Kata Tun Mahathir kepada Najib jangan adakan pilihanraya sekarang kalau boleh tangguh dulu la.Tun Mahathir juga menerangkan sikap buruk Umno yang wujud sejak dulu kini dan selamanya bagaimana Umno pakat berebut nak jadi calon.Kalau nama tak naik jadi calon puak yang tak sokong akan cantas calon yang dipilih parti Umno.
"Selain itu, ia menjadi satu amalan apabila mereka yang gagal dipilih
atau dicalonkan bertindak untuk mencantas mereka yang dicalonkan untuk
memastikan orang itu kalah dalam pilihan raya.
"Sehubungan
itu, apabila parti yang menentukan calon, semua harus memberikan
sokongan penuh untuk memastikan calon tersebut menang dalam pilihan
raya," katanya dalam sesi rakaman rancangan Bicara Negarawan bersama Tun
Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya,
semalam.Baca semua dalam laporan malaysiakini Dr M:'Calon boleh menang' akan timbulkan masalah.
Calon boleh menang sudah tentu yang jadi kroni Najib dan Rosmah.Kalau kroni Muhyiddin dipilih maka cepatlah Najib tinggalkan kerusi PM ha ha.Dulu boleh la Umno-Bn letak sapa pon rakyat sokong.Malah dulu ada orang kata kat saya, "Umno pikir kita orang Melayu ni macam dulu Umno-Bn letak beruk pun orang Melayu pangkah dacing.La ni dak dah asal bukan Umno-BN rakyat sokong."
Ya sekarang ini pemimpin MCA dan MIC mencari-cari kerusi selamat untuk mereka bertanding.Kalau depa bertanding dilubuk yang ramai orang Cina dan India depa akan tungging awal -awal lagi kerana orang Cina dan India dah tolak dua parti tersebut.Tempat selamat bagi mereka ialah dalam kawasan orang Melayu kawasan pedalaman yang masih kuat sokong parti cap keris telanjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan