Sabtu, 17 September 2011

Pakat lawan bohong jadi punca Umno kalah di Selangor

Tuan-tuan baca betul-betul apa Presiden Umno Najib yang juga Ketua Umno Selangor kata mengenai punca Umno -Bn kalah di Selangor

'Syok sendiri' antara punca BN tewas di Selangor-M'kini

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menempelak pemimpin tertentu dalam parti itu yang masih menjalankan program "syok sendiri" dan memberi laporan tidak tepat berhubung sokongan masyarakat akar umbi.

Katanya, anggota parti itu sepatutnya sedar bahawa tindakan seperti itulah yang menyebabkan BN kehilangan Selangor dalam pilihan raya 2008.

Tambahnya, pemimpin berkenaan hanya "menipu diri sendiri" sekiranya melaporkan bahawa program yang diadakan itu merupakan satu kejayaan.

Walhal ia hanya dihadiri oleh 300 orang di kalangan mereka sendiri, katanya ketika bercakap kepada kira-kira 3,000 orang yang hadir dalam konvensyen BN Selangor di Shah Alam hari ini.

"Jangan hantar laporan, 300 orang berhimpun, berjaya. Siapa 300 orang itu?

"Kalau 300 orang itu orang yang menentang kita, barulah berbaloi buat perhimpunan," katanya lagi dalam perhimpunan yang diadakan di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah.

Beliau turut menyebut mengenai satu program "Sirih Pulang Ke Gagang" yang akan dihadirinya selepas itu di kampus Universiti Teknologi Mara.

"Saya dengar banyak ribu nak masuk balik. Kalau betul, we are on the upward swing," katanya lagi.

Tambahnya, pemimpin akar umbi perlu memberi bacaan politik yang tepat ke atas kawasan masing-masing.

"Jangan tipu pemimpin di atas. Kalau (kawasan) hitam, jangan kata putih. Mesti beritahu betul-betul.

"Laporan macam dulu tak boleh pakai lagi. Mesti dengan tindakan dan penilaian tepat dan jujur.

"Bukan nak sedapkan kita saja. Kita rasa kita cukup kuat. Tapi kalau laporan kita betul, kita tak akan kalah di Selangor, kita boleh buat tindakan pemulihan," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut menyeru kepada jentera parti itu supaya menjalankan kerja berterusan.

"Jangan harap pada kerajaan, pada (Jabatan) Penerangan, pada JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas), pada KEMAS sahaja," katanya.
Dengan nada yang serius, Najib turut menggesa pemimpin berkenaan menumpukan usaha untuk meraih sokongan daripada golongan muda.

"Pada orang muda, kita mesti dilihat parti yang cool... Dia kena panggil 'bro' (saudara).

"Kita mesti ada pendekatan yang cool supaya kumpulan 'bro-bro' ini sokong kita," katanya lagi.

Najib turut mengulangi gesaannya supaya pemimpin di negeri itu insaf dengan kedudukan BN sebagai pembangkang di Selangor pada waktu ini.

"Kalau nak tubuh kerajaan, kita hendak semua ahli kita sokong BN. Tapi ada yang kita semak, yang khianati kita ni ahli kita sendiri," katanya.

Turut hadir di program itu ialah timbalan pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar serta pemimpin parti komponen lain termasuk Datuk Seri G Palanivel, M Kayveas dan Kohilan Pillay. 

Ha ha baru sekarang teringatkan orang muda.Nak ambik hati orang muda.Banyak buat program untuk orang muda..hiburan siang malam tapi orang muda tetap tolak BN.Tolak Umno.

Ini menunjukkan pemimpin Umno di bawah menipu Pak Lah , menipu Najib, menipu Muhyiddin.Kalau tak tipu macammana nak dapat peruntukkan.Kalau kata Umno di bawah tak kuat nanti hilang jawatan dan pangkat.Lebih baik menipu dapat duit dan dapat projek ha ha. Umno di bawah menipu Umno di atas.Umno yang di atas menipu Umno yang di bawah .Dua kali lima, lima kali dua ha ha.

Kalau 300 dikatanya 3000 boleh untung banyak duit banyak masuk.Kalau 300 yang hadir diberitahu kepada Najib 300 juga tak banyak masuk duit.Macam media Umno TV3 1/4 dan Utusan Meloya yang juga kaki kelentong.Kalau demo rakyat lawan BN kalau hadir berpuluh ribu yang keluar berita yang hadir cuma 6000 orang saja.Sama-sama menipu dari atas sampai bawah, dari bawah sampai atas.

Umno Selangor mahu tawan Selangor tak kira apa cara sekalipun sama macam Najib yang pernah kata akan pertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun.Kalau kalah lagi macam mana nak pertahan.Cakap boleh la..semua orang boleh cakap tapi kuasa Allah SWT siapa pun tak boleh lawan.Mahukah rakyat Selangor terima Noh Omar sebagai MB Selangor?


1 ulasan:

  1. Misai.., hang tak pi jumpa Mat Sabu ka? Kalau hang jumpa dia, hang tolong pi bau muka dia sat...ada dak bau menatang tu...

    BalasPadam