Ahad, 25 Oktober 2009

Apa lagi Yang Pas Ada

Kepimpinan Pas semakin bercelaru dengan hanya sebutir bom yang dilepaskan Tok Guru Nik Aziz dalam blognya iaitu 'buat Muktamar Khas' ! Pas nak jadi apa pun dah tak pa, pecah ka , lingkup ka , pecah dua atau tiga dah tak mengapa itu pada pandangan Tok Guru.



Keras amat apa yang Tok Guru cakap. Tok Guru juga nafi ada dalang di sebalik apa yang Tok Guru cakap. Kenapa suka sangat cari jalan nak bagi alasan kata itu bukan Tok Guru cakap ada makhluk lain yang cakap? Ada yang jadi pemain blog kutuk dan cerca apa yang Tok Guru cakap.Budaya Umno dah meresap ke saluran darah ahli dan penyokong Pas untuk jadi terlalu biadap kepada pimpinan yang mau selamatkan Pas daripada tersungkur di pintu Umno yang nganga luas untuk telan 'pelakon-pelakon' yang mau jual Pas kepada Umno.



Bagi aku Dua Tok Guru dalam Pas tak sepatutnya dicerca dan dihina dengan bahasa yang hanya sesuai untuk maki anjing kurap yang kencing tepi jalan. Tolong beradab sikitla kalau tak suka kepada apa yang diucapkan.Perbezaan pendapat itu perkara biasa tapi bahasa yang digunakan kebanyakkan pemain blog terlalu jijik dan kotor untuk dibaca.



Jalan keluar pasti ada, pahit macam mana pun orang Pas kena terima kerana sudah terucap dan Tok guru pun tak mau tarik balik apa yang dah diucapkan.

Adakah semua penulis blog yang menulis tentang isu-isu semasa dalam blog mereka betul-betul orang Pas dan Pakatan Rakyat? Tidak adakah yang secara halus menyamar jadi orang Pas dan Pakatan Rakyat untuk kelirukan orang Pas dan Pakatan Rakyat?

Memang kebebasan bersuara itu benar , demokrasi itu benar , nak tulis apa pun boleh tulis janji ada peminat yang baca. Apa lagi yang Pas ada jika dua Tok Guru mereka diperhinakan dengan bahasa yang jijik dan kotor seperti dah nyanyuk dan dah gelenyar .

1 ulasan:

  1. mai time ni keliru..ada orang menyamar ka tidak..nak habaq mai...benda ni semua tak kan jadi kalu Hadi Awang, Nasharudin dan Stop Ali dan Hassan Ali tak khinat amanah rakyat dan buat hal pi jumpa Pak Lah dalam gelap dulu..mula bersebab kat situlah.aku orang Melayu pun mula duk syak2 kat PAS!!Jadi saranan TGNA memang kena pada hati rakyat..buatlah EGM..buat keputusan hangpa PAS nak peluk cium UMNO ka..nak berkawan dengan PR!!Make up your mind la!!!Kata Parti Islam..tapi gaya politik tak serupa pun!

    BalasPadam