Khamis, 31 Disember 2009

Saya Tak Peduli Siapa Yang Beri Amaran-Ku Li

Tengku Razaleigh ahli Parlimen Gua Musang yang juga Bekas Menteri Kewangan dan juga salah seorang yang terlibat dalam perjanjian minyak antara Petronas dan Kerajaan negeri Kelantan telah buang sifat kepartiannya demi masa depan rakyat Kelantan yang mengharapkan sangat Kerajaan Pusat bayar royalti minyak kepada Kelantan sama macam di Trengganu, Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah laporan malaysiakini terhadap apa yang diucapkan Ku Li dalam wawancara dengan media baru yang popular itu dalam isu royalti yang mesti dibayar kepada Kerajaan Negeri;

Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai "hak berdaulat" untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.

"Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya," katanya.

Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.

Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

"Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

"Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga," katanya lagi.-malaysiakini baca di sini

Kita Sokong Pas Ni Kerana Apa Sebenarnya?

Ucapan Takziah buat keluarga Gus Dur atau Abdulrahman Wahid ,bekas Presiden Indonesia yang telah meninggal dunia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa oleh Allah Taala. Baca di sini

Dalam berita Malaysiakini telah dipetik kata-kata Ustaz Nazir Zakaria YDP Putrajaya berkata seperti berikut dalam blog beliau;

"Daripada berdiam diri yang membawa diri jadi tertekan, lebih baik bersuara walaupun dirasakan akan ada geruh bakal berlaku," kata Mohamad Nazir Zakaria.

"Alang-alang mandi biar basah, seluk ikan pekasam biar sampai ke pangkal bahu."-malaysiakini baca di sini

Sebenarnya aku dah tulis dalam blog aku dalam tajuk Husam Dah Mula Tibai dengan ayat dan fikiran aku tapi ustaz tu cedok daripada blog aku dan paste masuk dalam blog dia tapi tak cakap link daripada blog aku. Biaqpila habuan dia ..aku tulis begini ;

Nampaknya Husam dah tak mampu berdiam diri satu-satu persatu orang yang boleh bekerja dalam pentadbiran dan politik Kelantan akan disingkirkan. Daripada berdiam diri yang membawa diri jadi tertekan lebih baik bersuara walaupun dirasakan akan ada geruh akan berlaku.Alang-alang mandi biar basah. Seluk ikan pekasam biar sampai kepangkal bahu.

Dulu kita gah kutuk Umno dan tak terasa akan ada malang nak menimpa parti Pas seperti sekarang.Malang kita kerana salah dan silap pemimpin Pas sendiri yang bertanggungjawab atas segala masalah yang timbul.Tapi bak kata orang Bumi mana tak ditimpa hujan , langit tidak selalu cerah dan macam-macam lagilah.

Malang Pas sekarang kerana ada UG dengan Umno, ada Melayu -Islam dalam Pas yang bimbang kerjasama dengan Keadilan dan Dap. Tapi bukan semua yang bimbang ada la dua tiga orang yang otaknya sudah termakan ubat tanak atau air rebusan akar kayu yang disediakan oleh pemimpin Melayu Umno kepada segelintir pemimpin Pas yang berjiwa Umno.

Tak malukah kita kepada ahli-ahli Kelab Penyokong Pas yang terdiri daripada orang India dan Cina yang tinggalkan perjuangan bangsa dan sanggup duduk bernaung di bawah dasar Islam yang diperjuangkan Pas dengan slogan Pas For All tiba-tiba ada pemimpin Pas lari ikut pintu belakang nak perjuang Melayu-Islam dengan Umno?

Kita menyokong Pas bukan kerana Husam Musa , bukan kerana Tok Guru Presiden, Bukan kerana Murshidul Am Pas tapi kerana Pengkerasnya ialah Islam tu saja . Kalau dituduh penyokong mungkin kerana kebenaran dan sama dengan kita bukan kerana kroni bukan kerana rasuah kita sokong mereka. Husam pun kalau tak betul kita tentang dan kita lawan tapi dalam keadaan sekarang adakah apa yang disebut Husam dalam blognya itu tak betul? Kalau tak betul tolong buktikan.

Kenapa kita rakyat biasa ini marah dengan isu UG yang diperjuangkan oleh dua tiga kerat pemimpin Pas sedikit masa dulu?Tak lain tak bukan kerana kita tak mahu Pas 'dipatuk ular sawa' Umno kali kedua tu saja.Kita tak mahu orang bukan Islam yang sokong Pas hilang kepercayaan mereka kepada Pas.

Kenapa kita marah dengan kronisme yang cuba diwujudkan dalam Pas sedangkan kita begitu lantang lawan kronisme dalam Umno?

Berkaitan

Husam sekali lagi nafi akan letak jawatan-harakahdaily
Blog sokong Husam isu 'politik keluarga'-malaysiakini

Rabu, 30 Disember 2009

Soal-Jawab Berpoligami

Ini apa yang diemailkan ke dalam blog aku. Aku cuma paste kan saja tanpa sebarang edit oleh seorang pengirim yang bernama Azman daripada Shah Alam. Apa yang disiarkan ini bukan pendapat dan buah fikiran aku.




Soal-jawab berpoligami.

S: Ustaz, Suami saya ingin berpoligami ustaz, apa kurangnya saya ustaz
sehingga dia nak poligami lagi. Tak cukup satu, dia nak tambah isteri
pula

J: Tujuan berpoligami tidak semestinya hendak menunggu kekurangan
isteri barulah boleh berpoligami. Antara tujuan murni berpoligami
ialah suami nak ikut apa yang Tuhan anjurkan di dalam Al-Quran. Sebab
nak tegakkan sunnah Rasulullah. Sebab nak ikut tradisi orang soleh.

S: Tapi ustaz, yang ini nak ikut sunnah, yang lain tak pula ikut

J: Yang dia sembahyang, puasa tu kan dia dah ikut sunnah. Bila dia
menutup aurat, menuntut ilmu, berniaga tu ikut sunnah juga. Jadi
jangan mudah-mudah cakap suami tak ikut sunnah.Jadi bila dia nak
tegakkan sunnah yang poligami ini, itu tak sepatutnya kita halang.

S: Yelah ustaz, Masalahnya bolehkah dia tu adil?

J: Jangan kita sebut soal adil dahulu, sebab kita tak tahu lagi.
Patutnya kita berbaik sangka dengan Tuhan moga Tuhan beri kekuatan
kepada suami kita menjadi orang yang adil. Kemudian daripada itu,
tugas kita pula membantu suami menjadi adil. Bukan kita main lepas
tangan. Mungkin kita nak tutup kelemahan kita, kita tuding jari suami
tak adil sedangkan dia belum lagi berpoligami, sudah kita label dia
sebagai tidak adil dalam berpoligami. Sebaiknyalah kita menyebut kita
lemah dan tak mampu nak berpoligami daripada terus menghalakan
kerisauan kepada suami. Patutnya kita halakan pada diri, masalah aku
bagaimana? Seperkara yang kita perlu ingat, soal adil ni, ada seorang
isteri kena adil. Dua isteri pun kena adil. Soal adil ini luas, dan
tak perlu tunggu poligami baru timbul soal adil.

S: Bukan apa ustaz, saya dah sayang pada dia. Tak gamak saya nak
lepaskan dia pada orang lain.

J: Nak betulkan sedikit..Bukan lepaskan terus. Ia sekadar berkongsi
kasih sayang. Kalau dulu kita seorang sahaja yang menyayanginya atas
nama isteri. Tetapi kali ini sudah ada orang lain, yang juga
menyayanginya atas nama isteri. Nak tanya, apa erti sayang? Sayang
ertinya pengorbanan. Jangan sebut sayang atau cinta selagi tidak
berkorban. Sanggupkah kita mengorbankan kasih kita itu? Kalau boleh,
barulah bermakna sayang kita. Seperkara lagi, erti sayang itu ialah
bila kegembiraan dia juga menjadi kegembiraan kita. Kesedihan dia pula
menjadi kesedihan kita. Patutnya hati kita selari dengan suami kita.
Kalau suami kita nak berpoligami, tumpang gembiralah. Itu kesukaan
suami kita dan syariat pun membenarkannya. Tapi tak nafilah, yang lain
mungkin senang. Tapi bab ini susah sedikit.

S: Saya bimbang ustaz dengan isu yang digembar-gemburkan dalam akhbar
tentang lelaki yang berpoligami menganiaya isteri.

J: Jangan sebut begitu, sekali lagi ditekankan di sini, berbaik
sangkalah dengan Tuhan. Jangan kita samakan nasib kita dengan orang
lain. Bergantung haraplah dengan Tuhan. Yakinlah kita dengan Tuhan,
Dia yang menentukan segalanya. Oleh itu, mintalah kebaikan dari Dia.
Tambahan pula, kisah rumahtangga porak peranda tak semuanya berlaku
pada poligami. Yang tak poligami pun biasa kita dengar, porak peranda
juga. Tinggal lagi, akhbar ni suka highlight yang poligami sahaja.
Bahkan banyak kes yang tak poligami, suami menganiaya isteri. Ini tak
dipaparkan.

S: Dengan saya seorang pun, dia susah ustaz. Jadi macammana poligami
ni, takkah nanti lagi susah hidup dia.

J: Itulah yang disebutkan tadi, segalanya dari Tuhan. Yang mula-mula
Puan kahwin dengan dia dulu, ada tak fikir tentang hidup susah.
Mestilah atas dasar yakin yang boleh hidup senang. Segalanya ketentuan
Tuhan. Rezeki itu dari Tuhan. Yang ibu-ibu boleh melahirkan anak,
kerana mereka yakin rezeki Tuhan pada anak-anak. InsyaAllah, ada
rezeki untuk orang yang berpoligami. Sejarah juga membuktikan
sahabat-sahabat dan para tabiin berpoligami tetapi mereka tidaklah
mati kebuluran kerana berpoligami. Susah senang ni bukan pada ukuran
poligami. Ada yang isteri seorang pun merempat juga. Sebaliknya ada
juga yang isteri 4, boleh hidup senang. Tak perlu tunggu dia gaji
RM10,000. Memang Tuhan dah janjikan sebegitu.

S: Baiklah ustaz, tapi apapun dia kena minta izin saya dahulu. Saya
isteri pertama dia, kalau saya tak izinkan, mana boleh dia poligami.

J: Itu undang-undang syariah negeri tapi tak ada sebut pun dalam
Al-Quran mahupun hadis. Soal keizinan tak timbul sebab dalam Quran,
Allah dah izinkan. Rasulullah pun dah izinkan malah diamalkannya pula.
Jadi, siapa kita? Takkan kita pula tak izinkan? Boleh nampak tak?

S: Memang berat ustaz. Baiklah, Saya mengaku saya tak mampu menghadapi
semua ini.

J: Inilah jalan untuk wanita seperti Puan meningkatkan darjat Puan.
Kalau setakat ada suami dan Puan pun pergi kerja balik kerja, mungkin
hidup Puan tak ada banyak ujian. Tapi bila poligami, Puan kena banyak
mujahadah.
Maksudnya ada ujian. Puan ada rasa tercabar. Puan perlu banyak
bersabar. Di sinilah peningkatan untuk Puan, insyaAllah. Mana yang
lebih besar, Suami Puan atau peningkatan Puan di sisi Tuhan? Di sini
baru terserlah kebaikan poligami sebab ia satu cara nak meningkatkan
taqwa. Kalau dengan ibadah mungkin prosesnya lambat. Tetapi dengan
poligami, ia jadi cepat.

S: Terima kasih ustaz. Berikanlah nasihat akhir ustaz pada saya.

J: Mengapa Puan jadi begini sebab selama ini bagi puan, suami itu
adalah segala-galanya. Itu perlu diubah. Suami bukan segala-galanya.
Sebaliknya, Tuhan adalah segala-galanya. Ketahuilah kita, selama ini
kita telah membesarkan yang kecil. Suami itu sekadar hadiah dari Tuhan
untuk kita. Dia boleh datang dan pergi dalam hidup kita. Tetapi jangan
sampai Tuhan kita pinggirkan. Atau kita kesampingkan. Kalau tak
berlaku poligami, kita tak nampak ini. Usahakan supaya kita kuat
dengan Tuhan, insyaAllah nanti kita akan kuat menghadapi perkara dunia
seperti poligami. Berdoalah pada Tuhan begini:, “Ya Tuhan! Aku hendak
redhaMu Tuhan. Kalaulah dengan poligami ini, aku dapat redhaMu, aku
bersedia. Namun, aku lemah Tuhan, aku tidak mampu. Kau bantulah aku
Tuhan menghadapi poligami ini. Bantulah aku untuk aku berbaik-baik
dengan maduku. Dan bantulah aku untuk sentiasa dapat menyenangkan
suamiku. Juga, bantulah suamiku untuk menjadi kuat denganMu Tuhan,
moga-moga dengan itu, dia dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya.
Moga-moga dengan itu, kami sekeluarga mendapat kebahagiaan yang hakiki
dariMu.”

print boleh bagi isteri baca jika berhajat...he he

Najib Dan Pak Lah Biarkan Lilin Padam Sendiri-Husam

Walaupun isu panas dan meruap -ruap dalam politik Pas Kelantan kita jangan lupa Umno lebih teruk buruknya daripada Pas kalau bercakap bab rasuah. Tun Mahathir dituduh habiskan wang sebanyak RM100 bilion selama 22 tahun jadi PM dan Tun Mahathir pula tuduh Pak Lah habiskan wangRM270 Bilion selama jadi PM selama 5 tahun.

Tun Mahathir lebih berani daripada PM Najib dan Pak Lah sendiri dalam mempertahankan dirinya dan sanggup disiasat tapi dalam masa yang sama siasat juga Pak Lah kalau betul-betul mau siasat beliau.Tun Mahathir hanya mengacah -ngacah saja nak tengok rentak permainan pihak lawan yang cuba memburuk-burukkan diri beliau kerana Tun tahu dalam apa kes pun Tun belum pernah kena tahan dan disoal siasat mana-mana pihak.PM Najib tak berani nak bertindak terhadap Tun Mahathir kerana banyak rahsia pemimpin Umno ada dalam poket seluar Tun walaupun Tun dah tak ada apa-apa kuasa dalam kerajaan. Sebutir peluru dihalakan kepada Tun sepuluh butir Tun lepaskan kepada pemimpin Umno yang mengasak beliau.

Kata Husam dalam blog beliau;

Saya yakin Dr. M mempunyai info sahih bila ia bersuara.

Jika MACC dan mana-mana badan siasatan sedia ada cekap, mereka patut menemui Dr. M sekarang juga sekalipun Suruhanjaya belum terbentuk. Tugas MACC tidak mengenal masa. Bahkan PAC juga patut bersidang dan meneliti isu ini.

Mengapa MACC tidak menemubual D. M? Mungkin beliau mempunyai maklumat terpilih. Jika tidak, masakan beliau terus-terusan menekankan isu ini. Gagalnya MACC mengambil sebarang tindakan tidak boleh difahami.

PM pula, sama seperti Pak Lah, mengambil sikap biar lilin padam sendiri.

Pasif bukan penyelesaian.

Dr. M sendiri sudah bersetuju. Diamnya PM bermakna cuai melaksanakan public dutynya melindungi kepentingan negara.

Cakaplah sesuatu. Setuju kata setuju. Kalau tak setuju, kenapa tak setuju?

Kalau tuan hak sudah bersetuju, apa pula Kerajaan tak bersetuju?

Pak Lah juga patut bersetuju supaya nama baiknya boleh dibersihkan dan beliau bertindak berani kerana benar.

Tinggal lagi, siapa patut mengambil inisiatif menjayakan hasrat murni ini?-Baca di sini

Yang Sayang Pun Ada Yang Celaka Pun Ada

Marah sungguh Tok Guru Nik Aziz pada blog yang dikatakan buat analisis dan tulis berita yang tak betul .Tok Guru angin satu badan dan terus kata celaka pada blog yang terbabit. Blog mana dan blogger mana yang celaka tu?

Berita harakhdaily seperti berikut;
Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.-harakahdaily-Nik Aziz nafi:Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat.

Tok Guru juga sayang pada Husam, maka bertambah-tambah la akan kebencian kepada orang yang anti Husam yang cuba jatuhkan Husam dalam politik Kelantan.Kopiah mereka sama putih tapi hati mereka Tuhan saja yang tahu. Tok Guru juga tentu sayang pada anak-anaknya dan juga pada menantunya.

Berkaitan
Nik Aziz:Husam Tak Letak Jawatan, Kita Semua 'Sayang Dia'-malaysian insider
Nik Aziz sahkan dua setiausaha berundur-malaysiakini

Selasa, 29 Disember 2009

Jika Pengaruh Pas Merosot Adalah Kerja Buat Pemimpin Pas Sendiri

Adakah pengaruh Pas semakin bertambah atau berkurang dengan apa yang berlaku pada masalah dalaman Parti Islam itu?Mungkin ada yang percaya atau tak percaya bahawa imej pemimpin Pas sekarang dah jadi tawar hebiaq kata orang Utara. Tak dipandang hormat dan bersih dalam banyak perkara.

1- Bila timbul isu UG atau Kerajaan Perpaduan dengan Umno pemimpin yang pro kepada UG ini sudah dipandang serong oleh orang Pas sendiri yang terdiri daripada Presiden Pas, Nasarudin Mat Isa, Mustafa Ali dan juga Hasan Ali.Telah timbul perpecahan sesama ahli jemaah Pas ada yang sokong dan ada yang tak sokong. Sekarang isu itu telah reda tapi parutnya tetap tak hilang. Ramai yang hilang kepercayaan kepada pemimpin Pas kerana sanggup buat gagasan baru dengan Umno yang pernah timbul isu kafir mengkafir.

2-Bila timbul semangat baru dalam Pas iaitu semangat Melayu-Islam telah menyebabkan hilangnya kepercayaan rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat walaupun tidak ditunjukkan secara terbuka.Satu semangat baru yang tak pernah wujud dalam Pas yang sejak dulu perjuangkan Islam saja. Semangat Melayu-Islam ini dapat sambutan hebat Umno terhadap Pas. Pemimpin Pas pula ada yang mahu berkongsi semangat Melayu-Islam ini dengan Umno. Ramai ahli Pas yang marah dan tidak setuju kerana pemimpin Pas cuba belot dalam berpakat dengan Pakatan Rakyat.

3- Bila timbul isu kroni dalam Pas yang selama ini kuat menentang nepotisme dan kronisme tiba-tiba Allah Taala uji pula ke atas Pas samaada Pas mampu menghadapinya atau pun tidak. Kalau bab rasuah mungkin Pas boleh lawan tapi isu menantu Tok guru pula yang jadi beban bukan setakat pada Tok guru Nik Aziz tapi beban itu turut terpikul ke atas semua ahli Pas. Nak jawab apa bila orang kata "dulu hangpa kata kat kami Pak Lah ambil menantunya untuk duduk di Putrajaya sekarang hang pa sama macam kami." Kita senyap tak boleh nak jawab apa.

4- Bila timbul isu Hasan Ali PJ Pas Selangor jumpa blogger Umno dan dedah benda yang tak sepatutnya dedah yang disalahkan ialah pembocor maklumat pemimpin tak pula disalahkan. Siap 'corner baring ' lagi pemimpin jawab nak pelepas diri.Pemimpin boleh burukkan sesama pemimpin lain dalam senyap-senyap tapi bila diriuhkan oleh ahli dan penyokong itu yang dibesar-besarkan.

Jika sesuatu yang buruk menimpa Pas ia adalah hasil kerja buat pemimpin Pas bukan kerja buat ahli dan penyokong Pas. Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Pemain catur yang hebat jika kalah adalah kesilapan dirinya sendiri bukan penonton yang hanya jadi pemerhati.

Baca- Nasib baik aku bukan anak, atau menantu orang besar-al-bakistani
Juga-Bapa Mertua akhiri kepung rumah pemimpin Pemuda Pas Kelantan-Malaysian Insider

Kondem MIG 29 Orang Tengah Untung-Tun Mahathir

Tun Mahathir mendakwa Pesawat Pejuang buatan Russia yang digunakan oleh TUDM sudah tidak akan digunakan lagi dan akan diganti dengan pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat.

Saya dengar pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Di-Raja Malaysia sudah tidak dapat digunakan lagi. Jika saya tidak silap umur pesawat ini kurang daripada 20 tahun.Baca disini

Kata Tun lagi bila beli pesawat baru yang untung ialah orang tengah yang urus jual beli senjata. Teringat aku akan pembelian kapal selam Scorpene yang babitkan PM Najib sedikit masa lalu.Kata Tun lagi;

Jika kita beli ganti lagi ratusan juta diperlukan. Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah kita belanja ratusan juta untuk pesawat ganti?

Penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?

Husam Dah Mula Tibai

Husam Musa , Exco Kerajaan Negeri Kelantan tidak banyak bercakap mengenai isu menantu Tok Guru Nik Aziz yang juga MB Kelantan iaitu Ariffahmi yang dipertikaikan kedudukkannya sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Berikut petikan tulisan terbaru beliau dalam Blognya yang berbunyi seperti berikut;

Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan Bukan sahaja lstate matters.egally, tetapi juga morally.

PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.

Kata Husam lagi;


Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest. Baca lanjut di sini

Nampaknya Husam dah tak mampu berdiam diri satu-satu persatu orang yang boleh bekerja dalam pentadbiran dan politik Kelantan akan disingkirkan. Daripada berdiam diri yang membawa diri jadi tertekan lebih baik bersuara walaupun dirasakan akan ada geruh akan berlaku.Alang-alang mandi biar basah. Seluk ikan pekasam biar sampai kepangkal bahu.

Berkaitan;
Nik Aziz umum rombakan Pejabat MB ?-malaysian Insider
Husam Mencari Nahas-Penarik Beca
Semenjak lantik menantu,pelbagai isu meletus...-jiwo kelate

Isnin, 28 Disember 2009

Juta dan Bilion Di ambang 2010

Minggu depan sekolah dah nak buka, bagi golongan miskin dan separuh miskin tentu dok pikir mana nak cari jalan nak cari duit lebih untuk persediaan anak-anak mereka yang akan kembali ke sekolah.Terimakasih juga la pada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang bagi beg sekolah percuma sebanyak 40,000 unit untuk anak-anak miskin di seluruh Selangor kembali ke sekolah. Sekurang-kurangnya kurang la sikit beban ibu-bapa yang buat persediaan untuk anank-anak mereka. Mana lagi yuran nak bayar , buku-buku latihan semua kena beli semua tu pakai duit.

Hari ini kita dikejutkan pula dengan penyelewengan syarikat GLC Kerajaan melibatkan RM160 Juta. Banyak tu.Hari tu enjin jet hilang dua biji RM100 juta. Beli Tren buruk sebiji RM 30 juta. Tun Mahathir dituduh salahguna dana RM100 Bilion selama jadi PM 22 tahun. Pak Lah pula dituduh Tun Mahathir salahguna duit RM270 Bilion selama jadi PM 5 tahun. Inilah Malaysia diambang 2010.

Puluhan juta dan ratusan bilion diseleweng adalah perkara biasa di Malaysia tidak ada-apa yang akan berlaku . Rakyat lebih seronok sambut tahun baru masehi 2010 daripada ambil tahu penyelewengan dana oleh pemimpin Umno-Bn.

Hasan Ali Dukacita

Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden Pas berkata 'golongan pemisah' yang berdemo minta Pas bercerai dengan 'adik-beradiknya ' dalam Pakatan Rakyat tu bukan orang Pas.Mereka tu bukan ahli Pas kalau orang Pas dah kena tindakan disiplin dah.

"Jika benar mereka anggota Pas sudah tentu mereka akan diheret kepada jawatankuasa disiplin parti tetapi kita telah menyiasat termasuk jurucakapnya dan didapati mereka bukan ahli kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ijtimak Ulamak Muda Negeri Kelantan di sini Isnin.-Bernama. Di sini

Penunjuk perasaan tu pula kata mereka adalah pengundi dan penyokong Pas. Semua orang boleh mengaku anggotai mana-mana pertubuhan untuk halalkan apa yang mereka buat. Kalau betoi mereka pengundi Pas macam mana tapi bukan ahli Pas cuma pangkah Pas masa undi pru-12 yang lalu.Sama juga yang jadi tukang bodek dan tukang kipas masa Umno-bn perintah Selangor dulu bila dah kalah pakat-pakat mengaku jadi ahli Parti Keadilan mana tau kot-kot projek yang lebih-lebih boleh juga tempias kat depa daripada tak dapat langsung. Nak ngaku orang Pas ,orang Pas kenal mereka ,jadi ngaku la orang Keadilan tak la berapa orang perasan sangat.

PJ Pas Selangor Dato' Hasan Ali yang juga Exco di Selangor pula dukacita dan kecewa kerana dituduh nak keluar daripada Pakatan Rakyat.Beritanya begini daripada TVSelangor.com;

Persuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali melahirkan dukacita dengan spekulasi pihak tertentu yang mendakwa beliau akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Menyifatkan dakwaan itu sebahagian dari kempen fitnah, pensyarah itu berkata beliau dan gerakan Islam terbesar negara itu komited kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

SMS Memorandum Pas Keluar Pakatan

Berikut macam-macam sms mengenai memorandum yang katanya akan dihantar hari ini kepada Dato' Hasan Ali PJ Pas Selangor sebab semalam Pejabat Pas Selangor tutup;

1- Dato' Hasan Ali telah dinasihatkan supaya tidak menerima memo tersebut-MP Kota Raja

2- Muka sekor-sekor macam kaki toto, kaki tuang , kaki pecah rumah, pakai topi, pakai gelang tangan, pakai seluar pendek, tak pakai ketayap putih. Ini bukan cara Pas. Kalau dia orang ahli Pas yang prihatin kenapa dia orang tak tau semalam opis tutup? Kalau nak suruh Pas keluar PR , kenapa perlu hantar ke Pas Shah Alam dan bukan ke Pejabat Pas di Kuala Lumpur. Memang pelakon2, pengarah2, skrip2 cap ayam .

3- Jawapan Setiausaha Pas Selangor: Memang kita tak akan layan group jahat nie...thank doc-reply Dr Mariah Mahmud MP Kota Raja melalui jawapan S/U Pas Selangor kpd beliau tadi.

Semua sms diatas yang dihantar kepad aku. Saja nak bagi tuan-tuan baca.

Menarik untuk dibaca
1-Aduan polis terhadap 'penyokong Pas,pengundi Pas'-malaysiakini

Demontrasi Makan Suap ?


PM Najib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pernah berjanji dan berazam untuk tawan balik negeri Selangor daripada terus dikuasai Pakatan Rakyat. Ini kerana Selangor negeri kaya, banyak hasil pelaburan dan kaya dengan sektor industri perkilangan yang tidak boleh dilawan oleh lain -lain negeri.(Gambar di atas daripada malaysiakini)

Umno-bn merasa menyesal, sugul,kecewa dan macam orang hilang akal bila Pakatan Rakyat ambil alih negeri Selangor dalam pru-12 yang lalu.Tidak hairanlah macam-macam isu yang libatkan politik muncul di Selangor sepanjang tahun 2009 seperti Demo Kepala Lembu, MB Selangor dan Exco Selangor kena maki hamun dengan Persatuan Penduduk Seksyen 23 dalam sesi dialog isu Kuil, dan juga timbul gerakan Melayu -Islam untuk selamatkan orang Melayu yang kononnya dah tak ada apa-apa dah bila Pakatan Rakyat berkuasa di Selangor.

Harus diingat Umno yang ada pada hari ini bukannnya Umno yang perjuangkan Melayu lagi, Umno yang ada sekarang ini Umno yang kecewa kerana kalah dan mereka sedang berusaha dan berjuang untuk dapatkan balik segala kekayaan yang mereka miliki selama jadi kerajaan di Selangor 51 tahun yang dulu.Sebab tu mereka pulun siang malam atur strategi untuk tawan balik Selangor dalam genggaman Umno-bn.Umno sedar jika mereka tidak dapat tawan balik Selangor dalam pru-13 akan datang nasib Umno di Selangor akan terus malang.

Tak terfikirkah kita adakah pemimpin Umno dan bekas Exco -Exco Umno-bn yang berkuasa di Selangor hidup miskin? Tak ada. Mereka kaya raya yang jadi tak keruan ialah yang berada di sekeliling mereka kerana upah dah berkurangan malah terpaksa cari kerja lain nak sara hidup sebab dah jadi pembangkang.Semua projek mereka sapu . Adakah Khir Toyo , Rahman Palil dan rakan-rakan mereka jadi miskin sebab tak berkuasa di Selangor?

Demontrasi tak salah tapi kalau yang demo atas nama Melayu-Islam sebab kata hak Melayu-Islam dah tergugat, turun buat bantahan kerana makan suap, kerana diupah itu Islam ajar ka?Ikhlas ka mereka perjuang Melayu -Islam?

Kata Mustafa Ali dalam harakahdaily;


"Saya telah arahkan setiausaha perhubungan PAS Selangor untuk buat siasatan penuh siapakah dibelakang demo ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily lewat petang tadi.

Beliau juga diminta mengulas sama ada kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan penyokong dan pengundi PAS itu benar-benar dari PAS atau tajaan pihak tertentu.

Menurutnya,maklumat awal yang diperolehi mendapati tiada ahli atau mana-mana unit serta cawangan PAS terlibat dalam himpunan tersebut.

"Maklumat awal saya diberitahu tidak seorang pun ahli PAS, atau mana-mana unit atau cawangan PAS terlibat dalm demo ini," katanya lagi.Baca di sini

Naib Presiden Pas Sallahudin Ayob berkata ;

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," -malaysiakini/bernama- baca di sini

Ahad, 27 Disember 2009

Kalau Suka Sama Suka Jadila..

Nampaknya ada dua tiga kerat penyokong Pas dan ahli Pas,samaada mereka betul-betul orang Pas atau Umno menyamar Pas kena selidik di Pejabat Agung Pas untuk semak nama mereka sama ada mereka betul-betul Ahli Pas yang turun hantar memorandum untuk desak Pas Selangor keluar Pakatan Rakyat di Selangor.

Siapa sebenarnya mereka ini? Adakah Umno yang jadi dalang dibelakang mereka?Kenapa teringin sangat nak jadi pembangkang setelah berjuang 51 tahun jadi pembangkang?Baru jadi kerajaan tak sampai dua tahun dah tak sabar-sabar nak jadi pembangkang balik.Awat yang bangang sangat ni?

Tapi bak kata orang kalau dah suka sama suka 'taik ayam pun rasa macam gula'. Yang tak sedap pun kata sedap.Kalau nak sangat Hasan Ali jadi MB Selangor tunggulah Pas dapat kerusi paling banyak dalam pru-13 akan datang. Yang tak sabar-sabar sangat ni pasai apa?Berapa ramai dah Melayu Islam di Selangor mati kelaparan Pakatan Rakyat perintah?

Edit pada 10.22pm- Dilaporkan yang terlibat dalam menghantar memorandum itu ialah Umno Kajang dan Umno Ampang.

Lapor Malaysian Insider;

Khabar angin berhubung pesanan SMS yang disebarkan sejak kelmarin terjawab pagi tadi apabila sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri dengan segera.

Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Mereka dalam jumlahnya kira-kira 20 orang tidak sempat menyerahkan memorandum hari ini kerana pejabat ditutup.

Sebaliknya ia akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali esok pagi di pejabatnya di sini.

“Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

“Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 penyokong PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Sementara itu, Wan Hilman yang juga ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Malaysian Insider


Berkaitan- Salahudin:Pendesak Pas Keluar Pakatan Bukan Ahli-malaysiakini

Kumpulan desak Pas S'ngor Keluar Pakatan Rakyat-malaysiakini

Pantun orang dulu-dulu;

Pergi Menyerkap Padang Che' Asan

Dapat Haruan Buat Gulai Kepala

Timpa Wap Timpa Perasan

Taik Ayam Disangka Gula


Penyakit Besar Umno Politik Suku Agama Suku-TGNA

Kata Tok Guru Nik Aziz yang mengulas isu enjin jet pesawat pejuang F-5E dalam laporan harakahdaily;

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan akibat didikan politik Umno terhadap rakyat di negara sejak lebih 52 tahun lalu dengan ajaran 'politik suku, agama suku' menyebabkan pimpinan parti sekular itu mengenepikan aspek dosa dan pahala, syurga dan neraka dalam pemerintahannya sehingga ada yang sanggup mencuri enjin jet pejuang milik megara.

Beliau berkata, sama ada wujud dakwaan yang menggesa supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tanggungjawab atau tidak terhadap peristiwa kecurian enjin jet pejuang Malaysia itu, sememangnya Najib bertanggungjawab.

"Sama ada kita suruh dia (Najib) bertanggungjawab atau tidak, dia memang bertanggungjawab, dunia dan akhirat. Itu benda (kedudukannya).

"Saya sebagai Menteri Besar yang menjaga negeri (Kelantan) ini pun, saya bertanggungjawab (terhadap pemerintahan negeri ini), sekadar mana yang termampu, kecuali Allah swt tahu (bahawa) saya tidak mampu, itu apa boleh buat.

"Jadi masalah Perdana Menteri kita ni, dia mengertikah atau tidak tanggungjawab dunia dan akhirat itu atau dia tidak faham, itu saya tidak tahu, tetapi dengan sebab parti dia (Umno adalah) parti sekular, yang tidak mempedulikan dosa pahala, syurga dan neraka, maka terjadilah (seperti peristiwa kecurian enjin jet pejuang itu).

"Dan banyak lagi pada masa hadapan benda (kejadian) yang 'karut maruk' begini berlaku (insya Allah adalah) hasil daripada didikan kerajaan (diterajui Umno-BN) terhadap rakyat dengan ajaran 'agama lain, politik lain'. Itulah penyakit besarnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini semalam.-harakahdaily

MB Kedah Tak Payah Letak Gambar


Kalau tuan-tuan masuk ke negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman yang diperintah Pakatan Rakyat ,tuan -tuan dapat tengok di mana-mana saja gambar MB Kedah ustaz Azizan dipacak di setiap kawasan dan bandar beserta dengan sedikit slogan dan kata-kata nasihat.Hatta di sempadan Siam pun ada gambar Ustaz Azizan termasuk di Pekan Changlon dan Bukit Kayu Hitam. Gambar di atas daripada blog KedahLanie di sini

Kat Pekan Changlon aku tengok gambar ustaz Azizan tak pula diconteng masih elok dan senyum simpul mulutnya.Mungkin kat tempat lain yang geram tengok gambar ustaz tu depa conteng. Di Iraq masa zaman Saddam Hussain berkuasa dulu gambar beliau ada disegenap penjuru negara itu untuk tunjuk hebat tapi akhirnya beliau sendiri dijumpai bersembunyi dalam lubang untuk selamatkan diri daripada tentera Amerika Syarikat yang menakluk Iraq.

Ustaz , dulu masa Ustaz mula-mula jadi MB Kedah mungkin rakyat Kedah tak kenal Ustaz, la ni rakyat Kedah dah kenal Ustaz jadi untuk elak gambar kena conteng dan disembur cat eloklah gambar Ustaz tak payah ada pada sebarang papan tanda.Mungkin tu kerja budak budak nakal atau budak-budak yang dah tua umur tapi kelaku macam budak-budak yang tak senang tengok gambar Ustaz.

Sabtu, 26 Disember 2009

Mana Satu Betoi - Pas For All Atau Umno Pengkhianat Rakyat

Semasa pru-11 2004 di Kedah dulu ada macam -macam slogan untuk pikat para pengundi antaranya ialah 'Pakat-Pakat Undi Pas', 'Dah Lama Daah' (merujuk kepada Umno) dan macam lagi yang guna bahasa pelat Utara. Tapi tah macam mana Pas tersungkur rebah di Kedah termasuk di lain-lain negeri kerana Pak Lah yang masa tu jadi PM bawa slogan 'Islam Hadhari' yang berjaya pikat hati ramai pengundi Melayu walaupun slogan bohong itu diketahui menyimpang daripada Islam yang sebenar. Pas turut bungkus atau terkejut besar di Trengganu kerana tak dapat lagi perintah Trengganu kerana orang Trengganu beralih angin sokong slogan 'Islam Hadhari Trengganu Bestari'

Apabila masuk pru-12 (2008) Pas bangkit kembali daripada kekalahan dan menang pula serta tawan Kedah serta lain-lain negeri bersama Pakatan Rakyat bersama slogan baru 'Pas For All' yang turut dapat sokongan masyarakat bukan Islam. Kelab Penyokong Pas turut ditubuhkan yang terdiri daripada masyarakat bukan Islam iaitu Cina dan India.

Slogan baru Pas kini ialah 'Umno Pengkhianat Rakyat' untuk tarik minat rakyat sokong Pas, sementara Umno pula dengan slogan 'Umno Juara Rakyat'. Semoga slogan 'Pas For All' akan terus digunakan Pas disamping slogan baru atau kempen terbaru Pas dengan slogan 'UmnoPengkhianat Rakyat'.

'Umno Juara Rakyat' adalah pilihan tepat Umno kerana parti itu telah berjaya menjadi juara rakyat dalam menahan orang tanpa bicara (ISA), membunuh ulama dan orang tak berdosa di Memali, jadi juara dalam rasuah dan politik wang. Pemimpin Umno yang juga jadi Menteri dan Perdana Menteri juga jadi juara dalam menghilangkan dan menggelapkan harta negara dan rakyat tanpa ada pendakwaan terhadap mereka.

Berkaitan- Umno Juara Rakyat; Umno Pengkhianat Rakyat-malaysian Insider

Pembangkang Tidak akan Diam- Utusan Malaysia Online

Husam Pandai Cari Duit Untuk Negeri Kelantan

Pengerusi Felcra, Tajuddin Abdul Rahman menyerahkan dokumen hak milik dan cek kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu, kelmarin. Turut hadir Dato' Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan Masyarakat.

Dalam senyap-senyap dapat RM10 juta, Terima kasih kepada Pengerusi Felcra dan Felcra itu sendiri. Tahniah Dato’ Husam yang sabar (kulu kilir) menjalankan usaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan kepada Negeri dan rakyat. Baca di sini.

SMS: Kalau Umno Mampoih Pi La ..

"Satu perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan rakyat akan diadakan pada 27 Dis 09 jam 1100 di Pej PERHUBUNGAN PAS Sel. No. 13C, Ting. 3 BLOK 1, WORLDWIDE BUSINESS CENTRE, SEK. 13, S/ALAM. Penyerahan memorandum juga akan dilakukan dan di terima sendiri oleh Dato Hassan Ali. Hadir beramai2 demi.." -itu bunyi SMS yang di Copy daripada Penarik Beca baca di sini

Sementara harakahdaily menyatakan itu kerja buat Umno yang mahu lihat Pas dan Pakatan Rakyat berpecah. Menimbulkan kesangsian sesama parti gabungan dalam Pakatan Rakyat. Kalau itu kerja buat Umno itu tak menghairankan kerana memang dah perangai Umno macam tu dari dulu kini dan ke akhir hayat Umno.

Bagaimana pula kalau SMS tu kerja puak-puak dalam Pas yang mencelakakan Pas dan Pakatan Rakyat.Mereka yang berjuang Melayu-Islam dalam Pas la ni berlambak macam cendawan tumbuh lepas hujan. Dulu tak ada benda-benda ni semua hanya timbul selepas menang pru-12 saja. Kalau kerja buat orang Pas yang berjiwa Umno memang celaka sungguh la SMS tu! Celaka sungguh orang Pas kalau buat kerja tu, kalau Umno buat mampoih pi la..

Harakahdaily kata;

Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah penggerak Umno di negeri ini.

"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.-harakahdaily



Enjin Jet Hilang: Satu, Dua ,Tiga Atau Empat Apa Nak Kira

Apa nak dikisahkah berapa biji ketulan enjin jet pesawat pejuang hilang kerana rakyat Malaysia hanya mampu riuh dalam media dan kedai kopi saja lepas sebulan dua semunya dah jadi senyap . Tidak ada sebarang tunjuk perasaan untuk kecam segala kejahatan dan penyelewengan akibat pengkhianatan harta negara dan rakyat dalam kes tersebut.Kemarahan rakyat Malaysia hanya sekejap saja bila timbul pula lain isu penyelewengan pemerintah Umno-Bn.

Nilai enjin jet pesawat F-5E yang hilang itu sebiji berharga RM50 Juta. Lepas tu bertukar jadi dua pula yang hilang. Dah jadi RM100 Juta belum kira lain-lain peralatan tentera yang juga turut hilang bersama -sama dengan enjin jet pesawat penjuang itu.Pemimpin Pakatan rakyat pula sedang bertarung sesama pemimpin dalam parti sendiri akibat segala kekusutan dan mehnah yang bersilih ganti sebab itu tak sempat nak ajak rakyat bangun untuk menunjukkkan bantahan terhadap isu enjin jet pesawat yang hilang.

Dalam berita Malaysian Insider memetik ucapan seorang ahli Parlimen Pakatan Rakyat seperti berikut;

Kekhuatiran ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengambil kira beberapa perkembangan semasa.

"Mula-mula kata satu, kemudian dua... jadi apakah benar apa yang saya dengar kemungkinan yang hilang sebenarnya empat enjin?" kata beliau.

Azan mendakwa maklumat awal yang diterima menunjukkan kemungkinan jumlah enjin yang hilang, yang bilangannya hanya dua setakat ini, kemungkinan sudah sampai empat.

"Saya difahamkan kemungkinan empat enjin yang hilang, bukannya dua. Tetapi saya belum menerima bukti yang kukuh... berdasarkan maklumat diterima oleh saya, mungkin empat enjin sudah hilang.

"Saya berharap pihak berkuasa dapat memberikan laporan lengkap kepada umum mengenai isu ini... menjelaskan kepada umum keadaan sebenar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.-Isu Jet TUDM Hilang Mungkin Empat?

Tok Guru Nik Aziz mengulas isu enjin jet TUDM yang hilang itu berkata;

“Orang yang terlibat bukan saja berdosa dengan Tuhan, tapi berdosa juga dengan rakyat. Kalau rakyat Malaysia ini ada seramai 30 juta, maka orang itu berdosa dengan 30 juta rakyat.

“Sebab enjin itu adalah hak kerajaan dan bila sebut kerajaan ia termasuk lah semua rakyat,” Baca di sini

Umno-bn memang pandai bab curi harta negara dan rakyat. Tapi masih ramai yang tak buka mata dan otak mereka untuk melawan kejahatan BN dengan menolak mereka dalam pilihanraya.



Jumaat, 25 Disember 2009

Isu Pas Selangor: Dok Kerja Tunda Lama-Lama Jadi Ikan Pekasam

Isu Pas Selangor nampaknya belum ada sebarang keputusan muktamad apa jenis tindakan yang akan dikenakan ke atas PJ Pas Selangor Dato' Hasan Ali termasuk ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Hj Khalid Samad yang disiasat Jawatankuasa Disiplin Pas Pusat.

Sebelumnya Naib Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin Pas berkata keputusan akan dibuat setelah beliau balik tunai Haji. Dah balik buat Haji pun keputusan belum ada. Lepas seminggu ke seminggu tak ada juga keputusan.Ramai ahli dan penyokong Pas tertunggu-tunggu bila keputusan muktamad nak dikeluarkan.

Kata seorang 'Sifu' dalam dunia blogger- "Kalau dah semua bukti kukuh dah ada awat tak umum?Dok tunggu lama-lama buat apa. Lama-lama jadi ikan pekasam."

Kalau anak bulan dah nampak wajib puasa . Buat pengumuman semua orang wajib posa. Kalau tak posa berdosa hukumnya. Tu yang aku tau la- wallahu a'lam

Dalam berita Malaysian Insider melaporkan sebagai berikut;

Pengerusi jawatankuasa disiplin Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu The Malaysian Insider, walaupun mereka, yang bertemu malam kelmarin berpuas hati dengan laporan bertulis kedua-dua Hasan dan Khalid. tetapi memerlukan penjelasan lanjut.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan bertulis diberikan oleh mereka. Kami mendapati adanya kes terhadap mereka.

“Jadi, kami memutuskan untuk memanggil mereka supaya memberi penjelasan lisan berhubung beberapa aspek,” tambah beliau ketika dihubungi.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan aspek yang memerlukan penjelasan lanjut.

Tanggal 7 dan 9 Jan telah ditetapkan untuk memanggil mereka menghadap anggota jawatankuasa disiplin, kata Tuan Ibrahim yang juga salah seorang naib presiden PAS.

“Kami sudah pun menghubungi Khalid dan beliau telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kami dan akan menemui jawatankuasa pada 7 Jan. Beliau sudah pun bersetuju untuk menemui kami,” ujar beliau.

“Bagaimanapun belum ada tarikh persetujuan daripada Datuk Hasan dan sekretariat akan berhubung dengan Datuk Hasan untuk membolehkan beliau menemui kami,” katanya. Baca semua di sini

Tun Abdullah Sila Jawab Serangan Tun Mahathir

Tun Mahathir tuduh Pak Lah yang juga ada gelaran Tun seleweng duit RM270 Bilion semasa menjawat jawatan PM selama 5 tahun. Banyak tu. Buat masa ni Pak Lah belum jawab tuduhan Tun Mahathir.Mungkin Tun Lah ambil sedikit masa ,mungkin juga Tun Lah terkejut dengan pendedahan dan serangan Tun Mahathir terhadap Tun Lah sejak jadi PM sehinggalah Tun Lah dah berenti jadi PM.

Tunggu apa lagi Tun Lah ? Jawab saja apa yang Tun Mahathir dedah itu. Kalau Tun Mahathir boleh londeh seluar Tun Lah apakah Tun Lah tidak boleh londeh balik seluarTun Mahathir yang pakai tali pinggang sampai lubang yang terakhir dah tu..

Khairy menantu Tun Lah juga mungkin sedang mengira-ngira apa buah fikiran serangan untuk dilepaskan kepada Tun Mahathir yang turut membenci beliau semasa Tun Lah jadi PM dulu. Tun Mahathir menuduh 'budak tingkat 4' menguasai pentadbiran Tun Lah semasa Tun Lah berkuasa dulu. Khairy tentu akan membela Tun Lah bapa mertuanya yang diconteng arang dimuka oleh Tun Mahathir.

Siapa benar dan siapa salah antara dua Tun ini pokok pangkalnya mereka tetap hidup senang tak macam kita rakyat biasa yang bertungkus lumus cari rezki siang dan malam untuk diri dan keluarga.

Penutup Tirai 2009

Dua peristiwa jengkel tutup tirai 2009 — Rejal Arbee

Dua perkara ini mendapat perhatian ramai menjelang tibanya tahun baru 2010 hingga menimbulkan tanda tanya-tanya apakah gerangan yang sedang melanda negara ini. Pertamanya kehilangan dua enjin pesawat F-5E kepunyaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) secara berasingan dalam tempoh lima bulan pada 2007 dan 2008.

Keduanya bagaimana bajet tahun depan hampir tidak lulus di Parlimen kerana ramai anggota Barisan Nasional tidak hadir ketika pengundian dikira. Ini adalah suatu perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Implikasinya kerajaan sekarang terselamat hanya dengan tiga undi.

Bayangkan kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan lima lagi menteri tidak hadir, apakah kerajaan sekarang sudah jatuh?

Bacaan kali ketiga Bajet 2010 diluluskan Dewan Rakyat malam 14 Disember lalu dengan hanya kelebihan tiga undi, yang mana 63 orang Ahli Parlimen menolak, manakala 66 lagi menyokong. Dikatakan 70 lagi anggota Dewan Rakyat BN tidak hadir ketika pengundian itu diminta oleh pembangkang yang mungkin tahu ramai di antara mereka itu tidak hadir.

Walaupun ada di antara mereka berada di tanah suci Makkah waktu itu selain daripada beberapa orang lain berada di luar negara untuk tugasan rasmi, yang lain tentunya boleh hadir. Apakah ini menunjukkan ramai ahli Yang Berhormat kita tidak memberikan tumpuan serius terhadap tanggung jawab mereka sebagai Ahli Parlimen, hanya mereka sendiri yang mengetahui. Apa pun peristiwa ini memberikan satu pengajaran kepada kerajaan BN.

Peristiwa kehilangan enjin jet TUDM pula adalah sesuatu yang amat memalukan. Mulanya dikatakan satu enjin pesawat F-5E hilang. Itu saja pun sudah tidak masuk akal apatah lagi yang kedua lima bulan kemudian. Kini terbongkar pula bahawa pelbagai peralatan dan kelengkapan ketenteraan yang lain turut lesap.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri menyatakan kemungkinan lebih banyak kes penyelewengan lain akan diketahui berikutan dengan pemeriksaan audit yang lebih terperinci yang sedang dilangsungkan sekarang.

Kehilangan dua enjin jet itu diketahui selepas audit dilakukan atas arahan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Azizan Ariffin yang sebelum ini menjadi Panglima TUDM. Beliau menyifatkan mereka yang terbabit itu sebagai pengkhianat negara.

Hingga kini, tidak pula diketahui jenis peralatan dan kelengkapan yang hilang itu. Apakah ia juga termasuk berbagai peralatan yang sensitif dan berbahaya? Kerajaan sepatutnya sudah boleh jelaskan secara terperinci apakah peralatan ketenteraan yang hilang selain dua enjin jet F-5E itu.

Dalam kes enjin itu, segala dokumen mengenainya juga hilang kerana tanpa dokumen itu, enjin berkenaan tidak mungkin boleh dijual. Tentunya dokumen itu disimpan di tempat yang difikirkan selamat, maknanya bukanlah dalam sebarang laci atau almari biasa.

Gambarannya tentulah kehilangan itu membabitkan pihak yang mengetahui selok belok sistem simpanan dan pengeluarannya. Tentunya ia mungkin membabitkan pegawai tinggi dalam TUDM kalau pun tidak di Kementerian Pertahanan. Apa pun dikatakan seorang Brigadier Jeneral dan empat anggota lain TUDM sudah pun dikenakan tindakan. Tetapi kini kedengaran banyak suara mereka yang terbabit harus dibawa ke muka pengadilan sebagai pengkhianat negara.

Yang menjadi tanda tanya apakah pegangan moral dan etika kita sudah begitu terhakis dan perlakuan rasuah juga sudah menular hingga peralatan ketenteraan yang boleh membawa kepada tercemarnya keselamatan negara pun boleh berlaku? Tidak menghairankan kenapa Azizan sendiri menyifatkan mereka sebagai pengkhianat negara.

Semua kehilangan itu sungguh memalukan dan membawa kepada pelbagai implikasi serius terhadap betapa selamatnya simpanan kelengkapan dan peralatan ketenteraan negara. Ini membawa pula kepada pelbagai kemungkinan lain termasuk yang boleh membahayakan negara sendiri selain dari kehilangan kepercayaan terhadap cara negara ini menyimpan segala kelengkapan merbahaya oleh bukan saja pembekalnya tetapi juga negara yang mengeksportnya ke sini.

Ini adalah kerana peralatan strategik demikian hanya boleh di eksport dengan restu kerajaan di mana peralatan itu dibuat. Antara negara itu ialah Amerika Syarikat pembekal jet tempur kita selain pelbagai peralatan lain termasuk peluru berpandu. Negara lain termasuk Russia dan Perancis.

Ia juga menimbulkan tanda tanya bagaimana selamatnya simpanan segala peralatan dan kelengkapan ketenteraan kita. Tentunya negara asing yang menjadi pembekal pelbagai peralatan pertahanan kita itu juga akan berasa cemas jika peralatan berbahaya demikian boleh jatuh ke tangan puak ekstrim dan pengganas.

Kesimpulannya ialah wujud kelemahan dalam sistem simpanan peralatan itu hingga enjin jet pun boleh hilang selain daripada pelbagai kelengkapan dan peralatan lain. Walaupun Zahid menjamin sistem rekod termasuk peraturan inventori segala kelengkapan pertahanan negara di Kementerian Pertahanan dan ketiga-tiga ketumbukan iaitu tentera darat, udara dan laut amat kemas, beliau tidak pula boleh memberi jaminan ia tidak boleh dibolosi.

Ini bermakna sistem itu sendiri kini tidak kemas. Memandangkan kelengkapan ketenteraan yang disimpan termasuk pelbagai jenis peralatan tentera yang berbahaya dan sensitif, ia tidak harus boleh jatuh ke tangan orang lain. Oleh itu sistem inventori dan simpanan yang perlu diwujudkan sebolehnya 100 peratus terjamin kalis sebarang perlakuan tidak diingini termasuk kecurian.

Kemudian diberitakan pula enjin itu sudah pun dieksport ke luar negara. Ini juga menimbulkan pelbagai persoalan lain. Siasatan menunjukkan enjin pertama dibawa keluar dari tempat simpanannya di markas Skuadron Ke-12 Scorpion di Butterworth untuk penyelenggaraan rutin di kem Sungai Besi pada 26 Jun, 2007, manakala enjin kedua pada 1 November tahun sama.

Bagaimanapun, kehilangan itu hanya disedari pada Mei 2008 hampir setahun daripada kehilangan pertama. Anehnya, laporan polis terhadap kehilangan itu hanya di buat pada 4 Ogos, iaitu tiga bulan selepas jenayah itu diketahui.

Persoalan juga timbul bagaimana enjin itu boleh pula dieksport ke luar negara? Tentunya ia perlu mendapatkan persetujuan Kementerian dan pihak Kastam. Ini menunjukkan banyak persoalan yang perlu dijelaskan kerajaan untuk memulihkan kembali kepercayaan rakyat serta juga negara pembekal kelengkapan ketenteraannya.

Dalam pada itu ada pula yang menyatakan bahawa wujud kemungkinan tidak semua bekalan yang ditempah dihantar ke sini. Kononnya mungkin berlaku keciciran terhadap sesetengah peralatan yang dibeli itu. Apakah ini yang berlaku? — Berita Harian/ malaysian Insider

Isu ISA : Hishamuddin Perbodohkan Rakyat Malaysia


Maka berkatalah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn, sepupu PM Najib bahawa ISA, akta paling zalim dalam Malaysia itu kena dikekalkan tak boleh nak dihapuskan kerana masih ada 'permintaan ramai 'daripada pencinta kezaliman di Malaysia mau tengok rakyat Malaysia dipenjarakan tanpa dibicarakan di mana-mana Mahkamah di Malaysia.

Kelebihan Pak Menteri di Malaysia yang tidak ada pada negara lain ialah pandai cakap putar alam dan kaki goreng untuk diberitahu kepada rakyat Malaysia bila satu-satu isu timbul dan dipertikaikan rakyat. Ayat paling mujarab yang selalu digunakan untuk sejukkan hati rakyat ialah KITA AKAN KAJI, KITA AKAN SIASAT, KITA AKAN AMBIL TINDAKAN. Maka sejuklah hati rakyat bila semua ayat 'power' itu terkeluar daripada mulut Pak Menteri di Malaysia.

Lapor Bernama;

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan enam sesi Pertemuan Awam dengan pihak berkepentingan bagi membincangkan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan masing-masing bersetuju akta itu dikekalkan bagi tindakan pencegahan awal sebarang perbuatan atau tindakan keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata lima isu pokok telah dikenalpasti yang menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap penguatkuasaan dan pelaksanaan akta tersebut.

Aspek-aspek tersebut melibatkan kuasa-kuasa menteri, tempoh tahanan, hak-hak dan layanan terhadap orang tahanan, persepsi umum bahawa pelaksanaan akta itu bagi tujuan politik dan penahanan tanpa bicara, menurutnya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata enam sesi pertemuan itu melibatkan agensi penguatkuasa, badan bukan kerajaan, pakar akademik, pengamal undang-undang, ahli politik, anggota parlimen, pengamal media dan orang awam bagi mendengar pandangan serta mendapatkan buah fikiran daripada semua pihak berkenaan.-bernama Baca Di sini

Woi semua badan-badan yang Hishamuddin jumpa tu semua yang menyokong Umno-Bn yang jadi talibarut BN ,yang bersekongkol dengan BN untuk megiyakan segala kehendak BN bukan kehendak rakyat. ISA kan semua badan yang Hishamuddin jumpa tu lepas tu kurung selama dua tahun di Kamunting. Cukup dua tahun baru pergi tanya patut atau tidak ISA dihapuskan.

Hanya yang keluar daripada tahanan ISA yang kembali menyokong Umno-Bn saja sokong ISA.

Syabas Duta Besar Ke Vienna

Lapor Bernama;

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman meminta media agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai duta besar Malaysia ke Vienna yang dipanggil pulang berhubung pengundian di mesyuarat Lembaga Pengelola Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna pada 27 Nov.

Beliau berkata komentar dalam sebuah harian tempatan berbahaga Inggeris Khamis "berniat jahat dan tidak membantu terhadap kepentingan Malaysia".

"Sebagaimana Kementerian telah jelaskan dalam satu kenyataan 5 Dis, undian itu tidak selaras dengan prosedur kerajaan, oleh itu Menteri Luar telah mengarahkan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu yang berada di Vienna pulang ke Malaysia untuk perbincangan," kata Anifah.

Anifah berkata memanggil pulang duta besar adalah amalan biasa diplomatik dan dalam hal ini, Datuk Arshad Manzoor Hussain diarah pulang untuk memberi penjelasan mengenai hasil mesyuarat IAEA itu.

"Kementerian berpendapat isu ini tidak harus dibesar-besarkan," katanya.

Anifah menegaskan bahawa Kementerian Luar dan kerajaan amat menyedari tentang tanggungjawab mereka dan mengambil pendirian dalam isu-isu antarabangsa dengan memikirkan kepentingan negara sebagai perkara paling utama.

Di mesyuarat lembaga pengelola itu, di mana Arshad adalah pengerusinya, Malaysia adalah antara tiga negara yang mengundi menentang satu usul yang diterima terhadap program nuklear Iran.-Bernama

Malaysia ,Cuba dan Venezuela mengundi menentang usul terhadap program Nuklear Iran dihapuskan.Kalau Duta Besar Malaysia juga menyokong program Nuklear Iran itu dihapuskan mungkin satu lagi panggilan telefon kepada PM Najib oleh Barrack Obama akan dilakukan ucap tahniah kerana menyokong dasar Amerika Syarikat yang menjadi 'Bapa Segala Pembunuhan Umat Islam Seluruh Dunia'.

Khamis, 24 Disember 2009

Hang Pecah Aku Punya Lubang, Aku Pecah Hang Punya Lubang

Tun Mahathir yang mencabar supaya diri beliau disaman dalam isu salah guna dana RM100 Bilion selama 22 tahun jadi PM turut meminta supaya Pak Lah yang jadi PM selama satu penggal disaman kerana salahguna dana sebanyak RM270 Bilion.

Banyak tu macam mana Tun boleh tau Pak Lah telah habiskan RM270 Bilion hanya dalam masa 5 tahun jadi PM? Bak kata orang -" Hang pecah aku punya lubang aku pecah hang punya lubang". Main taik la kali ni Tun Mahathir dan Pak Lah. Rakyat macam kita hanya dapat perhatikan saja bekas-bekas PM kita yang sememangnya kaya raya sampai tujuh keturunan mereka makan tak habis.

Maknanya Tun Mahathir habiskan dalam setahun lebihkurang RM4.55 Bilion setahun. Pak Lah pula habiskan setahun lebihkurang RM54 Bilion ! Kalau tak betoi hang pa kira sendiri..

Lapor Malaysiakini;

Tidak cukup mempertahankan dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyalahkan seorang lagi mantan perdana menteri berhubung isu salah guna wang negara seperti didakwa dalam sebuah buku terbaru.

Mengulas dakwaan beliau menghanguskan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Dr Mahathir meminta kerajaan turut menyiasat penggunaan wang RM270 bilion sepanjang lima tahun kepemimpinan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kelmarin, pelopor Wawasan 2020 mencabar kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat dakwaan terhadapnya yang dimuatkan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.-malaysiakini

Kata Tun Mahathir dalam blog beliau;

9. The five years of Tun Abdullah's regime saw unprecedented profits by Petronas due to the high price of oil. In my 22 years Petronas paid to the Government 126 billion Ringgit. Petronas paid to the Government of Tun Abdullah a total of 270 billion Ringgit in five years.

10. How was this huge sum spent? There are only empty corridors everywhere.

11. The public has a right to know how 270 billion Ringgit in five years have been spent. What projects have been financed by it. Why do we have to borrow money from China to build the second Penang Bridge? Baca di sini


Baca juga-Mahathir cabar siasat isu seleweng RM100 Bilion-malaysiakini
Dr Mahathir rayu ditubuh suruhanjaya, Kit Siang cabar Tun -malaysian insider

Tegur Salah Tak Tegur Pun Salah

Nik Amalina meluahkan segala-galanya apabila di tuduh buka pekung parti oleh Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan Pas Pusat dalam isu suaminya Ariffahmi yang jadi isu dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ya la tak bela suami sendiri, buruk baik suami beliau, tapi adakah pandangan Ustaz Idris itu salah?Apakah pandangan Amalina juga tak betul? Mungkis Ustaz Idris tegur Amalina kerana babitkan Pas bukan atas dasar individu. Teguq salah tak teguq pun salah semua jadi serba salah..Kata Amalina;

“Saya yang dikatakan membuka pekung parti agak menerima asakan terbuka daripada pelbagai pihak.

“Sejauh mana sebenarnya saya membuka pekung parti? Itulah yang saya cuba nilaikan. Berpadanankah dengan asakan yang saya terima?” kata anak kesembilan daripada 10 adik-beradik ini.

Nik Amalina merupakan anak kedua Nik Aziz mempertahankan Menteri Besar itu dalam siri kontroversi yang menimpanya menerusi tulisan blog.

Isnin lalu, ketua penerangan PAS Idris Ahmad menggesa Nik Amalina tidak seharusnya “membuka pekung di dada” dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog peribadi anak menteri besar itu.

“Banyak perkara yang melibatkan hal dalaman tidak bolehlah diceritakan kepada semua orang sebab akan jadi seperti membuka pekung di dada,” kata Idris.-Malaysian Insider. Baca Lagi


Berkaitan- Anak MB Kelantan 'tidak tahu etika berjemaah'-malaysiakini

Akan Ada Yang Gigit Jari

Ramai sudah pemimpin Pas Pusat yang bergelar Ahli Parlimen dan bekas Ahli Parlimen yang bukan berasal dari Kelantan hasil belas ehsan Pas Kelantan yang mencalonkan mereka sebagai Wakil Rakyat untuk bertanding kerusi Parlimen yang ada di Kelantan.

Sebagai contoh Mat Sabu pernah bertanding di kerusi Parlimen Nilam Puri dan juga Kubang Krian di Kelantan menang dan bergelar Ahli Parlimen.Setelah 'di buang' Pas Pusat ke negeri Terengganu 'Darul Runtuh' dalam Pru -12 yang lalu Mat Sabu telah kalah dan sekarang jadi penceramah biasa di seluruh Malaysia. Sepatutnya Mat Sabu dalam pru-12 yang lalu bertanding di Kedah iaitu di kerusi Parlimen Baling atau di Parlimen Kuala Kedah tapi disebabkan 'masalah teknikal yang tak dapat dielakkan' maka tergelincirlah Mat Sabu yang digelar 'ayam sabung Pas ' satu ketika dulu jadi orang biasa, tak lagi jadi Ahli Parlimen.

Ok, biaqpila benda tu dah lepas, sekarang ni bila dibaca laporan Bernama yang bertajuk Pas Kaji Semula Calon Luar Bertanding Di Kelantan menyebabkan akan ada pemimpin Pas Pusat yang bukan orang Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri lain pula untuk bertanding kerusi Parlimen untuk bergelar Ahli Parlimen tu pun jika menang dan jika angin perubahan rakyat beralih arah bertanding di luar Kelantan nasib mereka juga akan senasib dengan Mat Sabu.

Laporan Bernama menyebut;

Pas Kelantan akan mengkaji sama ada akan terus menerima calon yang bukan anak negeri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas dan Pesuruhjaya Pas Kelantan, berkata bahawa dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar.

"Tetapi jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan, kita boleh mencalonkan pemimpin anak negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi, yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Antara pemimpin luar yang kini menjadi Anggota Parlimen di Kelantan ialah Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa (Bachok), Naib Presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Bendahari Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).-Bernama

Nasib Nasharuddin Mat Isa atau Nasa yang jadi Timbalan Presiden Pas sudah tentu berada seperti telur di hujung tanduk di bumi Kelantan kerana beliau berada dalam 'senarai' yang akan terkeluar untuk bertanding lagi di kerusi Parlimen di Kelantan. Beliau dilihat sebagai pemimpin Pas yang pro- Umno oleh penyokong Pas yang menentang keras Kerajaan Perpaduan yang telah menimbulkan 'bala' dalam kepimpinan Pas sedikit masa lalu.

Rabu, 23 Disember 2009

Siapa Yang 'Sauk' Enjin Pesawat Tu Bawa Lari ?

Masih ingatkah kita dengan peristiwa di Sauk, Perak yang menceritakan seperti berikut. Berita ini anda boleh percaya dan tidak percaya terpulang kepada anda semua untuk penilaian masing-masing.Beritanya begini:

Pada awal pagi 2 Julai 2000, 20 ahli kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem Bn 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi.

Mereka berkata kepada pegawai kem tersebut dengan alasan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut, dengan memberitahu ingin membuat pemeriksaan kecemasan ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut. Atas pelbagai tekanan yang diberi oleh Amin dan orang-orangnya dan diyakinkan oleh kehadiran tiga kenderaan Pajero yang menggunakan nombor pendaftaran tentera yang bermula dengan huruf 'Z', anggota tentera di dua kem tersebut berjaya diperdyakan dengan membawa mereka masuk ke dalam kem tetapi salah satu daripada pelbagai jenis senjata, amunisi dan kelengkapan ketenteraan termasuk peralatan komunikasi dan lain-lain telah membantu kumpulan itu membawa senjata-senjata itu ke dalam tiga Pajero. Mereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm. Sumber di sini

Itu cerita 9 tahun dulu dan Parti Pas turut difitnah sama oleh Umno-Bn gara-gara isu 'rompakan' senjata dalam kem tentera tersebut. Sekarang ni bila dah dua tahun berlalu baru lah diketahui bahawa enjin jet pejuang F-5E hilang dan telah dijual ke luar negara di Amerika Latin yang bernilai RM50 juta.

Siapa yang jadi 'tekong' dan siapa yang jadi awak-awak untuk sauk atau angkut enjin jet pejuang itu bawa lari ke luar negara? Siapa pula yang jadi 'juragan' luluskan harta negara dan rakyat Malaysia itu untuk dihantar ke negara pembeli? Siapa?

Ini pula laporan Bernama tentang kes enjin pesawat F-5E yang hilang;

Sambil menyifatkan kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E sebagai "perkara serius", Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes itu.

"Ini perkara serius. Setahu saya, ia melibatkan dua enjin dan apa yang lebih teruk lagi ialah kehilangan itu hanya diketahui kira-kira setahun kemudian. Saya mahu siasatan penuh dibuat. Saya berpendapat orang ramai berhak mengetahuinya," kata beliau.

Kes itu dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara kira-kira enam bulan lepas untuk disiasat.

"Saya telah meminta pegawai saya menjalankan siasatan lengkap, keseluruhan pergerakan dua enjin terbabit dan saya hendak tahu di mana enjin itu berada sekarang.

"Ini bukan perkara mudah. Ia melibatkan usaha yang dirancang secara rapi oleh sekumpulan orang," kata beliau.-Bernama baca di sini

Berkaitan- Kecurian Enjin F-5E Memalukan Negara-Tok guru Nik Aziz (harakahdaily)

Kenderaan Ahli Parlimen Shah Alam Hilang

Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam, Hj Khalid Samad telah kehilangan kenderaan beliau jenis Toyota Fortuner, pacuan 4 roda bernombor kenderaan BKL 6427 di pejabatnya di Worldwide Busines Centre , Shah Alam hari ini.-Berita diterima melalui sms.

Baca juga di sini. Dalam dok sibuk enjin jet pesawat pejuang hilang kereta YB pula hilang..Cubaan..Moga kereta Khalid Samad dapat dijumpai semula.

Enjin Jet Hilang:Hanya Umpama Seketul Belacan

Malang sungguh nasib rakyat Malaysia terutamanya rakyat-rakyat miskin di bandar dan di kampung-kampung pendalaman yang memuja Umno sebagai penyambung talian hidup mereka untuk sekampit beras dan sebungkus gula setiap kali menjelang pilihanraya. Mereka memuja Umno-Bn yang pandai menggula-gulakan mereka dengan kebendaan tapi mereka tidak sedar Pemimpin Umno menjadi penyangak dan penyamun harta rakyat sesedap rasa dan ikut suka yang mereka mau.

Terlompat-lompat orang kampung dapat beras,gula, kopi dan barang elektrik pemberian Umno-bn yang nilainya tak seberapa tak semahal enjin jet pesawat pejuang yang hilang dan dijual diluar negara yang bernilai RM50 juta. Tak semahal Tren Buruk yang bernilai RM30 juta yang dibeli oleh Keretapi Tanah Melayu yang dilaporkan membahayakan nyawa pengguna pengangkutan tersebut.

Kenapa kehilangan enjin jet pesawat pejuang itu tidak dimasukkan dalam laporan Audit Negara 2007 dan 2008 seperti yang dinyatakan oleh ahli Parlimen Indera Mahkota , Azan Ismail dalam laporan Sinar Harian mengulas isu enjin jet hilang-jual itu? Lapor Sinar Harian;

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menggesa kerajaan terutama Kementerian Pertahanan memberi penjelasan mengapa kes kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak dimuatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2007 dan 2008.

Menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya terlepas pandang perkara berkenaan, memandang kehilangan aset TUDM bernilai kira-kira RM100 juta itu berlaku pada 2007 dan ia sepatutnya dimasukkan dalam laporan berkenaan.

Azan berkata, siasatan terhadap kehilangan enjin pesawat pemintas itu bergantung ada laporan dan asas terbaik kepada siasatan adalah Laporan Ketua Audit Negara.

“Agak mengecewakan apabila laporan yang dikeluarkan untuk tahun 2007 dan 2008 langsung tidak menyentuh berhubung perkara berkenaan dan tiada sebarang laporan audit bagi Kementerian Pertahanan untuk tahun 2008.

“Persoalannya, mengapa perkara ini boleh berlaku, sedangkan semua kementerian perlu membuat semakan aset setiap tahun dan tidak terkecuali Kementerian Pertahanan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya lebih telus, memandangkan isu ini perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif bukan sahaja di kalangan rakyat, malah melibatkan pelabur asing.

“Isu ini amat mengejutkan apabila aset TUDM yang selama ini melalui prosedur kawalan ketat boleh hilang dan pihak terbabit boleh terlepas pandang.

“Sekiranya ada laporan dibuat berhubung kehilangan itu, ia sepatutnya dilaporkan dan diaudit untuk tindakan lanjut seperti kes-kes pembaziran wang peruntukan kerajaan yang dilaporkan baru-baru ini,” katanya.- Sinar Harian Online

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendedahkan seperti berikut;

Ketua Audit Negara 2008 yang menyebut Kementerian Sumber Manusia telah menggunakan sebanyak RM30,510 untuk membeli sebuah 'pole platform' bagi sebuah pusat latihan di Miri sedangkan harga pasaran hanya RM990 sahaja.-Utusan Malaysia Online-22-10-2009 di sini

Laporan Ketua Audit Negara boleh dedahkan penyelewengan di Kementerian Sumber Manusia kenapa tidak kepada Kementerian Pertahanan yang pada masa itu PM Najib adalah Menteri Pertahanan (2007)?Jumlah 'kecil' penyelewengan wang rakyat boleh didedahkan tapi libatkan puluhan juta ringgit wang rakyat dan harta negara tidak pula didedahkan. Adakah enjin jet yang hilang hanya seketul belacan Tanjung Dawai yang bernilai RM5 saja?

Berkaitan- Enjin F5E-Pas Mahu Najib Letak Jawatan-harakahdaily klik

Dr Rosli Tunjuk Jalan Keluar Kepada Ariffahmi Dan Pemimpin Pas Yang Bermasalah

Dalam berita harakahdaily yang bertajuk Lepas Jawatan Untuk Jaga Nama Baik Parti dilaporkan sebagai berikut;

Demi menjaga maruah serta nama baik parti, Dr Rosli Allani Abdul Kader hari ini melepaskan kesemua jawatannya dalam parti sama ada diperingkat negeri dan kawasan Kota Bharu berkuat kuasa serta merta.

Bekas Pegawai Khas kepada salah seorang anggota exco Kelantan itu telah melepaskan dua jawatan yang disandangnya, iaitu sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu.

Dr Rosli dalam sidang medianya memberitahu, walaupun beliau yakin berada dipihak yang benar, namun demi menjaga nama baik parti dan persepsi masyarakat ke atas PAS, beliau bersedia melepaskan jawatan berkenaan serta merta.

Pengumuman perletakan jawatannya itu dibuat memandangkan beliau tidak mahu parti Islam yang didokonginya itu dikaitkan dengan masaalah peribadi yang dihadapinya kini.-harakahdaily

Keberanian beliau dalam membuat keputusan yang drastik itu harus dipuji walaupun isunya adalah hal peribadi (menikah dua), peduli apa nak menikah berapa pun itu hak dia sebab kuota Allah Taaa bagi boleh menikah sampai empat . Kuota menikah ni bukan manusia bagi tapi Allah yang bagi. Bung Mohktar Ahli Parlimen Bn tu pun menikah dua tapi juga secara senyap-senyap, menikah pi la yang kalut kalau berzina atau bersekedudukkan tanpa nikah.

Dr Rosli juga secara tak langsung menunjuk jalan keluar kepada Ariffahmi yang amat liat nak lepas jawatan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan walaupun dibabitkan dengan isu yang melanda beliau. Lagi lama dan lagi lambat nak lepas jawatan lagi banyak serangan dan fitnah akan melanda Tok Guru adakah Ariffahmi buat -buat tak faham akan hal itu?

"Walaupun saya yakin saya berada di pihak benar, demi menjaga nama baik, integriti dan persepsi masyarakat ke atas Pas khususnya untuk mengelakkan PAS dari turut dibabitkan dengan masalah peribadi saya, maka saya akan meletakkan kesemua jawatan saya dalam PAS berkuatkuasa serta merta," katanya dalam satu sidang akhbar di sini.-Bernama baca di sini

Mungkin Dr Rosli belajar daripada politik Jepun dan Korea Selatan yang kerap bertukar pemimpin namun negara-negara tersebut tetap maju dalam bidang industri. Negara mereka tidak bangkrap dan muflis walaupun pemimpin bersilih ganti. Ada skandal saja letak jawatan walaupun belum dibuktikan bersalah demi maruah dan jati diri. Tabik Dr Rosli!

Pemimpin-pemimpin Pas yang jadi kuda tua dan yang dituduh terlibat dengan skandal dalam gelap dengan Umno juga mesti belajar daripada Dr Rosli jika mereka ada maruah dan harga diri.

Berkaitan- Ariffahmi: "Ini Tidak Adil"-malaysiakini
Ketua Penerangan Pemuda Pas Letak Jawatan Tiada Kaitan Isu Ariffahmi-Malaysian Insider

Berak Tengah Jalan Sapa Nak Mengaku

Bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru? Sudah tentu busuknya tak dapat hilang. Itulah kehendak Tuhan tutup macam manapun benda salah ,benda tak betoi lambat laun rakyat tahu juga . Benda tak betoi ni tak kira Pakatan Rakyat atau Umno-BN mesti didedahkan kalau tidak Tuhan akan dedahkan juga di Padang Mahsyar kelak.

Satu persatu keluarga PM Najib semakin terdedah dan didedahkan Tuhan dengan isu dan skandal yang cuba ditutup rapat keluarga mereka.Siapa sangka pendedahan P.Balasubramanian, penyiasat persendirian mendedahkan bahawa adik PM Najib, Datuk Nazim Razak terlibat sama beliau tarik balik akuan bersumpah .Lapor malaysiakini;

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyebut nama adik perdana menteri dengan tindakannya menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes Altantuya Shaariibuu.Seperti biasa adik Najib berdiam diri mampoih tak ngaku.

Seterusnya Rosmah Mansor bini PM Najib pula didedahkan dengan penghantaran wang tunai RM 600.000 ke Dubai sewaktu Rosmah berada di sana, namun seperti biasa juga Rosmah berdiam diri dan tak jawab isu yang didedahkan ahli Parlimen Batu , Tian Chua walaupun ada dokumen yang lengkap didedahkan Tian Chua;

Pada 17 Disember lalu, ahli parlimen Batu mendakwa, satu pihak - yang tidak dinamakan - membuat pemindahan wang itu kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.

Tian Chua mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri.-malaysiakini. Wah hebat keluarga PM Najib mereka boleh nafi dan berdiam diri begitu saja kerana taktik tak jawab soalan media dengan isu yang dibangkitkan masih boleh selamatkan mereka dan Umno serta rakyat Malaysia yang berfikiran Umno tetap tak percaya dengan apa yang dibongkar media.

Isu enjin Jet pesawat pejuang yang hilang dan dilarikan serta dijual ke sebuah negara Amerika Selatan pada 2007 juga babitkan PM Najib yang pada masa itu adalah Menteri Pertahanan. Mula-mula ingatkan satu unit rupa-rupanya 2 unit enjin pesawat pejuang pula telah dijual bersama -sama dengan peralatan lain yang bernilai RM 50 juta.Seperti biasa PM Najib kata beliau akan siasat. Kata Zahid Hamidi , Menteri Pertahanan;

"Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus.-bernama dan malaysiakini

Apalah sangat RM600,000 wang yang dihantar kepada Rosmah Mansor bini PM Najib kalau RM50 juta jual enjin pesawat pun boleh senyap selama 2 tahun baru sekarang hendak dibongkar.

Baca -Hilang Enjin Jet Pun Dewa Suci Umno Selamat

Selasa, 22 Disember 2009

Apabila Seseorang Jejas Imej Parti, Beliau Patut Berundur

Malaysiakini melaporkan;

Ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan - yang tegas mendesak pengunduran segera menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai peneraju Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - dijangka meletakkan semua jawatannya dalam parti hari ini.

Dr Rosli Allani Abd Kader, yang dipaksa berpisah dengan isteri keduanya semalam, bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana kegagalan mesyuarat Pemuda PAS negeri berhubung peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Sebaliknya beliau ingin berundur dengan alasan tidak mahu keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu itu menjejaskan imej PAS.

Menurut sumber, beliau juga mahu memberikan isyarat kepada Abdul Ariffahmi, juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, supaya melakukan perkara yang sama.

"Apabila seseorang menjejaskan imej parti, beliau patut berundur," kata sumber dewan itu kepada Malaysiakini pagi ini.

Dr Rosli dijadual mengadakan sidang akhbar pada jam 1 tengah hari ini di sebuah hotel di Kota Bharu bagi mengumumkan hasratnya itu.

Beliau mendapat perintah mufarakah (berpisah sementara) dengan isterinya Ilyana Mohd Noor kerana perkahwinannya pada Disember tahun lalu diragui oleh bapa mertuanya.-malaysiakini

Pas Kena Buat Hisbah Penilaian Terhadap Ahli Parlimen Pas, Adun Dan Exco

Pas perlu buat kajian yang lebih mendalam atau menghisbah seluruh Ahli Parlimen Pas, Adun dan Exco Pas sebelum dan selepas menang pilihanraya pru-12 supaya nampak lebih telus dan bersih sebagai memenuhi dasar Pas yang menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai dasar Pas. Perkara berikut wajib di ambil kira;

1- Sebagai Ahli Parlimen berapa kekayaan yang mereka perolehi sebelum dan selepas menang pilihanraya. Jika jadi kaya selepas menang pilihanraya, daripada sumber mana kekayaan itu datang. Bagaimana mereka dapat perolehi rumah mewah dan kereta mewah sedangkan mereka hanya sebagai Ahli Parlimen sahaja.Jika sebelumnya mereka adalah ahli perniagaan itu boleh diterima tapi jika tidak ada apa-apa perniagaan setelah menang itu mesti disiasat. Jika tidak hanya umpama 'ketam mengajar anaknya berjalan betul'.

2-Sebagai Adun di peringkat negeri tanpa ada sebarang jawatan lain sebelum menang pilihanraya hanya orang biasa tapi tiba-tiba dah menang mampu hidup mewah itu juga boleh dipertikaikan hasil harta yang mereka perolehi.Mampu milik rumah ratusan ribu ringgit,,daripada sumber mana mereka perolehi.

3-Begitu juga yang menjawat jawatan Exco sudah tentu ujiannnya lebih besar kerana mereka bertanggungjawab dalam meluluskan satu-satu projek di peringkat negeri. Adakah mereka ikut prosedur atau hanya sekadar meluluskan saja satu-satu projek kerana habuan besar sedang menunggu di belakang pintu. Jangan hanya mengutamakan kontraktor yang pro Umno dan jadi kasihan kepada mereka yang sudah 52 tahun membolot projek kerajaan negeri tapi menyisihkan kontraktor baru yang merupakan penyokong Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor dan Kedah.

Kita sering diperdengarkan dengan sejarah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Umar Al-Khatab, Khalifah Osman ,Saidina Ali dan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbiran dan pemerintahan yang dijadikan bahan kempen dalam ceramah tapi jika yang sebaliknya terjadi amat malang bagi Pas sebagai sebuah Parti Islam.

Siapakah yang lebih telus dalam tiga parti utama Pakatan Rakyat dalam memerangi rasuah? Adakah Pas, Dap atau PKR..Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Sabtu lepas ketiga-tiga parti itu istihar jihad perangi rasuah, semoga ianya akan jadi kenyataan dan bukan hanya khayalan semata-mata.

Rakyat yang sudah muak dengan Umno-bn hanya mahukan perubahan dalam pemerintahan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bukannya melihat Pakatan Rakyat dan Umno-bn sama saja dalam bab rasuah.

Pakatan Rakyat Akan Cepat Ditumbangkan Jika Amalkan Rasuah-Mat Sabu

Semalam Bekas Naib Presiden Pas, Mat Sabu berlepas ke Lebanon dan Syria untuk menghantar sumbangan wang rakyat Malaysia untuk diberikan kepada rakyat Palestine yang menderita akibat serangan ganas dan zalim tentera Israel yang membunuh umat Islam Palestine.

Mat Sabu yang sekarang dilantik sebagai AJK Pas Pusat dilihat agak aktif dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Palestine setelah tidak lagi bergelar Ahli Parlimen. Beliau juga begitu kerap bercakap isu rasuah yang menjadi amalan Umno-Bn dan juga turut mengkritik sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat supaya menjauhi rasuah terutamanya Pas. Dasar Pas yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan semestinya menjauhi rasuah kalau tidak masyarakat dan rakyat bukan Islam akan menjauhi Pas kerana menganggap Pas sama saja macam Umno.Mereka akan hilang kepercayaan yang diberikan kepada Pas selama ini.

Kata Mat Sabu- " Jika kita mengambil masa 52 tahun untuk tumbangkan Umno-Bn di beberapa negeri kerana kezaliman dan rasuah yang mereka lakukan, Pakatan Rakyat juga akan lebih cepat ditumbangkan tak sampai 10-15 tahun saja jika turut amalkan rasuah dan politik wang."

"Begitu juga jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan Kerajaan Pusat jika amalkan rasuah dan nepotisme sama macam Umno-BN kita akan ditumbangkan lebih cepat daripada masa yang diambil untuk jatuhkan kerajaan Umno-Bn."-Mat Sabu. Beliau turut memuji pentadbiran dan pendekatan yang diambil MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mat Sabu juga yakin Umno-BN pada pilihanraya umum akan datang akan kalah lebih teruk kerana rakyat dah mula merasa angin perubahan di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat.

Isnin, 21 Disember 2009

Bekas Ketua Polis Baling Bertemu Penyelamatnya Dalam Kejadian Memali

Berita Bernama melaporkan;

Bekas Ketua Polis Baling, Tunku Muzafar Tunku Ibrahim, Isnin bertemu seorang anggota Pas yang menyelamatkannya daripada diserang dalam peristiwa Memali pada tahun 1985.

Ketika mengimbas kembali kejadian itu, Tunku Muzafar berkata ketika beliau sedang menuju ke Kampung Memali menaiki sebuah kereta peronda, kenderaannya dikepung 200 penyokong Pas tetapi tiba-tiba beliau terdengar satu suara memekik: "Ini Pak Tunku OCPD Baling, jangan apa-apakan dia, saya biasa berbincang dengan dia, saya tahu dia boleh dipercayai."

Tunku Muzafar, 67, hari ini buat pertama kalinya selepas 24 tahun berlakunya peristiwa itu, bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya, Muhamad Yusof Husin (sekarang senator) di Lobi Parlimen di sini.

"Muhamad Yusoflah orang yang memainkan peranan sehingga dapat meredakan kemarahan penyokong Pas sehingga saya terselamat," kata Tunku Muzafar kepada pemberita selepas pertemuan yang diaturkan oleh abangnya, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Tunku Muzafar datang dari Kedah semata-mata untuk menemui Muhamad Yusof kerana berasa terhutang budi kepadanya kerana dapat mententeramkan keadaan yang amat getir ketika itu.

Muhamad Yusof, 55, yang ketika itu merupakan seorang anggota jawatankuasa Pas Baling, berkata beliau menahan penyokong Pas daripada menyerang Tunku Muzafar kerana menghargai sikapnya yang adil terhadap semua tanpa mengira fahaman politik mereka.

"Ketika kejadian, saya masih muda iaitu 31 tahun, tetapi ia tidak menghalang saya daripada berfikir secara rasional untuk menghargai nyawa orang lain," kata Muhamad Yusof yang kini Setiausaha Perhubungan Pas Kedah.

Dalam kejadian pada 19 Nov 1985 itu seramai 18 orang terbunuh dan ramai lagi tercedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.-Bernama

Bagaimana pula dengan nasib balu-balu mangsa pembunuhan kejam pihak polis itu? Kenapa nasib keluarga mangsa pembunuhan zalim itu masih tidak terbela dan mendapat pampasan yang sewajarnya?