Perkasa yang ganti pemuda tahan lasak Umno mengganas dalam ceramah Pas di Seremban.Depa pukul dan tumbuk penyokong Pas yang tidak melawan.Rakyat yang benci Umno datang nak dengar ceramah parti Pas dan PR sebab hak untuk guna media arus perdana disekat.Bukan datang nak lawan bertumbuk dengan Perkasa.
Rupa-rupanya sikap dan perangai macam Perkasa masih wujud dalam dunia tanpa sempadan.Perkasa ingat dengan buat kerja ganas dalam ceramah Pas, tumbuk penyokong parti Pas depa boleh dianggap hero.Malu la sapa yang mengaku depa berkawan dengan Perkasa.
Perkasa yang tunjuk samseng dalam gelap tidak berani berlagak samseng semasa demo Bersih 2.0 julai lalu.Perkasa hanya berani baling batu dan botol air ke pentas ceramah Pas.Ni kerja Pemuda Tahan Lasak Umno era 80-an dulu.Bagi Perkasa hujah bukan dijawab dengan hujah tapi hujah dijawab dengan kerja samseng dan ugut bangsa sendiri.Hujah dijawab dengan video lucah.Agak-agak sapa bakar rumah Hj Muhammad Sabu Timbalan Presiden Pas ya?Tak boleh jawab hujah sanggup bakar rumah Mat Sabu.
Hari ini bila baca Najib umum hapus 30 peratus hak bumiputera yang sebenarnya 'dah lama hilang' kena telan dengan buaya darat , dok tunggu -tunggu la kot-kot Perkasa berani sekat pemimpin Umno tengah jalan bagi penampar , penumbuk dan baling batu ke muka pemimpin Umno.Kalau berani Perkasa memang hebat la.Saya cabar Perkasa cari sampai dapat siapa yang rembat saham bumiputera RM52 bilion .lepas tu keronyok muka yang jahanam hak bangsa sendiri ni puas-puas.Ada berani?Kalau takat berani tumbuk pelajar kolej buat apa..pi la tabuh dan bagi penampar yang sapu saham bumiputera sampai RM52 bilion tu!
Buat apa nak berkelahi dan maki Mat Sabu isu sejarah Mat Indera.Kalau Perkasa dan ahli sejarah yang jilat Umno rasa hebat sangat pi la ambik balik Temasek (Singapura) yang terlepas dan terpisah daripada Malaya.Hanya dengan secawan kopi saja sorong pi sorong mai antara Lee Kuan Yew dan Tunku Rahman Singapura terpisah daripada Malaya.
Kuota Bumiputera:Umno terus khianati Melayu-Harakahdaily
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Presiden Umno yang juga
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik hasrat yang mahu
menghapuskan terus kuota Bumiputera dan menggunakan sistem meritokrasi
sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputera untuk bersaing
secara terbuka.
“Penghapusan kuota Bumiputera ini adalah satu pengkhianatan Umno
kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan,” kata Ketua
Penerangannya, Riduan Mohd Noor kepada Harakahdaily.
Katanya, jika kuota dihapuskan, apa lagi yang tinggal sedangkan baki
yang ada dari 30 peratus dahulu sebenarnya hanyalah tinggal 12.5 peratus
sahaja.
Menurutnya, rakyat tidak lupa bahawa pada 2009, Najib jugalah orang
yang bertanggungjawab menurunkan kuota ekuiti Bumiputera daripada 30
peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan Bumiputera
daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.
Katanya, demi merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) Kuota
Bumiputera dimangsakan, sedangkan banyak lagi perkara lain yang belum
dilakukan Umno sepanjang hampir 12 penggal pemerintahannya.
Tambahnya, kegagalan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di
Jabatan Perdana Menteri memainkan peranannya menunjukan bahawa Perdana
Menteri dan Umno tidak serius dalam menjaga hak dan kepentingan orang
Melayu.
“Cadangan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM)
juga hanyalah satu helah untuk menunjukan bahawa mereka telah melakukan
sesuatu sedangkan MTEM ini hanyalah dianggotai oleh ahli-ahli yang
bernaung dalam Biro Ekonomi Umno yang terus menerus diberikan
projek-projek khas oleh agensi Kerajaan,” ujarnya lagi.
Justeru, tegasnya DPPM menyeru agar rakyat dan NGO khususnya kalangan Melayu bangkit menentang dasar itu.
“Jangan biarkan Presiden Umno sekarang menggadai kepentingan Melayu
demi meraihkan pelaburan asing dan juga meningkatkan kekayaan
kroni-kroni beliau,” katanya.
Sehubungan itu, tegasnya rakyat wajib menolak Umno BN dalam pilihan
raya akan datang jika mahu negara ini tidak digadaikan oleh pengkhianat.
Sungguh terkilan Lim Guan Eng yg nak jadi Umar Abdul Aziz tak terima Hukum Hudud d Kelantan bukan d Pulau Pinang. Pulau Pinang dlm sejarah hak berdaulat Melayu Negeri Kedah.
BalasPadam