Sabtu, 31 Disember 2011

Jamil Khir cakap bohong atau Laporan Ketua Audit Negara yang tak tepat?

Jamil Khir jawab dakwaan seleweng wang zakat-Malaysiakini/Bernama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang zakat adalah tidak benar.
  
Beliau berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.
  
"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," katanya kepada pemberita di Sepang hari ini.
  
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.
  
Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil  Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan.

Beliau berpendapat laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.
  
"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya.
  
Menurutnya pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf.

Bangkit tuntut dakwa Jamil Khir pecah amanah-Harakahdaily

Umat Islam mesti bangkit beramai-ramai menuntut pendakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom kerana pecah amanah wang zakat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Persoalan terbesar di sini ialah jenayah pecah amanah wang zakat apabila Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya menggunakan wang itu untuk kos guaman kes qazaf (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Perbuatan pecah amanah wang zakat tidak boleh ditutup walaupun di bayar balik kerana pecah amanah telah pun berlaku," katanya.

Persoalan kedua, kata Mahfuz, ialah pembohongan Jamil Khir apabila tanpa sebarang rasa malu sedikit pun beliau membohongi rakyat dan mendakwa "mana mungkin saya hendak menggunakan duit zakat untuk tujuan guaman".

"Dakwaan Jamil Khir itu menghina Ketua Audit Negara yang membuat laporan bahawa wang zakat telah digunakan untuk membayar kos guaman tersebut.

"Menghina Ketua Audit Negara bermakna menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Ketua Audit Negara dilantik oleh baginda," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, menteri itu melakukan dua kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Selain menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Jamil Khir sebelum itu telah melakukan jenayah pecah amanah wang zakat dan institusi zakat yang terlibat itu berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Sebagai anak Kedah, kata Mahfuz, beliau tidak mahu Sultan Kedah yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong tercalar imejnya kerana jenayah pecah amanah wang zakat yang dilakukan oleh menteri berkenaan dan penghinaan terhadap Ketua Audit Negara yang juga dilakukan oleh menteri berkenaan.
"Mereka yang terlibat melakukan pecah amanah wang zakat itu mestilah didakwa dan jawatan mereka hendaklah digantung sepanjang proses pendakwaan itu dan jika mereka didapati bersalah mereka mestilah dihukum selain dipecat dari jawatan mereka," tegas beliau.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengesahkan pecah amanah wang zakat berjumlah RM63,650 dilakukan oleh Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya bagi menghalang kes qazaf yang di failkan oleh Anwar.

Wang zakat itu disalahgunakan untuk pembayaran kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil Khir, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.


Berkaitan;
Seleweng zakat:Keadilan lapor polis minggu depan-Keadilandaily

Peringatan buat pemimpin Pas yang takbur, bongkak dan sombong tak ketawan hala

Semalam dalam kuliah di masjid seorang penceramah berkata,"Salah satu punca kaum Nabi Noh A.S sesat ialah kerana mereka menjadikan orang-orang alim di kalangan mereka sebagai Tuhan mereka.Golongan yang bergelar ustaz dan para ulama boleh ditegur kerana mereka bukan maksum macam para Nabi dan Rasul." Imej di atas daripada blog Penarik beca.

Habis kuliah saya tanya ustaz tu,"Bagaimana pulak dengan parti pemerintah yang menghasut orang Melayu supaya bertuhankan mereka dengan berkata tanpa parti kami Melayu punah ranah."Kata ustaz tu ,"Jika mereka beranggapan demikian boleh bawa kepada Syirik kepada Allah SWT."-Wallahu'alam

Lepas tu ni saja nak cerita la kawan saya sms kat saya menceritakan sebelum berlangsungnya himpunan Himpun di Stadium Shah Alam ada si Mamat yang takbur dan bongkak tu datang kempen Himpun di masjid depa di Bukit Jelutung.Sms tu berbunyi begini;

"Salam..dia mai masjid kami dan kempen Himpun.Jadi saya tanya dia apa tujuan diadakan Himpun?Dia kata untuk pertahankan aqidah pasal banyak usaha2 Kristian untuk murtadkan org Islam.Saya tanya balik itu masalah dia ke atau orang Islam sendiri punca Islam tu jadi lemah?Dia kata dua2 kena buat.Saya tanya lagi mana yg lebih masalah org Islam yg tak pedulikan Islam atau usaha Kristian untuk jatuhkan Islam?Dia tak jawab.So sya bagi sebijik kat dia , kata kalau ikutkan MAIS dan JAIS di bawah dia, masalah pasal pi tangkap penceramah Islam bukan puak Kristian yg halang depa ceramah.Juga saya kata org2 yg Allah SWT beri sikit kuasa seperti dia tak jalankan tugas untuk betulkan pemimpin.Dia terus belah shj!"

Rakyat terus dilembukan:Makan RM1.755 juta ditangkap, makan RM250 juta boleh pi makan angin

Rakyat Malaysia terus dibangangkan, diperbodohkan dan dilembukan oleh si gerombolan yang perintah negara ini .Cuba bayangkan dalam sibuk-sibuk rakyat Malaysia kecoh kes si gembala lembu NFC yang rugikan wang rakyat RM250 juta oleh keluarga Ketua Wanita Umno dalam laporan Ketua Audit Negara 2010, sehingga Ketua Wanita Umno sanggup selak kain kita diperbodohkan dengan tangkapan 'Datuk Kambing Hitam' yang didakwa menipu laki Sharizat Abdul Jalil  yang juga Pengerusi NFC sebanyak RM1.755 juta.

Cuba tuan-tuan tengok  muka di atas yang boleh gelak dan senyum sampai ke telinga walapun di tangkap yang menimbulkan banyak persoalan.Seronok dan riang gembira sambil melambai tangan.Gambar atas daripada Malaysiakini dan gambar bawah daripada Themalaysianinsider.Bagaiamana yang telan wang rakyat RM250 juta kenapa tak didakwa?Siapa yang mahu diselamatkan?

Humbankan Umno-Bn dalam pru 13 akan datang jika anda mahukan kelainan.Jangan tunggu lama-lama.Peluang dalam pru 13 rakyat wajib tumbangkan Umno-Bn.Hanya rakyat yang mampu ubah pemimpin negara ini yang main silap mata dengan rakyat.Jangan jadi bodoh kerana akan ditelan si cerdik yang gila kuasa.

Berkaitan;
'Datuk' didakwa menipu Pengerusi NFC-Malaysiakini
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC-M'insider
Isu NFC:Jingga 13 rakam kondo mewah di Singapura-Malaysiakini

Jumaat, 30 Disember 2011

Apa yang Yahoo! kata kepada Hasan Ali tu betoi sama macam perasaan orang Pas bawahan

Yahoo! letakkan Hasan Ali antara tokoh politik terhangat 2011-M'insider

Cara dan tindakan Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali diiktiraf oleh portal berita antarabangsa, Yahoo! sebagai antara tokoh paling panas bagi tahun 2011.
Dalam 10 tangga teratas, beliau menduduki tangga ke 6 dan merupakan dua individu, bersama bekas perdana menteri Itali Silvio Berlusconi, yang dinamakan sebagai berita politik terhangat 2011, manakala lapan yang lain ialah insiden, peristiwa kontroversi ataupun janji-janji pemimpin.
Dalam huraiannya, Yahoo! Malaysia menyifatkan Hasan (gambar) sebagai seorang yang boleh menulis manual atau cara untuk “membuat musuh dan menyakitkan hati orang”.
“Ini adalah orang yang menyakitkan hati banyak pihak, dan beliau layak menduduki tempat ini berdasarkan tindak-tanduknya sendiri,” tambah laporan itu.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu turut disebut sebagai individu yang sering menjadi berita muka depan akhbar pada 2011, terutamanya dalam isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke gereja Methodist Damansara Utama dan penggunaan kuasa solar talking-Bible untuk memurtadkan orang Islam.
“Beliau mengakhiri tahun 2011 dengan bergaduh dengan pemimpin PAS kerana ingin mewujudkan kembali isu perpaduan antara PAS dan Umno, dan memastikan bahawa beliau memasuki tahun baru ini tanpa dilupakan orang awam,” tambah laporan itu lagi.
Dalam carta Yahoo!, isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan menduduki tangga ke 10, diikuti dengan video seks merupai Datuk Seri Anwar Ibrahim di tangga ke 9.
Mengenai skandal video tersebut, Yahoo! berkata walaupun para penyokong Anwar menyatakan bahawa isu tersebut tidak merosakkan nama baik ketua umumnya, namun persoalan yang lebih besar perlu dijawab ialah adalah isu tersebut telah mengoyahkan keyakinan dan kepercayaan kepada para pengikut yang dekat dengan Anwar yang diibaratkan sebagai “God-sent leader”.
Tangga ke 8 pula diduduki oleh peristiwa Amerika Syarikat berundur daripada Iraq, diikuti kematian Kim Jong-iI di tangga ke 7, Perhimpunan Agong Umno di tangga ke 5 dan diikuti skandal seks Silvio Berlusconi di tangga ke 4.
Tiga tangga teratas pula diduduki janji reformasi Datuk Seri Najib Razak di tangga ke 3, penahanan enam aktivis PSM di bawah ordinan darurat di tangga ke 2, dan kebangkitan Arab menduduki tempat pertama.
Mengenai janji-janji Najib, Yahoo! melaporkan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 telah meninggal kesan yang mendalam kepada kerajaan pimpinan Najib yang telah bertindak keras terhadap perhimpunan tersebut, walaupun Barisan Nasional enggan mengakui sepenuhnya.
“Buktinya ialah pengumuman Najib pada Hari Malaysia, di mana beliau mengumumkan beberapa reformasi termasuklah pemansuhan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa deklarasi darurat.
“Namun begitu, ia masih tidak cukup untuk para pengkritiknya, yang mendakwa perdana menteri hanya melakukan usaha yang minimal yang gagal menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi negara,” kata laporan tersebut.-M'insider

Kata orang Pas peringkat bawahan kepada saya ,"Kami tidak dapat maafkan Hasan Ali.Beliau bukan orang bawahan macam kami.Beliau orang besar, seorang pemimpin senang-senang kutuk agenda parti sendiri lepas tu minta maaf."

Khamis, 29 Disember 2011

Punya maju Umno-BN pegang Selangor MB kena hukum penjara

BN pastikan Selangor terus maju jika kembali memerintah-Utusan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, BN akan memastikan Selangor terus maju dengan pembangunan jika kembali menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13. "Selangor dulu maju tetapi sekarang kotor,” katanya semasa berucap selepas melawat ruang-ruang pameran di Karnival Sayangi Selangor di i-City, Seksyen 7, di sini yang bermula semalam hingga malam tahun baru pada Sabtu ini.
Beliau berkata, Selangor menjadi kotor selepas keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd dan melantik kontraktor-kontraktornya sendiri.
Katanya, BN menyedari mengenai kelemahan itu dan akan memperbaikinya jika diberi peluang menerajui kembali Selangor.
Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa peruntukan RM2.7 bilion untuk Selangor tahun ini daripada kerajaan Persekutuan adalah wang rakyat dan bukannya wang BN, beliau berkata, keadaan itu juga sama dengan kerajaan negeri di mana ia adalah wang rakyat dan bukannya wang Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, program “Jom Shopping” kerajaan negeri yang memberikan kupon RM100 kepada warga emas di negeri ini untuk membeli-belah belum lagi mencapai sasaran 100,000 orang sebaliknya kira-kira 20,000 orang sahaja.
Ini berbeza dengan BN yang telah menyelesaikan bantuan awal persekolahan bernilai RM100 seorang dan dijangka memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan pada bulan hadapan, katanya. - BERNAMA

Amat malang kalau Selangor dapat MB macam Noh Omar.Bercakap dulu baru pikir.Maju dibandingkan dengan mundur bukan kotor! Jom Shopping perbelanjaan kerajaan negeri bukan kerajaan Malaysia.
Dah bagi tak payahlah nak ungkit-ungkit! Kalau nak ungkit rakyat dapat RM500 keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia rugikan wang rakyat RM250 juta di kandang lembu.

Ha ha baru sekarang Umno sedar bila kalah kata wang rakyat! Dulu Dewan orang ramai, balai polis, balai bomba semua kata Umno buat.Dewan Orang Ramai dulu zaman BN orang lain tak boleh guna sekarang baru buka minda sikit bila dah kalah semua tu guna duit rakyat.

Maju macammana Noh Omar maksudkan?Adakah maju sampai bekas MB Selangor dulu boleh bawa lari duit ke Australia berguni-guni?Adakah maju bila bekas MB Khir Toyo dikenakan hukuman penjara kerana rasuah jutaan ringgit?Maju macam ni kah yang Noh maksudkan?

Takkan hanya modal sampah saja yang ada pada Umno di Selangor untuk tumbangkan PR
Baca juga;
Pakatan bagi kek, Khir bagi penyapu-Harakahdaily

So...tak jadi la nak buat kenduri?

Hasan Ali: Harakahdaily seleweng fakta-M'insider

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin.
Sebaliknya, menurut bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, tujuan dia ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS.
“Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.
“Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.
“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Laporan Harakahdaily semalam menyebut Hasan Ali  dan Nasharuddin berjumpa Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar tersebut untuk meminta maaf terhadap beberapa isu sebelum ini dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.
Kenyataan itu turut disahkan oleh Nik Aziz sendiri, malah beliau turut bercadang untuk membuat kenduri kecil-kecilan bagi meraikan perkara tersebut.
Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, “sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia.”
“Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan,” katanya.
Malah, beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat.
Sementara itu, menurut Hasan, majlis mahabbah tersebut berlangsung dengan penuh kemesraan, keakraban dan keikhlasan dan antara perkara yang disentuh termasuklah halatuju parti, persediaan PRU 13, dan perjalanan Harakah sebagai lidah rasmi parti.
“Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya,” kata Hasan lagi.
Sehubungan itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan terhadapnya dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam di negara ini.-M'insider

Edit 4.38 pm
Ada orang sms kat saya berbunyi begini; "Kaab bin Malik tak pi perang dan Nabi Muhammad SAW ambil tindakan disiplin.Tapi dia tak pernah baling taik kat Nabi atau kerajaan Nabi.Si takbur tu baling taik kat Pas dan diampunkan oleh TGNA dengan mudah seperti paderi ampunkan orang Kristian.Aaah dia bukan Khalid Samad, dia boleh buat apa saja .Belum pilihanraya Umno dah menang!"

Berkaitan;
Harakahdaily pertahan berita , ini transkripnya-Harakahdaily

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang , 439 lagi keluar parti

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

penang mca youth chief eng hiap boon quit party 281211 eng hiap boonEng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.
Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.
Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.-Malaysiakini

Parti-parti dalam gerombolan sedang berantakan.Umno yang dilanda virus lembu feedlot rugi duit rakyat RM250 juta juga semakin goyang.Tidak ada sebarang tindakan terhadap keluarga Sharizat Ketua Wanita Umno.Polis dan SPRM main sorong papan tarik papan .Mula-mula SPRM kata ini bukan kes SPRM tapi ini kes polis.Tapi kini SPRM pulak yang siasat kes NFC.Yang disiasat 'Datuk Kambing Hitam' bukan babitkan keluarga Shahrizat yang dapat projek lembu NFC.

Menteri Agama Jamil Khir Baharom pulak didakwa guna wang zakat untuk bayar kos guaman.Jangan biarkan gerombolan terus kuasai Putrajaya selepas pru 13 akan datang kalau tidak mahu lihat bala berterusan landa negara kita Malaysia.Selamatkan Malaysia daripada terus dicengkam Umno-BN!

Jawab pusing-pusing tapi betoi sungguh guna duit zakat

Baca dan pikirkan;

MAIWP jawab tuduhan seleweng zakat-Utusan

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan peruntukan khas geran kerajaan bagi menjelaskan kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain dalam kes membabitkan pertikaian di mahkamah.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Muhammad Yamin Ismail berkata, pihaknya mempunyai peruntukan khas daripada geran kerajaan bagi tujuan pembayaran yuran guaman.

"Sejak 1993, peruntukan khas itu telah diwujudkan dan tahun ini peruntukan yang diterima ialah sebanyak RM11 juta termasuk RM700,000 pada tahun sebelumnya.

"Apa yang boleh disimpulkan, keghairahan sesetengah pihak untuk menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam telah mengakibatkan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan kerenah mereka yang tidak berkesudahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan tiga responden seperti dilaporkan oleh akhbar pembangkang iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

Laporan itu mengatakan, Laporan Audit Negara mengesahkan sebanyak RM63,650 telah dikeluarkan daripada dana zakat MAIWP bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk ketiga-tiga mereka.

Turut disebut berhubung isu Che Mat yang telah meluluskan bayaran interim berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010 iaitu daripada peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.

Menurut Muhammad Yamin, ketiga-tiga responden berkenaan adalah di bawah seliaan MAIWP sebagai penjawat awam bagi hal ehwal Islam, bukannya atas kapasiti peribadi mereka.

"Adalah menjadi kewajipan kami sebagai pihak berkuasa agama Islam untuk menanggung kos pembelaan bagi sebarang tindakan guaman terhadap mereka bertiga.

"Tohmahan yang dihadapi oleh ketiga-tiga responden ketika ini telah membawa kepada banyak pertikaian di mahkamah.

"Oleh demikian, ia mengakibatkan penggunaan wang rakyat yang sepatutnya disalurkan kepada kepentingan umat Islam," jelas beliau.-Utusan

Lepas tu baca berita fail ini;
 
Bekas Amil dipenjara 4 tahun, 3 sebatan kerana pecah amanah-myMetro
 
KULAIJAYA: Seorang bekas amil dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melakukan pecah amanah membabitkan RM19,510.


Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman itu selepas Redzuan Mohd Said, 28, bekas imam sebuah masjid di sini, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Redzuan, sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang hasil kutipan zakat fitrah dan kutipan derma anak yatim sebanyak RM19,510 dengan menyalahgunakan wang itu untuk kegunaan sendiri di Pasaraya Tesco di sini antara 16 Ogos tahun lepas dan 4 Sept tahun ini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Zaiton mengarahkan hukuman penjara terhadap Redzuan dijalankan bermula dari tarikh tangkapan iaitu 28 Okt lepas.
 
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya A. Karthiyayini manakala Redzuan tidak diwakili peguam. - BERNAMA
 
Ha ha makan duit zakat guna duit zakat sesuka hati bagi bapa penyamun boleh cakap berkuntau lidah, pusing 360 darjah untuk cover line.Tapi yang yang cicak kubin terus kena penjara.Duit zakat bukan duit mak bapak engaku orang wooi! tapi duit umat Islam yang bayar zakat.

Rabu, 28 Disember 2011

Berita paling kelakar dalam Pas hujung tahun 2011

Hasan datang minta maaf , Nik Aziz buat kenduri kesyukuran-Harakahdaily

 Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

Kenduri kesyukuran

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.-Harakahdaily

Dulu masa Hasan Ali baru masuk Pas mungkin tak terfikir oleh pemimpin Pas nak buat kenduri sambut Hasan Ali pakar motivasi yang hebat tu.Bila dia pi minta maaf kat pemimpin Pas depa sanggup nak buat kenduri sambut Hasan Ali 'masuk kali ke berapa tah' dalam Pas.

Ramai hati dan perasaan ahli-ahli Pas dan penyokong Pas tebakar dengan sikap Hasan Ali dalam Pas tapi apa boleh buat pemimpin Pas lebih sayangkan Hasan Ali daripada segala-galanya.Lepas ni banyak lagilah Pas kena buat kenduri jika ada pemimpin Pas buat perangai macam Hasan Ali lepas tu pi minta maaf kena buat kenduri.Sembelih lah lembu, kerbau dan kambing untuk selamatkan pemimpin Pas yang suka buat perangai macam Hasan Ali.Kepada orang Pas yang tak ada duit buatlah kenduri makan kacang goreng, kacang rebus dan kacang kuda!

Umno pun suka Hasan Ali duduk dalam Pas tapi jadi kaki hentam parti sendiri kerana ini menguntungkan Umno daripada Hasan Ali menyeberang masuk Umno.Sapa nak kata apa pun kat saya , saya terima seadanya.

Kenapa pertemuan itu tidak ada Setiausaha Agung Pas Pusat Mustafa Ali yang dituduh Hasan Ali sebagai orang yang mahu berjumpa Umno sangat-sangat?

Adakah ini kemenangan besar buat Hasan Ali dan puak UG dalam Pas bila Tok Guru sanggup buat kenduri?

Bapa Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam meninggal dunia

SMS diterima;

Bapa kepada Hj Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam telah meninggal dunia.Allahyarham Hj Abdul Samad Hj Salleh meninggal dunia jam 1.20 pagi tadi 28-12-2011.Solat jenazah di Masjid UIA ,sek 17, Petaling Jaya selepas solat Zohor.Semoga arwah diampunkan segala dosa oleh Allah SWT. Takziah buat keluarga Hj Khalid Samad.

Selasa, 27 Disember 2011

Boleh cool sebab pakar motivasi tu cairkan otak hang pa

Dulu masa saya kecik-kecik selalu ke pasar malam tengok orang meniaga ubat .Ada macam-macam orang meniaga ubat .Ada ubat kuat untuk lemah tenaga batin , lenguh tulang dan sendi, gatal, panau dan kurap.Yang syok tu dalam sejenis ubat boleh hilang semua penyakit.Punya la bodoh orang yang beli tu.Mana ada ubat dalam satu jenis boleh hilang semua penyakit.Saya rasa orang yang beli ubat tu bukan sebab apa cuma terpedaya dengan cara si penjual ubat yang pandai auta, putar belit, lembut gigi daripada lidah cairkan ramai orang yang berkerumun di sekelilingnya dengar beliau auta.Yang cerdik hanya tunggu si penjual ubat tu habis bercakap dan terus pergi tanpa beli ubat apa pun!Hanya syok dengar si auta kaki temberang bercakap.

Dalam Pas zaman dulu -dulu tak ada kaki atau pakar motivasi yang bila bercakap menyembur air liur asyir keluar terrrr...terrrrr...terrrrrr apa punya turrrr daaa. Ha ha.Dalam Pas zaman dulu dah ada kaki profesional macam Dr Burhanuddin Al-Helmy tapi perjuangan beliau tak sama macam pakar motivasi yang kini kaki bedal dan lawan kutuk parti dan agenda parti sendiri!Lepas tu punya pandai ayat hanya cukup dengan minta maaf tak dikenakan apa-apa tindakan disiplin.Sebab apa mungkin kerana si dia tu orang hebat, ada gelaran datuk, pandai ayat macam kucing jantan nak terkam kucing betina.

Ada orang cerita kat saya zaman tahun 60-an dulu kalau tak silap Pas masuk ceramah dalam kubu Umno sampai ada yang  kena tembak.Peristiwa tu berlaku di Kg Salit Jitra.Orang yang didakwa jadi dalang tembakan orang Pas tersebut hingga kini masih hidup tapi dah tak sempurna hidup dia.Begitulah penat lelah orang Pas zaman tu bagi penerangan supaya rakyat sedar bahawa perjuangan yang dibawa Umno menyimpang daripada ajaran Islam.Lepas tu dia kata kat saya ,'Orang Pas kini hanya basuh kaki untuk pegang jawatan besar dalam Pas dan kerajaan yang depa dapat bersama tanpa lalui penat lelah macam orang dulu-dulu..Bila dah rasa diri tu besar sangat sanggup kutuk agenda yang di bawa Pas,sanggup langgar keputusan Majlis Syura ."Memang bangsat orang macam ni!

Yang geram sangat si pakar motivasi tu kata "Tak guna jika menang di Putrajaya tapi air mata berlinangan..Melayunya Kemana, Islamnya ke mana , rajanya kemana." Kelantan dah 20 tahun di bawah Pas Islam ada, Melayu ada Raja pun ada.Awat bodoh sangat bila bercakap!

Ingat maruah diri kita RM500 ka?

Baru-baru ni saya balik kampung di Kedah.Ramai orang kampung pakat dok cerita kes duit BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM500.Ada yang isi borang BR1M untuk dapatkan duit tu.Ada yang takut-takut nak isi borang katanya takut kena check dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.Sebab kebanyakan orang kampung mana ada bayar cukai pendapatan.

Rugi la tak ambik duit RM 500 tu.Daripada tak merasa langsung baik sapu!Duit RM500 tu bukan duit Umno-BN tapi duit rakyat juga.BN time dekat nak pru ni macam-macam bantuan diagihkan kononnya atas nama nak tolong rakyat.Bagi yang cerdik ambik lepas tu jangan pangkah BN tapi pangkah PR tu baru betoi.

Bak kata seorang Cina kepada saya, "Itu wang RM500 kita angkat tapi undi jangan kasi BN.Kita ajar sama dia.Dia orang sapu lagi banyak kira ratus juta dan bilion punya.Sekarang mau kasi rakyat RM500 mau suruh pangkah dia ka?Boleh jalan la."

Kalau kita ada maruah dan harga diri kita main balik BN dengan tolak BN dalam pru 13 akan datang.Ingat nilai rakyat ni cuma RM500 ka?Ingat dengan bagi kat kita RM500 kita boleh lupa wang rakyat RM250 juta lesap begitu saja ditelan kroni Umno anak beranak dalam projek bela lembu guna duit rakyat?Ingat kita lupa ka bagaimana duit saham bumiputera dan Melayu dilesapkan sebanyak RM52 bilion.Tu saya kata bagi ambik tak bagi pun kita pangkah asalkan bukan Umno!

Kita kena jadi cerdik untuk ajar Umno-Bn yang ingat rakyat ni mudah dijual beli dengan wang ringgit.Umno ingat duit RM500 tu duit pusaka Umno untuk difaraidkan sebelum Umno habis umur dalam pru 13 akan datang.Silap besar la kali ni

Umno buat menatang apa pun tak pa tak dipolitikkan

Beberapa bulan lalu  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam.Berita itu kini senyap begitu saja dan dianggap selesai.

Umno boleh buat apa saja tapi tak akan dipolitikkan.Tapi kalau orang Melayu-Islam ke Gereja untuk majlis makan malam baru jadi isu malah mereka tuduh cubaan Kristian cuba murtadkan orang Melayu-Islam.Saya sebut Melayu -Islam sebab ramai dah orang Melayu yang Islam jadi murtad!

Kalau puak Umno buat menatang apa pun tak pa tak jadi isu.Ini yang saya maksudkan.

Gambar di atas (Malaysiakini)  pemimpin Umno raikan perayaan Krismas di Kajang.

Kalau Jamil Khir boleh pinjam duit zakat , takkan rakyat tak boleh pinjam?

Miliki rumah mewah , tapi guna wang zakat bayar peguam

Menteri hal ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Baharom mampu memiliki rumah mewah tetapi menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman peribadi, kata Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.


“Mengapa perlu guna wang zakat, sebagai menteri saya berkeyakinan Datuk Seri Jamil mampu membayar kos guaman itu guna wang sendiri tanpa perlu mengusik walau sesen pun wang zakat.

“Buktinya, beliau mampu pula selenggara rumah mewahnya seperti yang didedahkan sebelum ini,” katanya kepada Keadilandaily.com

Menurutnya, jika seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam tidak amanah, apatah lagi membabitkan menteri lain seperti skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Kalau sampai tahap wang zakat pun diseleweng menteri agama Umno, jadi apa nak hairan kalau wang (projek) lembu RM250 juta turut diseleweng syarikat keluarga Ketua Wanita Umno,” soalnya.


Laporan Audit Negara 2010 baru-baru ini mengesahkan RM63,650 dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman Jamil Khir danKos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain sebagai responden.

Meskipun dikembalikan semula, namun tindakan menggunakan wang zakat itu dikecam keras pelbagai pihak, sedangkan pada masa sama Jamil Khir mampu mempamerkan kehidupan mewah beliau.

Suara Keadilan September lalu menyiarkan gambar kediaman mewah Jamil Khir yang baru diubahsuai dan dianggarkan menelan kos jutaan ringgit di Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor.

Pimpinan KEADILAN turut mempersoalkan bagaimana menteri yang baru dilantik tiga tahun oleh Perdana Menteri itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa singkat.-Keadilandaily.com

Jamil Khir mampu miliki rumah mewah, tetapi menggunakan wang zakat untuk kos guaman peribadi





Ahad, 25 Disember 2011

Mustafa Ali dan Hasan Ali sama-sama ada rahsia?

Ramai yang terkejut apabila Hasan Ali Ecxo Kerajaan Negeri Selangor yang juga AJK Pas Pusat kata yang nak sangat berjumpa Umno ialah Mustafa Ali Setiausaha Agung Pas Pusat bukannya diri beliau.Hasan Ali juga kata stop dulu takat tu.

Sementara itu Mustafa Ali kunci mulut kata isu Hasan Ali selesai.Macam ada rahsia besar antara mereka berdua yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan ramai.Masing-masing takut rahsia besar antara mereka pecah lubang yang mungkin ada kaitan dengan pemimpin tertinggi Pas hubungan kerajaan perpaduan Pas-Umno walaupun pemimpin tertinggi Pas sering mengatakan bahawa kerajaan perpaduan dah berkubur.

Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar yang mengulas isu Hasan Ali berkata dalam kedudukan sekarang Hasan Ali 1 Mustafa Ali 0! "Jika Mustafa mewakili parti, dan juga barisan pemimpin parti, Hasan kelihatan sudah menang -- dan terus berjaya menangkis asakan garangnya minggu pertama. Minggu kedua: Hasan 1, Mustafa 0" Baca di sini.

Sabtu, 24 Disember 2011

Dah puas baling taik kat muka Pas Hasan Ali tarik balik dan minta maaf

Saya ketawa bila baca dalam harakahdaily 'Saya tarik balik kritik Negara Kebajikan-Hasan Ali'.Kata kawan saya 'Hasan Ali bukan Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam yang pernah digantung jawatan  dalam parti selama 6 bulan oleh jawatankuasa disiplin parti yang dipengerusikan Tuan Ibrahim Tuan Man.Masa tu depa dua iaitu Hasan Ali dan Khalid Samad didapati bersalah .Hasan Ali masa tu sebagai PJ Pas Selangor hanya diberi amaran saja."

Saya sikitpun tak rasa apa-apa bila Hasan Ali tarik balik kenyataan terbukanya bantai partinya sendiri, baling taik kat muka Pas.Tau sebab apa?Pertamanya bila Hasan Ali yang kini jadi idola media arus perdana milik Umno kata beliau dapat sokongan Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz. Tengok-tengok Tok Guru Nik Aziz kata dalam FBnya beliau sikitpun tak sokong Hasan Ali dalam kemelut yang ditimbulkan Hasan Ali.Adakah Hasan Ali bukan kaki temberang dan kaki putar belit bila bercakap?

Hasan Ali yang kini menyinga, tak boleh ditegur, nampak bongkak dan sombong mungkin kerana beliau tahu pemimpin Pas , badan disiplin Pas tidak akan mengapa-apakan beliau .Kalau kena tindakan mungkin hanya amaran saja sebab namanya Hasan Ali bukan Khalid Samad!

Hasan Ali orangnya hebat ada macam-macam gelaran datuk jadi payahlah sikit Pas nak ambik apa-apa tindakan.Kini Hasan Ali yang didakwa ada buat hubungan dalam gelap dengan Umno di Hotel Le Meridian bulan puasa lalu oleh Cikgu Pa Setiausaha Agung Pas Pusat kini berkata 'Bukan saya , Mustafa yang jumpa Umno." Ha Ha Ha .Siapa main siapa.Mula-mula Hasan kata TGNA sokong dia kini dia baling taik tu kat muka Cik Gu Pa pulak.Haaa ambik ambik!

Hasan Ali juga kata 'media arus perdana beri saya lebih liputan daripada Harakah'.Ya la sebab hanya kepala Hasan Ali saja lagi yang media Umno tak telan.Yang lain dah habis kena telan.Ingat Umno bodoh, syaitan bodoh kalau dia goda kita dia tak dapat untung dan laba?

Takziah kepada keluarga Adun Tendong (Pas) Allahyarham Dr Muhammad Md Daud yang telah meninggal dunia.Begitu juga kepada keluarga Allahyarham Dr Abdul Hamid Othman bekas Menteri Dijabatan Perdana Menteri.Moga mereka berdua diampunkan segala dosa oleh Allah SWT.

Jumaat, 23 Disember 2011

Khir Toyo boleh tidur di rumah walaupun dihukum penjara, ikan bilis terus masuk penjara

Rasuah :Khir Toyo dihukum penjara setahun-Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.
Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.
Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.
Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.
Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.
Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.
DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.
Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Lepas tu buat perbandingan dengan kes di bawah;

Dua konstabel terus dibawa ke penjara-myMetro

“Sebagai anggota polis yang memakai lencana ‘Saya antirasuah’ kamu tak sepatutnya terbabit dengan gejala rasuah.


“Sebelum buat apa-apa kesalahan fikir keluarga dan ibu bapa,” nasihat Hakim Rosbiahanin Arifin kepada dua polis konstabel di Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas mereka didapati bersalah atas tuduhan memperoleh rasuah RM350 daripada seorang warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Mohd Ridzuan Zulkifli, 29, dan Md Azale Md Yusof, 27, kemudian dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM10,000 selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah turut memerintahkan mereka dikenakan tambahan enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.-myMetro

Khir Toyo didapati bersalah dan dihukum setahun penjara tidak dibawa ke penjara tapi boleh tidur di rumah.Pelaksanaan hukuman boleh tangguh.Tapi nasib dua ikan bilis berbeza terus dibawa ke penjara walaupun hanya makan rasuah RM350.Dunia, dunia! Nasib ikan bilis dengan ikan jerung tak sama walaupun sama-sama didapati bersalah.Ikan bilis modal kecik bukan orang besar macam Khir Toyo jutaaan ringgit .

PKR dan Dap lebih berani daripada Pas?

Ramai orang Pas termasuk atas pagar pakat dok hairan kenapa Pas tidak berani pecat Hasan Ali.Mereka turut pertikaikan Timbalan Presiden Pas Haji Muhammad Sabu yang berdiam diri tidak bersuara untuk menyatakan pendirianannya mengenai isu Hasan Ali yang juga Exco Kerajaan negeri Selangor.

Hasan Ali yang anggap golongan bukan ulama dalam Pas cuba hancurkan Pas sedangkan beliaulah kini yang mahu lihat Pas dihancurkan!Hasan Ali jawat jawatan Exco kini adalah kerana dulu beliau adalah PJ Pas Selangor kalau tidak beliau tidak akan merasa nikmat kehidupan mewah macam sekarang

Cuba lihat kebijakan Dap leraikan pertelingkahan antara dua pemimpin Dap iaitu Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy yang berjaya diselesaikan secara adik beradik.

Begitu juga keberanian PKR pecat Zul Noordin ahli parlimen Kulim Bandar Baharu daripada parti itu kerana menjadi duri dalam daging.

Hasan Ali kini guna media musuh untuk pertahankan dirinya, memperlekehkan agenda Negara Berkebajikan Pas malah beliau sendiri tak kisah jika digugurkan daripada jawatan Exco yang dipegangnya di Selangor.Sampai bila Pas mau lihat Hasan Ali menari ikut rentak dan gendang yang dipalu pihak musuh?

Dalam sejarah Pas ramai ahli Pas yang bermasalah kepada Pas telah dipecat tapi kenapa tidak Hasan Ali?Ada orang kata kat saya,"Si mamat tu pernah diselamatkan daripada bangkrap oleh Pas tapi kini terus dibiarkan burukkan Pas dan tidak dipecat.Berapa ramai ahli-ahli Pas yang kerjanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tidak dapat layanan istimewa macam Hasan Ali?"

Hasan Ali kini bukan lagi akan ditelan serigala politik musuh tapi dah kena telan cuma tinggal  kepala saja yang tak ditelan serigala politik musuh!

"Sesiapa yang berlagak pandai secara individu dalam Pas pasti dimakan serigala politik"-Presiden Pas

Ucapan Penuh Presiden Pas TGHA

Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 122:


Maksudnya: (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah: 122)
Sabda Rasulullah S.A.W.
Maksudnya: (Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya faqeh (faham) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.

Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.

Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga.

Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.

Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman-Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud:

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).

Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.

Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.

Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi: Al Quran, Hadith, Ijmak, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.

PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan: kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputera, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.

Perlu diingat, bahawa Umno yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matlamatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah?

Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.

Maksudnya: (Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia, laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Harakahdaily

Khamis, 22 Disember 2011

Hasan Ali ingat dia sorang ja TerrrrMelayu, TerrrIslam dan Terrrr Raja!

Ada tengok TV Umno malam tadi yang menampilkan Exco Negeri Selangor, Adun Pas, AJK Pas Pusat Hasan Ali dalam rancangan Soal Jawab..Apa yang tuan-tuan pikirkan?Bagi saya keseluruhannya menggambarkan keegoan, kesombongan seorang yang bernama Hasan Ali.

Nak cerita kat orang kata adik-beradik dia semua belajar luar negara, dia belajar sampai USA, dia seorang educated.Orang lain pun ada adik beradik mengaji lebih pada tu tapi tak habaq kat orang pun.Orang lain pun educated juga bukan dia sorang ja terrr educated!Orang lain pun belajar sampai USA German, Mesir juga !

Diulang-ulangnya Hasan Ali Terrr Melayu, TerrrIslam dan TerrRaja berulangkali .Lepas tu siap kata macam ayat pemimpin Umno bercakap, "Tak guna jika menang di Putrajaya tapi air mata berlinangan..Melayunya Kemana, Islamnya ke mana , rajanya kemana." Nak motivasi siapa ?Nak takutkan orang Melayu supaya tak undi parti Pas dan PKR ka?Nampak macam pandai bercakap tapi bodoh sombong ja yang lebih.

Hasan Ali ingat hanya beliau sorang ja Terrr Melayu, Terrrr Islam dan Terr raja.Hasan Ali tak sedar bahawa Umno dah gadai bangsa Melayu .Lingkupkan wang rakyat hanya untuk beli kondo RM10 juta di Singapura, beli kondo di Malaysia RM9.8 juta duit untuyk projek lembu NFC RM250 juta.Adakah perjuangan bangsa macam ni yang Hasan Ali maukan?Apa yang Umno tak kata kat raja dan sultan.Maki hamun sultan hanya kerana tak setuju dengan kehendak Umno.Hasan Ali nak berjuang semua tu dengan siapa?

Bila ditanya adalah perjuangan beliau sama dengan Zul Kulim , Hasan Ali kata ada yang sama.Ha ha.Syaitan menangis kalau kita solat khusyuk tapi kalau solat kita tak khusyuk syaitan ketawa berdekah-dekah siap offer lagi lepas ni boleh lagi masuk tv untuk rancangan seterusnya.Boleh nafi kata tak masuk perangkap Umno sebab seronok dibodek dan membodek.Sama-sama masuk bakul angkat sendiri memang syook.Syook sendiri!

Perkara paling syok dalam dunia ni ialah bila sekali bercakap bohong dan pandai putar alam orang percaya.Mereka akan terus berbohong dan putar alam setiap kali bercakap sebab ketagih dan jadi tabiat.

Rabu, 21 Disember 2011

Takkan Shahrizat tak faham signal Najib

PM Nafi Shahrizat serah surat letak jawatan-Malaysiakini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menghantar surat peletakan jawatan.

Ditanya sewaktu sidang akhbar di Kuala Lumpur, Najib berkata tiada surat seumpama itu telah diserahkan kepadanya.

Menurutnya, beliau akan mengulas perkara ini kemudian.

Baca juga;
Shahrizat sedia letak jawatan-Harakahdaily
PKR dakwa dana NFC diguna beli kondo RM10 juta di Singapura-M'insider

Hasan Ali pun bukan ulama tapi ular dalam semak

Malaysiakini laporkan bahawa Hasan Ali kata 'Bukan ulama korbankan prinsip Pas' antara lain petik kata-kata Hasan Ali ,""(Tetapi), pada pengamatan saya, golongan bukan ulama ini lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti yang telah dipertahankan sejak penubuhannya," katanya.


Wow hebat Hasan Ali.Pas tak berubah yang berubah haluan ialah Hasan Ali.Macam seruan untuk kerjakan solat sehari semalam 5 waktu itu adalah kewajipan.Seruan ini tak berubah hingga hari kiamat.Begitu juga bila kita berada dalam jamaah parti Islam tak kira ulama atau bukan ulama ialah menyeru manusia lakukan kebaikan, menolak kemungkaran.

Yang naikkan Hasan Ali jadi adun,ecxo di Selangor bukan semua tok lebai dan ustaz tapi semua kaum yang undi Hasan Ali yang bencikan Umno-BN.Depa bukan ulama tapi rakyat Malaysia yang benci dengan kemungkaran yang dilakukan Umno.

Hasan Ali pun bukan ulama tapi jadi ular dalam semak.Semakin dilarang semakin ditegur semakin kembang kepala untuk patuk rakannya sendiri.Adakah orang macam Haji Muhammad Sabu, Mahfuz Omar, Khalid Samad dan ramai lagi pemimpin Pas yang masuk lokap dan penjara di Kemunting (ISA) dianggap sebagi orang yang korbankan dasar Pas?Mereka sudah teruji hingga sanggup korbankan diri di penjara demi perjuangan Islam yang dibawa Pas.Di mana Hasan Ali sewaktu pemimpin Pas yang bukan ulama ni ditangkap dan dipenjara di Kamunting?Kalau mereka nak senang dah lama depa jadi menteri dan exco dengan masuk Umno!

Tadi ada orang kata kat saya, "Hebat sangatkah Hasan Ali kata kata bukan ulama dalam Pas korbankan dasar Islam yang dibawa Pas?Hasan Ali masuk Pas pun tepi jalan ja bukan lalui ranjau dan duri yang dirasakan pemimpin terdahulu."

Saya percaya kini bahawa apa pun yang Hasan Ali kata sikitpun saya tak percaya.Nampak hebat di luar tapi hanya tin kosong saja.Ketika program Pakatan Rakyat di Stadium Shah Alam baru-baru ini di mana Hasan Ali?Beliau langsung tak raikan pemimpin Pas, rakyat yang hadir dalam program tersebut yang turut dihadiri Murshidul Am Pas dan Presiden Pas.

Kata orang bini kalau dah ada jantan lain yang lebih kaya dok minta cerai tapi laki dia tak mau cerai dia mula buat perangai supaya laki dia ceraikan dia.Si isteri akan keluar dengan jantan kaya tu supaya laki dia marah.Kalau laki dia tak marah juga dia buat sampai laki dia naik bengang dan marah sangat-sangat.

Baca juga;
'Tiada niat sebesar zarah untuk seratai Umno'-Harakahdaily

Nasib baik orang Pas cool kalau tidak jadi macam Umno sampai tercabut butang baju

Ada kawan saya kata kat saya , "Nasib baikla apa yang jadi kepada Ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee yang diserang 'lembu-lembu' Shahrizat tak terjadi kepada orang Pas bila depa mengamuk kepada pemimpin mereka.Orang Pas masih ada malu alah,masih sentimental, masih cool jika pemimpin depa berperang mulut dalam isu Hasan Ali dan Ustaz Nasa.Banyak pulak yang akan nasihat jaga akhlak sheikh, kita parti Islam."

Menurut laporan Malaysiakini butang baju Ketua Umno Cheras tu sampai tercabut gara-gara Ketua Umno Cheras tu kata Umno dok tanggung dan pikul biawak hidup orang macam Ketua Wanita Umno Shahrizat yang didakwa famiy dia bela lembu rugi RM250 juta.

Kes pun tak sama antara Hasan Ali , Nasa dan pemimpin Pas yang lihat Hasan Ali dan Nasa macam Umno.Hasan Ali pulak kata dia tak dipengaruhi Umno.Perang mulut isu Hasan Ali n Nasa dah lama bukan baru seminggu dua ni.Kenapa isu Hasan Ali ni jadi melarat-larat dalam keadaan Pas nak hadapi pilihanraya umum ke 13?Kenapa orang Pas lihat Hasan Ali dan Nasa macam Umno?Adakah perjuangan Hasan Ali sama macam Umno?

Hasan Ali kata Pas kena kembali kepada perjuangan asal.Pas bukan macam Umno yang pernah diharamkan dulu untuk kembali kepada pejuangan asal.Setahu saya ajaran Umno kepada orang Melayu ialah cerita bohong Dap nak jadi PM, Dap nak jadi MB, Pas kuda Dap.Sementara MCA pulak bagi tahu kat orang Cina, Dap alat Pas, Dap kuda tunggangan Pas.Jadi kalau Hasan Ali cakap macam ni baru sama dengan Umno!

Satu pihak dalam Pas pulak dilihat cuba pujuk dan bela Hasan Ali.Mungkin depa takut Hasan Ali lari tinggalkan Pas dalam masa terdekat.Nak lari larila sapa boleh tahan.Perang mulut isu Hasan Ali ni nampaknya dah jadi meleret-leret tiada kesudahan.

Kisah perang mulut pemimpin Pas ini kini dikutip media Umno untuk tutup segala bangkai busuk yang landa parti Umno.Apa pun bagi saya Umno bela bangkai hingga sanggup nak bertumbuk dan cederakan pemimpin depa supaya segala jenis bangkai dalam Umno terus berkuasa walaupun makan duit rakyat.

Khamis, 15 Disember 2011

Apa yang pelik?Berkehendak dalam gelap dengan Umno tak pelik ka?

Isu calon:Pas pelik sekarang, bidas Nasharuddin Mat Isa-M'insider

Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa membidas golongan tertentu dalam PAS, yang menurutnya “pelik” dan mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya umum ke-13.
Nasharudin yang turut dinamakan sebagai antara calon yang akan digugurkan berkata, beliau hairan dengan perkembangan terkini dalam PAS.
Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga disebut-sebut akan digugurkan tetapi dinafikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad lalu atas alasan pemilihan calon belum dimuktamadkan.
“Saya ada hubungi Dr Hasan dan menyatakan sokongan kepadanya. Saya pelik bila tengok ada pihak mendakwa beliau dan saya akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum.
“Mengikut amalan PAS, biasanya presiden yang umumkan siapa bertanding di mana. Tapi tiba-tiba ada pula individu peringkat bawah yang membuat kenyataan,” katanya dipetik Berita Harian.
Ia dilihat kenyataan media terbuka mengenai PAS sejak tewas mempertahankan kerusinya Jun lalu.
Nasharudin  turut mempersoalkan kenyataan pihak berkenaan bahawa pemilihan calon PAS berdasarkan pencalonan daripada kawasan sedangkan parti itu mempunyai beberapa Ahli Parlimen yang diimport dari luar kawasan.
Sebagai contoh katanya, PAS membenarkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket parti itu di kerusi Parlimen Pasir Mas pada 2008 sebelum menjadi wakil rakyat Bebas.
Beliau juga merupakan calon luar tanding di Kelantan.
“Saya tak fikir banyak cawangan PAS di Pasir Mas mencalonkan beliau tetapi apabila pucuk pimpinan memberi lampu hijau, jentera bekerja untuk memastikan kemenangan parti.
“Sama juga apabila saya mendapat arahan presiden untuk bertanding di Yan pada 1999, Besut pada 2004 dan Bachok pada 2008,” katanya lagi.
Tambah beliau, PAS mempunyai proses saringan menyeluruh dalam memilih dan mengesahkan calon.
“Senarainya perlu melalui Biro Politik, Jawatankuasa Kerja Pusat dan Majlis Syura sebelum kata putus presiden,” katanya lagi.
Nasharudin juga menegaskan beliau berpegang kepada pendirian untuk menyerahkan soal bertanding atau digugurkan kepada pucuk pimpinan parti.
Katanya, masalah dalam PAS sekarang terlalu ramai orang yang hendak bercakap.
“Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS.
“Dulu banyak pihak, terutama rakan media kata cukup susah nak dapatkan maklumat mengenai PAS sebab yang bercakap biasanya cuma presiden atau setiausaha agung,” katanya lagi.-M'insider

Sekarang tak jadi pelik sebab orang ramai bercakap.Selepas pru 2008 ramai orang bercakap bahawa ada gerombolan dalam gelap cuba berpakat dengan Umno .Siapa yang mau berselingkuh dan memeluk Umno dalam gelap?Ini semua orang Pas tau.Kalau tak tahu pun saja dia buat-buat tak tahu.


Apa yang pelik kalau bercakap soal calon?Berkehendak dalam gelap dengan Umno tak pelik ka?Nak berUG dengan Umno tak pelik ka?

Zaman sekarang orang pakai hp canggih boleh update blog dan FB melalui hp.Tak habis meeting lagi semua rahsia mensyuarat dah barai.Adakah tak pelik bagaimana rahsia terbongkar pakatan Pas-Umno selepas pru 2008?Yang sepatutnya pelik tak dipelikkan tapi yang tak pelik jadi pelik ha ha

Ada orang cerita kat saya pekerjanya buat hal selalu datang lewat, selalu mc dia dah tak tahan dia kata kat pekerjanya,"U nampak itu pintu pagar kilang?"Pekerjanya jawab," nampak".Lepas tu majikan nya kata ,"Ok la..U tak mau kerja , U boleh keluar sekarang jugak..pintu pagar tu banyak besarr."

Ada yang kata Ketua Cabang PKR Lim Boon Chang keluar parti PKR sebab beliau dah tahu tak dicalonkan dalam pru 13 akan datang.Adakah ini pelik?Saya nak tengok adakah ahli Pas akan menyeberang kepada Umno jika mereka tak dicalonkan oleh Pas dalam pru 13 akan datang.Bagi saya ini tak pelik sebab ini perkara biasa dalam politik.

MM akan bercuti daripada blogging selama 5 hari.Terimaksih kepada yang sudi jengok blog MM dan bagi komen dan pendapat.Jika ada komen akan disiarkan kemudian. 

Berkaitan;
Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno-Harakahdaily
Pemuda nasihat Hasan Ali jangan tinggalkan Pas-Harakahdaily
Mahfuz:Hasan mahu keluar Pas, silakan-Malaysiakini

Rabu, 14 Disember 2011

Wahai anak muda marilah kita cipta sejarah dunia bersama ABU

Perjuangan melawan Umno-BN bukan kepunyaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim seorang, bukan kepunyaan Tok Guru Nik Aziz, bukan juga kerja sorang-sorang Presiden Pas Tok Guru Hadi Awang, bukan juga kerja Lim Kit Siang tapi adalah kepunyaan rakyat yang benci kepada kezaliman Umno-BN yang berkuasa selama 54 tahun di negara ini.

Malaysiakini melaporkan Guardian UK ramal Anwar akan didapati bersalah (Klik).Bagi penyokong Anwar tentu depa dah rasa bagaimana rasanya apabila Anwar dipenjarakan selama 6 tahun dalam kes terdahulu.Bagi yang terasa akan kehilangan Anwar yang dijangka akan dihantar ke penjara dalam kes beliau kini yang sudah sampai ke penghujungnya tak perlu risau.Buat apa nak gundah gulana.Silap haribulan fenomena pru tahun 1999 akan berulang di mana orang Melayu telah gugat kuasa politik Umno.Orang Melayu masa tu ajar Tun Mahathir bahawa mereka akan bangkit melawan dengan pangkah parti bukan kaum kerabat BN dan berjaya jadikan Tun Mahathir sebagai sasaran.Tun Mahathir hingga kini masih trauma dengan kebangkitan orang Melayu dalam pru tahun 1999.Beliau terkejut beruk bila orang Melayu masa tu tak sokong Umno.

Kini gerakan bersepadu 'Asalkan Bukan Umno' (ABU) main peranan besar untuk tumbangkan BN dalam pru 13 akan datang.Lihatlah kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia, Yaman, Libya, Bahrain yang bangkit lawan pemerintah mereka.Adakah rakyat mereka ada pemimpin popular untuk gerakkan kebangkitan rakyat?Jawabnya tidak ada,Yang ada ialah semangat rakyat mereka sendiri yang sudah tidak tahan kena pelokoh, bangkit dijalanraya tuntut perubahan politik dan ketua pemerintah di negara mereka.Mereka bersatu hati tanpa kira fahaman politik dan anutan agama dengan satu matlamat pemerintah yang ada kena tukar.Kalau tak tukar rakyat akan tukar.Bila rakyat buat perubahan pemimpin akan bertukar.Ini benar bukan kisah dongeng dah terjadi di banyak negara.Hanya yang bebal saja tak mau mengaku kebenaran ini.

Kini kita ada ABU.Kita kena sokong agenda ABU dengan matalamat bahawa kesombongan BN perintah negara ini akan kita kuburkan dalam pru 13 akan datang.Jangan takut dengan ugutan Umno yang kata tanpa Umno Melayu berkubur.Yang berkubur ialah Umno-BN bukannya bangsa Melayu.Melayu sampai bila pun akan wujud selagi dunia ini tak dikiamatkan oleh Allah SWT.Ingat tidak ada seorang pun orang Melayu di Kelantan, Kedah, Selangor dan juga Pulau Pinang yang mati kerana tak makan tapi mati kerana banyak makan disebabkan dapat penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung!

Wahai anak muda jika anda pertama kali jadi pengundi berdaftaf inilah peluang anda tunjuk jalan keluar kepada Umno-Bn di Putrajaya.Jika pertama kali anda mengundi pangkah parti Asalkan Bukan Umno dan dimaklumkan bahawa Umno-BN dah tak berkuasa lagi selepas pru 13 anda akan cipta sejarah dunia.Tangan anda telah berjaya mengubah 100 peratus kuasa politik Umno-BN yang berkuasa sejak 54 tahun .Pejuang-pejuang yang bermati-matian lawan Umno bahkan ada yang syahid dibunuh Umno akan tersenyum riang di alam barzakh.

Jika anak muda negara Arab -Afrika mengubah pemerintah negara mereka dengan darah kita hanya dengan pangkah ABU saja dalam pru 13.Cukup mudah !Jika ini kita tak mampu lakukan tunggulah 100 tahun lagi untuk lihat perubahan dalam negara kita.


Team sokong lembu dan lawan lembu dalam Umno

Desakan daripada dalam Umno supaya Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil letak jawatan sebagai menteri semakin kuat.Team yang suruh Shahrizat letak jawatan tu antaranya Bung Mokhtar, Ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee, Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi dan juga mantan PM Tun Mahathir.Sementara Team yang bela Shahrizat pula dibarisi PM Najib, TPM Muhyidiin, Pak Lah dan juga menantu Pak Lah Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Apakah pertembungan ini hanya sekadar ambik berat akan isu lembu keluarga Shahrizat yang guna dana awam yang dilaporkan rugi RM250 juta dalam laporan Ketua Audit Negara.Apakah ini pertembungan olok-olok.Satu pihak sokong Shahrizat satu pihak lawan Shahrizat.Apa kesudahannya?

Kata saudara Aspan Alias dalam blog beliau keseluruhannya Umno dah rosak .Busuk ikan bermula daripada kepalanya."Saya telah selalu sebut tentang perkara ini: iaitu yang membuat salah yang lebih besar meminta pemimpin lain yang telah melakukan kesalahan yang sama untuk berhenti. Ini merupakan satu perkara yang tidak adil.

Benar, Shahrizat wajar berhenti, tetapi yang lain-lain pun perlu berhenti kerana telah melakukan kesalahan yang sama suatu ketika dahulu. Lagi pun apa yang dilakukan oleh Shahrizat ini sepatutnya diambil ‘accountability’nya oleh keseluruhan barisan kabinet kerajaan.

Moralnya Najib dan semua ahli-ahli jemaah kabinetnya perlu berhenti dalam isu NFC ini. Itulah etikanya. Dr Mahathir patut menyeru semua ahli jemaah kabinet negara berhenti bersama-sama dengan Sharizat Jalil. Kesemua mereka itu sama sahaja.
"Baca di sini.

PR syok nak tawan Putrajaya, Umno-BN 'buat kerja' untuk terus berkuasa

Timbalan Presiden Umno Muhyiidin Yaasin kata pru 13 adalah ibu segala pilihanraya dan gesa ahli Umno berjihad demi untuk Umno-Bn terus berkuasa di Putrajaya.PM Najib pernah berkata akan pertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun.Semuanya adalah berunsur kekerasan dan ugutan kepada rakyat, cuba menakut-nakutkan rakyat jika Umno hilang Putrajaya ..siapppp la. nak jadi apa pun jadilah.Agaknya itulah niat Umno bila kalah.

Di sebalik semua itu hang pa ingat Umno tak buat kerja untuk menipu dalam pilihanraya?8 tuntutan rakyat hanya satu baru dijanjikan SPR untuk ditunaikan tu pun hanya janji iaitu pengundi akan dicelup jari dengan dakwat kekal di hari mengundi.Undi pos jangan harap dan mimpi la SPR nak hapuskan!Mampoih SPR tak berani buang undi pos ni.

Bagaimana pulak dengan daftar senarai pengundi dalam satu-satu tempat yang hangat diperkatakan kini?Di Lembah Pantai saja kini pengundi pos naik mendadak 1400 peratus.Tu belum kira bini polis lagi! Yang seram lagi tu ada nama pengundi didaftarkan dengan nama 'Balai Polis Kerinchi' yang akan mengundi di parlimen Lembah Pantai!Umno sanggup lakukan apa saja samada berpakat dengan SPR, Jabatan Pendaftaran Negara dan juga Jabatan Penerangan.

Bukan takat 'hantu dan jembalang' yang akan dibenarkan mengundi malah lebih pada tu Umno sanggup buat untuk sekat kemaraan PR yang syok nak tawan Putrajaya.Macam Tun Madey kata la kalau nak menang pru pun janganla guna bomoh."Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang", kata Tun.Baca di sini dan di sini.

Ingatlah jika rakyat tak buat perubahan dalam pru 13 akan datang jangan harap lagi apa-apa perubahan selepas ini.Rakyat akan terus didera dan dikepung daripada dapat nikmat kebebasan bersuara.Akta perhimpunan aman 2011 sebenarnya adalah akta zalim yang dikenakan kepada rakyat.Rakyat sampai tak boleh nak bergerak dikepung akta zalim tersebut.

Kita kena sokong ABU (asalkan bukan Umno) dalam pru 13 jika mahu lihat Umno tumbang menyembah bumi.Merdekakan diri anda untuk kali kedua jika anda berani.Jadilah bangsa yang berani buat perubahan bukan jadi bangsa yang suka dibodohkan Umno pagi petang siang malam.Antara pengundi hantu, pengundi pos lawan kuasa rakyat manakah yang akan menang?



Nasib Ling Liong Sik dan Anwar Berbeza?

Liong Sik perlu dibebaskan-Peguam


KUALA LUMPUR 13 Dis. - Kegagalan memanggil dua bekas Perdana Menteri serta ahli Kabinet yang lain berhubung pembelian tanah seluas 335.8 hektar bagi Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), boleh mengundang andaian yang memudaratkan dalam kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik.
Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri menurut peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Liong Sik, merupakan dua saksi penting.

Namun, pihak pendakwaan tidak memanggil mereka sebagai saksi sebaliknya hanya menawarkan kepada pihak pembelaan ketika menutup kes mereka pada 17 November lalu.
Malahan, Kian Kheong ketika berhujah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, pihak pendakwaan sepatutnya memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai saksi.
Selain itu, peguam tersebut berpendapat, 20 lagi saksi tidak termasuk Liong Sik, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Effendi Norwawi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, perlu memberikan keterangan dalam perbicaraan itu.

Katanya, terdapat seramai 27 ahli Kabinet yang hadir ketika mesyuarat pada 27 Jun 2007.
"Andaian memudaratkan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan boleh dibuat terhadap pihak pendakwaan kerana kegagalan memanggil mereka sebagai saksi," tegas Kian Kheong.
Peguam tersebut turut menyatakan, berdasarkan Perintah dan Fungsi Menteri 2003, Liong Sik tidak menjalankan kuasa dan kewajipan sebagai Menteri Pengangkutan ketika Kabinet membuat keputusan pada 6 November 2002.
Andai kata keputusan kabinet itu telah didorong oleh penyembunyian atau penipuan yang didakwa, Kian Kheong menegaskan, kesalahan membabitkan penipuan tetap tidak pernah berlaku.
Ini kerana, ujar peguam itu, Kabinet telah memberi kelulusan berhubung peningkatan jumlah kos projek PKFZ daripada RM1,088,456,000 kepada RM4,632,732,000 semasa mesyuarat Kabinet pada 27 Jun 2007.
Dalam hujahan bertulis setebal 137 muka surat itu, Kian Kheong menyatakan, anak guamnya tidak berniat langsung untuk menipu Kabinet mahupun Kerajaan Malaysia.-Utusan

Kenapa pihak pendakwaan tidak berani panggil saksi penting Tun Madey dan Pak Lah?Kes PKFZ libatkan wang RM13 bilion bukan RM13 juta, bukan Rm13 ribu .Mereka berdua saksi utama kes skandal PKFZ.Semuanya akan terlepas.Keputusan yang sudah diduga akan berlaku terhadap Liong Sik.

Jerung-jerung besar di negara ini buatlah menatang apa pun, hatta bunuh orang sekalipun mereka akhirnya akan bebas lepas.Ini berbeza dengan rakyat biasa belum apa-apa lagi sudah mati dalam siasatan.Tak sedar-sedar lagi kata kroni diselamatkan , ikan bilis mati jatuh bangunan!

Kenapa Najib-Rosmah takut jadi saksi kes liwat Anwar Ibrahim?Mereka diberi pilihan untuk tidak beri keterangan sedangkan Saiful berjumpa Najib-Rosmah sebelum buat laporan polis.
Berkaitan;
;Skandal PKFZ: Ling hanya 'kambing hitam', kata peguam-Malaysiakini
Anwar ramal pru 13 sejurus selepas kes liwatnya selesai-M'insider
Kronologi:'Cap jari PM ada di mana-mana dalam kes ini'-Peguam-Keadilandaily

Selasa, 13 Disember 2011

Hasan Ali hanya online dengan Allah SWT?

Kata Hasan Ali "Saya mohon Allah mengiktiraf saya. Bukan Pesuruhjaya Pas Selangor iktiraf malah bukan Presiden Pas iktiraf saya. Saya hendak Allah SWT iktiraf usaha kecil yang saya jalankan demi Islam, demi membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan kedaulatan institusi raja."

Dalam Al-Quran surah An Nisa ayat 59 yang bermaksud  "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu."

Hasan Ali sekarang duduk dalam parti apa sebenarnya?Siapa ketua Hasan Ali?Dalam keluarga kita sebagai orang Islam pun kena taat kepada dua ibubapa kita, dalam tempat kerja kita ada ketua atau bos yang perlu kita hormati sebagai majikan kita.Kalau jadi wakil rakyat dan ecxo pun hasil sokongan rakyat bukan boleh naik sendiri!Rakyat adalah majikan kamu hanya sebagai pengurus kepada rakyat.Jangan bila dah ada kuasa dah ada segala-galanya jadi derhaka kepada orang yang undi kamu.


Kalau nak taat kepada pemerintah pun ialah kepada pemerintah yang adil bukan yang zalim, bukan yang kaki betina dan minum arak.Bukan yang zalimi rakyat hingga nak berhimpun  suarakan hak rakyat kena tembak gas pemedih mata dan bom asap yang ni memang tak boleh taat kita kena lawan.



Ada telor hanya dengan Mat Indera

MOHD. Radzi Amin (dua dari kiri) dan Othman Ma'an (dua dari kanan) menyerahkan memorandum kepada Mohamad Sabu pada satu majlis ceramah di Parit Bugis, Muar , Johor-Gambar Utusan.


Masih tak puas hati dengan isu Mat Indera yang dah basi.Saja dihidupkan dan dilakukan yang menampakkan kebodohan sendiri.Woit! macam mana dengan NFC bela lembu rugi RM250 juta duit rakyat?Kenapa tak jumpa Najib, Muhyiddin , Shahrizat hantar bantahan suruh letak jawatan?Ada berani, ada telor ?Sampai bila nak bangangkan bangsa sendiri?


Sanggup jadi pencacai dan pak yet Umno lihat wang rakyat dihanguskan di kandang lembu.Sanggup jadi barua Umno yang lunyaikan RM52 bilion saham bumiputera.Berani hantar memorandum kepada MB Johor yang iktiraf Mat Indera pejuang Melayu Johor?Nak bangang biarlah sorang-sorang jangan heret orang lain turut jadi bangang.

Hasan Ali dok 'menyanyi' dalam Utusan

Saya pasti Pas Pusat pada ketika ini tidak akan mengapa-apakan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang juga adun Gombak Setia akibat timbulnya bermacam persepsi mengenai Hasan Ali.Hasan Ali boleh terbang tinggi ke langit tujuh sekalipun terbanglah.Dia orang hebat di Selangor kalau tidak takkan dapat anugerah dan pingat kebesaran.Yang tak dapat jangan kecik hati ha ha

Pas bukanlah parti yang baru tumbuh macam parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim bekas Umno dan PKR.Pas dah matang dengan sepak terajang politik termasuk cara mana nak atasi ahli mereka sendiri yang kini disukai musuh politik mereka iaitu Umno.

Saya dah kata banyak kali kalau musuh puji kita , bodek kita tentu ada benda yang tak kena.Syaitan menangis kalau kita solat dengan khusyuk tapi syaitan gelak sakan kalau kita solat tak khuysuk.

Utusan melaporkan 'Saya tak kisah' antara lain Hasan Ali dilaporkan berkata , "Saya mohon Allah mengiktiraf saya. Bukan Pesuruhjaya Pas Selangor iktiraf malah bukan Presiden Pas iktiraf saya. Saya hendak Allah SWT iktiraf usaha kecil yang saya jalankan demi Islam, demi membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan kedaulatan institusi raja."Baca semua klik tajuk.

Adakah selama ini Pas ketepikan orang Melayu, Islam dan institusi Raja?Tidak sedarkah Hasan Ali yang mencarut dan maki hamun Raja dan Sultan ialah Umno.Yang lawan dan engkar bila Sultan tak setuju perlantikan MB di Terengganu ialah Umno dan sanggup kata Natang (menatang) kepada Sultan ialah Umno?Jadi nak ulang sebut Melayu, Islam dan Raja nak lunakkan hati siapa?Umno yang dabik dada berjuang untuk Melayu tu pun dah bangkrap dalam perjuangan daulatkan bangsa Melayu.Islam jauh sekali!


Hasan Ali juga dilaporkan bersetuju pegang jawatan peringkat tertinggi peringkat persekutuan atas nama perpaduan," Lebih cantik lagi di peringkat Persekutuan yang melibatkan kementerian atau Jabatan Perdana Menteri. Saya tidak ada masalah. Jika Perdana Menteri kata kami lantik kamu untuk mendapatkan input atas nama perpaduan yang saya dibenarkan menggunakan Islam sebagai tonggaknya, Insya-Allah saya akan berikan jawapan positif." 

Orang Melayu digembar-geburkan dengan hasutan oleh Umno bahawa Dap mau Kristiankan orang Melayu, Dap mau jadi PM, Dap mau jadikan Malaysia sebuah negara republik, Dap mau buang raja.
Ini pikiran bebal dan bodoh!
Orang Cina di negara ini majoritinya orang beragama Buddha bukan Kristian.Berapa kerusi Dap bertanding kerusi di parlimen berbanding Pas dan PKR?Dap hanya berkuasa di Pulau Pinang negeri yang tak ada raja! 20 tahun Pas berkuasa di Kelantan ada buang institusi raja?Yang ada bertukar raja bukan bunuh institusi raja.Umno takut hilang kuasa sebab tu dia cakap lagu tu.Bodoh sangatla kalau termakan haustan Umno.


Kata orang buah nangka kalau masak dan buruk orang tak jolok bagi jatuh tapi buah nangka tu dibiarkan atas pokok.Lama-lama ia jatuh sendiri.Bila dah jatuh tuan dia datang tengok kot-kot ada boleh makan.Belek-belek atas bawah pusing pi pusing mai bila koyak ada ulat.Tak boleh makan dibiarkan bawah pokok bagi lembu makan!

Isnin, 12 Disember 2011

Takkan otak Melayu Umno sama taraf dengan Orang Asli?

Apa tuan-tuan rasa bila Rais Yatim kata Melayu kena contohi Orang Asli kekalkan BN?Saya bukan nak hina Orang Asli yang masih lagi duduk dalam hutan, tak taw guna FB, baca blog dan media baru, yang depa hadap siang malam ialah TV1 dan TV3.Depa mudah sangat diperbodohkan Umno melalui agen Umno bila pilihanraya Umno hantar petis ais, mesin basuh, radio supaya pangkah BN.

Kata Rais Yatim orang Melayu harus mencontohi sikap dan pendirian masyarakat Orang Asli yang sentiasa memberi komitmen dan kesetiaan mereka terhadap kerajaan BN.
“Masyarakat Orang Asli mencurahkan taat setia di samping komitmen kepada kerajaan BN dan penglibatan mereka menerusi kerja-kerja amal di kawasan masing-masing.
“Pendirian ini tidak berubah kerana mereka berpegang teguh kepada prinsip ‘sekali menjadi sahabat selamanya menjadi sahabat’,” katanya.(petikan laporan M'insider, klik tajuk di atas)

Saya malas nak komen panjang-panjang cuma mungkin Rais Yatim mau orang Melayu terus jadi dungu sampai tua bertongkatkan Umno.Hina sangatka otak orang Melayu ni?

Sabtu, 10 Disember 2011

Untung jadi blogger upahan Umno boleh naik kapal selam

Blogger naik kapal selam Scorpene?Mengapa?-Malaysiakini

Penulis blog kontroversi pro-Umno, Papagomo menaiki kapal selam scorpene KD Tun Razak semalam bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy.Baca semua di sini.

Awat tak bawa sama Braheng Ali, Mat Ezam SEnator, Zul Kulim naik kapal selam scorpene?

Umno takkan menang di Kelantan kata prof Dr Shamsul Amri Baharuddin

Berita Astro Awani yang menemubual Profesor Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata Umno takkan berjaya tawan Kelantan dalam pru 13 akan datang.Rakyat Kelantan dijangka akan terus bagi sokongan kepada Pas untuk berkuasa di Kelantan walaupun hadapi serangan hebat pihak Umno-Bn.

Umno ada Pekida kita ada Asalkan Bukan Umno (ABU)

Berikut adalah teks kenyataan media yang disampaikan di sidang media di Kuala Lumpur serta di sidang-sidang media di seluruh Malaysia, kecuali di Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak dijangka akan mengadakan sidang media untuk umumkan initiatif sendiri dalam masa yang terdekat ini.

Kami merayu dan menyeru kepada semua; pekerja, petani, nelayan, persatuan dan pertubuhan, badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO), parti politik komponen Barisan Nasional, kecuali UMNO, parti pembangkang atau parti politik bebas, golongan profesional, ahli akademik dan cendiakawan, mahasiswa, karyawan, para artis dan pekerja seni, malah semua kelompok rakyat tersisih dan tertindas (marginalised) seperti kumpulan Mat Rempit, gelandangan (homeless), penganggur (jobless) dan lain-lain supaya melahirkan dengan nyata (melalui kenyataan media seperti ini atau tunjuk perasaan dan sebagainya) rasa tidak yakin kita masing-masing terhadap UMNO yang sudah tidak sedar diri, korup, angkuh, menindas, zalim dan kebelakangan ini BODOH SOMBONG!!!

Kini bukan masanya lagi untuk kita terus mendiamkan diri dan tidak mahu ambil tahu, kecuali anda rela mewariskan Malaysia yang musnah kepada generasi akan datang. Masihkah kita tidak nampak atau sengaja mahu membiarkan saja apabila sisa-baki hak demokratik rakyat yang hanya tinggal secebis itu pun dinafikan, manakala segala tuntutan rakyat terus diabaikan?
Sepanjang pemerintahan UMNO/BN kita semua juga sebenarnya telah bersama-sama menyumbang –akibat sikap kita yang ‘biarkanlah’, ‘tidak kisah’ serta ‘ignorant‘, dll– dalam menyemai kuasa kuku besi pemerintah yang kejam hinggalah kini kuasa itu menjadi parah dan terlalu mencengkam.


ABU akan melancarkan kempen ke seluruh Negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang UMNO/BN amalkan, lantas dengan tidak teragak-agak menolak UMNO/BN.
Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau. 80 peratus rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sarahidup yang semakin tinggi. Sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya  hidup dengan mewah sekali.
Kewujudan undang-undang kejam yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga teguran dan rintihan rakyat tidak dipedulikan. Bantahan rakyat dengan angkuh diperangi secara kejam dan ganas. Kini timbul pula undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang langsung tidak masuk akal.


Politik perkauman digunakan untuk menakutkan rakyat. Taktik ‘pecah’ dan ‘perintah’ dilaksanakan untuk menutup berita penyelewengan dan rasuah serta boros dan tamaknya pemimpin-peminpin UMNO/BN ini. Selama pemerintahan UMNO/BN rakyat Malaysia didodoikan dengan slogan perkauman sempit. Kini isu agama dicipta dan diapi-apikan untuk memastikan kelangsungan jangkahayat politik UMNO/BN.
Kini keselamatan rakyat akan terancam dengan kewujudan kilang Lynas dimana kesan radioaktif akan membahayakan mereka. Alasan petroleum semakin kering digunakan bagi kononnya mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan Negara telah masuk ke dalam poket pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya. Lynas akan menjamin keuntungan mereka walaupun membahayakan rakyat.


Operator-operator kami di seluruh Negara sudahpun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat, termasuk anggota polis, tentera dan kakitangan awam agar lebih celik kepada pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN.
Kini, ketika cebisan harapan hak-hak rakyat dalam keadaan uzur kritikal yang hampir saja mustahil dapat dipertahankan akibat dibantai pemerintah selama ini, apakah lagi alasan dapat mewajarkan ketakutan dibiarkan bermaharaja-lela membungkam suara hati kita?


Apabila tuntutan rakyat tidak dihiraukan malah terus saja dipersendakan pemerintah, cukupkah sekadar bersandarkan alasan-alasan ideal (umpamanya; apolitical, non-partisan, impartial dan macam-macam lagi) sebagai lapik indah. Sudah tiba masanya bagi kita untuk tidak lagi menghalalkan sifat ‘dayus’ dan ‘bacul’ kita dengan terus kekal takut untuk bangkit berjuang menyatakan pendirian dan terus menolak UMNO/BN.
Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.00 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak. Forum yang akan dihadiri oleh  rakyat dari seluruh Negara ini akan juga membuat satu lagi pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di Negara Malaysia.-harismibrahim.wordpress.com.Tengok video di sini.