Saya lihat kehadiran British sebagai penjajahan-harakahdaily
YBhg. Saudara Editor Harakah Daily,
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Doa agar saudara dan rakan-rakan di Harakah sentiasa dalam barakah dan sihat sentosa.
Sukacita saya merujuk kepada penerbitan Harakah, Edisi Jumaat, 18-20
Syawal 1432 bersamaan 16-18 September 2011 berkaitan pelbagai berita,
ulasan dan pandangan pada halaman N1, N2, N4, N11, N13, N14, F3, F4,
F11, F17, N21, N26, N29, yang terdapat di dalam penerbitan pada hari
itu.
Saya amat berterikasih dan syukur jika Saudara dapat menyiarkan
petikan dari apa yang dirakam dan diedarkan dalam 'Kenyataan Akhbar'
dalam persidangan media Majlis Profesor Negara pada Hari Jumaat
September 2011 itu. Tujuannya sekadar menjelaskan dan memaklumkan
catatan sebenar agar perselisihan pandangan mungkin dapat dibetulkan.
Saya akan mengutip edaran Kenyataan Akhbar yang dimaksudkan itu.
Berkaitan isu Tanah Melayu ukan Koloni tetapi Naungan, Kenyataan Akhbar itu ditulis, antara lain, seperti berikut:
"Negeri-negteri Melayu (B- FMS- atau tidak Bersekut - UFMS) tidak
pernah menjadi colony atau tanah jajahan British .... Tanah Melayu tidak
pernah terjajah (kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) walaupun
kesan pentadbiran itu merupakan satu bentuk 'penjajahan'
(colonialism)...Penilaian pengkaji sejarah kolonialsme British terhadap
perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'Breach of trust'
(R. Braddell) dan 'indirect rule' (R.Emerson)...Mereka melakukan
penjajahan walaupun tidak sahih (illegitimate)."
Dua perkara yang ditegaskan di situ. Pertama, ada beza antara konsep
'colony' dan 'protecorate'. Pada realitinya di zaman British itu, ada
beza antara penbtadbiran Singapura dengan Kelantan atau Trengganu.
Bezanya cukup banyak dan jelas dari segi kuasa, pentadbiran dan hubungan
luar. Kedua, walaupun antara 'colony' dan 'protectorate' berbeza tetapi
kesan dari pentadbiran 'protectorate' adalah juga penjajahan. Oleh
kerana itu, para ahli undang-undang seperti Roland Braddell melihatnya
sebagai 'breach of trust' (pecah amanah). Para ahli sejarah seperti R.
Emerson, melihatnya sebagai 'idirect rule' (pemerintahan taklasung).
Kedua-duanya penilaian itu adalah melihat kesan pentadbiran British
sebagai 'penjajahan' (colonialism) juga.
Dengan demikian, ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran
British itu sebagai penjajahan (colonialism) juga dan telah membawa
kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan
golongan-golongan lain. Namun terdapat sedikit perebezaan antara
penjajahan berbentuk 'colony' seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat
(Singapura, Melaka dan Pulau Pinang) , Canada, Australia ataupun malahan
India, dengan penjajahan berbentuk 'protectorate' di dalam FMS dan
UFMS. Singapura mempunyai Sultan Husin Syah tetapi kerana pulau itu
sebuah colony maka institusi raja itu terhapus begitu sahaja.
Sebaliknya, Kelantan adalah sebuah 'protectorate' maka institusi raja,
keistimewaan Melayu serta pelbagai peruntukan perundangan Perlembagaan
Persekutuan dan Negeri-Negeri itu dapat kekal hingga menjadi bentuk
kerajaan pada masa ini. Perbezaan 'tipis' (seperti kata Profesor Aziz
Bari) ini harus menjadi pemahaman oleh semua, bukan hanya oleh pakar
yang bijaksana, kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang amat asasi
serta bernatijah dalam kewujudan warganegara, negara dan negeri masa
kini dan akan datang.
Diharap sedikit penjelasan ini dapat mengurangkan jurang pendapat
yang telah muncul. Salam bahagia dan terima kasih. Wabillahi taufik wal
hidayah.
Profesor Datuk Dr Zainal Kling.-Harakahdaily
Kalau tak dijajah buat apa sambut merdeka?Apa makna teriakan merdeka! merdeka! merdeka! setiap 31 Ogos?.Tunku Abdul Rahman tak layak digelar Bapa Kemerdekaan kerana negara ini tak pernah dijajah.TunMadey tumpang sekaki kata negara ini tak dijajah .Siapa yang bercakap bohong tentang penaklukan penjajah ke atas negara ini sejak 400 tahun dahulu?Kalau tak dijajah kenapa kerajaan Kedah bayar wang emas (ufti) kepada kerajaan Siam?Kedah telah dijajah oleh Siam pada tahun 1811-1909.
Bangsa apa yang tak jajah Tanah Melayu?Semua ada.Siam, Portugis, Belanda, Jepun dan British semua ni adalah penjajah.Sebab tu kulit orang Melayu ada sawo matang, kelabu, putih kuning, putih langsat, macam kling pun ada, macam Siam pun ada, Baba-Nyonya pun ada.Macam-macam ada.Adakah Orang Asli juga tak kena jajah?Siapa jajah Orang Asli? ha ha..sendiri mau ingat.
Prof.Zainal Kling ni nak "split hair" konon ada perbezaan antara :"colony" dengan "protectorate".Portugis jatuhkan Kerajaan Melayu Melaka tahun 1511 tu apa? Jepun perintah Tanah Melayu selama tiga setengah tahun tu,apa? Selepas Perang Dunia II,British sudah hilang hak kembali keTanah Melayu sebab sudah munkir janji dengan Raja-Raja Melayu untuk memberi perlindungan kepada Tanah Melayu semasa ditanda tangani Perjanjian Pangkor.Bila Jepun menyerang Tanah Melayu dari Kota Baharu,Kelantan,tentra British undur hingga keSingapura.General Percival menyerah diri kepada tentra Jepun tanpa menembak sebutir peluru.Yang berperang mati-matian ialah Askar Melayu.
BalasPadamApa yang dilakukan oleh pihak British atas Tanah Melayu adalah "dijajah".Siapa yang nakkan Malayan Union atau pun Gagasan Persekutuan Tanah Melayu(PTM)bukan orang Melayu mahu pun Sultan-Sultan? Bangang punya Prof.