Kilang Kelapa Sawit Jengka 21.
Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa defendan kedua dengan
palsunya membuat akuan bahawa Kadar Perahan Gred (KPG) dan dengan
berniat jahat dan sengaja menurunkan kadar KPG bertentangan dengan kadar
yang sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah
sawit yang perlu dibayar kepada plaintif.
“Plaintif-plaintif menyatakan bahawa plaintif layak menerima
pembayaran berdasarkan kadar perahan minyak asas yang penuh tanpa apa
apa penalti memandangkan sekiranya terdapat apa-apa buah yang ditahan,
ia akan dilupuskan berdasarkan kehendak manual penggredan MPOB,” kata
pernyataan tuntutan.
Peneroka terbabit juga mendakwa defendan pertama telah berkonspirasi
dengan defendan kedua untuk menyalahgunakan kaedah penggredan untuk
memastikan KPG diturunkan dan defendan kedua membeli dan defendan
pertama dan/atau defendan kedua menjual buah sawit plaintif-plaintif di
bawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif.
Malah kata mereka, defendan pertama membuat representasi yang salah
tentang hak plaintif-plaintif berkenaan dengan hasil jualan sawit
tersebut, defendan pertama telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan
oleh plaintif gagal melindungi kepentingan dan kebajikan plaintif.
Di samping itu, defendan pertama dan defendan kedua telah secara
bersesama dan berasingan dan atau bertanggungan untuk menipu plaintif
dan atau berkonspirasi untuk menipu plaintif-plaintif dalam urusan jual
beli hasil sawit dan telah menyebabkan kerugian kepada plaintif, dan
defendan kedua telah membuat representasi yang salah bahawa buah-buah
yang ditolak dari hantaran plaintif telah ditahan untuk dilupuskan
tetapi telah diproses dan hasil minyak dari pemprosesan tersebut telah
dijual dan hasil pendapatan dari penjualan tersebut itu tidak dibayar
kepada plaintif.
Plaintif mendakwa, berdasarkan susut nilai Kadar Perahan Asas (OER)
8.5 peratus bagi buah atau hasil sawit sejumlah 120 tan setahun, dan
berdasarkan kerugian RM257.60 setan pada 2008, bermakna setiap peneroka
mengalami kerugian sebanyak RM30,912.
Bagi buah yang ditahan tetapi tidak dilupuskan, berdasarkan harga
purata pada 2008, setiap peneroka yang terdiri telah kehilangan
pendapatan RM1,345.63.
Berdasarkan perkiraan tersebut, plaintif akan membuktikan bahawa
kerugian kesemua mereka telah mengalami kerugian lebih kurang
RM11,774,034.95 pada 2008.
Oleh itu, plaintif memohon defendan pertama dan kedua membayar ganti
rugi khas berdasarkan jumlah keluaran dan harga BTB sawit untuk setiap
tahun bermula dari 1995.
Malah mereka juga memohon defendan pertama dan kedua ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah.
Peneroka-peneroka itu diwakili R Sivarasa, Latheefa Koya dab T Kumar.-M'insider
Berani cakap 100 peratus jika pilihanraya di negara ini tidak ada penipuan dah lama Umno-Bn mampoih.Berani cakap jika orang Melayu dah cerdik dan sedar tidak lagi boleh dikencing oleh Umno dah lama Umno berkubur.
Kenapa makcik-makcik Felda tak minta tolong kepada Perkasa , kepada lawyer Umno untuk dapatkan hak mereka?Harap-harap Perkasa datang cepat-cepat baling batu dan botol air kepada si pengkhianat Melayu ini.Ada berani?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan