Selasa, 20 September 2011

Mari main teka teki , siapa bakar pintu pagar rumah Timbalan Presiden Pas?


Undi siapa bakar rumah Mat Sabu?


A- Ameno
B-Perkosa
C-3 line
D-None of the above

Kini manusia yang bernama Hj Muhammad Sabu diuji dengan bermacam-macam ujian sejak jadi Timbalan Presiden Pas gantikan Nasharuddin Mat Isa yang kini berkelana tah ke mana.Senyap tanpa berita.

Selepas rumah Mat Sabu di Seksyen 19 , Shah Alam disabotaj dengan dibakar pintu pagar rumahnya kini Mat Sabu ditahan pihak polis di Pulau Pinang dan dilepaskan dengan jaminan polis.Nasib la jadi Timbalan Presiden Pas macam Mat Sabu yang telah menyebabkan Umno dan gerombolannya tak boleh tidur lena akibat asakan demi asakan yang telah menyebabkan Umno terperosok ke penjuru dinding."Depa dah tak tahan dengan asakan Mat Sabu" kata saudara saya yang berada di Kedah.

Umno yang jadikan Mat Sabu sebagai 'idola' mereka kini ingat dengan mengasak Mat Sabu segala isu warga asing dapat keistimewaan yang didakwa jadi warganegara dan boleh mengundi akan lenyap begitu saja daripada fikiran rakyat.Mudahnya warga asing dapat PR seolah-olah macam dapat kad Tesco, kad Mydin, kad Giant di pasaraya kini sudah tak dapat dikambuih lagi.Lubang rahsia ini dah terbongkar.Kerja siapa jual maruah negara ini?

Mat Sabu ditahan sebelum dibebas dengan jaminan polis-M'kini

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub (kiri), berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.
Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah diTasek Gelugor pada 19 Ogos lalu.
"Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya pada sidang media di Georgetown.
“Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan,” katanya.

Petang tadi, peguam pemimpin PAS itu, Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok.

Ini berikutan ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong yang akan dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.
Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.
Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.-M'kini

Bagaimana dengan profesor yang kata Malaysia tak pernah dijajah tapi dinaungi/Adakah ini bukan pendapat gila dan sesat?Kalau tak dijajah buku sejarah di sekolah rendah dan menengah kena dirombak semula!Yang gila dan kaki ampu keluar fakta sesat dan menyeleweng diangkat dan dipuji.Memang otak Melayu kena buli tapi ramai tak sedar kata kita orang Melayu kena buli.

3 ulasan:

  1. Orang bodoh yang bakar - orang tu bodoh sebab dia tak tahukah Mat Sabu tiada pada malam tu?

    BalasPadam
  2. E - suami kepada Mah @ Normah

    BalasPadam
  3. umno haprah tunngu masa nk melingkup...

    BalasPadam