Timbalan Presiden Umno Muhyiidin Yaasin kata pru 13 adalah ibu segala pilihanraya dan gesa ahli Umno berjihad demi untuk Umno-Bn terus berkuasa di Putrajaya.PM Najib pernah berkata akan pertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun.Semuanya adalah berunsur kekerasan dan ugutan kepada rakyat, cuba menakut-nakutkan rakyat jika Umno hilang Putrajaya ..siapppp la. nak jadi apa pun jadilah.Agaknya itulah niat Umno bila kalah.
Di sebalik semua itu hang pa ingat Umno tak buat kerja untuk menipu dalam pilihanraya?8 tuntutan rakyat hanya satu baru dijanjikan SPR untuk ditunaikan tu pun hanya janji iaitu pengundi akan dicelup jari dengan dakwat kekal di hari mengundi.Undi pos jangan harap dan mimpi la SPR nak hapuskan!Mampoih SPR tak berani buang undi pos ni.
Bagaimana pulak dengan daftar senarai pengundi dalam satu-satu tempat yang hangat diperkatakan kini?Di Lembah Pantai saja kini pengundi pos naik mendadak 1400 peratus.Tu belum kira bini polis lagi! Yang seram lagi tu ada nama pengundi didaftarkan dengan nama 'Balai Polis Kerinchi' yang akan mengundi di parlimen Lembah Pantai!Umno sanggup lakukan apa saja samada berpakat dengan SPR, Jabatan Pendaftaran Negara dan juga Jabatan Penerangan.
Bukan takat 'hantu dan jembalang' yang akan dibenarkan mengundi malah lebih pada tu Umno sanggup buat untuk sekat kemaraan PR yang syok nak tawan Putrajaya.Macam Tun Madey kata la kalau nak menang pru pun janganla guna bomoh."Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang", kata Tun.Baca di sini dan di sini.
Ingatlah jika rakyat tak buat perubahan dalam pru 13 akan datang jangan harap lagi apa-apa perubahan selepas ini.Rakyat akan terus didera dan dikepung daripada dapat nikmat kebebasan bersuara.Akta perhimpunan aman 2011 sebenarnya adalah akta zalim yang dikenakan kepada rakyat.Rakyat sampai tak boleh nak bergerak dikepung akta zalim tersebut.
Kita kena sokong ABU (asalkan bukan Umno) dalam pru 13 jika mahu lihat Umno tumbang menyembah bumi.Merdekakan diri anda untuk kali kedua jika anda berani.Jadilah bangsa yang berani buat perubahan bukan jadi bangsa yang suka dibodohkan Umno pagi petang siang malam.Antara pengundi hantu, pengundi pos lawan kuasa rakyat manakah yang akan menang?
"Untuk buat perubahan" - satu seruan yang wajar dijadikan Pakatan Rakyat sebagai "gerak-kerja" untuk menentang kepercayaan UMNO/BN "Hanya BN sahaja boleh memerintah Malaysia".Hendakkan rakyat berubah,memerlukan gerak-kerja yang berkesan,mantap dan menyeluruh serta tersusun.Ini yang belum nampak dilakukan oleh Pakatan Rakyat,yang kedengaran dipekit-pekitkan hanyalah "KePutrajaya" dan "PAS ganti UMNO" - gerak-kerja dan perancangan yang wajar dilaksanakan belum nampak lagi.Simposium selalu,Ijtimak banyak,peringkat cawangan dan Kawasan masih tidur nyenyak.Benar apa yang diperkatakan oleh Misai Merah.
BalasPadam