Zaman mantan MB Selangor Khir Toyo dulu majlis tazkirah dan ilmu di masjid dan surau disekat.Masjid dan surau jadi lengang.Ini dilakukan pihak Jais yang jadi kuda tunggangan Umno masa tu.Kini setelah Umno hilang kuasa di Selangor akibat takbur, bongkak, sombong dengan majlis ilmu yang jadi taman syurga di masjid-masjid ,JAIS pula ambik alih kerja-kerja Umno yang terbengkalai dengan jadikan tauliah sebagai alasan untuk halang pemimpin Pas bertazkirah di masjid dan surau.Besar sangat kah tauliah yang di pegang Jais hingga orang yang ada kemampuan mengajar di masjid nak dihadapkan ke mahkamah hanya kerana mengajar agama?
Dendam kesumat Umno kepada Pas tidak pernah surut malah makin bertambah apabila tiang layar kerajaan perpaduan reput hilang tah ke mana!Umno di Selangor kini jadi tukang cucuk dan mainkan jarum supaya orang Melayu yang kurang pendidikan dan buta IT termakan hasutan Umno untuk benci Pas.Kelebihan yang ada kepada pemimpin Pas yang tidak ada kepada Umno ialah mengimarahkan masjid dengan majlis ilmu dan tazkirah.Bab tazkirah ni memang orang Umno dan pemimpin Umno terpancut awal lagi.Surrender awal-awal lagi.Ini yang amat menakutkan Umno!
Apa guna Pas ada Exco Agama Islam di Selangor jika hanya jadi tongkoi kayu tak berani bersuara menyanggah tindakan Jais yang jadi talibarut Umno halang majlis ilmu di masjid dan surau?Takkan tumpang sekaki iakan tindakan Jais?
Orang umno kalau pegang masjid, control masjid , masjid akan jadi lengang kalau ada majlis ilmu pun hanya sekadar mengajar bab haid dan nifas saja.Bila habis ulang lagi tajuk tu sampai tak ada orang yang nak dengar.
Apakah tak berdosa halang orang yang ada kepandaian dalam bab agama dihalang pihak agama sampaikan tazkirah di masjid?Hadis mana, kitab mana kata nak ajar agama kena ada tauliah?Kalau orang Islam jadi murtad kita marah tapi kalau sesama Islam halang orang Islam sampaikan ilmu agama walaupun satu ayat tak jahil ka?Bodoh , menyesatkan, menyempitkan Islam hanya kerana tunduk dan jilat si penguasa yang derhaka hukum Allah SWT.Orang Islam pula dibodohkan pihak agama dengan kata politik suku agama suku dan tak ada politik dalam masjid.Ini jahil murakkab namanya.Kata komunis marah tapi perangai kalahkan komunis!
Khalid Samad:Jais kubu Umno di Selangor-Harakahdaily
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar)
menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu memberi
bukti jelas bahwa badan itu merupakan kubu ataupun benteng terakhir Umno
dalam usaha menyekat pergerakan PAS.
Ini kerana, Jais mahu menyekat PAS dari mendekati rakyat terutamanya program keagamaan yang diadakan di masjid mahupun surau.
Khalid
yang didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Selangor semalam berkata demikian ketika mengulas tindakan Jais ke atas
beliau itu.
“Saya melihat apa yang jua yang dilakukan oleh Jais
ini hanyalah bermotifkan politik dan pendirian saya jelas bahawa Jais
merupakan kubu Umno serta merupakan benteng terakhir mereka untuk
menyekat segala pergerakkan yang dilakukan oleh PAS.
"Enakmen
yang diguna pakai oleh mereka adalah yang digubal semasa pemerintahan
mereka dan dengan cara ini sahajalah mereka dapat membuat apa yang
mereka suka lebih-lebih lagi apabila sudah hampir dengan pilihanraya,”
jelasnya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali
dalam sidang medianya di Kuala Terengganu mendakwa Umno terlibat di
belakang operasi memeriksa yang dibuat Jais ke atas gereja methodist
Damansara Utama.
Ekoran itu, Umno Selangor mahu menyaman beliau dan Mustafa menjawab beliau akan memberikan buktinya dalam mahkamah nanti.
Dalam
pada itu, Khalid tidak menolak Jais bukan sahaja menyekat pergerakan
PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat.
“Jelas
kerana semuanya bermotifkan politik dan Umno berada dalam ketakutan,
mereka bukan sahaja ingin menghalang PAS tetapi juga ingin menimbulkan
masalah kepada Pakatan Rakyat.
“Sepatutnya Intitusi ini bertujuan
menyebarkan pengetahuan tentang Islam tetapi sekarang semuanya telah
berubah mereka pula yang menghalang.
“Selama tiga tahun kita
telah cuba mencorak Jais dengan pendirian Islam memerintah bukannya
diperintah tetapi Jais tetap berkeras dengan pendirian lama mereka yang
mahukan pentauliahan jika ingin menyampaikan tazkirah kecuali di rumah
sahaja,” katanya lagi.
Khalid didakwa di bawah Seksyen 119
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau
boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
“Saya
akan terus lawan untuk menegakkan Islam walaupun terpaksa hilang
keistimewaan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan dengan kesalahan
tersebut.
“Kalau Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup
kehilangan segala-galanya dalam mencari keadilan kepada gadis Melayu
sebelum ini kenapa kita ingin takut untuk menegakkan Islam.
“Dari
sudut undang-undang saya akan beri kerjasama sepenuhnya dan akan
bersuara jika tindakan tersebut bertentangan dengan apa yang Islam
inginkan,” sambungnya lagi.
Khalid didakwa memberikan kuliah
agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadan pada 16 Ogos
lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.
Berkaitan;
Tauliah:Ketua Pas Selangor kata tindakan Jais ada motif politik-M'insider
Tanpa tauliah Dr Rani akan terus sebarkan Islam-Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan