Setakat Bik Mama nafi kata cincin berlian yang diimport Bik Mama tu sebagai fitnah dan jadikan isu Mat Indera sebagai ratib baru Umno tidak akan sikit pun hilangkan ingatan rakyat kepada sikap bini Mat Monggolia yang semakin dibenci rakyat itu.
Umno meratib-ratib siang malam pagi dan petang 'Mat Indera Mat Sabu, Mat Sabu Mat Indera' sebagai pukulan maut kononnya kepada Pas yang jadi seteru dan musuh Umno nombor wahid.Kalau dulu Umno ratib ratibkan kepada orang Melayu 'Pas Dap Dap Pas' kini Umno pusing 100% kepada isu 'Mat Indera Mat Sabu Mat Sabu Mat Indera'.
Umno mahu orang Melayu yang termakan jerat Umno benci kepada Pas dengan mengatakan Pas dipengaruhi ideologi komunis.Dulu Tun Madey tuduh Pas parti komunis semasa bunuh ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya dalam tragedi berdarah di Memali , Kedah pada tahun 1985.Umno mahu rakyat dan orang Melayu yang benci dengan kezaliman Umno-Bn dalam demo Bersih 2.0 yang jatuhkan, malapkan , najiskan imej Najib dibersihkan dengan isu Mat Indera Mat Sabu.
Presiden Pas:BN guna isu Mat Sabu tutup taktik tipu pilihanraya-M'insider
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Barisan Nasional (BN) sengaja membesar-besarkan isu kenyataan kontroversi membabitkan timbalannya Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong untuk menutup segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.

“Sengaja BN yang tutup isu penipuan pilihan raya, BN buat satu isu apatah lagi kita dapat penemuan dan pendedahan yang nyata, yang jelas kerjasama antara SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dengan kementerian dan jabatan-jabatan (kerajaan) lain.
“Walaupun kita dibayangi dengan maklumat-maklumat yang cukup mendukacitakan di mana rancangan untuk penipuan cukup besar hendak dilakukan, zaman ini zaman Internet . . . kita dapat kesan dan kita juga dapat kesan mereka cepat-cepat tutup maklumat ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sejak 15 hari lalu, pemimpin-pemimpin Umno terus menyerang PAS dan Mohamad kononnya mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.
Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu menafikan ada mengagungkan komunis dan memberi tempoh 24 jam yang berakhir semalam kepada Utusan Malaysia, media Umno untuk memohon maaf atau menghadapi tindakan mahkamah.
Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong - membunuh 25 orang -semasa pemberontakan komunis pada 1950.
Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan.
Tambah Hadi, bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil SPR perlu bertindak sebagai sebuah badan yang telus dan bertanggungjawab selain tidak mengikut mana-mana arahan yang dikeluarkan pemerintah.
“Kita harap SPR betul-betul jadi badan yang telus dan bertanggungjawab, jadi macam SPR di Palestin yang mana pengarah dan jenteranya akan meletakkan jawatan sekiranya mereka tiada kuasa.
“Jangan nak makan gaji sahaja, kemudian jadi alat kepada BN,” katanya.
Baca juga;
Pas :Umno macam wira filem hindi , bukan pejuang kemerdekaan-M'insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan