Ahad, 28 Jun 2009

"MAKAN RASUAH MACAM MAKAN BABI"-DR Mahathir

Mantan PM , Tun Mahathir ketika mengulas isu pindaan perlembagaan Umno yang benarkan 60,000 ahli dibenarkan pilih pemimpin dalam pindaan perlembagaan Umno akan datang berkata, tujuannya untuk bendung gejala rasuah yang berakar umbi dalam parti itu sejak turun temurun. Kata beliau seperti yang dipetik daripada mStar online-"JANGAN TERIMA RASUAH, ITU ADALAH SATU PERKARA BESAR, ANDA MAKAN DUIT HARAM MACAM MAKAN BABI.BAGI SAYA ORANG YANG MAKAN DUIT RASUAH, BELI APAPUN IA JADI HARAM, KALAU DIA BELI MAKAN, DIA MACAM MAKAN BABI"

Sewaktu pemilihan pucuk pimpinan Umno yang lalu. Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang bertanding jawatan Timbalan Presiden umno telah didapati bersalah amalkan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno. Beliau telah dibatalkan pencalonannya untuk kerusi Timbalan Presiden Umno. Begitu juga dengan Khairy Jamaludin juga didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, tapi hanya diberikan amaran saja.Bagaimana pun kesalahan pemimpin Umno yang amalkan rasuah hanya salah pada Lembaga Disiplin Umno, mereka jadi kebal daripada tindakan SPRM, mereka tidak didakwa oleh mana-mana mahkamah.

PM Najib yang turut dituduh terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene juga tidak disiasat oleh SPRM. Aku sokong kenyataan Tun Mahathir mengenai rasuah walaupun beliau dah kembali jadi ahli Umno, kerana kenyataan seperti itu patut jadi tauladan kepada mana-mana pihak tanpa mengira fahaman politik, termasuklah kepada anak beliau yang sekarang ini jadi Timbalan Menteri di MITI.

Rasuah ni tak kenal tok lebai atau pak aji, menteri atau exco, Umno-Bn ataupun Pakatan Rakyat. Kalau duit berlonggok depan mata iman boleh goyang kecuali yang bertakwa kepada Allah. Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang tawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat cungkil dan tangkap perasuah untuk didakwa di mahkamah harus dipuji walaupun beliau bukan seorang Islam. Ini tidak berlaku semasa parti Gerakan perintah Pulau Pinang. Kepada Pas dan pimpinannya jangan cuba-cuba nak mendekati rasuah yang dikutuk Allah itu , hidup anda tak akan selamat. Contohilah gaya hidup TGNA dan TGHA yang rumah mereka adalah rumah biasa yang tak bernilai ratusan ribu dan jutaan ringgit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan