Koroner:Sarbaini jatuh dengan tidak sengaja, bukan bunuh diri-M'insider
Mahkamah Koroner memutuskan bahawa bekas Penolong Pengarah Kastam
Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati di premis SPRM awal April lalu
“jatuh dengan tidak disengajakan”.
Koroner juga menolak kemungkinan Sarbaini membunuh diri atau meninggal dunia disebabkan penyakit semula jadi.
Menurut Koroner Aizatul Akmal Maharani, Sarbaini terjatuh dari tingkat tiga dengan tidak disengajakan.
Sehubungan itu, koroner memutuskan bahawa Sarbaini
meninggal dunia disebabkan “nahas” dan turut memutuskan teori pegawai
Kastam Diraja Malaysia itu dibunuh jelas tidak dapat dipertahankan
kerana ketiadaan sebarang luka tangkis dan tanda-tanda mempertahankan
diri atau kesan pergelutan.
Malah menurut koroner, tiada elemen ‘foul play’ atau penglibatan pihak lain serta tiada elemen jenayah.
Katanya, “teori-teori berkenaan adalah andaian semata-mata dan tidak disokong oleh mana-mana kenyataan.”
Inkues:Tiada unsur jenayah dalam kematian Sarbaini-M'kini
Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan Penolong Pengarah Kastam
Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed, 56 jatuh dari pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur selepas berada pada
belebas tingkap bangunan itu.
Koroner
Aizatul Akmal Maharani, dalam penghakimannya kepada mahkamah yang penuh
sesak, berkata teori bahawa SPRM terlibat dengan kematiannya tidak
boleh diterima.Sehubungan itu, beliau menolak bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga bagi alasan kematian.
"Tidak ada tanda-tanda pergelutan pada kejadian itu dan mahkamah juga menolak bahawa dia membunuh diri."
Menurut koroner, beliau percaya Ahmad Sarbaini terjatuh dari bangunan itu dan dalam keadaan sedar semasa jatuh.
"Mahkamah
juga mendapati dia mati serta-merta dalam kejatuhan itu dengan kakinya
terjatuh dahulu sehingga mencederakan kedua-dua belah kakinya dan juga
mengalami kecederaan teruk di kepala."
Peawai Pejabat
Peguam Negara Mohd Abazafree Mohd Abbas membantu dalam inkues itu
manakala SPRM diwakili oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.
Keluarga
Ahmad Sarbaini pula diwakili oleh peguam Awtar Singh mewakili manakala
peguam Rosli Dahlan dan Nadia Marni Mat Zin bertindak sebagai pemerhati
bagi syarikat multinasional DB Schenker Logistics (M) Bhd.
Antara penemuan penting inkues itu adalah bahawa sistem litar tertutup
CCTV SPRM didapati diganggu dengan 22 jam rakaman termasuk tempoh
apabila Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu telah dipadamkan.
Seramai 34 saksi memberi keterangan pada inkues yang mengambil masa 14 hari untuk selesai.
Saksi-saksi
yang tampil, termasuk dua ahli patologi Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia, Dr Faridah Md Nor dan Dr Shahrum Abd Wahid.
Ahmad
Sarbaini meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat ketiga pejabat SPRM
Kuala Lumpur yang baru di Jalan Cochrane pada April 6, tahun ini.
Beliau ditangkap sebagai sebahagian program 3B tetapi kemudiannya dibebaskan sebelum kembali kepada SPRM pada hari kejadian itu.
Kawan-kawan
dan ahli-ahli keluarga mendakwa terdapat unsur jenayah dalam
kematiannya. Mereka berkata, Ahmad Sarbaini adalah seorang pegawai yang
bersih dan telah merancang untuk menunaikan fardu haji tahun ini bersama
isteri dan ibu bapanya.
Balu allahyarham Masiah @ Maziah Manap dan pengerusi Sosial Care Tan Sri Robert Phang turut hadir di mahkamah.-M'kini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan