Jho Low: Rosmah bukan 'Mak Angkat' saya-merdekareview.com
"Rosmah (Mansor) bukan 'mak angkat' saya. Beliau adalah kawan baik saya," demikianlah "tafsiran" yang diberikan Jho Low kepada Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, Najib Razak. Rosmah Mansor adalah isteri kepada Najib Razak.
Beliau
menjelaskan, "Anak Rosmah (Mansor) adalah rakan saya ketika menuntut di
Britain. Saya mengenali anak Perdana Menteri dahulu, sebelum saya
mengenali Perdana Menteri. Saya memperkenalkan ramai pelabur kepada
Malaysia, justeru itu saya sering bertemu dengan PM."
Malah, Jho
Low mendakwa dirinya mengenali ramai "putera" di negara yang berlainan,
termasuk Abu Dhabi, Kuwait, Saudi Arab dan sebagainya. Oleh itu, Jho
Low berkata dirinya mampu membawa ramai pelabur dari Timur Tengah ke
Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri program
Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong,
Pulau Pinang pada 25 September 2011. Laporan ini disiarkan Kwong Wah Yit Poh pada 26 September, pada muka surat A5.
Sebelum ini, Jho Low dikatakan sebagai kenalan rapat dengan anak Perdana
Menteri Najib Razak, lantas mencungkil keraguan orang ramai sama ada
Jho Low berperanan sebagai proksi, berikutan kemampuan graduan Wharton
Business School ini dalam mengumpul kekayaan pada umur 20-an tahun.
Ketua
Angkatan Muda, Shamsul Iskandar ketika menyampaikan
ucapan dasarnya dalam Kongres Nasional AMK yang diadakan di Perdana
Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bahru, pada 28 Mei 2010, memetik
laporan New York Post pada tahun 2009, yang diulas kemudiannya oleh tabloid tempatan Malay Mail,
bahawa seorang pemuda bernama Taek Jho Low membelanjakan USD 50 ribu
hingga 60 ribu, atau RM 170 ribu ke RM 205 ribu setiap hari.
Malah,
Shamsul Iskandar ketika itu mendesak agar PM menjawab, dan mengesahkan
sama ada tuduhan bahawa Jho Low mendapat kontrak pembangunan TUDM Sungai
Besi yang bernilai kira-kira RM500 juta, dan memainkan peranan sebagai
penasihat di sebalik Terengganu Investment Authority yang mengurus dana
royalti minyak itu benar atau tidak.-merdekareview.com
Tengok video kisah Bik Mama di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan