Kata kawan saya kat saya,"Hang tau apa bos aku kata kat aku (bos tempat kerja dia la syarikat GLC di Kedah bawah agensi kerajaan persekutuan)?.Bos aku kata Mat Sabu tu pandai sungguh pekena orang umno dan pemimpin Umno dalam isu Mat Indera yang dianggap pejuang kemerdekaan oleh Mat Sabu.Sebenarnya bukan ada apa pun yang Umno dan pemimpin Umno dok kalut pasai isu Mat Indera tu.".Kawan saya kata kat bos dia,"Laa bos baru tau ka kata Umno tu perangai lagu tu?"
Saya pun buat-buat la tanya apa bos dia kata lagi,"Awat ...yang betoi macam mana?".Jawab kawan saya tu,"Yang betoinya Mat Sabu tu umpama main mercun ja.. mercun tu meletup jatuh celah kangkang kera .Kera terkejut pakat kelamkabut nak selamatkan diri...Najib kelam kabut, Muhyiddin lintang pukang dan Khairy tumpang sekaki buat-buat kelam kabut isu Mat Indera dianggap pejuang kemerdekaan."
Sebenarnya Umno ambik kesempatan isu Mat Indera ini nak tutup segala najis dan taik yang baunya tak dapat ditutup lagi.Nak selamatkan diri dalam isu keganasan dan kezaliman polis dalam tangani demo Bersih 2.0 9 Julai lalu.Isu Bersih ini sudah jatuhkan air muka Najib hingga ke paras lutut ha ha..dah tak boleh nak buat apa.Umno buat-buat terkejut macam kera kena baling mercun dalam isu Mat Indera,nak tutup isu kelemahan Najib yang semakin ketara , tambah-tambah bila rakyat terpandang bini beliau yang glamour sakan sejak akhir-akhir ini dalam isu cincin berpuluh juta ringgit yang hingga kini didiamkan dengan hanya kata tu semua fitnah.Kalau fitnah saman la orang yang bocorkan rahsia cincin tersebut.Saman Kastam, saman Cheghubard dan kakitangan klass kargo di LCCT..
Adakah rakyat jadi lupa kezaliman Umno-Bn dalam isu Bersih 2.0 hanya dengan isu Mat Indera yang lebih kecik daripada taik cicak?Adakah rakyat cuba dututup dengan isu hari kemerdekaan baru-baru ini Najib berada di luar negara?Patriotik kah Najib?Sayang sangatkah Najib kepada negara ini?Sayang bini , takut bini atau sayang negara?
Adakah rakyat lupa pendatang haram boleh jadi warganegara, dapat mykad lepas tu boleh jadi pengundi secara automatik?Bodoh sangat la kalau lupa.Umno-Bn jual maruah negara dengan harga yang cukup murah lepas tu nak cover line timbulkan isu komunis!
Orang kampung yang jadi aset Umno yang jadikan tv dan suratkabar Meloya sebagai bahan untuk dapatkan berita memang termakan dengan tipudaya Umno.Depa percaya bulat-bulat apa saja yang keluar daripada isi perut tv tiga suku dan akhbar Meloya.Depa tak tapis dah terus masuk dalam otak!Jika tonik orang Melayu kampung cap Meloya dan tv tiga suku ni berjaya dihalang daripada terus dijadikan 'minuman harian' ,Umno akan mampus dengan lebih cepat!
Sekarang rakyat tau siapa Mat Indera yang dikorek rahsianya ;
Mat Indera murid bapa Muhyiddin, dakwa Pas-Malaysiakini
Di sebalik serangan bertubi-tubi terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad
Sabu dalam isu Muhammad Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak
murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malah, kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (gambar sebelah, kanan), pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu didakwa hampir menikah dengan kakak timbalan perdana menteri.
"Mat
Indera mahu berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak
dipersetujui oleh bapa Mat Indera," kata Suhaizan selepas menziarahi
adik Muhammad - Johan Shah (gambar atas, kiri) - semalam.
Menurut Suhaizan, Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut serta dalam pertemuan itu.
Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah
menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan
Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru.
"(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tulisnya yang
diberi tanggungjawab berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin
dalam isu sejarah itu.
Dibuang daerah, diseksa British
Justeru,
Suhaizan menyifatkan tiada pembelaan terhadap kematian Muhammad Indera
sebelum ini disebabkan "orang takut dengan British".
Suhaizan turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya:
- Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.
-
Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan
dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga
1954.
- British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit
Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran
dinaikkan kepada $75,000.
- Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.
- Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.
-
Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau
diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama
dikenali senagai Tuan Guru Fadil.
- Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.
- Mat Indera tidak pernah berkahwin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan