Jumaat, 16 Oktober 2009

Umno Buka Pekung Sendiri

Dalam perbahasan ucapan dasar Presiden Umno, seorang wakil Umno Kelantan Datuk Nor Zahidi Omar mendedahkan ada syarikat-syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC) membodek PM Najib dengan banyak memberikan zakat dalam Parlimen Pekan iaitu dalam kawasan PM Najib . Sudah tentu ada habuan tersembunyi syarikat 2 GLC ini keluarkan zakat dalam Parlimen PM Najib.

Kata Nor Zahidi wakil Umno Kelantan- "Saya nampak banyak sekali GLC pergi ke kawasan PM hulur zakat punya banyak orang miskin. Takkan di kawasan PM banyak orang miskin.Tapi kenapa sejak beliau jadi PM saja, banyak GLC hantar zakat."-malaysiakini 'Hati-hati Dengan Kaki Bodek PM'

Beliau juga mendedahkan bagaimana negeri Trengganu berjaya di perintah BN dan tidak terlepas ke tangan Pas dan Pakatan Rakyat apabila wakil Umno Trengganu tempelak Umno Kelantan yang tidak mampu berdepan walaupun hanya dengan Tok Guru Nik Aziz seorang. Kata Nor Zahidi Omar - "Trengganu pun bukan kita tak tahu macam mana boleh menang. Wang Ehsan banyak tuan-tuan. Hari Raya bagi wang ehsan , bagi basikal macam-macam. Bagi duit macam tu macam mana tak boleh menang."-malaysiakini

Adakah bagi wang atas nama wang ehsan itu tak dikira wang rasuah sewaktu pilihanraya? Adakah berzakat untuk dapat habuan politik dan projek tak dikira rasuah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan