Mula-mula saya rasa terkejut juga baca blog penarik beca dalam postingnya Akhlaq butuh hang pa! Tarbiyyah butuh hang pa. Tapi bila baca sampai habis baru tau sebabnya dengan sikap Pemuda Pas yang jadi lembik dan cool dengan Perkasa.Tak habis-habis dengan sikap sabar takut dituduh pengganas dan kaki gaduh.
Semasa PRK Bagan Pinang ,markaz Pemuda Pas kena serang dengan pemuda Umno sampai ada yang berdarah kena libas dengan senjata tajam.Pemuda Pas cool ja tak lawan.Tak lawan sebab sabar itu separuh daripada iman atau Pemuda Pas yang jadi tulang belakang parti Pas lembik dan takut?
Selepas Perkasa mengganas dalam ceramah Pas di Seremban dan pukul orang Pas , Perkasa jadi tambah berani dan terus ugut akan terus ganggu ceramah Pas di Negeri Sembilan.Pemuda Pas dah buat report polis atas sebab ugutan Perkasa takut-takut kena lagi penampar dan penumbuk Perkasa.Apa tindakan polis ?Takkan hanya jadi pak pacak dan tengok saja kelaku Perkasa yang mengganas.
Saya nak katakan Perkasa berani kacau ceramah Pas dalam lampu yang tak berapa terang saja , depa bukan berani sangat pun.Kalau berani kenapa dalam demo Bersih 2.0 Perkasa hanya menyorok di kedai kopi tak berani tunjuk muka?
Diperhatikan juga Perkasa hanya jadi jaguh di Negeri Sembilan dan dua tiga negeri lagi tapi tak berani tunjuk telor di Kelantan tempat lahir Braheng Ali yang jadi Ketua Perkasa.Begitu juga di Kedah , Terengganu dan Perlis , Perkasa yang juga orang Umno ni tak galak macam di Negeri Sembilan.
Nak takut apa dengan Perkasa?Orang Perkasa makan nasi , kita pun makan nasi.Politik Perkasa politik tokak dan gigit orang.Sekali sekala cuba tokak dan gigit balik Perkasa .Nak tengok jadi lagu mana.
Perkasa hanya berani dengan Melayu Pas tapi Perkasa kecut telor bila Cina Namewee kutuk Utusan Meloya kaw-kaw sampai rapat.Tanah Kg Baru nak kena gadai dengan pujuk rayu ,Perkasa tak berani bersuara.Takut sampai tak ada tempat.
'Saya tak gentar amaran PERKASA'-M'kini
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak gentar dengan
amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Negeri Sembilan
yang mahu mengadakan protes sekiranya beliau berceramah lagi di negeri
itu.
Sebaliknya, tokoh yang dikenali sebagai 'ayam
sabung PAS' itu, akan terus berceramah termasuk di negeri itu sekiranya
menerima jemputan.
"Saya tidak rasa apa-apa (dengan
amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi)
tunggu mahkamah (buat keputusan).
"Saya akan terus berceramah kalau dapat jemputan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Menurutnya, beliau akan menghadiri satu lagi ceramah di negeri tersebut, yang dijadual pada 6 Oktober ini di DUN Paroi.
Mohamad mengulas kenyataan
Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang
dilapor akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin PAS itu
enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit
Kepong.
Amaran itu dikeluarkan selepas kekecohan
tercetus di ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban Sabtu lalu sehingga
menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli
PERKASA mara ke pentas ceramah.
Lain kali pi ceramah AS bawak pisau.... tikam perut org Perkasa...
BalasPadam