Debat Umno-Pas ni cerita lama, cerita basi yang kembali disebut bila ada isu sensasi dalam negara.Tak pernah jadi pun debat Umno-Pas ni.Dulu isu kafir mengkafir pun tak jadi.Atas nama muzakarah Umno-Pas pun tak jadi.Pas sentiasa mau berdebat tapi bila sampai saat-saat yang ditetapkan ada saja yang halang!Yang betul-betul jadi ialah debat olok-olok yang dilakonkan oleh ustaz-ustaz Umno.Ustaz-ustaz Umno ni pulak adalah bekas ahli Pas masuk Umno Ha Ha.Satu pihak berlakon jadi ahli Pas dan berdebat dengan pihak yang satu lagi iaitu Umno juga.Ni kerja gila.Dalam debat olok-olok pun Umno kalah dengan pihak yang berlakon jadi ahli Pas.Ini fakta bukan auta.
MB Kedah:Khairy tak layak debat dengan Mat Sabu -M'insider
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak layak untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong.
Beliau berkata, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu lebih layak berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana taraf pangkat mereka sama iaitu Timbalan Presiden parti masing-masing.
“Siapa Khairy? Ketua Pemuda sahaja, biarlah yang sama tahap berdebat... kalau Khairy berdebat dengan Mat Sabu sama macam pasukan bola sepak Brazil lawan dengan pasukan bola sepak Tokai (sebuah kampung di Kedah).
“Sepatutnya beri peluang pada Mat Sabu untuk dia buktikan siapa Mat Indera ini. Malangnya media pun tak beri peluang kepada Mat Sabu untuk jelaskan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.
Dipetik Bernama Online, Azizan mengulas kenyataan Khairy yang hanya mahu berdebat dengan Mat Sabu walaupun telah mendapat jemputan Pemuda PAS, yang mencadangkan satu debat antara Khairy dan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan.
Semalam, Khairy dalam mesej Twitternya berkata, beliau hanya mahu berdebat dengan Mat Sabu dan bukan dengan orang lain kerana Mat Sabu merupakan penyebab kontroversi masa ini.
Azizan berkata, sebelum ini beliau pernah mencadangkan supaya sejarawan berbincang mengenai perkara terbabit dengan Mat Sabu kerana ia melibatkan persepsi sejarah.
“Kenapa tidak orang sejarawan duduk berbincang dengan Mat Sabu... kita belajar sejarah untuk tengok ke hadapan, bukan untuk tengok ke belakang. Lagipun sejarah kita tak ‘proper recorded’, banyak dari ‘hearsay’ kecuali al-Quran saja yang tetap,” katanya.
Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dipetik sebagai berkata pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.-M'insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan