Isnin, 29 Jun 2009

Mufti Perak VS Murshidul Am Pas

Mufti Perak yang kecewa kerana terbantutnya isu kerajaan perpaduan Pas -umno demi martabatkan perpaduan Melayu-Islam terus bersuara mengenai pelawaan debat oleh Murshidul Am Pas, TGNA. Kata beliau muzakarah lebih berfaedah daripada debat. Sekarang ini Mufti Perak mengekori rapat setiap hujah TGNA mengenai Umno. Beliau seolah-olah menjadi jurucakap Umno bagi benda yang ada kaitan dengan politik Umno, bukan lagi bertindak sebagai Mufti Perak sepenuh masa. Apatah lagi sikap beliau itu dibela dan ditatang oleh MB Perak, Zambry yang berada macam telur di hujung tanduk itu. Zambry bersama Mufti nya bersama-sama menyanggah setiap kenyataan TGNA. Setapak Mufti Perak , setapak juga Zambry buat kenyataan tentang TGNA. Mereka bersatu hati nampaknya menyerang TGNA.

TGNA ketika mengulas kekecewaan Mufti Perak kerana kerajaan perpaduan Pas-UMNO tak jadi berkata-" Berapa harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak? Dalam keadaan Pas masuk Perikatan dulu, dengan dijemput pun akhirnya Pas ditendang keluar. Inikan pula kita yang cuba sorong-sorongkan kepala". Adakah muzakarah dan debat berbeza? Kalau muzakarah mesti antara Pas dan Umno. Kalau debat pun mesti antara Pas dan Umno. Pokok pangkalnya titik penyelesaiannya mesti bersandar kepada hujah Quran dan Hadis walaupun atas nama muzakarah atau debat.Muzakarah itu agak lembut sebutannya manakala debat itu agak keras sebutannya.Dulu Umno sesama ulama Umno ada buat muzakarah atau debat olok-olok sebelum jumpa ulama Pas, tapi dalam muzakarah sesama pelakon Umno itu yang berlakon watak ulama Pas telah menang, jadi dibatalkan muzakarah yang sebenar antara Umno dan Pas.

Lebih baik Mufti Perak gunakan masa yang terluang ini sementara masih jadi mufti untuk betulkan fahaman umno terhadap Islam yang menganggap agama dan politik kena pisahkan tak boleh campur aduk.Tukarkan faham Melayu itu kepada perjuangan Islam. Sekularisme jadi Islam. Islam untuk semua bukan untuk Melayu sahaja.



Debat Umno-Pas, Tunggu Ikan Keli Tumbuh Sisik

Semua pemimpin Umno , samaada yang dah pencen maupun yang ada jawatan dalam Umno seiya-sekata, senada seirama tolak ajakan Murshidul Am untuk berdebat antara Pas dan Umno. Mereka mencemuh dan memperli ajakan Tok Guru dan menganggap ajakan untuk debat itu tak lebih hanya sebagai helah politik semata-mata. Daripada Mantan dua Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir dan Pak lah sehinggalah kepada Rais Yatim, Muhyidin Yasin semuanya tidak bersetuju untuk debat dengan Tok Guru. Mereka menggesa PM Najib jangan debat dengan Murshidul Am.

Dulu zaman mantan PM Mahathir pernah berlangsung debat mengenai isu Palestine di Dewan Bahasa dan Pustaka antara Mahathir dan Presiden Pas, Almarhum Fadzil Nor. Tapi hanya berkisar isu Palestine saja tak ada sentuh sama ada Pas -Umno. Isu kafir-mengkafir yang popular dulu pun tak jadi kerana Umno amalkan sikap berdolak dalik siapa calon2 yang akan berjumpa dengan ulama2 Pas untuk debat akhirnya tak jadi juga.

Umno hanya mau buat kerajaan perpaduan dengan Pas sehingga sanggup merayu-rayu agar kerajaan perpaduan terlaksana kerana Umno dah nazak dan perlukan talian hayat Pas untuk terus bernyawa. Sekiranya Umno kuat dah kukuh semasa tahun 2004 dulu mati hidup balik pun Umno tak kelapaq nak kerjasama dengan Pas atas apa nama sekalipun. Buatlah apa agenda perpaduan ka, bentang kertas kerja pergi tunjuk kat Umno , Umno akan buang ke dalam longkang saja apa pun yang Pas buat.Tapi atas nama debat Umno tak akan berani kerana Umno tahu dasar yang dibawanya memang bertentangan dengan ajaran Islam, sebab tu Umno tolak awal2.

Ezam Mohammad Nor bekas Ketua Pemuda PKR yang sekarang dah kembali kepada Umno turut menyerang Tok Guru Nik Aziz dan parti Pas dengan alasan yang sama macam Tun Mahathir yang dibencinya dulu dalam isu debat.Dulu Ezam sewaktu hadir dalam majlis2 ceramah Pas dan acara hari raya korban yang dianjurkan Pas di Shah Alam bukan main lagi bertakbir sampai parau suara bersama ahli2 Pas. Sekarang sejak masuk Umno dan beberapa hari ini kembali menyinga terhadap Pas tentu ada sebab tersendiri. Ezam masuk Umno pun macam tak ada harga disisi Umno. Ezam jadi macam kupang tembaga saja dalam Umno dan melukut di bawah gantang, tak lebih daripada itu. Beliau tenggelam dan tak dihargai. Ezam perlu jerit dan maki hamun Pas dan PKR dengan sekuat2 suara untuk dapat semula kepercayaan Umno kepada beliau.

Percayalah Umno tak akan berani debat dengan Pas sampai bila-bila pun kalau atas nama kebenaran memperjuangkan Islam, yang pelingkup bangsa melayu, yang menodai 30% peratus hak bumiputra, yang merobohkan rumah2 setinggan Melayu, yang merampas tanah-tanah Melayu di kuala Lumpur. Tunggulah ikan keli tumbuh sisik dan kucing hitam tumbuh tanduk kalau-kalau Umno mau debat dengan Pas.

Ahad, 28 Jun 2009

"MAKAN RASUAH MACAM MAKAN BABI"-DR Mahathir

Mantan PM , Tun Mahathir ketika mengulas isu pindaan perlembagaan Umno yang benarkan 60,000 ahli dibenarkan pilih pemimpin dalam pindaan perlembagaan Umno akan datang berkata, tujuannya untuk bendung gejala rasuah yang berakar umbi dalam parti itu sejak turun temurun. Kata beliau seperti yang dipetik daripada mStar online-"JANGAN TERIMA RASUAH, ITU ADALAH SATU PERKARA BESAR, ANDA MAKAN DUIT HARAM MACAM MAKAN BABI.BAGI SAYA ORANG YANG MAKAN DUIT RASUAH, BELI APAPUN IA JADI HARAM, KALAU DIA BELI MAKAN, DIA MACAM MAKAN BABI"

Sewaktu pemilihan pucuk pimpinan Umno yang lalu. Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang bertanding jawatan Timbalan Presiden umno telah didapati bersalah amalkan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno. Beliau telah dibatalkan pencalonannya untuk kerusi Timbalan Presiden Umno. Begitu juga dengan Khairy Jamaludin juga didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, tapi hanya diberikan amaran saja.Bagaimana pun kesalahan pemimpin Umno yang amalkan rasuah hanya salah pada Lembaga Disiplin Umno, mereka jadi kebal daripada tindakan SPRM, mereka tidak didakwa oleh mana-mana mahkamah.

PM Najib yang turut dituduh terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene juga tidak disiasat oleh SPRM. Aku sokong kenyataan Tun Mahathir mengenai rasuah walaupun beliau dah kembali jadi ahli Umno, kerana kenyataan seperti itu patut jadi tauladan kepada mana-mana pihak tanpa mengira fahaman politik, termasuklah kepada anak beliau yang sekarang ini jadi Timbalan Menteri di MITI.

Rasuah ni tak kenal tok lebai atau pak aji, menteri atau exco, Umno-Bn ataupun Pakatan Rakyat. Kalau duit berlonggok depan mata iman boleh goyang kecuali yang bertakwa kepada Allah. Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang tawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat cungkil dan tangkap perasuah untuk didakwa di mahkamah harus dipuji walaupun beliau bukan seorang Islam. Ini tidak berlaku semasa parti Gerakan perintah Pulau Pinang. Kepada Pas dan pimpinannya jangan cuba-cuba nak mendekati rasuah yang dikutuk Allah itu , hidup anda tak akan selamat. Contohilah gaya hidup TGNA dan TGHA yang rumah mereka adalah rumah biasa yang tak bernilai ratusan ribu dan jutaan ringgit.

Angkatan Tentera Darat Pun Nak Ke Manek Urai



Harakahdaily melaporkan, Angkatan Tentera Darat akan digunakan Umno untuk memenangi prk Manek Urai.Harakahdaily memetik kenyataan ahli Parlimen Pas (Pokok Sena) dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen. Mahfuz mendedahkan bahawa soalannya yang ditujukan kepada Timbalan Menteri Kewangan 11, Awang Adek berkaitan penggunaan ATD dalam projek yang dinamakan Jiwa Murni di Manek Urai tak dijawab oleh Awang Adek dan lain-lain ahli Parlimen BN. Mereka diam seribu bahasa. Mahfuz mendedahkan beliau ada laporan yang diperolehinya daripada pihak tentera mengenai penglibatan ATM di Manek Urai.

Nah, kalau betul apa yang didedahkan, Umno bukan setakat guna polis, bahkan angkatan tentera untuk menang di Manek Urai. Adakah saki baki komunis masih ada menyebabkan penggunaan tentera di Manek Urai. Kalau ada pun komunis, takkan muncul semasa prk Manek Urai saja? Takkan tak cukup dengan JKR nak buat jalan "mee segera" di Manek Urai sampai panggil Tentera Darat nak buat projek segera kat Manek Urai.

Angkatan Tentera Darat bukan kepunyaan Umno, bukan kepunyaan Pas dan lain-lain parti politik, tapi kepunyaan rakyat Malaysia yang bayar cukai. SPR dan SPRM kena siasat dakwaan Mahfuz itu jika benar-benar tidak memihak kepada mana-mana parti yang bertanding di Manek Urai

Sabtu, 27 Jun 2009

Parti Tolak Hudud Suruh TGNA Bertaubat


Selepas tidak jadinya Kerajaan Perpaduan dan sempena prk Manek Urai, kebanyakkan pemimpin Umno ambil kesempatan kutuk dan cerca TGNA kerana geram dan marah kerana hujah2 TGNA yang agak keras terhadap Umno. Terkini dengan isu Umno yang dianggap komunis dan sama dengan ajaran sesat Ayah Pin oleh TGNA. Rais Yatim anggap TGNA bercelaru. TPM Muhyidin suruh TGNA bertaubat. Mustafa Mohammad pemimpin Umno Kelantan anggap TGNA dah letih kerana dah lama jadi MB Kelantan.


Punca sebenarnya kerana pemimpin2 Umno ni kecewa dengan TGNA yang berjaya gagalkan kerajaan perpaduan dengan Umno. Pemimpin Umno anggap tak semua pemimpin Pas yang tolak kerajaan perpaduan hanya TGNA yang jadi batu penghalang. Isu Umno macam komunis dan ada kaitan dengan ajaran sesat itu hanya sekadar pelengkap kemarahan pemimpin Umno terhadap TGNA. Umno seolah-olah jadi perayu dan peminta sedekah terhadap Pas walaupun kerajaan perpaduan dah gagal.


Kenapa pemimpin Umno dan Mufti Perak tak mengutuk dan kecam lain-lain pemimpin Pas? Kenapa dengan TGNA seorang saja yang Umno berlawan cakap? Apakah saranan TPM Muhyidin yang mau TGNA bertaubat itu kena pada tempatnya? Umno parti yang tolak hudud, yang perlekehkan undang-undang Syariah yang nak dilaksanakan TGNA di Kelantan adakah layak bercakap macam seorang yang tak ada dosa. Yang nak laksanakan hukum Allah di bumi Kelantan disuruh bertaubat oleh si penentang hukum Allah.Umno zaman mantan PM Mahathir dulu memberi amaran akan istihar darurat jika kerajaan Pas Kelantan laksana hudud di Kelantan. Mufti Perak yang sekarang dah jadi Mufti Umno turut mengecam TGNA habis-habisan hanya semata-mata nak mempertahankan Umno daripada terus tumbang menyembah bumi.


Bagi Umno dengan serang TGNA daripada segenap pelusuk saja yang jadi modal untuk raih undi di Manek Urai. Pemimpin Umno yang patut bertaubat nasuha kerana dah banyak jadi penzalim dengan menangkap ulama dan ustaz dipenjarakan tanpa bicara. Tahan pemimpin politik dibawah ISA tanpa bicara dan bunuh ulama Pas di Memali. Mungkin ini Mufti Perak tak nampak atau buta sejarah, yang beliau nampak habuan yang akan dapat bila serang Pas.

Jumaat, 26 Jun 2009

Fauzi Abdullah Calon Pas DUN MANEK URAI

Calon Pas bagi Dun Manek Urai ialah saudara Fauzi Abdullah. Beliau adalah bendahari Pas Kuala Krai. Merupakan seorang pemborong ikan di Kuala Krai, tokoh yang dikenali ramai dikalangan pengundi Dun Manek Urai dan sudah tentu mendapat restu Murshidul Am Pas untuk bertarung melawan Umno dalam prk dun Manek Urai. Semoga kemenangan akan terus berpihak kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

Mula2 selsema babi lepas tu H1N1, lepas tu selsema babi



Kementerian Kesihatan hari ini tetap mempertahankan penggunaan istilah influenza H1N1 bagi penyakit selsema babi yang melanda negara sekarang ini. Di awal merebaknya penyakit selsema yang merbahaya ini istilah yang digunakan ialah selsema babi, tak berapa hari kemudian istilah itu ditukar oleh Menteri Kesihatan yang bukan bertaraf doktor kepada H1N1. Maka berkumandanglah dicorong2 radio kerajaan supaya guna istilah H1N1 . Sekarang ini istilah H1N1 telah kembali kepada selsema babi pula. Mulanya aku tak perasan, tup-tup keluar pula istilah selsema babi seminggu dua ini.Penyakit itu sekarang ini jumlahnya semakin meningkat sampai yang ada suruh solat hajat untuk elak penyakit tersebut daripada terus menular.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia tak setuju penggunaan semula istilah selsema babi, beliau mahu supaya perkataan H1N1 tetap digunakan bagi merujuk kepada penyakit tersebut.Mana lagi bahaya penyakit selsema tersebut dengan dok berkelahi yang mana satu nak guna pakai istilah yang betul?Penyakit bawaan babi tu semakin merebak yang pakat berkelai pasal istilah tu buat apa. Takkan istilah dalam bahasa Melayu bab penyakit pun tak boleh, mungkin mereka takut dituduh memperjuangkan bahasa Melayu pula kot, nanti kena buang kerja pula melawan cakap taukeh! Inilah Malaysia tanahairku, yang tak penting diutamakan yang penting tak mau cari jalan nak lawan penyakit tersebut. Kalau dah babi tu babi juga lah takkan nak jadi kerbau atau arnab kot.

Umno tak dak kerja, sikit-sikit mengadu kat polis

Pemuda Umno Kelantan telah buat report polis kononnya Murshidul Am Pas, TGNA dalam satu ceramah beliau telah menyamakan Umno dengan ajaran Ayah Pin yang sesat itu dengan Umno. TGNA juga kata Umno sama dengan Komunis. Ini perkara biasa bagi parti macam Umno setiap kali menjelang pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum.(gambar hiasan diatas adalah gambar Ayah Pin bersama UBN) untuk cari modal politik basi untuk raih simpati pengundi di Dun Manek Urai.

Dulu zaman mantan PM Tun Mahathir ,selepas berlakunya peristiwa Memali, Umno menyamakan Pas seperti Komunis, pengganas, penderhaka dengan tujuan untuk takut-takutkan orang bukan Melayu kepada Pas. Sekarang Umno tuduh Pas pula yang kata Umno sama dengan komunis, cuma masa tu ajaran Ayah Pin tak wujud lagi, kalau tidak , Umno akan kata Pas pun terlibat dengan ajaran sesat Ayah Pin. Pas juga pernah dilabelkan sebagai Parti Ajaran Sesat. Apa yang Umno tak kata dekat Pas.

Sebenarnya Umno takut kalah di Manek Urai, sebab tu, Umno reka cipta isu yang mengarut sebab kekeringan modal nak tepis segala isu yang melanda Umno. Apakah rakyat kelantan yang bijak berpolitik akan termakan isu karut Umno itu. Apakah rakyat Kelantan tak tahu dengan pembolotan hasil petroleum kelantan sebanyak RM25 Bilion setahun oleh Umno-Bn tanpa satu sen pun dikembalikan kepada rakyat Kelantan?Hasil minyak Kelantan Umno-Bn sapu , lepas tu cakap kerajaan Pas Kelantan tak reti perintah negeri, menyebabkan rakyat Kelantan jadi miskin!

Umno pergilah buat report polis satu dunia pun tak mengapa, kerana Pas yang berpegang dengan ajaran Islam tak pernah gentar dengan usikan "budak-budak Umno kelantan" seperti itu. Usikan seperti itu hanya akan membawa padah kepada Umno di Manek Urai.

Tukang Kipas Kerajaan Perpaduan Sedih

Akhbar Siasah terbaru terus menjulang idea kerajaan perpaduan walaupun dah digugurkan oleh Presiden Pas. Mereka puji melangit dan daripada apa yang mereka tulis , menggambarkan kerajaan perpaduan itu adalah idea penyatuan umat Melayu-Islam yang mesti disatukan. Penulisnya menggambarkan kekesalan kerana tak jadinya kerajaan perpaduan. Mungkin mereka kesal kerana habuan untuk pemimpin nak jadi menteri tak jadi dalam kerajaan perpaduan, habuan dunia yang menanti depan mata dikais orang ke tepi. Sepatutnya isu kerajaan perpaduan itu sudah dikeluarkan daripada akhbar tersebut yang menjadi penaja utama Isu Kerajaan Perpaduan pada mulanya dulu.

Khamis, 25 Jun 2009

Hang bodek aku, aku bodek hang

Harakah bil1450 dah tak berapa ada kerja dah asyik puji hang aku saja kerjanya. Pak subky yang dapat dua-tiga ruang pun puji sakan Cikgu Pa dalam ruangan yang beliau dapat. No komen...

Rabu, 24 Jun 2009

Nasa Tunggu Arahan Siapa Untuk Muncul Di Parlimen?

TP Pas yang kontroversi, Nasa masih belum muncul lagi hari ini di Parlimen. Beliau belum keluar lagi daripada persembunyian selepas berjumpa TGNA. Sampai bila Nasa mau bersembunyi atau tunggu arahan daripada orang2 tertentu untuk muncul di Parlimen? Apa agenda Nasa untuk tidak hadir kesidang Parlimen? Nasa kena ingat beliau dipilih ke Parlimen oleh pengundi yang pilih Pas untuk bertanggungjawab atas kawasan yang beliau wakili di Parlimen. Dulu pemimpin Pas begitu lantang kritik menteri BN yang ponteng sidang Parlimen tapi penyakit tidak hadir ke Parlimen itu telah berjangkit kepada Pas.
Berkata seorang yang ambil berat terhadap sidang parlimen, yang selalu ikuti persidangan Parlimen "Pas ni bukan parti kedai kopi dua beranak, suka buka, buka, suka tutup, tutup. "Nak datang parlimen ikut suka diri sendiri tanpa fikirkan kawasan yang beliau wakili"
Sekiranya Murshidul Am Pas boleh buat sidang akhbar jelaskan kekeliruan dan tarik balik apa yang beliau ucapkan, kenapa Nasa tidak buat sidang akhbar walaupun berasingan untuk nyatakan pendirian beliau atau komitmen beliau dengan Pas sekarang ini. Jangan cakap tertekan la , jiwa kacau la dan belum dapat kawal emosi dengan apa yang berlaku, kerana beliau adalah TP Pas dan ahli Parlimen Pas, mesti ada daya tahan diri yang kuat untuk jadi ahli politik.

Selasa, 23 Jun 2009

Adakah Nasa Perlu Minta Maaf Kepada Ahli Pas?

Kemelut dan kegelisahan ahli Pas dan penyokong Pas sudah dikira berakhir sesudah tamatnya isu kerajaan perpaduan yang berlarutan selepas Muktamar Pas yang lalu. Pertemuan Murshidul Am Pas dengan Nasa dalam suasana ceria dan penuh ukhwah memperlihatkan betapa dalam Pas begitu mudah terurainya segala perselisihan pendapat yang mana gelombang kerajaan perpaduan itu telah menggoncang Pas hingga keakar umbi parti. Tok Guru telah tarik balik segala kata2nya kepada Nasa seperti "keluar Pas masuk Umno", "Letak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan bertanding semula", "Jangan buat sampah" setelah pengumuman Majlis Pakatan Rakyat tolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno.

Adakah ahli dan penyokong Pas yang tentang kerajaan perpaduan telah berpuas hati dengan berlangsungnya pertemuan Murshidul Am Pas dengan TP Pas itu?Adakah mereka boleh terima dengan begitu mudah, semudah cerianya pertemuan Mursidul Am dengan Nasa? Adakah Nasa seorang saja yang harus dipersalahkan? Macam2 perkara boleh berlaku dan difikirkan. Mohon maaf kepada ahli dan penyokong Pas atau letak jawatan sebagai bertanggungjawab atas segala kejadian yang berlaku selepas Muktamar yang lalu. Di negara Eropah atau Barat pemimpin yang terlibat jejaskan imej parti mereka akan berundur secara terhormat demi maruah parti yang mereka wakili, hatta dalam permainan bolasepak sekalipun, jika jurulatih itu jejaskan imej kelab dan negara yang dilatihnya mereka akan berundur dengan serta merta.

Dibenak dan ulu hati Nasa lukanya memang parah cuma tak dapat dilihat dengan matakasar. Jika dapat dilihat mungkin segulung pembalut luka belum tentu cukup untuk menutup luka yang beliau alami. Semua ini jadi pengajaran buat Nasa anak didik Al-Marhum Fadzil Nor yang banyak bagi laluan untuk beliau tuju kepuncak pimpinan Pas. Terpulang pada Nasa mohon maaf pada ahli dan penyokong Pas atau letak jawatan TP Pas Pusat.

Nasa kena ingat, sedalam mana pun luka yang beliau alami tidak sama seperti sejuta ahli dan penyokong Pas yang porak poranda ,resah gelisah dek mainan politik segelintir pemimpin yang ambil kesempatan laungkan perpaduan dengan Umno!

Nasa Tak Muncul Mesyuarat AJK Pas Pusat, Roslan SMS Dipecat

TP Pas Pusat tak masuk parlimen semalam , dan tidak hadir Mesyuarat Pas Pusat yang berlangsung malam tadi. Ia menimbulkan tandatanya kepada semua pihak kemana beliau hilangkan diri.Sikap beliau itu mencurigakan dikalangan ahli Pas dan perwakilan yang menyokong beliau. Sementara itu melalui sumber2 yang dipercayai kebenarannya, Setiuasaha Akhbar Presiden Pas, Roslan SMS telah dipecat daripada jawatan tersebut. Siapa Roslan SMS yang sebenarnya?

Isnin, 22 Jun 2009

Tok Guru Presiden "Tebang Pokok Kerajaan Perpaduan"


Hajat umno untuk tidur sebantal dengan Pas benar2 terbantut dan kempunan yang amat kerana Presiden Pas telah gugurkan idea kerajaan perpaduan hari ini dalam sidang akhbar bersama pimpinan Pakatan Rakyatdi bangunan Parlimen. Presiden Pas telah bagi komitmen untuk Pas terus bersama Pakatan Rakyat. Semoga segala kekeruhan, selisih faham yang wujud selama ini disebabkan isu kerajaan perpaduan dapat dijernihkan semula.Segala kata nista yang dilemparkan oleh pihak2 dalam Pas sendiri samaada disebelah Tok Guru Presiden atau Murshidul Am diampunkan dosa mereka. Kepada penulis2 yang tuduh Tok Guru Nik Aziz nyanyuk, tidak waras kerana tolak kerajaan perpaduan lebih baik minta ampun cepat2 kerana doa seorang Tok Guru tak sama macam doa Naib Presiden Umno untuk Pas! Kepada Tok Guru Haji Hadi sebagai Presiden Pas jangan rasa malu kerana tarik balik idea tersebut, kerana Imam Assyafie yang karang kitab Al Om pun pernah berkata, "sekiranya pendapatku tidak benar dan ada yang lebih baik engkau lemparkanlah kedinding"-setakat yang aku ingat..Moga Tok Guru Presiden bukan setakat "cantas dan tebang pokok kerajaan perpaduan" tapi korek sekali dengan akar-akarnya yang telah timbulkan macam2 fitnah terhadap Tok Guru Presiden.Pahit2 jadam pun kalau jadi ubat boleh sembuh penyakit kita kena makan.

Mat Sabu Terima Jawatan AJK Pas Pusat Tolak Gelaran Datuk

Mat Sabu bekas Naib Presiden Pas menyatakan bahawa beliau menerima jawatan AJK Pas Pusat walaupun timbul desas desus mengatakan beliau tolak jawatan lantikan tersebut. "Rakan sejawat" beliau yang bertanding jawatan TP, Husam Musa dijangka ambil langkah yang sama terima jawatan tersebut. Sebelumnya Mat Sabu beritahu beliau telah dipelawa untuk mendapat gelaran datuk di negeri utara tanah air tetapi menolaknya. Tawaran datuk itu adalah kali kedua pada tahun ini.Ketika ditanya mengapa tidak buat ulasan tentang kerajaan Perpaduan , beliau berkata "Pas jika bersama Umno buat kerajaan perpaduan , Pas akan berpecah belah dan jika Pas tinggal pakatan rakyat Pas juga akan berpecah belah".

Ahad, 21 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan; Sekejap Gostan Sekejap Brekkk

Nampaknya ulasan mengenai kerajaan perpaduan oleh pemimpin Pas masih berterusan dan ulasan itu pula dalam bentuk yang bermacam2. Ust Haron Taib, Ketua Dewan Ulama dalam Harakah bil 1449 bertajuk "Laksana Jika semua ahli bersetuju"(N2), berkata -"semua orang kena setuju, Dap setuju,Keadilan setuju, Umno setuju,Mic setuju,Mca setuju dan parti Sabah Sarawak setuju". Seterusnya tajuk Harakah yang sama -"Tutup Pintu 'Kerajaan Perpaduan' jika hanya dengan umno" juga diulas oleh Ust Haron Taib. Begitu juga ulasan MB kedah yang berkata- "Tunggu Presiden Pas buat ulasan". Pengarah Pilihanraya Pas Pusat pula berkata -'Kerajaan Perpaduan Tidak Pernah Dibincang Dalam Majlis Syura". Mustafa Ali , Setiausaha Agung Pas Pusat pula berkata-"Pas tidak akan khianati Pakatan Rakyat". Semuanya kenyataan 50-50, kabur dan berputar-putar, ada gostan ada brekkk, keliru yang amat dan macam2. Pihak umno pula sokong kerajaan perpaduan dan sanggup berdoa dan solat hajat lagi bagi jadi, Umno macam dah tak sabar lagi nak tidur sebantal dengan Pas disebabkan isu kerajaan perpaduan ni.Jangan terlalu salahkan media , takkan semua berita tak betul sedangkan pemimpim Pas yang ucap tu benar belaka sebagaimana dilapor. Kalau tak betul saman! . Hari ni cakap lain lusa cakap lain lepas tu nafi kata media salah lapor. Jangan jadi putar alam ,lama-lama, tenggelam. Sebenarnya isu kerajaan perpaduan ni dalam kocek Tok Guru Haji Hadi, biar beliau selesaikan. Yang lain jangan dok boh baja taik ayam bagi suburkan kerajaan perpaduan. Pimpinan Pas jangan cakap macam tempat kenduri, sementara tunggu nasi dan gulai kawah dihidang pakat sembang sakan bila dah kenyang semua cerita dah abis takat tu ja. Isu kerajaan perpaduan ni besar dan timbul perpecahan dalam Pas. Jangan cakap loyar buruk untuk kilas dan pertahan kerajaan perpaduan lepas tu rasa syok sendiri dengan hujah yang diberikan, tapi sebenarnya makan diri, rosak parti dan ahli Pas dan penyokong Pas dok peghati apa yang pemimpin Pas cakap tu samaada boleh pakai ke tidak. Cerita kerajaan perpaduan ni bukan macam jual minyak angin kat pasar malam atau tempat ceramah Pas. Sapu tempat ceramah lega, balik sapu di rumah tak lega!

Sabtu, 20 Jun 2009

Umno- BN Perompak Hasil Petroleum Kelantan

Harakah terbaru bil 1449 edisi Isnin melaporkan, Kelantan adalah pengeluar gas asli di Malaysia sejak 2004 tapi dinafikan hak royalti.Anggaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah kira2 RM25 Bilion!-Laporan oleh Jabatan Perdana Menteri kepada pegawai kerajaan negeri. Husam Musa menyatakan kerajaan negeri akan tuntut royalti minyak tersebut sebanyak RM1 Bilion sebagai tunggakan sejak 2004. Husam adalah Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi , Kewangan dan Kebajikan negeri Kelantan.Menurut sumber2 yang dipercayai perairan Kelantan menyimpan 13 TRILION kaki persegi yang sudah siap sedia untuk diterokai(13,000,000,000,000). Kerajaan Pusat dikatakan menyembunyikan fakta keuntungan gas dari rakyat Kelantan. Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat carigali
petroleum menerusi Petroleum Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc. Operasi carigali itu menghasilkan 6000 tong gas sehari. Kerajaan Pusat mendaratkan hasil gas tersebut di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi- Laporan lengkap dalam Harakah terbaru, beli dan baca untuk celikkan mata anda semua betapa kejam dan tak berhati perutnya Umno- Bn terhadap rakyat Kelantan. Mereka lebih zalim daripada lanun Somalia ! Memang patut pun Murshidul Am Pas yangjuga Menteri Besar Kelantan, TGNA tidak mau bekerjasama dengan parti yang bernama Umno ini. Kepada pimpinan Pas yang masih ada hati nak buat perpaduan dengan Umno , jadikan kes minyak Kelantan ini pengajaran buat anda semua. Sebab tulah Umno dok tunjuk kesian, simpati dan berdoa siang malam bagi Pas selamat rupa-rupanya ada muslihat yang hendak dilakukan terhadap Pas. Laporan tersebut juga menyatakan hasil petroleum Kelantan itu boleh menyara 7 generasi rakyat Kelantan (lebih kurang 500 tahun lamanya)! Rakyat Kelantan di Dun Manek Urai sudah tentu tidak akan tertipu dengan projek mee segera sekarang ini di Dun Manek Urai, berapalah sangat jika dibandingkan dengan hasil minyak yang dibolot kerajaan Umno- BN itu ,sebesar kuman pun tak ada.

Hishamudin Hussein Kena Berdoa Selamatkan Umno

Nampaknya Naib Presiden Umno , Hishamudin Hussin pula sampai giliran ulas kerajaan perpaduan bagi pihak Umno.Beliau berdoa semoga Pas tidak berpecah belah hanya semata-mata isu kerajaan perpaduan yang jadi hangat dalam parti Pas ".Saya harap tidak berlaku perpecahan berhubung sokongan TP Pas kepada kerajaan perpaduan dengan Umno"(malaysiakini). Mengapa Naib Presiden Umno itu tiba2 jadi bimbang dan sayang sangat kepada Pas? Sejak bila pula timbul perasaan perasaan sedemikian. Umno yang kalah teruk dalam pru-12 yang lalu sekarang ini ambil kesempatan atas berlakunya perselisihan pendapat dikalangan pimpinan Pas mengenai kerajaan perpaduan untuk menyokong pimpinan yang taja kerajaan perpaduan. Hishamudin juga menegaskan moga kerajaan perpaduan akan jadi kenyataan dan pertahankan misi dan visi yang PM najib sokong itu. Bermula dengan PM Najib, Muhyidin, Rais Yatim dan kini Hishamudin yang sambut baik kerajaan perpaduan, semuanya adalah sokongan yang akan membawa rebah kepada Pas. Lagi banyak pemimpin Umno sokong kerajaan perpaduan lagi banyak perselisihan dalam Pas akan berlaku. Ini adalah kerana pemimpin Umno puji pemimpin Pas yang bawa isu kerajaan perpaduan dan kutuk ,kecam, hina TGNA kerana tolak kerajaan perpaduan. Hishamudin sepatutnya panggil Mufti -Mufti yang sokong Umno buat solat hajat dan doa minta supaya Umno panjang umur, kerana Umno dah berada "dihujung nyawa'. Maukah PM Najib, Muhyidin dan lain2 pemimpiin Umno sokong HUDUD yang diperjuangkan Pas sekiranya mereka benar2 ikhlas?. Doa umno hanya sekadar kempen di Manek Urai. Doa Umno hanya sekadar membatu apikan sesama Pas biar berpanjangan, lagi lama lagi bagus.

Jumaat, 19 Jun 2009

"Kerajaan Perpaduan Tak Perlu"- Bekas PJ Negeri Sembilan

Kenyataan Bekas PJ Negeri Sembilan dan pakar ekonomi dalam harakah daily begitu menarik mengenai kerajaan perpaduan idea Presiden Pas, lebih tepat dan bernas daripada yang diutarakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat. Dr Rosli berkata "TIDAK ADA ISU YANG CUKUP MENDESAK YANG BOLEH MEMAKSA SEMUA PARTI POLITIK BERSATU DIBAWAH SEPANDUK KERAJAAN PERPADUAN. TIDAK ADA ALASAN MENDESAK BAGI PAS UNTUK HULURKAN PELAMPUNG KESELAMATAN KEPADA UMNO YANG SEDANG LEMAS DENGAN MENGESAMPINGKAN RAKAN -RAKAN YANG TELAH LAMA BERSAMA-SAMA MENJANA KEMENANGAN DALAM PR PADA PRU-12 YANG LALU DAN PENYOKONG2 BUKAN ISLAM YANG MENYOKONG ISLAM". Beliau juga berkata negara luar yang sedang berperang dan ditindas tentera asing memang layak buat kerajaan perpaduan berbanding Malaysia yang aman damai tanpa sebarang pencerobohan kuasa luar. Penjelasan presiden Pas yang tepat dan teori yang beliau kemukakan amat penting untuk meleraikan
isu kerajaan perpaduan itu.

Adakah Sama JV Dengan Umno Macam Nabi Musa Dakwah FIRAUN?

Berkata KPP Pas Pusat mengenai kerajaan perpaduan "Allah Taala hantar Nabi Musa A.S dakwah kepada Firaun". Maknanya beliau mengiakan kerajaan perpaduan dengan Umno. Ni bukan cerita dakwah atau cerita dalam kelas kat budak2 sekolah rendah. Budak Pasti pun tau Firaun tu sapa.Hujah seperti itu memang sesuai untuk budak2 Pasti tapi tak tepat untuk ahli2 Pas dan penyokong Pas. Jangan anggap ahli Pas tak tau, tak faham, keliru dengan projek perpaduan yang dicadangkan itu. Mereka faham apa niat sebenarnya, sebab itu ahli2 Pas tak sokong. Perpaduan dengan Joint Venture tu sama ja maksudnya. Kalau kita meniaga buka syarikat masing-masing turun modal, sudah tentu ada yang jadi CEO, Managing Director, Pengarah syarikat dan sebagainya.Begitu juga kalau kita buat kerajaan perpaduan ada orang Umno jadi PM, orang Pas jadi TPM, jadi Menteri, jadi Timbalan Menteri, pakat2 bedak hang aku, satu untuk engkau satu untuk aku, dua untuk Umno tiga untuk Pas, lima untuk Umno satu untuk Pas begitulah seterusnya. Memang Pas tak masuk umno, memang Pas tak tukar parti, logo dan lambang Pas pun tukaq, tapi bersama umno buat kerajaan perpaduaaaaan! oghang kampung faham cuma yang pertahankan kerajaan perpaduan saja kata oghang kampung tak faham. Pak Mat jual cendol tepi jalan pun faham, Raju yang jadi Kelab Penyokong Pas pun Faham, Ah Chong Kelab Penyokong Pas pun faham apa dia itu kerajaan perpaduan. Pusing kot belakang tungging buyong lima kali pun orang Pas tak dapat terima kalau nama UMNO tu JV sekali dengan Pas.Memang la Nabi Musa dakwah kat Firaun Laknatullah, tapi Firaun tu kafir belaka Puak Umno ni Islam belaka. Tang kafir Umno aku tak berani kata, tapi fasiq dan munafik memang banyak la. Kata seorang ustaz kepadaku 'Tak semestinya Melayu tu Islam dan tak semestinya Islam tu mukmin". Takkanlah kalau dah JV satu jawatan dalam syarikat kita tak dapat , lebih baik tak payah turun saham, simpan duit dalam Tabung Haji lagi baik, tiap2 hujung tahun dapat dividen walaupun sikit! Pendek cerita kerajaan perpaduankah, campuran kah JV ka semua tu satu spesies. Kopi "keras " la ni ramai oghang Melayu dok pulun, macam2 adaaaa, kopi Radix, kopi Jantan, kopi Janda, cuma belum dengaq kopi Duda, semua ni oghang panggil kopi tak panggil milo atau nescafe. Sebab tu TGNA kata "sejak Pas berkawan dengan Dap ni orang bukan Islam dah boleh terima Islam, dah boleh faham ooo begini Islam rupanya tak sama macam Islam yang Umno cakap, mereka dah tak fobia lagi dengan Islam. Tapi Umno walaupun Islam mereka masih Fobia dengan Islam, masih takut2 nak buat Islam hat betul. Punya angkuh Firaun pun berkata"AKULAH TUHAN YANG MAHA TINGGI"

Khamis, 18 Jun 2009

Merisik Kabar Najib Terbantut ?

Tahniah kepada 10 MP Pas yang berani menolak kerajaan Perpaduan dengan UBN hari ini di bangunan Parlimen.Mereka dikatakan berdiri teguh di belakang Murshidul Am, TGNA. Turut menolak idea kerajaan Perpaduan itu ialah Dewan Muslimat Pas Pusat. Mereka mau terus bersama pakatan rakyat. Bagaimana pula sikap Dewan Pemuda Pas Pusat? Mereka belum buat kenyataan rasmi tolak kerajaan perpaduan yang telah menimbulkan huru-hara dalam Pas sekarang ini. 10 MP Pas yang buat kenyataan tolak kerajaan perpaduan itu ialah Dr Hatta-Kuala Krai, Hj Khalid Samad-Shah Alam, Dr Zulkifly Ahmad-Kuala Selangor, Datuk Kamaruddin Jaafar-Tumpat, Siti Zailah Mohd Yusuf-Rantau Panjang, Dr Siti Mariah- Kota Raja, Dr Lo' Lo'-Titiwangsa, Dr Mohd Hayati Othman- Pendang, Ust Taib Azzamuddin- Baling dan Dr Mujahid YusufRawa - Parit Buntar. Menteri Besar Kedah macam mana bulan madu tak abis lagi ka? Tak mau himpun rakyat jelata kat Stadium Darulaman ka buat pengumuman tolak kerajaan perpaduan?Nampaknya peluang najib nak merisik Pas ketika ini terbantut dan brek seketika. PM Najib tengah tengok angin dan haribulan yang sesuai nak risik semula kot2 masih ada peluang. Umno yang mau Pas berpuak-puak tidak akan duduk diam, mereka sedang "bekerja"secara halus melalui agen2 tertentu menjahanamkan Pas. Damaikan puak-puak dalam Pas bukannya berdamai dengan Umno. Fatah yang di kuasai Mahmud Abas sering tembak curi pejuang Hamas mesti dijadikan pengajaran buat Pas untuk buat perpaduan dengan Umno!

Nasa Tak Masuk Parlimen

"Walaupun soalan dia naik no 4hari ni, Nasa tak datang Parlimen dan tutup telefon, menurut sumber" satu sms yang aku terima. Kemana Nasa hilangkan diri?Riuh rendah hari in semua suratkabar harian, malah ada berita yang siarkan "Umno tadah tangan terima Nasharuddin"-Sinar harian dan macam2 lagi, semuanya tertumpu kepada Nasa dan Murshidul Am .Inilah akibatnya tak dengar cakap orang tua, yang lebih arif sepak terajang politik dan perangai umno.
Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata "Nik Aziz munafik kerana tentang perpaduan antara masyarakat Melayu dan Islam sedangkan wujudkan perpaduan adalah wajib dalam Islam". Dulu masa wujudnya kafir mengkafir dah nak dibuat perdebatan tentang isu tersebut tapi tak jadi Umno cabut lari kononya arahan dikeluarkan batalkan debat tersebut. Begitu juga dengan Muzakarah tak pernah jadi banyak sangat alasan yang umno bagi. Berapa banyak munafik dalam Umno sampai tak terbilang tak diambil kira oleh Prof tersebut.Akhbar2 harian pro umno ini ambil kesempatan kutuk TGNA dan bela Nasa dengan tujuan supaya api persengketaan dalam Pas terus marak supaya Pas cepat hancur. Penentangan Umno dan akhbar sekutunya memang dah dijangka. Mereka kutip prof2 yang sealiran mereka untuk ikut serta hentam Pas, mufti yang jadi talibarut umno turut dipergunakan kecam TGNA.Puak2 yang macam ni dah wujud sejak zaman Abu Lahab dan Abu Jahal lagi jadi tak menghairankan dengan apa yang mereka cakap.Kebaikkan akan ditentang dengan kejahatan, ini perkara biasa.Perpaduan dalam Pas lebih penting daripada cakap perpaduan dengan Umno. Kelemahan Pas sekarang kerana tidak dapat kawal pemimpin mereka dengan baik, menyebabkan mereka berani mendahului pemimpin yang lebih tinggi dalam membuat kenyataan kepada media. Idea dan buah fikiran yang libatkan parti mesti dibincang di bahas dengan luluskan usul-usul dalam muktamar bukannya panggil sidang media dengan berpuluh orang dan rasa seronok keluar kenyataan depan wartawan hingga lupa diri taraf mereka dalam parti. TAHNIAH KEPADA 10 ORANG AHLI PARLIMEN PAS YANG MENENTANG KERAJAAN PERPADUAN HARI INI DI BANGUNAN PARLIMEN.MEREKA BERDIRI TEGUH DIBELAKANG TGNA.

Rabu, 17 Jun 2009

Mereka Tidak Jual Pas Di "BLACK MARKET "

Mereka telah pergi buat
selama-lamanya, menemui kekasihNya.Apakah yang kita rasa apabila mengenang sumbangan mereka kepada Pas?Ada pemimpin yang masih ingat dan ada pemimpin yang buat2 lupa sebab sekarang dah senang -lenang hasil susah payah perjuangan mereka dahulu.Mereka tidak menjual perjuangan kepada musuh-musuh Pas untuk hidup mewah.Mereka tidak pernah berpakat dalam gelap dengan Umno untuk jual pemikiran dan kepercayaan Ahli Pas untuk sesuap nasi keluarga mereka.Yang ada kepada mereka ialah agar Pas terus hidup hinggalah capai kejayaan seperti sekarang.Pemimpin yang curang dan menjual maruah Pas akan dituntut oleh mereka di padang Mahsyar kelak.Mereka dikira berdosa jika menjadi pengkhianat kepada Pas. Berkata As-syahid Ibrahim Libya dalam kata-katanya yang masyhur sebelum ditembak Polis "DARIPADA HIDUP MENJADI BANGKAI LEBIH BAIK MATI BERGALANGKAN TANAH". Berkata Al- Marhum Fadzil Nor "SEBAGAI SEBUAH GERAKAN ISLAM YANG MEMPUNYAI MATLAMAT YANG JELAS UNTUK MENEGAKKAN MASYARAKAT DAN PEMERINTAHAN, YANG DIDALAMNYA TERLAKSANA HUKUM-HUKUM ALLAH S.W.T, SERTA NILAI-NILAI HIDUP ISLAM MENUJU KEPADA KEREDHAAN ALLAH S.W.T SEPERTI YANG DITEGASKAN DALAM PERLEMBAGAAN PARTI, PAS AKAN TERUS MEMPERJUANGKAN CITA-CITA INI, SEBAGAI SATU PRINSIP DAN KEWAJIPAN YANG TIDAK ADA TAWAR MENAWAR". Sebab itu Murshidul Am mempertahankan prinsipnya apabila ada pemimpin Pas mau berpakat dengan dengan Umno. Berkata seorang sahabat kepadaku "Umno umpama taik yang dimasukkan kedalam gelas.Gelas yang berisi taik itu dicuci lalu dimasukkan air yang bersih, namun bau taik itu tetap tidak hilang"














Bagaimana Perasaan Perwakilan Yang Undi Nasa?

"DAN TAATLAH KAMU KEPADA ALLAH DAN RASULNYA DAN JANGANLAH KAMU BERTELINGKAH MAKA KAMU AKAN GAGAL DAN KEKUATAN KAMU AKAN HILANG" (Surah Al- Anfal:46) Ayat di atas patut diambil iktibar dan pengajaran dengan apa yang berlaku dalam Pas sekarang ini.Umno bertepuk tangan sekarang ini dan tunjuk "simpati" kepada segelintir pemimpin Pas yang nak berbaik2 dengan Umno. Murshidul Am minta TP Pas , Nasharudin Mat Isa letak jawatan dan bertanding semula di Bachok untuk uji samaada sokongan kepada beliau masih ada dalam Pas atau tidak.Sekarang siapa yang akan pertahankan Nasa daripada terus diserang Tok Guru?Adakah SUAgung Pas akan pertahankan Nasa? Kenyataan SUAgung Pas yang agak berlapik kepada Umno hari ini mengenai kerajaan perpaduan dengan menjadikan DAP dan PKR sebagai syarat pertemuan bersama Umno tidak lebih hanya sekadar untuk redakan kemarahan Murshidul Am dan ahli2 Pas sahaja. TPM Muhyidin Yasin berkata" syarat sebelumnya adalah antara Umno dan Pas, kenapa pula libatkan Dap dan Pkr"? Nah.. yang mana satu betul. "saya tak boleh nak komen apa yang SUAgung Pas cakap, kerana hari ni lain, sebelumnya lain, mungkin besok lain pula"kata beliau seterusnya bila ditanya wartawan. Putus sudah kasih sayang Tok Guru kepada Nasa. Lepas ni siapa pula yang akan senasib dengan Nasa?Bagaimana dengan perwakilan yang mengundi Nasa sebagai TP Pas, apakah perasaan anda sekarang. adakah tidak rasa berdosa kepada Pas? Dulu semasa Pas baru menang pilihanraya, kita ke kedai kopi senyum lebar sampai telinga seronok bincang dan ulas kawasan Parlimen dan Dun yang kita menang, sekarang perasaan itu dah hilang duduk termenung, sugul macam orang kalah takut2 kawan2 tanya dengan apa yang jadi dalam Pas sekarang.Nak jawab salah tak jawab salah, hirup kopi tak abis terus bangun.

"SAMPAH" LEBIH BAIK DIBUANG TAKUT BUSUK




Hari ini kenyataan Murshidul Am amat keras, ditujukan kepada TP Pas Pusat , Nasharuddin Mat Isa supaya keluar daripada Pas dan letak jawatan MP Bachok, jika terus mau bercakap kerajaan perpaduan dengan Umno(sperti yang dilaporkan malaysiakini, bernama dan Mstar online). TGNA menggesa Nasharuddin jangan buat sampah dalam Pas. Dirasakan ramai yang terkejut dengan kenyataan terbaru TGNA itu. Dah lama Tok Guru bersabar, mungkin dirasakan hari ini masa yang sesuai untuk luahkan sepenuhnya. Kalau dah "sampah" apa lagi yang ada pada Nasa dalam Pas? Adakah Nasa akan ikut jejak langkah Dato' Asri Muda tinggalkan Pas dan tubuh parti baru? Berapa banyak lagi "sampah " yang ada dalam Pas?Adakah "sampah" lain akan bersama Nasa tinggalkan Pas? Bermacam2 tekaan dan adegan seterusnya akan menyusul selepas ini. Kenyataan Tok Guru adalah suara hati rakyat marhaen dan mustadafin dalam Pas yang sanggup lakukan apa saja untuk selamatkan Pas yang diancam musuh daripada dalam dan luar Pas. Tok Guru tak sanggup lagi dipermain2kan oleh mereka yang pekakkan telinga yang anggap mereka2 yang nak buat perpaduan dengan Umno sebagai boneka umno, tapi mereka terus bersuara membelakangkan Murshidul dalam setiap kenyataan yang mereka keluarkan. Pemimpin2 ni umpama "ditiup trompet di telinga kerbau" tak ada rasa nak lari dan terkejut, buat dekkk ja, macam tak ada apa2 yang berlaku! Mereka2 yang ingin ikut jejak Dato Asri, Nakhaie dan "Geng 13" dipersilakan, pintu sentiasa terbuka luas. Nasib mereka akan jadi seperti Ezam, lokman Adam, Nakhaie dan lain2 bila masuk umno akan dibakul sampahkan saja, lenyap begitu saja.

Siapa Berkuasa Dalam Pas?

Sidang akbar terbaru SU Pas pusat pagi ni menyatakan Pas sedia berbincang penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno-Bn dengan syarat PKR dan Dap turut sertai perbincangan tersebut. Semalam TP Pas Pusat berkata kenyataan PM Najib yang anggap Pas ikhlas dengan idea kerajaan perpaduan akan disampaikan kepada Presiden Pas. Aku nak tanya hal2 besar parti ni yang libatkan agenda parti siapa yang berhak buat keputusan, adakah TP, SU Agung atau Majlis Syura yang berhak menentukan hala tuju parti. Bagaimana dengan kuasa Murshidul Am Pas? Macam dipinggirkan saja gayanya. Adakah PKR dan dan Dap bersetuju dengan kenyataan SU Pas itu? Bagaimana perasaan ahli2 Pas diperingkat akar umbi sekarang, tentu berkecamuk dan marah kepada pimpinan yang masih nyanyikan perpaduan dengan Umno. Pimpinan Pas tidak dapat berpuasa mulut daripada terus sebut kerajaan perpaduan dengan umno kerana cacing ghoman dok geletek mulut. Mereka suruh orang lain diam tapi dalam masa yang sama mereka terus mengulang perpaduan dengan Umno.

Selasa, 16 Jun 2009

Si PERAMPAS PERAK NAK MERISIK, KALAU JODOH TAKKAN KEMANA

Setelah berjaya PM Najib rampas Perak daripada genggaman Pakatan Rakyat, sekarang beliau ada kerja baru nak merisik Pas untuk dibuat
rakan kongsi dalam agenda kerajaan perpaduan tajaan Presiden Pas. Gaya Najib kali ini nampak ceria dan gembira tidak serius macam rampas Perak sehingga Nizar hilang jawatan MB Perak dan menimbulkan krisis Perak jadi haru-biru, hingga ada yang sanggup tidur di atas jalanraya minta simpati Sultan Perak, namun sia2 belaka tak diendah Tuanku hingga sekarang. Najib bermimpi bahawa beliau tidak akan bertepuk sebelah tangan kerana tangan yang sebelah lagi sudah bertepuk sejak Pak Lah lagi, tapi terputus ditengah jalan.Mainan politik Najib lebih licik dan teratur daripada apa yang Pak Lah buat dulu. Taktik merampas Perak dengan cara yang agak keras jadi pengajaran untuk berlembut2 dengan Pas. Politik Pas yang selama ini umpama air dengan minyak tak akan bercampur sudah lesap begitu saja dek muqabalah dan UG dengan umno diketahui rakyat jelata. Najib melalui agen2 dan politik perang saraf umno guna kesempatan ini untuk terus ambil kesempatan akibat perselisihan pimpinan Pas mengenai UG.Bagi Najib perpecahan Pas akan menjadi satu kegembiraan kepada Umno, kerana sokongan kepada Pas oleh orang bukan Islam akan kembali kepada BN.Masa tu baru Pas tahu Rabu-Khamis, Jumaat selang-selang. Bagi Najib, ikan dilaut asam di darat, dalam belanga bertemu jua. Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intai kami antara nampak esok jangan rindu-rinduan. Kepada pengundi2 di Manek Urai, tunjukkan undi anda kepada Pas, gagalkan dan matikan puak2 Taghut yang cuba menghancurkan Pas ini. Jika Pas hancur gelaran serambi Mekah yang dibanggakan selama ini akan lenyap buat selama2nya daripada bumi Kelantan. Kalau dah jodoh takkan kemana tapi kita pejuang2 Islam saja yang mampu hancurkan petualang2 Pas yang meresap kebatang tubuh Pas.

Kerajaan Perpaduan: Pas Tutup Mulut, Umno Buka Mulut

Nampaknya sekarang Umno pula dok bercakap isu kerajaan perpaduan dengan nada begitu lembut, sementara pemimpin Pas yang terlibat dengan muqabalah dan UG ni mengambil sikap berdiam diri buat sementara waktu. Kata PM Najib "Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia berbincang untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan Pas". "Kita kena risik-risik dulu. Macam kita nak kawinlah, kena risik-risik dulu. Jadi tak jadi kita tengoklah.Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagilah".(malaysiakini dan bernama). Maknanya boleh bincang la. Itu cakap PM Najib. Nada berbeza ditujukan kepada Murshidul Am Pas , Tok Guru Nik Aziz oleh pemimpin Umno yang kecewa kerana Tok Guru tolak kerajaan perpaduan yang mengecap pemimpin Pas yang cuba berkhalwat dengan Umno sebagai boneka Umno. Kata Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Al Habshee "Saya sarankan Nik Aziz supaya kembali kepangkal jalan daripada berterusan menjadi alat kepada DAP dan PKR untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan menghancurkan umat Islam di negara ini". Umno puji satu pihak dan maki hamun satu pihak dalam Pas supaya orang Pas terus jadi tak ketawan hala. Umno cipta isu atas nama Melayu dan Islam untuk pecahbelahkan parti Pas. Umno yang ceraikan Pas dan tendang Pas keluar daripada kerajaan campuran dulu betul2 tergila-gilakan "jandanya" sekarang ini setelah nampak "jandanya" sekarang ini makin bergetah dan jadi rebutan antara Umno dan pakatan rakyat.Disebabkan adanya pemimpin Pas terpengaruh dengan segala janji manis Umno mereka telah berkhawat dengan Umno sehinggalah menimbulkan kemarahan orang Pas termasuk Tok Guru Nik Aziz. Sebenarnya Umno dah risik dah, pegang dah, raba dah cuma menikah saja belum sebab ditentang hebat Murshidul Am.Nada lembut dan lemak manis Najib memang tak dapat dinafikan kalau bab2 mengorat ni, beliau memang pakar lagi pandai daripada mantan PM Pak Lah. Pm Najib memang pakar kalau nak menjerat pelanduk atau ayam utan, boleh jatuh terlentuk dipangkuan PM Najib! Bagaimana pula dengan puak muqabalah dan perpaduan atas kata2 Najib yang lemak manis itu? Tak maukah berlakikan orang yang dituduh terlibat dengan Altantuya ni, mana tau kot2 dapat bom c4 dua -tiga biji buat penangan dihari tua. Alhabsyee dan Altantuya, berbeza dihujung sama dipangkal. Orang yang paling takut disisi Allah ialah Ulama dan orang yang pertama akan disambar api neraka Allah ialah Ulama sekiranya bersekongkol dengan kejahatan dan maksiat kepada Allah.

Nak Berkhutbah Pun Tak Bagi

Semasa berlangsungnya Muktamar Pas yang lalu, aku diberitahu sepatutnya 15 orang ulama Pas membaca khutbah jumaat di masjid-masjid di Selangor, tapi telah dibatalkan kerana mendapat bantahan Umno dan kononnya takut Sultan murka. Aku tak faham kenapa pemimpin Pas Selangor jadi penakut dan lembut hati kepada Umno batalkan ulama-ulama Pas ni untuk berkhutbah. Kononnya Sultan akan murkalah, nak jaga hatilah, bermacam2 alasan yang diberikan sampai tak berpeluang langsung nak jijak tangga mimbar masjid. Sepatutnya Exco Agama, Dr. Hasan Ali boleh bertindak bijak memberi ruang kepada mereka untuk berkhutbah, kalau ruang yang jarang2 dapat pun tak reti nak manfaatkan untuk para jemaah solat jumaat, apa guna pegang jawatan tersebut. Jangan hanya bijak bercakap dan motivasi orang saja tapi jadi penakut dengan umno. Nizar pun berani sembah derhaka kepada Sultan, berani suruh Sultan bubar dun Perak, berani ke Parlimen dengan kain lilit kepala bertulis "BUBAR DUN PERAK"tanpa rasa gentar dan takut hilang jawatan, kenapa pemimpin Pas Selangor tak berani seperti Nizar?Patutlah kualiti khutbah di Selangor hambar, meleret-leret, sampai air liur basi meleleh, dengkur jemaah solat jumaat lagi kuat, berbanding dengkur zaman Umno perintah. Kalau setakat tukang kebun dan drebar Istana yang mengadu pun dah kecut perut, macam mana nak jaga yang lain. Kalau kita pergi demontrasi, lagi fru dan polis larang lagi semangat kita nak berdemo. Sekarang zaman kita perintah bukan umno perintah, gunakan segala yang boleh untuk dimanfaatkan. Zaman Umno perintah dulu bukan main lagi kathib sampaikan khutbah, berapi2 dan berasap2 tak ada rasa takut dan gentar walaupun diancam tarik tauliah la , kena gam la semua tak digeruni.

Isnin, 15 Jun 2009

Ringkasan Ceramah Tok Guru Nik Aziz Di Manik Urai 12-06-09

Ini adalah email yang dihantar seorang sahabat daripada Kelantan , pembukaan Markaz Besar Dun Manek Urai, tanpa edit adalah seperti berikut:

Secara amnya Tok Guru tidak menyentuh secara langsung di dalam ceramahnya semalam tentang penolakan kerajaan perpaduan tetapi ada kiasan-2. dan banyak berkisar kepada
Pembetulan dari tomahan umno yang mana Umno telah guna isu kerajaan perpaduan kepada pengundi2 dan dalam ceramah mereka bahawa kerajaan perpaduan yg di terima oleh pas menandakan umno dan pas sekarang adalah sama.(satu wadah)
Ceramah semalam berbunyi spt berikut;
1. Pada tahun 50-an Pas ditubuhkan oleh ulama2 yang dulunya bersama tubuh gagasan Umno. Dan salah seorang ulama tersebut adalah dato kepada Tun Abdullah Badawi,
Dan penubuhan tersebut adalah kerana ulama ketika itu telah melihat bahawa umno terang2gan bawa rakyat kearah kemungkaran dan jahiliah.
2. Umno tidak mengenal Halal dan haram manakala kita (PAS) mendidik dan mentarbiah rakyat supaya menjadi baik.
Pernah Tok Guru melawat satu tempat ada 2 masjid dalam satu Kg. yang mana hanya satu masjid diguna dan yg satu lagi dibiarkan berkulat, bila ditanya kepada penduduk kg. tentang masjid yg berkulat tersebut maka jawab orang kg. masjid yang berkulat itu telah dibuat dari duit hasil Judi loterry. Dan umno halalkan lottery dengan menambahkan perkataan kebajikan dibelakang lottery . (lottery dan kebajikan ) ini menandakan umno langsung tak tahu halal dan haram perbuatan itu samalah dengan menukar nama tahi, tahi itu najis tapi ditukar tahi suci. Dan kerajaan Kelantan telah lama urus tadbir kewangan negeri kepada bank islam yg tidak berasaskan riba.
3. Mana mungkin pas sama dgn umno. Kita bawa kebaikan dan umno bawa kesesatan.
Kalau kita kawin, dia kata kawin dengan berbujang (Berzina) itu sama. Kalau kita sembahyang dia kata sembahyang dengan tidak pun sama . dan lain2 lg. sama maka di bertanggung jawab diakhirat kelak kerana menyebabkan ramai org.berzina dan tidak sembahyang di sebabkan umno kata baik dan jahat pun sama…dan umno tetap tak boleh buat kawan sampai bila2.
Maaf sheikh ….agak ringkas..
Khalil..

Kerajaan UBN Biadab, Henti Beromen Dengan Umno

Malang terus menimpa Nizar dan rakan2nya daripada ahli parlimen pakatan rakyat pada hari pertama persidangan parlimen apabila dihalau keluar sesudah angkat sumpah sebagai ahli parlimen Bukit Gantang. Tan Sri Pandikar Amin turut menggantung mereka selama dua hari daripada hadir sidang parlimen.Turut dihalau keluar ialah Mahfuz Omar (Pokok Sena), Gobala (Padang Serai) dan dua ahli parlimen DAP dari Beruas dan Taiping.
Syabas kepada mereka semua kerana terus berani menyuarakan "bubar dun Perak"dalam parlimen Malaysia. Ini semua memberi kesedaran kepada mereka-mereka yang mau beromen dengan umno dalam gelap. Apakah jadi satu kesalahan dalam parlimen kalau pakai kain lilit kepala dalam parlimen?Apakah mereka tidak pakai pakaian yang tidak sopan? Speaker bertindak ikut kehendak umno bukan ikut kehendak parlimen.Kenapa Speaker tak halau semua ahli parlimen pakatan rakyat keluar dewan, lagi bagus. Biar UBN saja yang bersidang. Inilah umno one Malaysia dan Rakyat didahulukan yang Najib cakap.



Ahad, 14 Jun 2009

"Aku Masuk Bertanding Sungguh- Sungguh"- Mat Sabu

Siang tadi aku ke rumah Bang Mat Sabu, saja2 berjalan tanya kabar sambil pekena udang goreng Telok Intan yang digorengnya. Sambil dok makan aku bertanya kepada beliau "Kenapa Bang Mat masuk lawan jawatan TP"? Jawab Bang Mat ,"Saya masuk bertanding sungguh-sungguh, bukan main-main. Orang yang nak jadi ketua saya mestilah lebih baik daripada saya, kalau saya lebih baik daripada mereka, saya la kena jadi ketua mereka". "Mereka yang hidup bermewah dengan harta yang diperolehi difitnah orang entah daripada sumber mana mereka dapat tidak layak menjadi ketua, sebab itu saya lawan". Mat Sabu telah dilantik sebagai AJK Pas Pusat bersama Husam Musa yang turut kalah di tangan Nasharudin Mat Isa jawatan TP muktamar Pas yang lalu.

Peringatan Al- Marhum Fadzil Nor

Dalam Ucapan Dasar Presiden Pas dalam Muktamar Tahunan Pas ke-45, oleh Al- Marhum Dato' Fadzil Nor pada tahun 1999, beliau mengingatkan kepada bahayanya jika dalaman Pas jadi lemah. Berikut adalah sedutan ucapan Almarhum " Selain daripada cabaran musuh politik tradisi tadi (UMNO), kita juga terpaksa berhadapan dengan masalah diri kita sendiri. Kekuatan musuh belum pasti dapat mematah dan mengecundangkan kita., tapi kelemahan kita akan jadi laluan mudah bagi musuh mematahkan kita."
"Saya yakin bahawa setiap kita begitu sayang dan cinta kepada perjuangan yang kita dukungi ini. Setiap kita begitu bimbang dan cemburu tentang kestabilan dan masa depan parti. Rasa resah dan bimbang sentiasa bersemarak apabila kita terlibat dengan percaturan politik negara dan menyusun strategi serta pendekatan politik yang dirasai baru di dalam perjuangan kita. Oleh kerana rasa sayang dan bimbang begitu tinggi, kadangkala kita bertindak secara tidak bijak, penuh dengan prejudis dan hilang keyakinan yang sudah semestinya akan menggugat kestabilan parti". "Seluruh ahli adalah berhak dan mempunyai tanggungjawab sepenuhnya untuk memberi teguran dan pandangan kepada kami untuk kebaikkan perjuangan kita juga martabat Islam itu sendiri. Harapan yang saya nyatakan ini adalah disasarkan kepada sabda Nabi s.a.w: "Agama adalah nasihat, baginda ditanya nasihat untuk siapa wahai Rasullulah? Baginda menjawab untuk Allah dan Rasul-Nya dan untuk seluruh pimpinan Islam juga untuk umat Islam seluruhnya".... hanya sekadar renungan kepada kita semua, terutamanya kepada pimpinan yang cuba berjinak2 dengan Umno, mencium bau Umno, parti nasionalis dan sekular yang tidak ada cita2 untuk daulatkan Islam.

Ahmadinejad Menang Besar


Tahniah kepada Dr Ahmadinejad yang berjaya kekalkan jawatan Presiden Iran dengan majoriti duakali ganda daripada apa yang diperolehi oleh pencabarnya, Mirhossien Mousavi, bekas Perdana Menteri Iran. Walaupun difitnah melakukan penyelewengan Ahmadinejad tetap menang besar dan beliau dikatakan dapat sokongan daripada pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khameini. Pihak Barat terutamanya Amerika Syarikat maukan Mirhossien menang kerana beliau dikatakan lebih bersikap liberal terhadap dasar2 luar Iran.Itu di Iran, dalam Muktamar Pas yang lalu walaupun Husam Musa mendapat sokongan Murshidul Am, Husam tetap kalah. Beberapa hari sebelum Muktamar orang yang fitnah Husam telah memohon maaf secara terbuka di akhbar2 keluaran NST, tapi itu semua tak mampu untuk tambah nilai bagi Husam menang jawatan TP. Calon keluaran muqabalah juga yang menang. Apalah sangat hendak dibandingkan pilihanraya di Iran dengan Muktamar Pas, pengundinya berjuta2 sedangkan perwakilan Pas hanya seribu lebih ja.








Umno Takkan Berubah

Harakah bil 1447, menjelaskan Presiden Pas tidak akan mengadakan muqabalah atau dialog dengan umno sehinggalah parti itu membuat perubahan, patuh pada perlembagaan, membebaskan media daripada kongkongan dan memulihkan institusi kehakiman. Adakah umno akan berubah mengikut kehendak Pas? Umno yang dah banyak kali didesak bebaskan semua tahanan ISA tanpa pilih bulu, hapuskan PPSMI demi kebaikkan budak2 sekolah yang buta matematik dan sains buat-buat pekak telinga saja dengan apa yang disarankan oleh parti2 pakatan rakyat.Umno akan buat perubahan jika menguntungkan kepentingan politiknya tak lebih daripada itu.Sasterawan2 Negara yang dah jadi warga emas pun Umno sanggup sembur gas pemedih mata semata2 menentang PPSMI, takkah zalim namanya? Kepimpinan Umno saja yang berubah tapi kezaliman Umno kepada rakyat tak pernah terputus ia akan berterusan sehingga umno tamat riwayat dalam pru-13 akan datang. Ingat-ingatlah kita kepada Mat Sah tahanan ISA, 8 tahun itu, betapa menderitanya isteri beliau, puan Norlela mengenang nasib diri yang tak terbela, kehilangan suami disisi. Janganlah kita bermuqabalah dengan Umno, kerana kita yang akan berpecah -belah. hancuuuur umno!

Sabtu, 13 Jun 2009

Ada Cerita Di Manek Urai...

Semalam 12-06 09 lebih kurang jam 11.30 malam satu panggilan telefon aku terima daripada tempat perasmian Markaz Besar Pas oleh Murshidul Am Pas , Tok Guru Nik Aziz di Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan. Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Pengarah pilihanraya kecil dun Manek Urai, Abe Tah atau YB Fatah Haron, adun Bukit Tuku. Pemanggil tersebut memberitahu, Abe Tah berkata "mana-mana pemimpin Pas yang terlibat dengan isu kerajaan Perpaduan tak dibenarkan turun berkempen di Manek Urai". Aku tak nak ulas panjang apa yang diperkatakan. Tok Guru Nik Aziz juga ada menyentuh mengenai umno yang tak sama dengan Pas...Siapa yang kata Pas dan Umno sama.....banyak benda panas yang diucap semasa pembukaan Markaz Besar Pas tu yang menyentuh isu kerajaan perpaduan. Butiran lanjut apa yang diucap oleh dua pemimpin itu tuan2 carilah sendiri, aku tak mampu nak menyebutnya sekarang..

Jumaat, 12 Jun 2009

Lebih Baik Jadi Ghurka Pas Daripada Boneka Umno

Kemarahan Tok Guru Nik Aziz nampaknya tak dapat dibendung lagi, beliau terus menyerang dan mengasak kepada 'siapa-siapa' yang terlibat dengan kerajaan perpaduan. "Boneka Umno" Kata TGNA kepada orang yang cuba rapat2kan Pas kepada Umno. Rasa sayang pada Parti Islam ini tak pernah hilang daripada aku , begitu juga pada orang2 kampung dan rakyat miskin yang bermati-matian mempertahankan Pas sejak Pas ditubuhkan hinggalah sekarang. Jika terjadi sesuatu yang buruk kepada Pas amat malang sekali ditengah2 Pas mendapat sambutan masyarakat berbilang kaum di bumi Malaysia ini. Sudahlah ramai pimpinan Pas Kelantan tak terpilih dalam Muktamar lepas , bunyi gendang perpaduan pula membingitkan lagi telinga Tok Guru. KemarahanTok Guru mungkin ditujukan kepada Setiausaha Agung Pas yang baru dan rakan2nya yang suka berceloteh bab kerajaan perpaduan , selepas itu menyeru orang lain tutup mulut.Dalam pertandingan main wau atau layang2, siapa yang naikkan wau dialah yang gulung talinya takkan orang lain pula kot.Dulunya pimpinan Pas tak pernah tunjukkan kasih sayang kepada umno, berbincang apa pun tak mau, berselisih bahu pun belum tentu bertegur sapa, tapi sekarang bila dah dapat kerusi agak ok sikit dah mula berubah style dan karektor, menjadi sayang pula kepada umno. Ubat pengasih apa yang umno bagi sampai tak boleh lupa sebut kerajaan perpaduan di mulut mereka?Ingatlah akan ahli2 Pas yang kebanyakkannya orang biasa yang tungkus lumus akan setiap kali pilihanraya menjelang, pasang poster, penaik bendera, guna duit sendiri beli roti kering makan di markaz2. Mereka tidak minta projek, tidak minta pembalasan wang ringgit, cukup hanya sekadar dengar berita Pas dah menang pilihanraya, tu saja dah cukup hilangkan letih mereka tolong Pas masa pilihanraya. Mereka menjadi "Ghurka Pas " yang setia dan tak pernah berganjak untuk cuba berpadu dengan Umno. Sebut pun depa tak mau nak berkawan dengan Umno. Kenduri -kendara pun depa tak "syer", takat pi makan ja.Mereka telah diusrah dan ditarbiah bahawa umno itu adalah parti yang lawan hukum Allah, lawan hudud, hina ulama,persendakan dan perlekehkan tok2 guru Pas, tangkap orang Pas sumbat lokap, sumbat ISA bertahun2 tanpa bicara, bunuh ulama Pas, tiba2 sekarang "-mereka-mereka" ini mau berpakat dan perpaduan dengan umno atas nama Islam, atas nama Melayu dan kepentingan negara.

Khamis, 11 Jun 2009

Mulut Tempayan Boleh Ditutup

Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Pas yang baru menggantikan Datuk Kamarudin Jaafar.Mustafa Ali juga memegang jawatan Pengerusi harakah akhbar rasmi Pas sejak sekian lama. Tok Guru Nik Aziz ketika mengulas kenyataan Mustafa yang menyuruh semua pihak tutup mulut daripada berbincang isu kerajaan perpaduan berkata 'mulut manusia tak boleh ditutup". Tok Guru juga berkata orang yang mau perpaduan dengan umno sebagai boneka Umno. Bak kata pepatah Melayu 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap buruk padahnya'. Gambar sebelah ihsan Malaysiakini. Siapa yang makan cabai dialah yang rasa pedasnya. Siapa yang mulakan kerajaan perpaduan mereka2lah yang kena diam, baru betul. "Mereka-mereka" yang timbulkan isu kerajaan perpaduan dah rasa mara bahaya yang bakal menimpa Pas merasa gusar dan gentar akan tentangan yang bakal dihadapi, yang boleh merosakkan Pas dalam sekelip mata patut bersikap ikhlas dan jujur kerana berada dalam jamaah Islam.Apa salahnya 'mereka"berjumpa Murshidul Am untuk minta maaf kerana dah menimbulkan kekeliruan kepada ahli2 Pas dan penyokong Pas isu kerajaan perpaduan ini.
Habuan dunia apakah yang menunggu mereka sehingga sanggup buat kenyataan yang boleh pecah-belahkan Pas? Sekejap tutup mulut, sekejap buka mulut, pemimpin apakah ini? Bila jadi riuh rendah dalam pakatan rakyat, suruh tutup mulut, bila dah reda mereka buka lagi cerita perpaduan dengan umno! Dulu orang bukan Islam begitu hormat jika melihat orang berkopiah putih. Mereka akan kata "ini sembahyang punya orang talak makan wang lo..rasuah pun tarak, boleh bikin kawan lo..Tapi perasaan itu sekarang dah jadi tawar hebiaq kerana mainan politik kotor puak2 tertentu dalam Pas. Dalam Pakatan Rakyat biarlah Pas yang terakhir lari kalau nak lari pun, orang akan hormat pada kita kerana tidak belot dalam berkawan.

Rabu, 10 Jun 2009

Bom C4 Umno Lagi Bahaya

Mainan politik Umno untuk dekati Pas nampaknya menimbulkan bermacam2 masalah dalaman Pas, termasuk prasangka rakan2 Pas daripada Pakatan Rakyat, Dap dan PKR. Umno melalui Utusan Malaysia telah berjaya menimbulkan syak wasangka sesama ahli Pas dengan pimpinan Pas. Puncanya adalah kerajaan perpaduan yang dicanang Presiden Pas.Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa terpaksa keluar kenyataan bahawa Pas akan terus bersama Pakatan Rakyat , tidak ada niat untuk kerjasama dengan Umno-Bn (harakah bil terbaru 1446 edisi jumaat). Moga apa yang beliau cakap tu adalah betul dan benar bukan hanya untuk menyedapkan hati ahli2 dan penyokong Pas semata2. Kata Tok guru Nik Aziz "kita sudah buat keputusan menyokong pakatan rakyat dalam muktamar Pas yang lalu (Ipoh), Perak. kalau nak berunding dengan umno, tak usah. "Kerajaan perpaduan ni tak usahlah mengarut",kata Tok Guru lagi. Antara penyakit influenza H1N1 yang turut melanda malaysia sekarang ini dengan 'bom C4 umno mana lagi bahaya? Bom C4 yang diletupkan kepada Altantuya mayatnya berkecai sampai tak kenal paras rupa, hancur lebur. Penyakit H1N1 kalau mati pun jasad dalam keadaan sempurna cukup sifat tubuh badan. Begitu juga cubaan Umno untuk berbaik2 dengan Pas boleh mengundang malapetaka yang dasyat kepada Pas. Sedutan ucapan Khalid Samad semasa muktamar Pas yang lalu harus dijadikan sempadan dan tembok yang tinggi oleh pimpinan tertinggi Pas untuk tidak menggatal dengan Umno. Kata Khalid Samad "KITA HENDAKLAH MENGENAL PASTI PIHAK LAWAN KITA, TERMASUK UMNO YANG KONONNYA MENGHULURKAN TANGAN UNTUK BERDAMAI DENGAN PAS. PADA HAKIKATNYA MEREKA JAHAT, MEMBAWA KEROSAKKAN DAN PERPECAHAN KEPADA PAS, KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT."JANGAN KITA SEBUT TENTANG PERPADUAN, PERUNDINGAN DENGAN UMNO, WALAUPUN ADA BEBERAPA PERSAMAAN KECIL ANTARA KITA DENGAN MEREKA, KERANA ADA BANYAK PERKARA BESAR MENGENAI KEZALIMAN UMNO DI SANA SINI YANG SANGAT PERLU KITA FIKIRKAN. KAMU SAYANG KEPADA MEREKA, TETAPI MEREKA TIDAK SAYANG KEPADA KAMU,". Tok Guru Nik Aziz amat bangga dengan Khalid Samad walaupun tak berjubah dan bersongkok tapi bila bercakap berhujah macam seorang ulama.

Selasa, 9 Jun 2009

Mengapa Tok Guru Nik Aziz Meluat Sangat Dengan Umno?

Hari ni Mustafa Ali minta semua pihak tutup mulut daripada berbicara kerajaan perpaduan, tumpukan pada prk Manek Urai , di Kelantan. Selepas Muktamar Pas ke-55 isu kerajaan perpaduan ni kembali riuh setelah ketidak puasan sesetengah pihak samaada dalam Pas maupun rakan kongsi Pas daripada pakatan rakyat berkenaan kerajaan perpaduan yang dikemukakan Presiden Pas. Tok Guru Nik Aziz awal2 lagi
tolak kerajaan perpaduan ni, bagi Tok Guru, perpaduan dengan umno ni satu kerja bodoh. Betul kata TGNA tu aku sokong. TGNA tentu banyak sejarah hitam dan pahit maung selama memerintah kelantan daripada tahun 1990hingga sekarang dengan umno-bn, sebab tu TGNA meluat sangat dengan umno.Banyak bantuan kerajaan pusat yang sepatutnya dapat disekat hanya semata2 Pas yang bukan kroni umno perintah Kelantan. Dendam kesumat umno kepada Pas tak pernah luntur dan tak pernah padam walaupun sesama Islam.Umno-bn biar kerajaan Pas Kelantan menderita, tapi berkat kesabaran TGNA dan pemimpin Pas Kelantan Allah Taala teruskan kuasa memerintah Kelantan kepada Pas. Tak malukah kita kepada yang menguar-uarkan kerajaan perpaduan dengan umno ini? Apakah tidak cukup perpaduan sesama Pas dan pakatan rakyat selama ini?Kita telah dapat mengecap nikmat pemerintahan bersama pakatan rakyat di 4 negeri, dulunya 5 negeri,dapat merasa nikmat kebebasan walaupun diperingkat negeri, sekarang kita nak mengajak umno pula bentuk kerajaan. Muktamar Khas mesti dibuat untuk bincang kerajaan perpaduan. Panggil semua perwakilan Pas seluruh negara untuk undi samaada menyokong atau menentang kerajaan perpaduan. Jika semua perwakilan menentang jangan cakap lagi hal yang berkaitan kerajaan perpaduan dengan umno. Siapa yang bercakap lagi mesti diambil tindakan disiplin, pecat mereka daripada Pas. Semua masalah akan selesai. Sudah 19 tahun umno-bn menganiaya Kerajaan Pas Kelantan bukannya baru setahun macam pakatan rakyat perintah 4 negeri macam sekarang. Jika masih ada segelintir pimpinan Pas masih mau juga buat perpaduan dengan umno, Pas bukannya akan rugi segantang malah bertan-tan nilai politik yang Pas akan rugi. Pas akan dianggap rakan yang mencurigakan dalam pakatan rakyat, yang untung adalah umno.Pas yang telah berjaya menarik minat orang bukan Islam sehingga 20,000 orang telah menganggotai Kelab Penyokong Pas akan merasa kecewa jika suara2 perpaduan dengan umno ini terus dinyanyikan oleh segelintir pimpinan Pas. Mereka2 ini adalah orang yang mengharapkan Pas menjadi tunjang untuk perintah Malaysia bagi menggantikan umno-bn.

Isnin, 8 Jun 2009

Umno Mau Pas Pecah -Belah

Pm Najib berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap cadangan Kerajaan Perpaduan yang dikemukakan Presiden Pas. Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin pula mengutarakan diadakan muzakarah umno- Pas demi agenda besar yang melepasi perbezaan politik dan ideologi masing2. PM Najib dan Ketua Pemuda Umno ini nampak bersemangat selepas habisnya Muktamar Pas di stadium Malawati,Shah Alam. Media massa umno dan pro Umno memainkan sentimen perpaduan antara Umno- Pas supaya ahli2 Pas dan penyokong Pas jadi bercelaru otak mereka. Inilah yang dikatakan politik perang saraf. Kepada yang tak berfikir terus percaya dengan apa yang mereka baca akan jadi bingung apakah benar Pas akan bentuk kerajaan dengan Umno? Ahli Pas dan penyokong Pas mesti ingat ini semua mainan politik umno semata2 supaya ahli2 Pas bercakaran sesama sendiri, berpuak-puak jadi macam Umno yang dah lingkup. Kenyataan Khairy dan Pm Najib itu seolah2 mereka sokong apa yang dikatakan kumpulan ulama dalam Pas konon2nyalah. Umno seolah2 menaruh harapan yang besar agar Pas bersama mereka supaya Umno yang dah nazak itu jadi kuat semula. Aku percaya Pas sekali2 tidak akan bersama umno. Pemuda Pas Pusat sudah bagi amaran kepada mana2 pemimpin jangan sesekali cuba mendekati umno dengan tujuan untuk bentuk pakatan dalam gelap dengan umno. Pemuda Pas Pusat mengatakan pemimpin yang terlibat akan didedahkan nama mereka dan mereka umpama najis jika cuba untuk jual Pas kepada umno. Kata Ustaz Idris Ahmad, AJK Pas Pusat kepadaku" kita wajib solat 5 waktu sehari dan lawan umno juga adalah wajib bagi kita. Dalam banyak2 orang Pas ni ada yang Allah angkat jadi wali, doanya dimakbulkan Allah, jika ada yang jadi pengkhianat kepada Pas hidupnya tak akan selamat, menjadi susah hidupnya". Lagi sekali aku ulang Umno memang patut hancur , kerana dah lama menzalimi rakyat selama 51 tahun lebih dah.Tapi sayang seribu kali sayang sekiranya Pas yang setahun jagung dapat mengecap sedikit nikmat punah dalam sekelip mata kerana terpengaruh dengan tipu daya umno.Pas adalah parti yang memperjuangkan Islam, Ideologinya adalah berdasarkan Quran dan Hadis sebagai rujukan, bukannya parti assabiyah macam umno yang memperjuangkan Melayu semata2. Slogan "Pas For All" bermaksud Islam untuk semua bangsa yang ada di Malaysia ini. Ribut dalam cawan Pas akan jadi ribut diluar cawan sekiranya ahli2 Pas tidak berhati2 dengan sebarang mainan politik kotor pihak2 tertentu diluar Pas hatta dalam Pas sendiri yang mau Pas "bersetubuh" dengan umno .


Ahad, 7 Jun 2009

"Taatlah Kepadaku Sekiranya Aku Taat Kepada Allah Dan Rasul"

Muktamar Pas sudah pun selesai.Kata Presiden Pas dalam ucapan penggulungan beliau, sekadar beberapa sedutan yang aku ingat saja antaranya Tok Guru Presiden berkata "Taatlah kepada ku sekiranya aku taat kepada Allah dan Rasul. Jangan taat kepadaku sekiranya aku tidak taat kepada Allah dan Rasul". Beliau memetik kata2 Khalifah Abu Bakar sewaktu diangkat jadi Khalifah. Kata Tok Guru lagi dalam muktamar kali ini "ada yang manis ada yang pahit dan ada yang tawar".Sedutan seterusnya "ahli Pas yang jadi ahli Pas , sebaik saja selesai isi borang Pas secara automatik kena bagi wala' kepada pimpinan yang dipilih memimpin parti Pas. Satu ucapan penggulungan yang penuh dengan bermacam nasihat dan diperhalusi oleh semua anggota jemaah Islam ini."Yang manis kalau banyak ditelan akan kena kencing manis, yang pahit pula kalau banyak dimakan akan jadi sembelit, yang tawar pula kalau diminum akan mengenyangkan", kata Tok Guru. Memang betul dan tepat apa yang diperkatakan Presiden, tapi apakah wala' wajib diberikan kepada pemimpin yang bercekengrama dan berkhalwat dengan umno secara tidak sah dan tanpa pengetahuan ahli dan penyokong Pas?Pemimpin yang cuba ambil kesempatan mungkin kerana terpengaruh dengan habuan dunia yang berlonggok depan mata sewajibnya tidak ditaati malah mesti ditunjukkan jalan keluar buat mereka supaya jadi pengajaran yang berguna kepada pimpinan yang lain.Memang diyakini dan dipercayai memang ada orang yang tak puas hati atas kemenangan Timbalan Presiden disebabkan adanya unsur2 cubaan berpakat dengan umno.Keputusan telah dibuat oleh perwakilan kita kena terima, mereka yang mewakili Pas kawasan diseluruh Malaysia yang berhak mengundi telah memilih Nasarudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden.Rasa tidak puas hati itu jika tidak diperbetulkan, malah diyakinkan bahawa tidak akan ada lagi pakatan dengan Umno akan menjadi barah malah boleh terjadinya kencing manis yang kritikal sehingga paras pinggang kena potong takut merebak kebahagian yang lebih atas! Presiden juga merasa kesal kerana media massa yang diberi ruang untuk buat liputan tanpa sebarang sekatan memutar belitkan kenyataan dalam media mereka kerana ada tangan2 lain dibelakang media massa tersebut. Siapakah tangan2 itu? Ahli Pas sewajibnya merasa bimbang dengan tindak tanduk pimpinan yang nak bersekongkol dengan umno. Parti manakah yang menuduh Pas parti ajaran sesat,pengganas, penderhaka kalau bukan Umno?Parti manakah yang bunuh ulama Pas, tikam hingga mati ahli Pas, bersekongkol dengan pihak berkuasa tembak penyokong Pas kalau bukan Umno. Memang patut dan amat patut pun ahli Pas jadi marah bilamana ada ura2 pemimpin pas nak membangun bersama UMNO! Ahli Pas dan penyokong tegar Pas tak akan lupa sejarah hitam yang banyak meragut nyawa, kena tahan ISA dan dipenjarakan tanpa bukti yang kukuh, sedap2 mereka yang diatas nak berpeluk2 dengan Umno. Selamat pulang wahai semua perwakilan, jagalah keselamatan anda dijalanraya, ingatlah orang yang tersayang. Membangun Bersama Islam.

Bagaimana Nasib Mat Sabu Dan Husam Selepas Ini?

Selepas kalah dalam jawatan Timbalan Presiden Pas, nasib Husam Musa belum diketahui.
Beliau sekarang dah tak ada kerja dah dalam jawatan peringkat tertinggi parti Pas diperingkat pusat.Begitu juga dengan Bang Mat Sabu mereka dah jadi penganggur buat sementara waktu sebelum ditawar sebarang jawatan diperingkat tertinggi parti.Husam sekarang hanya sekadar Exco kanan diperingkat kerajaan negeri Kelantan.Mereka berdua sebelumnya adalah Naib Presiden Pas. Presiden Pas sudah tentu tak akan biarkan mereka begitu saja tanpa sebarang jawatan dalam parti.Mat Sabu adalah 'ayam tambatan Pas' yang banyak berjasa kepada Pas.Ceramahnya sentiasa ramai dengan pendengar, selalu turun padang untuk demontrasi, tidur dalam lokap adalah perkara biasa bagi beliau, namun semua itu tidak cukup kuat untuk beliau menangi jawatan Timbalan Presiden Pas.Begitu juga dengan Husam Musa banyak buat kerja parti, pandai buat gerak kerja parti, mencari dana untuk Pas buat Komplek Pas yang berdekatan Putrajaya sehingga dilantik sebagai Pengerusi untuk tabung Kompleks Pas tersebut.Mereka berdua adalah tokoh yang disenangi oleh masyarakat bukan Islam untuk mendekati Pas.Adakah Mat Sabu tersilap pilih jawatan untuk beliau bertanding dalam Muktamar Pas ke-55 ini?Atas perkiraan apa, matematik apa yang Bang Mat melangkah deras dan laju hingga sanggup terkorban dalam Muktamar kali ini?Begitu juga dengan Husam Musa yang tersingkir daripada sebarang jawatan dalam parti.Aku percaya mereka berdua tidak sanggup melihat Pas dikhianati dalam gelap, dijual secara gelap kepada umno sebab itu mereka memberanikan diri, tawar diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas.Faktor lain pun ada mungkin kerana yakin akan tercalon kerana mendapat sumber2 yang meyakinkan mereka akan menang sekaligus akan menjadi pengajaran kepada mereka yang berpakat dalam gelap dengan umno. Tapi semua itu adalah teori yang salah yang menyebabkan mereka hilang semua apa yang mereka dapat sebelum ini.Gabungan undi husam dan Mat Sabu adalah gabungan undi yang menentang sebarang pakatan dengan Umno.Ini harus diingat dan dikaji sedalam-dalamnya oleh Nasarudin yang menang jawatan Timbalan Presiden Pas. Adakah pimpinan Pas Pusat sanggup tengok dua tokoh Pas yang berkaliber ini tidak mengisi apa2 jawatan lain dalam Pas Pusat.Semoga Tok Guru Presiden dapat menilainya dengan sebaik mungkin.Kata Husam "melukut pun ada nilainya dalam Pas".'Terimakasih' Utusan Malaysia yang berkempen dan sokong kepimpinan ulama dalam Pas.Anda telah berjaya!

Sabtu, 6 Jun 2009

Nasarudin Menang Dalam Kalah

Keputusan jawatan Timbalan Presiden Pas sudah pun diketahui. Nasarudin Mat Isa 480 undi, Husam Musa 281 undi dan Mat Sabu dapat 261 undi. Tahniah la pada yang menang. Keputusan sudah dibuat dah tak boleh diubah2 lagi, tunggulah pemilihan akan datang pula, kecuali kalau calon yang menang meninggal dunia atau lompat masuk umno, masa tu baru boleh tukar orang lain pula isi jawatan tersebut. Apa pun jika dicampur undi Mat Sabu dan undi yang Husam dapat jumlahnya menjadi 542 undi. Punca kekalahan Husam kerana Bang Mat pun tak nak mengalah tetap mau bertanding ,jadi undi yang Nasarudin dapat dah diagak melebihi dua calon tersebut. Kekuatan Husam dan Mat Sabu hampir sama perbezaan undi antara mereka berdua hanya 20 undi saja tak boleh kata antara Husam dan Mat Sabu sapa lebih kuat.Namun kedua2 calon tersebut menentang kuat pakatan dalam gelap dengan umno. Jika dicampur undi Husam dan Mat Sabu, Nasarudin akan kalah dengan majoriti 62 undi yang memihak Mat Sabu dan Husam.Tetapi kalau dah 3 penjuru bertanding sudah tentu perwakilan memihak kepada ketiga2 calon yang bertanding. Kita terimalah hakikat kemenangan Nasarudin supaya pakatan dalam gelap yang ditujukan kepada beliau jadi pengajaran yang berguna untuk pimpin Pas terus bersama Pakatan Rakyat.Semoga segala hingar-bingar isu muqabalah dan unity goverment selama ini dapat diredakan tapi kebimbangan tetap ada jika terus buat hubungan sulit dengan umno. Kata Husam 'janggut saya tak cukup panjang untuk menang'. Moga janggut2 panjang tidak gunakan janggut mereka untuk "tarik" balak di hutan2 Kelantan, Perak dan Kedah.

Khamis, 4 Jun 2009

Selamat Bermuktamar

Aku baru pulang dari Stadium Malawati , Shah Alam tempat berlangsungnya Muktamar Tahunan Pas ke-55.Banyaknya gerai2 jualan mengalahkan Jom heboh anjuran tv3.Penuh dengan kemeriahan, macam2 ada. Syabas buat pihak penganjur yang menyediakan khemah2 jualan untuk para peniaga mencari rezeki. Unit2 Amal dan UKEP berkeliaran bertungkus lumus menjaga keselamatan dan lalu lintas kenderaan.Satu pengorbanan besar buat para petugas yang tak mengenal erti penat dan letih demi menjayakan program besar Pas ini yang akan berakhir pada 7 jun nanti.
Besok 5 jun akan berlangsungnya acara perasmian dan Ucapan Dasar Presiden. Seterusnya akan berlangsungnya pertandingan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Pas. Calon2 popular untuk jawatan Timbalan Presiden, Hussam Musa, Nasarudin Mat Isa dan Mat Sabu akan menentukan siapa yang layak dipilih oleh para perwakilan daripada seluruh negara. Naib Presiden pula calon2nya terdiri daripada Mahfuz Omar, Nik Amar. Salahudin Ayob, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mujahid Yusuf Rawa. Hari ini Dewan Ulama Pas dah buat usul supaya jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden mesti dipegang daripada kalangan ulama .Mereka bermati-matian mau semua jawatan tertinggi parti dibolot oleh mereka. Mereka bagi "signal" kepada perwakilan supaya pilih calon2 daripada kalangan yang bergelar ulama.Kalau perwakilan ikut apa yang Dewan Ulama Usulkan kita dah dapat agak calon2 yang bertanding 2 jawatan tersebut akan menang.Kalau Tok Guru Nik Aziz bagi lampu hijau kepada calon yang bukan ulama boleh pegang jawatan Timbalan Presiden, Dewan Ulama pula berbeza dengan citarasa Tok Guru.Kebimbangan golongan ulama nampaknya diluahkan sepuas2nya hari ini demi mengekalkan "tradisi" parti.Apa pun perwakilan Pas yang akan tentukan siapa calon dua jawatan tersebut yang akan dipilih.Kebijakkan dan kecerdikkan para perwakilan akan diketahui selepas berlansungnya pemilihan jawatan2 tersebut.Siapa yang menang dan berjaya kita kena terima termasuk Dewan Ulama. Kalah menang adat bertanding itu yang Pas amalkan selama ini.Perwakilan nak pilih calon yang berpakat dalam gelap, nak pilih calon yang gagalkan pakatan dalam gelap dengan umno atau nak pilih calon yang kaki demo dan kaki lokap itu adalah ditangan semua perwakilan. Selamat bermuktamar semoga Parti Islam SeMalaysia ini terus maju kehadapan, dipanjangkan umur dan mendapat kepercayaan semua kaum untuk perintah Malaysia satu masa akan datang.