Kini setiap hari muka bekas PM Tun Mahahir keluar dalam tv dan dalam media arus perdana yang dikuasai Umno.Seolah-olah Tun Mahathir PM di belakang Najib.Umno menggunakan Tun Mahathir sebagai talian hayat mereka untuk menjawab segala isu yang melanda Umno dan BN.
Jangan lupa Tun Mahathir masih ada kuasa di Petronas dan juga Proton.Kini setelah Tun Mahathir tidak lagi jadi PM Tun Mahathir cabar Pas laksana hudud di Kelantan.Tun Mahathir semasa era kejatuhan Umno di Kelatan dulu pada tahun 1990 adalah seorang PM.Beliau bagi amaran keras kepada Pas jika laksana hudud di Kelantan selepas Dun Kelantan luluskan hukum hudud
Saya bukan lagi PM laksanalah hudud, Mahatahir beritahu Pas- M'insider.
Tun Dr Mahathir Mohamad
meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan
hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi
menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat
kerajaan negeri itu melaksanaannya.
“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi
la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak
bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS)
tak dapat laksana hukum hudud,” katanya ketika
diminta mengulas hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di negeri itu
biarpun ditentang oleh rakan-rakannya dalam pembangkang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan
syarahan perdana Za’ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di
sini hari ini.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS dilaporkan pernah berkata
individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada
melaksanakan hukum hudud adalah Dr Mahathir dan bukan pengerusi DAP
Karpal Singh.
PAS dan DAP adalah rakan pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat.
Dipetik Bernama Online, Dr Mahathir turut menempelak kerajaan
Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan
undang-undang Islam tetapi pada masa sama gagal mengawal penduduk
Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan
HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008.
“Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.
“Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada
penyakit Aids... ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia
hendak salahkan saya,” kata Dr Mahathir.-M'insider
Dulu semasa Pas nak laksana hukum hudud di Kelantan Tun Madey kata ini bukan hukum hudud tapi hudud Pas.Kini bila tak dak kuasa baru suruh laksana hudud.Mungkin dulu Tun terlupa apa yang beliau kata. Ini macam kisah Bani Israel dengan Nabi Musa A.S.Umur dah tua dan lanjut usia tapi masih tak serik-serik permainkan hukum Allah SWT.
Cakap Tun Madey seolah-olah bagi amaran kepada Najib jika setuju dengan cadangan kerajaan negeri Kelantan jika laksana hudud! Amacam Najib ada berani ka bagi kerajaan Kelantan laksana hudud?Jangan jadi bodoh wahai orang Melayu sekalian...kuasa kerajaan pusat lebih besar daripada kerajaan negeri.Kalau kerajaan pusat setuju dah lama kerajaan negeri Kelantan laksana hudud.Siapa yang kata kalau Pas laksana hudud di Kelantan kerajaan pusat akan istihar darurat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan