Buku Pengukir Nama Johor bukti Umno bohong-Harakahdaily
Para pemimpin Umno jelas terbukti memutarbelitkan sejarah, khususnya
mengenai Mat Indera, berdasarkan beberapa bukti termasuk buku bertajuk
Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada
tahun 2004 lalu.
Buku yang ditulis oleh dua orang ahli sejarah itu, Abu Bakar A Hamid
dan Mad Ismail Zamzam jelas mencatatkan Mat Indera adalah pejuang
kemerdekaan dan tokoh agama yang disegani, malah tidak terlibat langsung
dengan perjuangan komunis.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu
menegaskan, dengan itu, tindakan para pemimpin Umno mencetuskan isu itu
tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti itu, malah ia
ternyata akan menimbus Umno ke dalam lubang yang digalinya sendiri.
Menurut
beliau, buku Pengukir Nama Johor itu setebal 170 muka surat, manakala
kata-kata aluannya ditulis oleh Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul
Ghani Othman.
Katanya, buku tersebut boleh dibaca oleh sesiapa
sahaja dan ia diterbitkan sejak tahun 2004 yang sepatutnya turut
dijadikan rujukan oleh para pemimpin Umno sebelum memperkatakan tentang
sejarah perjuangan Mat Indera.
"Tetapi sesetengah pemimpin Umno
sendiri mungkin tak tahu mengenai penerbitan buku itu dan tidak pernah
membacanya sehingga menyebabkan mereka buta sejarah.
"Kini,
mereka telah menyelewengkan fakta sejarah dan menggelapkan sejarah,
walaupun sejarah mengenai Mat Indera tercatat dengan jelas dalam buku
itu yang turut membabitkan pemimpin Umno sendiri dalam penerbitannya,"
katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di
sini, hari ini.
Sesudah membuat kesilapan mengenai sejarah
perjuangan Mat Indera, menurut beliau, para pemimpin Umno kini terus
membuat kesilapan lebih jauh dengan perancangannya untuk mengadakan
'road show' bagi menerangkan kepada orang ramai mengenai Mat Indera yang
dikatakan terlibat dengan perjuangan komunis oleh mereka.
"Kita difahamkan, 'road show' itu akan diadakan oleh Pemuda Umno. Tetapi
dalam hal ini, jika mereka mengadakan 'road show' sekalipun, mereka
tetap gagal mempengaruhi orang ramai mengenai fakta sejarah yang
diselewengkan itu kerana orang ramai sudah tahu siapa Mat Indera yang
sebenarnya yang sememangnya tidak terlibat langsung dengan perjuangan
komunis," tegasnya.
Turut hadir pada sidang media itu Naib
Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali,
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzukefly Ahmad.
Sementara itu,
dalam buku Pengukir Nama Johor, antara lain dicatatkan, dalam sejarah
perjuangan menentang penjajahan dan mencapai kemerdekaan Tanah Melayu,
banyak tokoh yang telah terkorban demi bangsa dan negara, dikenang
sebagai patriot tanah air seperti Datuk Bahaman dan Mat Kilau (Pahang),
Datuk Dol Said (Melaka), Tok Janggut (Kelantan), Mat Salleh (Sabah),
Datuk Maharajalela (Perak) dan Rosli Doby (Sarawak).
Mereka
berjuang untuk kebebasan hak dan kemerdekaan negara. Namun begitu,
mereka dianggap oleh penjajah sebagai penderhaka dan petualang yang
mengancam keselamatan negara dan kerana itu mereka bukan sahaja perlu
ditentang habis-habisan, malah dilenyapkan sama sekali daripada wujud di
muka bumi ini.
Mereka tidak sekadar diburu, tetapi juga
orang-orang yang hampir dan rapat dengan mereka turut diancam, digertak,
diugut dan dimalukan.
Selain itu, propaganda memburuk-burukkan
peribadi mereka disebarluaskan sehingga sesetengah anak negeri terpedaya
dengan pembohongan itu.
Di negeri Johor terdapat seorang pejuang
bangsa dan negara yang telah diberi imej buruk oleh penjajah Inggeris.
Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu
bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya
bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara,
membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang
kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Orang-orang yang rapat dan
mengenali peribadi Mat Indera secara dekat menafikan pembohongan
tersebut. Mereka tidak mempercayai bahawa itulah sifat-sifat Mat Indera.
Mereka mempersoalkan bagaimana dengan sekelip mata sifat-sifat terpuji Mat Indera boleh bertukar kepada sifat-sifat keji.-Harakahdaily
Siapa yang terpancut awal? Khairy , Mat Sabu , Mat Indera, Mat Monggolia, Mat Sembab atau Mat Bisul Kulim ha ha . Makin dikorek rahsia Mat Indera makin banyak nampak Umno temberang tentang sejarah.Mat Indera bukan Mat Tiga Suku, bukan Mat Bond tapi Mat Indera sebahagian daripada sejarah bangsa Melayu yang dilupuskan Umno yang dakwa merekalah saja pejuang kemerdekaan.Umno ingat kemerdekaan negara ini , perayaan kemerdekaan saban tahun hak mutlak Umno, hak mutlak mak-bapak Umno ! Orang lain tak ada kena mengena dengan kemerdekaan .Bagi Umno ada merdeka ada Umno , ada Umno ada merdeka! piraaaah
CEBISAN DARI BUKU INI
Baca juga ;
Adakah Rosli Dhoby juga pengkhianat?-Harakahdaily
Saya tetap mahu Mat Sabu-Khairy-Meloya
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=QGy_2OfUnL0
BalasPadam